Kebaikan Dan Keburukan Kad Kredit 2020

Apa kebaikan dan keburukan kad kredit? Sekarang ini penggunaan kad kredit merupakan satu perkara yang tidak asing lagi kepada anak muda di Malaysia. Jika sudah mula bekerja pasti ada keinginan untuk gunakan kad kredit bagi memudahkan urusan jual beli secara online dan banyak perkara lain lagi. 

Apapun, penggunaan kad kredit haruslah didatangkan dengan disiplin yang betul. Kerana selain kebaikan, ianya mendatangkan kebukan dan merupakan satu malapetaka terutama kepada mereka yang tidak pandai menguruskan kewangan sendiri. Jadi, pada artikel ini, kami akan berikan kebaikan dan keburukan kad kredit agar lebih mudah untuk anda lihat, fahami dan bangingkan. Kalau rasa berbaloi, bolehlah sign up satu kad dahulu, kalau rasa tak berbaloi, boleh tangguhkan hasrat tu dulu.

kebaikan dan keburukan kad kredit

Apa Itu Kad Kredit

Kad kredit adalah kad hutang. Belanja sekarang bayar kemudian. Sejarah kad kredit ini anda boleh tengok sahaja di lama seperti wikipedia untuk info lanjut. Mungkin anda yang datang ke artikel ini nakkan info lanjut berkenaan penggunaan kad ini, sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya. 

Ini adalah beberapa pandangan kami berkenaan dengan kad ini dan harap anda boleh gunakan sebaiknya penggunaan kad ini nanti.

Kebaikan Kad Kredit

Apakah kebaikan kad kredit? Pada kali ini kami akan senaraikan beberapa kebaikan dan kelebihan kad kredit agak anda dapat nampak dan gunakan sebaiknya kelebihan yang diperkatakan tersebut. Tidak setakat itu, kami juga akan senaraikan keburukan kad kredit untuk anda nilaikan sendiri sama ada berbaloi ataupun tidak untuk memiliki kad ini. 

Rekod Perbelanjaan Anda

Kad kredit boleh jadi “expanse tracker” untuk anda. Ada sesetengah yang agak sukar untuk masukkan perbelanjaan dalam app smartphone mereka, gunakan kad kredit, dan lihat semula perbelanjaan yang telah anda belanjakan. Anda “swipe” sahaja kad tersebut dan lihat perbelanjaan anda di akhir bulan nanti.

Untuk lakukan perkara ini, pastikan yang anda merupakan seorang yang berdisiplin dalam perbelanjaan anda. Setelah berbelanja, pastikan membayar jumlah penuh untuk mengelak daripada dikenakan faedah yang tinggi dari bank. 

Tak Perlu Bawa Cash Yang Banyak

Memang tak perlu bawa cash yang banyak sekarang ini. Lagilah bila kerajaan mula ke arah menggalakkan rakyat untuk menggunakan dompet digital ataupun etunai di Malaysia. Gunakan kad kredit pun mempunyai kelebihan yang tersendiri dan semamangnya, anda tak perlu untuk bawa cash yang terlalu banyak. Nak isi minyak ataupun nak belanja barang keperluan di dapur, boleh sahaja gunakan kad kredit ini.

Memang tidak semua kedai terima kad kredit seperti kedai makan, kedai runcit, tetapi ini adalah antara pilihan dan alternatif terbaik untuk anda tak perlu bawa cash yang terlalu banyak.

Kumpul Point – Redeem Nanti

Setiap nilai yang anda belanjakan, anda boleh kumpul dan “redeem” point tersebut dan tukar dalam bentuk voucher dan sebagainya. Anda boleh dapatkan voucher untuk pelbagai barangan runcit di pasaraya terkenal dan mungkin juga pelbagai barangan elektrik seperti smartphone dan lain-lain.

Sebab itu, ada ramai yang suka kumpul point dalam kad kredit untuk ditebus kemudian. Ada juga kebarangkalian yang membolehkan anda untuk mendapat diskaun untuk isi minyak di stesyen minyak tertentu. Apapun, boleh manfaatkan sebaiknya kad kredit dan gunakan untuk kelebihan anda sendiri.

Ada Rekod Dalam CCRIS – Penting Untuk Buat Loan

Kalau nak buat pinjaman perumahan dan nak beli rumah, antara isu yang agak besar adalah kalau langsung tiada apa-apa komitmen dengan bank. Ataupun dalam istilah lain dipanggil “clean ccris”. Kalau dapat kes clean ccris untuk pinjaman rumah ini, tak semua bank boleh process dan ada sesetengah bank yang akan terus reject application.

Cara untuk ada rekod dalam CCRIS adalah, antaranya untuk anda apply kad kredit dan gunakan sebaiknya. Bila ada kad kredit ini, insyaAllah, akan ada rekod dalam CCRIS anda dan ini akan memudahkan anda untuk membuat pinjaman perumahan di masa akan datang. Kalau anda sekarang langsung tiada apa-apa komimen dengan bank, memiliki kad kredit adalah antara pilihan yang baik dan tepat untuk anda rekod dengan bank.

Pembelian Online Dan Tempahan Kapal Terbang

Kalau nak travel dan buat tempahan kapal terbang, ada sesetgah syarikat itu mewajibkan untuk anda menggunakan kad kredit. Bukan kad debit ye, tetapi kad kredit. Selain itu juga, banyak applikasi lain dan pembelian menggunakan kad kredit. 

Ini adalah antara beberapa info penting berkaitan dengan penggunaan kad kredit. Kalau anda ambil berat berkenaan dengan status kewangan anda dan ingin tahu lebih lanjut berkenaan dengan tips dan teknik pengurusan kewangan anda, saya rekemen tips di bawah ini.

InsyaAllah serba sedikit akan membantu anda untuk meningkatkan tahap penguasaan kewangan anda.

Keburukan Kad Kredit

Penggunaan kad kredit juga mendatangkan beberapa keburukan. Ada kalanya ianya mendatangkan kemudaratan terutama jika tidak dapat dikawal. Kalau anda bukan seorang yang berdisiplin, nasihat kami, elakkan daripada menggunakan kad ini dan berbelanja secara tunai. Apapun, masih tiada masalah untuk anda memiliki satu kad ini.

Perbelanjaan Tak Terkawal

Pergi mana-mana “swipe” sahaja menggunakan kad ini. Pergi shopping “swipe” pergi berbelanja dapur pun guna kad ini, tetapi bila nak bayar hanyalah bayar minimum sahaja setiap bulan. Jika terjadi seperti ini, ini adalah antara tanda-tanda awal perbelanjaan yang tak terkawal.

Jika terus begini, dapatkan nasihat kewangan daripada mereka yang sepatutnya dan cuba baca topik-topik berkaitan kewangan lain. Elakkan daripada menggunakan kad kredit dan sebagai alternatif, anda boleh gunakan kad debit dan juga e-wallet dan cash. Ianya jauh lebih selamat dan berbaloi.

Antara faktor ramai yang mula mendapatkan nasihat kewangan daripada AKPK adalah faktor penggunaan kad kredit yang tidak terkawal. 

Interest Yang Tinggi

Apa jadi kalau anda hanya membayar bayaran minimum sebulan? Pastinya, interest semakin bertambah dan ini boleh menyebabkan hutang anda juga semakin bertambah dari masa ke semasa. Umum memang mengetahui, yang kad kredit memang mengenakan caj interest yang tinggi. Cara terbaik untuk anda gunakan adalah, berbelanja menggunakan kad ini dan buat bayaran penuh setiap bulan.

Mudah Disalahgunakan

Penggunaan kad kredit kadangkala memang boleh disalahgunakan. Bayangkan kalau kad kredit dicuri dan pencuri berbelanja ditempat yang boleh digunakan function paywave. Apapun, jaga kad kredit tersebut sebaiknya untuk mengelak daripada terus disalahgunakan dan jangan dedah apa-apa maklumat berkaitan dengan kad kredit anda.

Boleh juga untuk anda baca beberapa info di bawah berkenaan dengan cara pembayaran kad kredit.

Tips Kewangan Berkesan Anak Muda

Anda yang datang ke artikel ini, tentunya terfikir cara dan teknik yang efektif untuk pelaburan dan simpanan anda. Boleh ikuti juga beberapa tips berkaitan dengan kewangan anak muda di bawah ini;

Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan tips dan info berkaitan dengan pelaburan di Malaysia, anda boleh tengok di artikel SINI.

Teknik Perbelanjaan Berhemah

Berbalanja secara berhemah adalah antara faktor penting dalam pengurusan kewangan. Uruskan duit anda dan simpan di tempat yang sepatutnya. Kami juga rekemen beberapa tips penting untuk anda berbelanja secara berhemah dan tempat terbaik untuk anda memulakan simpanan untuk hari tua anda. Boleh tengok artikel di bawah ini;

Tips Tambah Income

Jangan lupa ambil masa untuk tingkatkan ilmu berkaitan dengan pelaburan. Untuk pelaburan dan tips tambah pendapatan, boleh tengok artikel di bawah ini juga.

Akhir kata, jangan lupa untuk follow channel telegram kami di bawah ini,

Banyak tips berkaitan kewangan terkini yang bakal kami kongsikan dalam channel telegram tersebut untuk anda gunakan sebaiknya. Harapnya, artikel kebaikan dan keburukan kad kredit ini memberikan lebih informasi kepada anda untuk memilih gunakan kad ini ataupun sebaliknya.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest