Keburukan Refinance Rumah 2022

Pada kali ini, kami nak berikan info tenant keburukan refinance rumah yang anda perlu tahu sebelum anda buat pembiayaan semula rumah anda. Selain daripada keburukan, kami juga akan sertakan kelebihan dan contoh-contoh berkaitan dengan refinance rumah. Juga, kos-kos yang terlibat dalam pembiayaan semula rumah.

Tak semua perkara indah-indah belaka terutama jika membabitkan pembiayaan semula rumah. Memang ada perkara dan kos-kos yang anda perlu ambil kira sebelum nak buat pembiayaan semula rumah.

Artikel pada kali ini, berdasarkan kepada pengalaman kami uruskan banyak kes pembiayaan semula rumah, pengalaman sebagai perunding hartanah, bolehlah artikel ini anda jadikan rujukan terutama kalau nak buat pembiayaan semula rumah.

keburukan refinance rumah

Kos Yang Anda Kena Bayar

Memang akan ada kos yang anda kena bayar jika anda nak buat pembiayaan semula rumah. Secara kasarnya, ini adalah beberapa kos yang terlibat dan perlu untuk anda ambil kira.

Lawyer Untuk Loan Agreement

Anda kena keluarkan kos untuk bayar kos peguam. Berapa jumlah yang kena bayar? Ianya bergantung kepada harga rumah anda. Lagi mahal harga rumah anda, lagi banyaklah kos yang anda perlu keluarkan. Dalam pembiayaan semula rumah, ini merupakan antara kos yang paling besar anda perlu jelaskan.

Tapi, ada sesetengah bank yang membolehkan untuk kos ini dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman. Maksudnya anda tak perlu untuk buat pembayaran untuk kos ini tetapi dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman.

Tak semua bank yang tawarkan kemudahan ini. Apa pun anda perlu nilaikan sendiri yang mana yang terbaik untuk anda.

Valuation Fee

Kos kedua yang anda perlu bayar adalah kos penilaian ataupun valuation daripada penilai ataupun jurunilai. Berapa banyak kos yang anda perlu bayar? Sekali lagi ianya bergantung kepada harga rumah anda. Biasa dalam anggaran Rm1000 untuk kos mereka sahaja.

Kebiasaannya, penilai nanti akan datang ke rumah untuk buat pemeriksaan selepas pinjaman diluluskan. Ianya untuk memastikan rumah dalam keadaan baik dan tujuan lain untuk dimasukkan ke dalam laporan penilaian mereka. Jika selepas loan anda lulus, dan ada penilai yang nak buat pemeriksaan, berikan sahaja kerjasama. Kalau mereka berikan invois untuk anda buat pembayaran, itu bukan scam ya.

Insurance / Takaful Untuk Nyawa

Jika berlaku apa-apa kepada peminjam, boleh gunakan wang daripada takaful ini untuk jelaskan bayaran ataupun hutang dengan bank. Kebanyakan akan dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman. Kalau nak bayar cash, boleh, bayar sahaja selepas pinjaman selesai.

Apapun, ada 3 kos utama yang anda perlu untuk keluarkan kalau anda nak buat refinance rumah anda. Ini keburukan refinance rumah ke? Bergantung juga, tapi ini adalah kos yang anda perlu sediakan. Berbaloi ataupun tak tu anda tentukan sendiri.

Bayaran Bulanan Semakin Bertambah?

Anda akan dapat cashback daripada pembiayaan rumah ini, tetapi apa yang akan terjadi adalah, jumlah bayaran bulanan kepada bank pastinya akan bertambah. 

Contoh ketika anda beli rumah tersebut, harga adalah RM100k, tetapi sebelah 10 tahun, harga rumah menjadi RM200k dan anda buat pembiayaan semula berdasarkan kepada harga RM200k tersebut, pastinya jumlah akan semakin bertambah.

Insurans / Takaful Kena Ambil Baru 

Insurans ataupun takaful ini, akan semakin mahal jika umur seseorang itu meningkat. Ini kerana, apabila umur meningkat, risiko pun semakin meningkat. Ini asas sahaja, detail berkenaan dengan hal ini anda boleh tanyakan agen takaful.

Sama juga dalam kes refinance rumah juga. Takaful yang lama akan terbatal jika anda ambil MRTT dan harga MRTT yang baru pula akan lebih tinggi. Ini kerana, jika sebelum ini, anda buat pembiayaan semula pada umur 25 tahun, kemudian pada umur 30 tahun sekali lagi anda buat pembiayaan semula, pasti harga takaful akan berbeza dan saya boleh jamin, pada umur anda 30 tahun, ianya pasti lebih mahal berbanding dengan pada umur 25 tahun.

Anda kena ambil tahu hal ini sebelum buat pembiayaan semula rumah. Kalau rasa tak ada masalah, boleh sahaja teruskan. 

Pembiayaan Semula Rumah Terbahagi 2

Pembiayaan semual rumah ini pula terbahagi kepada 2 jenis sama ada anda nakkan pakej cashback dan juga pakej loan consolidation. Apa tu? Saya cuba terangkan dan kalau tak jelas, boleh tengok video yang bakal kami kongsikan.

Cashback

Cashback ini secara mudahnya adalah, anda dapat cash dan duit itu masuk dalam akaun anda. Contoh mudah, baki hutang Rm100k, refinance Rm200k, Rm100k masuk dalam akaun anda (Rm200k – Rm100k).

Cashback ini anda boleh gunakan untuk banyak perkara, modal berniaga, beli rumah baru dan lain-lain lagi. Kalau nak guna untuk pelaburan pun boleh, cuma anda kena tahu apa yang anda lakukan. Jangan gunakan untuk masuk skim yang pelik-pelik seperti skim cepat kaya sudahla. 

Saya ada kawan yang pernah buat refinance dan dapat cashback dengan jumlah 6 angka ini, duit tersebut dimasukkan dalam skim cepat kaya. Bayaran bulanan bertambah, duit pun lesap. Tuan-puan, jangan ulangi langkah yang sama.

Loan Consolidation

Saya ada client yang ada banyak hutang, kad kredit, kereta, personal loan dan dia nak kumpulkan kesemua hutang ini ke dalam satu akan refinance. Cashback yang sepatutnya dapat tu digunakan untuk bayar hutang-hutang ini. 

Untuk strategi ini, anda perlu lihat sama ada berbaloi ataupun tidak. Ada kalanya ianya lebih menguntungkan adakalanya lebih merugikan apabila dicampur dengan kesemua kos yang saya beritahu di atas tadi. 

Untung kerana, contoh anda anda loan kereta 9 tahun, personal loan pun lagi 9 tahun, apabila guna loan consolidation ini, jumlah tersebut akan ditarik sehingga maksimum umur anda, mungkin boleh sehingga 30 tahun. Jadinya, bayaran bulanan semakin mengecil. Cuma, jangan buat hutang baru la kalau nak gunakan cara ini.

Tak tahu nak pilih dan gunakan skim yang mana, boleh beritahu kami dalam link di bawah, nanti pihak kami akan cuba hubungi.

Lebih mudah dan penjelasan lebih detail, boleh tengok video di bawah ini.

Interest Rate Lebih Fleksible

Interest rate sekarang ini lebih fleksible berbanding dulu. Ini antara sebab juga ramai yang nak cuba untuk menggunakan pakej pembiayaan semula rumah ini.

Pinjaman Konventional Tukar Ke Islamik

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah sudah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

“Orang yang sudah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang sudah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 275).

Mungkin sebelum ni tak tahu, tapi sekarang dah tahu. Jika pinjaman perumahan anda sebelum ini adalah pinjaman konventional, pada pandangan saya, adalah lebih baik untuk cuba usahakan untuk tukar ke islamic. Kalau misalkata tak lepas tak mengapa asalkan dah mencuba. 

Ini adalah ikhtiar untuk menukan pinjaman rumah anda agar kehidupan lebih diberkati, khusus untuk orang muslim ya.

Nak Tak Refinance Rumah Anda?

Harapnya artikel keburukan refinance rumah ini sedikit sebanyak memberikan anda input berguna untuk anda buat pembiayaan semula. Nak teruskan atau tidak, anda tentukan sendiri ye.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest