5 Kelebihan Prudential BSN Takaful

Artikel pada kali ini adalah berkaitan dengan kelebihan Prudential BSN Takaful yang merupakan antara syarikat Takaful terbaik di Malaysia. Ianya merupakan syarikat yang tak asing lagi dan pada artikel kali ini, kami akan berikan penerangan secara detail berkenaan dengan fungsi takaful secara am juga kelebihan dan kekurangan Prudential BSN Takaful ini.

Kepada anda yang sedang berkira-kira untuk langgan produk Takaful ini, pastikan anda baca artikel ini sampai habis kerana ada beberapa penerangan berkaitan Takaful yang boleh memberikan info ataupun input kepada anda. Kalau dah ada bajet dan ingin langgan takaful, Pru adalah antara syarikat yang anda boleh cuba.

kelebihan prudential bsn takaful

Apa itu Prudential BSN Takaful?

Prudential BSN Takaful (PruBSN) adalah gabungan antara dua nama besar dalam industri kewangan iaitu Prudential plc (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Kerjasama ini telah berlangsung selama 30 tahun dan semestinya membawa pelbagai manfaat kepada pengguna khususnya rakyat Malaysia sendiri. 

Bencana Covid-19 yang melanda dunia telah memberi kesan kepada semua. Beruntung bagi rakyat Malaysia yang menjadi pengguna atau bukan pengguna skim perlindungan ini, bila mana Prudential menawarkan lebih RM 2 juta bagi perlindungan khas Covid-19.

1. Manfaat Perlindungan

Pelan perlindungan mesra komuniti ini memberi peluang semua pengguna dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Contohnya kepada pekerja, belia, kanak-kanak, wanita dan warga tua.

Boleh baca artikel kami berkaitan dengan Sebab Kenapa Anda Perlu Ambil Takaful di SINI.

a) Perlindungan Kepada Kaum Wanita 

Dua jenis pelan yang di khususkan istimewa kepada kaum wanita adalah Takaful Puteri dan Takaful Puteri Plus. Takaful Puteri memberi perlindungan pelbagai penyakit kepada kaum wanita seperti kanser payudara, serviks, Lupus Sistematik Eritematosus (SLE) dan bermacam lagi. Sementara, Takaful Puteri Plus memberi perlindungan yang menyeluruh seperti kes-kes kritikal yang terjadi sepanjang tempoh kehamilan dan tidak terhad kepada penyakit semata-mata.

Elemen
Nama ProdukManfaat-manfaatNyawa (maruah)KeturunanHarta
Takaful PuteriPerlindungan penyakit khusus wanita
Takaful Puteri PlusManfaat kehamilan
Pelindungan penyakit khusus wanita

b) Perlindungan Kepada Anak 

Merancang untuk memiliki anak menandakan yang anda juga sepatutnya sudah siap sedia dengan perlindungan yang terbaik kepada mereka. Pelan PruBSN Impian adalah solusi yang tepat. Di peringkat awal kehamilan, pelan Infant Secure akan memberi manfaat penjagaan kehamilan dan manfaat penjagaan anak sehinggalah anak itu berusia 5 tahun. 

Seandainya anak anda mengalami sebarang penyakit, dia boleh di lindungi dengan pelan Vital Care Plus sehingga berumur 25 tahun. Bagi menjamin pendidikan anak terus di penuhi, pelan simpanan iaitu Takaful Saver Impian akan terus menjamin tabungan kewangan anak anda yang di bentuk sejak dalam kandungan. Oleh itu, apabila anak sudah meningkat dewasa simpanan itu boleh di gunakan dan dalam pada yang sama perlindungan lain akan tetap terus berjalan.

c) Perlindungan Kepada Keluarga 

Pelan yang akan di bicarakan ini adalah PruBSN Warisan. Ibu bapa yang menjadi tonggak dalam keluarga berkemampuan untuk melindungi ahli di dalam rumah. Namun bagaimana sekiranya tulang belakang yang di harapkan itu sudah tidak mampu untuk bekerja lagi dengan sekelip mata? Di mana ahli keluarganya akan mencari perlindungan untuk meneruskan kehidupan?

Antara manfaat pelan ini adalah:

  • Jumlah perlindungan yang tinggi bermula daripada RM 350,000.
  • Fleksibal untuk di tukar dengan sumbangan.
  • Perlindungan penyakit unik untuk penyakit berjangkit seperti campak dan MERS-Cov.
  • Hibah (pemberian hadiah).
  • Bantuan perbelanjaan pengebumian sebanyak RM 3,000.
  • Bebas memilih 7 jenis dana berkaitan pelaburan.
  • Permohonan yang mudah.
  • Boleh melanjutkan pelan perlindungan sehingga berumur 100 tahun.

Takaful adalah memberikan perlindungan terutama dalam bentuk kewangan apabila sesuatu yang tidak diduga menimpa keluarga. Boleh baca berkenaan dengan artikel kami berkaitan dengan Hibah Takaful di SINI.

2. Manfaat Kesihatan

Malang tidak berbau. Ungkapan yang sering di lontarkan anda mahupun orang di sekeliling anda sekiranya sebarang insiden atau kemalangan berlaku. Benar, anda tidak akan pernah tahu bila dan di mana sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda. Tidak kiralah sama ada ianya dalam kategori penyakit atau kemalanga jiwa yang menyebabkan kematian.

Apabila anda sakit lalu tidak memiliki sebarang perlindungan, maka timbulkan segala masalah seperti tidak mampu membayar kos perubatan, mendesak untuk memberhentikan rawatan, simpanan hidup habis di gunakan, tidak mampu membayar hutang rumah, kereta dan lain-lain. Health Enrich, pelan perlindungan maksimun untuk kesihatan anda. 

4 jenis pelan yang ditawarkan di bawah manfaat ini adalah HE+ Vital, HE+ Select, HE+ Advanced dan HE+ Primier. 

PelanCiri-ciriKeistimewaan
HE+ VitalPasangan yang baru membina keluarga. Had tahunan tambahan sehingga RM 100,000.
Mendapat rangkaian hospital yang meluas di seluruh negara.
Jaminan tambahan akses 24 jam bantuan rawatan seluruh dunia.
HE+ SelectKeluarga yang memerlukan perubahan gaya hidup sederhana.Had tahunan tambahan sehingga RM 150,000.
Perlindungan meluas khusus untuk penyakit kritikal.
Manfaat kepada ibu mengandung.
HE+ AdvancedKepada keluarga yang memerlukan perubahan gaya hidup optimum dan ideal.Had tahunan tambahan sehingga RM 200,000.
Khidmat rundingan dan diagnosis dari pakar perubatan tempatan dan antarabangsa.
HE+ PremierKepada keluarga yang memerlukan perubahan gaya hidup maksimum, menyuluruh dan ekslusif.Had tahunan tambahan sehingga RM 400,000.
Perkhidmatan dan penjagaan yang istimewa dari pembantu khas harian.

3. Manfaat Pendidikan

Ramai yang bercita-cita untuk menyambung pengajian hingga ke tahap yang lebih tinggi tetapi tidak semua di berikan kemampuan yang secukupnya untuk merealisasikan impian itu. Manusia di ciptakan dalam pelbagai latar belakang, ada yang kaya dan ada juga yang kurang berkemampuan. Kehidupan akan harmoni sekiranya anda saling bantu-membantu untuk memberi tahap kehidupan yang baik kepada semua.

Inilah konsep takaful, di mana yang golongan yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik seperti yang di tekankan dalam konsep Islam. 

4. Manfaat Persaraan

Waktu persaraan adalah waktu yang di mana semua orang inginkan kehidupan yang tenang, santai dan harmoni bersama keluarga tercinta. Jika dahulu sewaktu muda, anda sudah bertungkus-lumus mencari wang. Ini saatnya untuk anda pula berehat dari dunia pekerjaan. Namun isu yang sering kali terjadi adalah apabila tiba tempoh persaraan, anda mempunyai kuasa untuk mengeluarkan wang KWSP dan menggunakannya sesuka hati.

Jika duit itu tidak diurus dengan baik mungkin ia boleh habis dengan sekelip mata sahaja tanpa anda perasan. Bayangkan itulah duit yang menjadi simpanan anda dari mula bekerja bertahun-tahun lamanya sehingga tiba hari persaraan tetapi anda boleh menghabiskannya tidak sampai setahun atau kurang dari itu.

Lalu akhirnya dengan usia tua-tua ini, anda terpaksa bekerja lagi untuk menyara keluarga dan kehidupan tetapi itu pun jika masih di beri nikmat kesihatan. Jika tidak, bagaimana? Oleh sebab itu, memiliki pelan perlindungan ini sejak dari muda sangat membantu anda untuk menjalankan kehidupan selepas persaraan dengan sangat baik. Pelan yang berasaskan pelaburan (investment-linked) ini perlahan-lahan akan membina tabungan untuk masa tua anda dari nilai tunai dalam pelan yang anda ambil. 

5. Manfaat Pelaburan

Simpanan dan pelaburan adalah gandingan yang sangat hebat dalam membentuk konsep kewangan kehidupan anda. Di setiap duit yang keluar akan ada juga duit yang masuk dan kekal dalam tabung simpanan masa depan anda. 

Ini adalah antara beberapa manfaat dan kelebihan Prudential BSN Takaful. Memang sangat berbaloi untuk anda dapatkan info lanjut terutama bagi yang masih belum melanggan Takaful.

a) Patuh Syariah

Tiada unsur riba, maisir (judi), dan gharar (tidak jelas) sebaliknya yang menjadi ciri-ciri utama dalam pelan ini adalah menggunakan sistem Islam, sumbangan At-Tabarru’at, mempunyai Majlis Pengawasan Syariah, di perakui Halal dan ada unsur Al-mudhrabah (perkongsian untung).

Ada beza antara insurans dan takaful sebenarnya. Sebagai seorang Islam, adalah disarankan untuk anda mengambil produk takaful. Beza insurans dan takaful anda boleh baca info lanjut di artikel bawah;

b) Melunaskan Hutang-Hutang Setelah Meninggal Dunia

Melunaskan hutang adalah sangat dititikberatkan dalam Islam. Namun sekiranya seseorang itu meninggal dunia dan tidak sempat melangsaikan hutang, apakah alternatif yang dapat membantu keluarganya yang lain? Adakah bebanan demi bebanan akhirnya akan mengikat leher setiap ahli keluarganya dengan hutang yang belum langsai?

Kelebihan bagi mereka yang mempunyai pelan perlindungan diri ini, di mana pihak Takaful akan membantu menjelaskan segala hutang-hutang tersebut mengikut kepada berapa jumlah yang ada dengan menyerahkannya kepada pewaris. Berbeza sekiranya anda menyimpan di bank, duit itu berkemungkinan besar akan hangus atau di bekukan.

c) Bonus Sekiranya Tidak Tuntut Apa-apa Selama Setahun

Sekiranya anda tidak tuntut apa-apa dalam masa setahun, kebaikan yang boleh anda terima adalah menerima bonus dari Prudential sendiri sebanyak mana jumlah yang telah anda laburkan selama sebulan. Sehingga ke hari ini belum ada lagi insurans yang sanggup memberi bonus kepada pelanggannya sendiri. Sebab itu dikatakan pelan ini mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

Nafas Baru Dengan Pelan Perlindungan

Di harapkan artikel pada kelebihan Prudential BSN Takaful ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk memahami dengan lebih mendalam tentang Prudential BSN Takaful dan segala manfaat yang telah di senaraikan tadi. Setiap orang di berikan peluang hanya sekali seumur hidup untuk menikmati kehidupan. Berikan yang terbaik kepada diri anda, keluarga dan orang di sekeliling dengan pelan perlindungan sebagai sebuah alternatif memperoleh kehidupan yang lebih baik. 

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami di atas bagi mendapatkan info dan update terkini berkaitan dengan tips kewangan, pelaburan dan lain-lain.

Takdir kehidupan anda tidak boleh berubah kerana itu ketentuan Tuhan tetapi dengan memiliki pelan perlindungan yang sesuai anda sebenarnya sedang memberikan nafas kedua kepada kehidupan yang baru.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest