7 Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil

Antara masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelabur-pelabur baru adalah modal! Disebabkan oleh kekangan modal, memang tidak dapat melabur saham dengan lebih agresif dan antara lainnya, tidak dapat membeli saham-saham “blue chip” yang ada di pasaran sekarang ini. Jadi, macam mana caranya bermain saham dengan modal kecil yang minima dan pada masa yang sama memberikan keuntungan yang besar pada modal yang dilaburkan.

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa tips dan cara penting kepada anda untuk melabur dalam pelaburan saham. Cara ini membolehkan anda untuk membuat pelaburan dengan modal yang minima dan pada risiko yang rendah. Harap ianya dapat membantu anda untuk sukses dalam pelaburan yang anda ceburi.

Tips dan Teknik Yang Sesuai

Tanpa berlengan masa, kami tunjuk beberapa cara yang sesuai untuk anda dan cara ini juga kami gunakan dalam pelaburan kami. Ianya teknik yang saya sendiri gunakan suatu masa dahulu ketika modal saham tidak terlalu banyak dan pada masa yang sama, inginkan pulangan lumayan dalam pelaburan saham.

Sebelum pergi lebih jauh, apa yang anda perlu tahu adalah, dalam pelaburan saham ini terbahagi kepada teknikal analisis dan fundemantal analisis. Kalau anda dapat gabungkan kedua-dua teknik ini, ianya membolehkan anda untuk memperolehi setup yang bagus. Kerana apa? anda pilih kaunter berdasarkan kepada analisis kewangan syarikat, dan anda masuk berdasarkan kepada kekuatan teknikal. Kami ada cerita berkenaan dengan info ini di SINI.

#1 Elakkan Syarikat Besar dan Saham Blue Chip

Satu yang anda kena ingat adalah, ukur baju dibadan sendiri. Kalau baru nak mula pelaburan saham dengan modal hanya RM3k, elakkan syarikat-syarikat besar ini. Maksud syarikat besar pada saya mudah sahaja, ianya berharga RM1 dan ke atas untuk harga seunit. Kalau harganya RM1 ke atas, cuba elakkan, tetapi kalau anda mempunyai modal yang lebih besar seperti RM10k, tiada masalah untuk mencuba syarikat ini kerana ianya lebih berbaloi. Apapun terpulang kepada anda kerana ini merupakan pendapat peribadi dari saya sendiri.

Boleh juga untuk anda tengok video di bawah berkaitan dengan penerangan kami kalau anda nak melabur dalam saham dengan modal yang kecil dan minima.

#2 Melabur Dalam Saham Penny Stock

Ini cara yang kedua yang saya sendiri gunakan iaitu melabur dalam saham yang bernilai rendah seperti RM0.7 ke bawah. Sebarang kenaikan dengan kaunter seperti ini, akan mendapat pulangan yang tinggi dan lebih berbaloi, dan begitulah sebaliknya. Kalau yang baru mula, cuba belajar cara-cara untuk melabur saham-saham seperti ini, ianya adalah antara pilihan pelabur yang baru dan digalakkan untuk anda mencuba sendiri. Cara untuk melabur saham seperti ini adalah melalui teknikal analisis.

#3 Melabur Dalam Ilmu

Jangan kedekut untuk melabur dalam ilmu. Sekarang ini sudah banyak page saham dan info pelaburan saham yang ada untuk anda gunakan. Apapun, ilmu yang bagus itu tidak datang dengan percuma. Cuba pergi ke kelas-kelas saham dan begi mereka yang beru bermula tu, saya sangat galakkan untuk anda mendapatkan tips dan panduan daripada ebook SistemSaham ini. Ianya adalah antara pilihan ebook yang baik dalam bahasa Melayu kepada mereka yang serious untuk membuat pelaburan saham. Yang penting adalah, anda sukses dengan apa yang anda lakukan.

#4 Mula Dapatkan Pendedahan Teknikal Analisis

Sama ada teknikal analisis ataupun fundemantal analisis, anda pilih yang mana yang berseusian dengan anda. Dari situ, barulah anda boleh mula serious melabur dalam pelaburan saham. Untuk yang nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan teknikal analisis, boleh dapatkan panduan percuma dari kami di SINI. Ianya adalah berkenaan dengan signal-signal penting dalam pelaburan saham.

#5 Belajar Tentang Warrant

Cuba ambil masa belajar mengenai warrant. Nak tahu apa tu, boleh tengok artikel ini. Warrant ini adalah umpama anak yang mengikut pergerakan emak. Kalau emak naik, anak pun akan naik sekali. Boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan hal ini kalau memang anda serious membuat pelaburan dalam saham.

Warrant ini akan ikut pergerakan emak, cuma yang menarik adalah, ianya jauh lebih murah. Antara perkara yang anda kena ambil tahu adalah, tarikh expired warrant ni, kalau salah masuk dekat warrant yang dah nak expired, ada kemungkinan dana anda habis begitu sahaja. Jadi pilih betul-betul dan pastikan semua maklumat adalah tepat.

Alternatif Lain Saham

Kalau saham anda kena kaji banyak kaunter. Di Bursa Malaysia, ada lebih 1500 kaunter yang anda perlu pilih. Biasanya saya akan tengok pada “most active” ataupun “top gainers” untuk pilih kaunter yang saya nak masuk. Kerana apa? dari situ ada banyak transaksi yang anda boleh dapat. Tapi, macam mana kalau kami nak rekemen pilihan pelaburan lain bagi membolehkan anda untuk membuat keuntungan.

Kami rekemen anda baca dulu artikel kami yang lain berkenaan dengan Futurus Crude Palm Oil (FCPO). Ianya adalah salah satu pelaburan derivatif yang ataupun pelaburan komoditi kelapa sawit yang patuh syariah. Apapun, pilihan di tangan anda ye, nak info lebih lanjut, anda boleh jemput baca artikel kami berkenaan dengan FCPO di SINI.

Artikel Lain Berkaitan Saham

Ada beberapa artikel kami yang lain berkaitan dengan pelaburan saham yang anda boleh dapatkan di

Yang penting adalah, anda cuba bersungguh-sungguh untuk sukses dalam pelaburan yang anda ceburi. Cuba sehabis baik untuk sukses dalam stock market ini, kalau ada yang boleh sukses, kenapa anda tidak.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest