Sekarang ini memang ramai yang sudah mula belajar cara melabur saham dan berjinak-jinak dengan saham kerana memang kalau dengan teknik yang betul, saham memang mendatangkan keuntungan yang lumayan. Memang sejak daripada dahulu lagi, ramai yang sudah berkecimpung dalam saham dan memang saham mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada sesiapa yang tahu teknik pelaburan saham yang betul.

Saya terpanggil untuk berkongsi, sedikit dan sebanyak, beberapa teknik yang betul untuk melabur dalam pelaburan saham ini. Harapnya, dengan teknik dan tips yang saya kongsikan ini, dapat membantu anda untuk berjaya dengan apa yang anda ceburi terutama kalau memang anda serious melabur dalam saham.

pelaburan saham

Apa yang perlu untuk mula melabur dalam saham?

Kalau anda tanya saya, apa yang diperlukan untuk melabur dalam saham, bagi saya yang paling penting adalah teknik dan pengetahun yang betul. Kalau tiada teknik dan pengetahuan yang betul memang semua benda tidak akan menjadi. Untuk anda, memang penting untuk terus belajar dan belajar seterusnya memantapkan skill dalam pelaburan saham.

Tapi, sebelum anda melabur dalam saham ini, apa yang penting adalah untuk anda membuka akaun CDS saham dahulu. Kalau sudah ada lagi bagus, tetapi, kalau belum ada, saya sarankan untuk anda pergi ke artikel berkaitan dengan cara buka Akaun CDS ini kerana memang saya ceritakan dengan lebih detail berkenaan dengan topik ini.

Cara Melabur Saham strategi teknikal ataupun fundemantal

Bagi mereka yang berminat dengan pelaburan saham ini, antara tips penting adalah untuk anda tahu stail dan strategi pelaburan masing-masing. Biasanya ada 2 strategi iaitu fundemantal dan teknikal. Strategi fundemantal lebih kepada untuk kita mengetahui teknik membaca laporan kewangan syarikat dan kemudian untuk memulakan langkah pelaburan dari situ.

Manakala strategi teknikal adalah dengan menggunakan graf untuk tujuan pelaburan. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua teknik ini adalah proven dan memang ada yang sudah kaya raya dengan teknik fundemantal dan memang ada yang dah kaya dengan teknik teknikal.

Untuk analisa dalam aspek teknikal, apa yang penting adalah anda perlu untuk lihat chart, indikator yang bersesuaian dengan pasaran yang anda ingin melabur. Berikut adalah antara alat dan panduan untuk melabur dalam saham ini.

Kami ada berikan tips untuk anda tahu lebih lanjut berkenaan dengan teknikal analisis di SINI.

Anda pelabur yang mana?

Kalau anda baru bermula, memang banyak yang perlu untuk anda pelajari dalam pelaburan saham ini. Tetapi kalau anda nak mendalami teknik teknikal analisis, boleh cuba dapatkan candlestick reversal signal di SINI.

Secara jujurnya, saya seorang pelabur saham yang menggunakan teknik teknikal analisis berbanding dengan fundemantal analisis. Ada beberapa kelebihan menggunakan teknik teknikal, kalau memang kena dengan teknik yang betul, lebih mudah untuk anda membaca dan mengagak kenaikan dan penurunan dalam pasaran saham ini dengan teknik teknikal analisis. Antara panduan yang memang saya galakkan untuk anda dapatkan adalah panduan pelaburan SISTEMSAHAM ini.

Strategi Indeks

Antara strategi yang sangat ditekankan dalam penduan tersebut adalah teknik pelaburan ikut indeks. Nak tahu apa itu indeks, boleh klik SINI.

Penulis sangat menekankan untuk mengikut arah pergerakan indeks dalam pasaran ataupun pemilihan saham yang kita mahukan. Dengan adanya indeks ini, ianya membolehkan anda mencari jalan selamat dalam membuat pelaburan saham. Lebih detail, memang saya sarankan anda dapatkan panduan tersebut di link yang saya sarankan di atas iaitu ebook SistemSaham.

Satu lagi tips yang menarik daripada ebook tersebut adalah teknik ikut Jerung. Dalam pasaran saham, Jerung yang dimaksudkan adalah syarikat-syarikat yang bermodal besar yang mampu mencorakkan arah pergerakan saham seperti KWSP, KWAP, PNB dan lain-lain lagi. Syarikat-syarikat ini sangat aktif membuat pelaburan saham. Apa yang menarik, SISTEMSAHAM ada mencaritakan tanda-tanda awal untuk anda mula masuk ke dalam kaunter yang Jerung ini mula untuk masuk. Lebih selamat untuk anda masuk ke dalam kaunter yang sebegini kerana ianya memberikan kelebihan kepada anda untuk membuat untung yang lebih.

Inilah serba sedikit tentang cara melabur saham daripada kami. Memang cara melabur saham adalah ilmu yang penting terutama bagi mereka yang ingin menceburi secara serious pelaburan saham ini. Pemilihan dan teknik pelaburan yang betul akan sedikit sebanyak membantu untuk memberikan keyakinan terhadap apa yang anda laburkan.

cara melabur saham

Alternatif Terbaik Selain Saham

Update terkini Febuari 2020

Sekarang ini saya lebih tertarik dengan pelaburan pasaran hadapan kelapa sawit ataupun FCPO. Kenapa dah mula tertarik kepada FCPO? Kerana pedagang di sana boleh buat untung 2 arah sama ada pasaran ke atas ataupun ke bawah.

Berbeza dengan saham yang anda hanya boleh buat untung apabila pasaran saham naik sahaja. Apapun, kami rekemen anda baca artikel kami berkaitan dengan FCPO di SINI.

Satu lagi alternatif adalah Forex. Ianya juga 2 way market, sama seperti FCPO, anda boleh buat untung ke atas ataupun ke bawah. Menarik. Cuma Forex ini ada isu dan pandangan yang mengatakan ianya tidak halal. Apapun kami ada tulis hukum forex dalam Islam yang mana kami himpunkan pendapat ustaz yang kata ianya haram dan halal. Anda tentukan sendiri.