Kenanga Mall Borong Wholesale – Terbaik 2021

Kalau anda nak cari tempat borong pakaian murah, Kenangan Mall Borong Wholesale adalah antara tempat yang anda boleh pergi. Kenagan Wholesale City adalah antara tempat terbaik terutama kalau anda ingin memulakan perniagaan dari rumah secara online tetapi tiada barangan yang anda boleh niagakan, memang Kenanga Wholesale City adalah tempat pertama yang anda boleh pergi.

Jadi, pada artikel kali ini, saya akan memberikan beberapa tips penting kepada anda terutama kalau anda inginkan tips untuk meniaga secara online. Memang terdapat banyak barangan yang dijual di sini, saranan kami, kalau anda nak ke sini, agak rugi kalau anda masih tidak tahu nak berniaga apa, yang terbaik adalah, anda sudah tahu apa yang anda nak niagakan, dan apabila tiba di sini, terus mencari barangan yang anda mahukan.

kenanga mall wholesale

Ada apa dengan Kenangan Wholesale City – Review dari kami

Kenangan Wholesale adalah syurga memborong, ianya terdiri daripada shopping mall dan juga pelbagai barangan yang anda boleh dapatkan diluar shopping mall. Harga barangan yang ada di sana jauh lebih murah daripada harga pasaran. Syaratnya adalah, anda kena membeli lebih dari satu, kalau beli banyak, makin murah dan dari segi kos keuntungan itu akan lebih berbaloi. Untuk permulaan, saya galakkan untuk anda ke sini dan mendapatkan maklumat lanjut.

Ada banyak jenis barangan yang dijual di sana. Antaranya adalah barangan perempuan seperti baju, tudung, dan lain-lain. Untuk info lanjut, anda boleh cuba ke sana sendiri dan lihat apa lagi barangan yang dijual di sana. Selain daripada itu, antara barangan lain yang dijual di sana adalah barangan baby, baju baby, peralatan baby. Kalau anda nak berniaga barangan baby, ataupun tudung kanak-kanak, memang saya galakkan untuk anda ke sana dan dapatkan maklumat lanjut.

Mencari Supplier Tudung – Di Sinilah Tempatnya

Kalau anda nak mencari supplier tudung, Kenanga Wholesale ini adalah antara tempat yang anda boleh pergi bagi mendapatkan pelbagai pilihan tudung pada harga murah. Malahan, anda boleh memulakan tudung jenama sendiri dari sini.

Penting untuk anda dapatkan nerworking dengan pembekal agar memudahkan urusan satu hari nanti.

Info lanjut berkenaan dengan business tudung, boleh tengok 2 artikel di bawah;

Barangan Perkahwinan dan Hantaran

Ada juga barangan lelaki yang anda boleh cari, juga barangan perkahwinan pun ada di sana. Seperti yang saya katakan di atas tadi, anda pergi ke sana dengan dah sedia siap-siap barangan yang anda mahukan.

Suka saya nak katakan yang, sehari tidak cukup, kalau nak window shopping tu, kenalah pergi beberapa hari di sana. Takpun boleh cuba tempat hotel di Agoda ini untuk memudahkan anda membuat tempahan hotel berdekatan. Jikalau anda datang dari tempat yang jauh seperti pantai timur, Johor, ataupun utara Malaysia.

Anda sendiri boleh bandingkan harga di KWC ini dengan tempat memborong lain terutama kalau nak shopping barangan perkahwinan. Info berkaitan dengan barangan perkahwinan pula, boleh tengok di bawah ini;

Jadi Seller Shopee – Pembekal di KWC

Kalau anda nak jadi seorang penjual di Shopee ini pun tiada masalah terutama kalau anda mempunyai masalah untuk mendapatkan pembekal. Antara cara untuk anda dapatkan pembekal dan idea untuk barangan ataupun kedai di Shopee anda, boleh cuba jalan-jalan di Kenanga ini.

Pastikan anda sudah ada kedai, kalau tiada kedai lagi, boleh tengok cara untuk setup kedai di Shopee dalam artikel dan video di bawah ini;

Tips dan info lanjut tentang cara untuk menjadi seorang penjual di Shopee pula anda boleh tengok di artikel bawah ini;

Alternatif kepada Kenanga Mall Borong Wholesale City

Selain daripada Kenangan Mall Borong Wholesale ini, masih ada lagi alternatif yang ada kalau anda inginkan yang terbaik terutama untuk mendapatkan pelbagai barangan murah untuk perniagaan anda. Antara alternatif lain yang anda boleh fikirkan adalah Taobao.

Taobao merupakan satu laman dari China yang membekalkan banyak barangan borong dari China untuk pasaran di luar China. Anda boleh membeli barangan di Taobao dengan harga borong dan masih lagi mendapat keuntungan. Mengikut pemerhatian saya, ada sesetengah barangan yang ada di Taobao ini jauh lebih murah daripada harga yang anda boleh dapatkan di Kenanga Wholesale.

Cuma saya nak beritahu siap-siap, kalau niche anda adalah berkaitan dengan muslimah seperti tudung, baju kurung, baju kebaya dan lain-lain itu, memang tiada di Taobao. Barangan baby, baju kanak-kanak, baju lelaki dan barangan lain memang ada di Taobao untuk anda cuba dapatkan pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Mungkin, selepas anda membaca artikel ini, anda akan terus search Taobao melalui google. Memang google akan membawa anda ke laman tersebut, tetapi, ianya adalah dalam bahasa Cina. Agak sukar untuk anda nak berurusniaga di sana.

Kalau memang anda serious untuk mendapatkan pelbagai barangan pada harga yang murah, memang digalakkan untuk anda cuba lihat dulu TIPS dan Panduan Borong Dari CHINA INI. Ianya adalah maklumat atau panduan komprehensif kepada anda yang ingin mendapatkan tips untuk melabur di Taobao. Memang terbaik dan puas hati.

Harap artikel Kenanga Mall Wholesale ini dapat memberikan anda input berguna berkenaan dengan cara dan tips untuk mendapatkan pembekal perniagaan anda.

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami di atas untuk info lanjut berkaitan dengan tempat memborong, perniagaan dan lain-lain lagi.

One thought on “Kenanga Mall Borong Wholesale – Terbaik 2021

  1. Tel 0166313172 sandy

    I nak buat perniagaan kecil jual pakaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest