Pengalaman Beli Rumah Loan Kerajaan – 2022

Ini adalah pengalaman beli rumah loan kerajaan yang pernah saya sendiri lalui. Kerjaya sebagai agen hartanah ataupun dalam istilah yang lebih tepat, perunding hartanah memang memerlukan seseorang untuk berdepan dengan banyak perkara. Antaranya urusakan penjualan dan pembelian yang melibatkan loan kerajaan ataupun LPPSA.

Pada artikel kali ini, kami nak berikan penerangan secara ringkas tentang apa yang anda perlu tahu sebelum buat pembelian ataupun loan kerajaan. Juga, kami akan bahagikan kalau anda nak buat loan kerajaan untuk beli rumah subsale dan juga undercon. 

Boleh baca sampai habis kerana pada perkongsian kali ini, banyak input dan perkongsian yang bakal kami berikan kepada anda. Yang peling penting adalah, anda perlu tahu jumlah maksimum pinjaman anda. Jika tahu, akan lebih mudah nanti.

beli rumah loan kerajaan

Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Sebelum pergi lebih jauh, adalah lebih baik untuk anda periksa sendiri kelayakan maksimum pinjaman perumahan anda. Jika jumlah kelayakan maksimum anda lebih daripada jumlah harga rumah, lebih baik kerana anda boleh membuat pembelian untuk rumah tersebut. Jika tak cukup berbanding harga rumah, boleh fikirkan dahulu ataupun, cara lain, gabung pinjaman perumahan dengan pasangan.

Macam mana nak periksa pinjaman maksimum LPPSA?

Nak periksa had maksimum pinjaman LPPSA ni, anda boleh ke laman web LPPSA dan daftar dari situ. 

Cuba explore laman web tersebut dan cari kalkulator untuk tahu had maksimum kelayakan pinjaman. Dah tahu had maksimum, mudahlah untuk anda buat pinjaman. 

Beli Rumah Subsale, Lelong Ataupun Undercon?

Setiap rumah mempunyai perkiraan tersendiri. Cuma, kalau anda nak beli rumah lelong dengan LPPSA, kami tak rekemen. Kenapa pula?

Ada kemungkinan kalau anda beli rumah lelong dengan loan dari LPPSA, proses akan ambil masa yang lama. Jika melebihi tempoh yang ditetapkan, anda boleh dikenakan penalti nanti. Kalau nak guna juga, anda perlu tanggung risiko sendiri.

Tak susah kalau nak buat loan LPPSA untuk rumah yang dibawah pemaju ataupun yang masih lagi “underconstruction”. Kebiasaannya, memang pemaju ataupun peguam yang mewakili pemaju yang akan buat ataupun proses semua perkara. Anda cuma perlu berikan ataupun ikut sahaja dokumen yang mereka minta dan seterusnya, mereka akan uruskan semua perkara. 

Berbeza dengan kalau anda nak buat loan ataupun pinjaman rumah untuk rumah subsale. Kenapa berbeza? Sebab hampir semua perkara anda perlu lakukan sendiri dan yang pertama setelah anda tahu berapa kelayakan maksimum anda, anda perlu untuk periksa harga pasaran rumah anda. Kalau rumah tersebut di bawah kendalian perunding hartanah, biasanya tak ada masalah kerana pihak agen akan uruskan semua perkara. Jika anda nak beli rumah menggunakan loan dari pihak LPPSA dan tak tahu macam mana proses terlibat, boleh KLIK link di bawah untuk kami cuba membantu anda.

Pastikan harga pasaran itu sama ataupun tak jauh beza dengan harga yang ditawarkan penjual. Kalau terlalu berbeza, ianya akan susahkan anda dikemudian hari nanti.

Periksa Harga Pasaran Dengan JPPH

Anda perlu untuk periksa berapa harga pasaran rumah anda. Valuer yang digunakan adalah valuer ataupun penilai dari JPPH sahaja. Macam mana nak dapatkan penilaian dari mereka, anda boleh hubungi mereka sahaja. Google sahaja “JPPH + Daerah Anda” dan cuba hubungi mereka.

Selepas anda dapatkan nilaian rumah ataupun tanah, pastikan anda tanya nama pegawai tersebut untuk anda refer dikemudian hari. 

Mudah sahaja step ini kan. Mudah kalau anda dapat hubungi, kerana ada masa dan ketika, talian mereka tidak dapat dihubungi, jadi memang kena cuba hubungi banyak-banyak kali.

Minta Lawyer Yang Uruskan, Loan & SPA

Minta peguam uruskan pinjaman LPPSA dan peguam tersebut wajib untuk panel dengan LPPSA. Kalau tak panel, biasa memang agak sukar sedikit. 

Tak semua peguam ada panelship dengan LPPSA, ini kalau anda uruskan sendiri. Kalau anda minta pihak agen uruskan, insyaAllah proses ini tidaklah menjadi rumit. 

Seterusnya nanti, anda perlu untuk ikuti sahaja arahan dari pihak peguam berkenaan dengan dokumen dan step by step apa yang anda perlu lakukan. Berikan sahaja semua dokumen yang diminta untuk memudahkan urusan dikemudian hari. Dah selesai semua, tunggu sahaja proses selesai untuk mendapatkan kunci.

Perlu Ikut Instruction Dalam Web LPPSA

Memang tidak terhenti di pihak peguam sahaja, ada masa anda perlu dapatkan pengesahan ketua jabatan, ada masa juga anda kena isi beberapa info dalam laman web LPPSA. 

Kami tak dapat nak terangkan secara detail di sini, tetapi langkah itu memang anda. Lebih baik anda melantik peguam yang memang panel dengan LPPSA dan yang BIASA buat dokumentation untuk loan dari LPPSA. Ianya akan menjadi lebih mudah jika peguam biasa buat untuk elakkan daripada staf ataupun kerani yang lakukan kesilapan demi kesilapan. 

Apabila anda kesilapan demi kesilapan, proses akan menjadi lebih lambat dan akan menyukarkan anda. Sekali lagi, carilah peguam yang dah biasa buat proses ataupun dokumentation untuk LPPSA.

Tunggu Sehingga Semuanya Selesai

Anda perlu untuk sign 2 dokumen, sama sahaja dengan proses jual beli rumah walaupun menggunakan pinjaman dari bank. Dokumen tersebut adalah;

  • Sales & Purchase Agreement (SPA)
  • Loan Agreement

Secara ringkas, SPA adalah perjanjian jual beli dengan tuan rumah yang diantara fungsi utamanya adalah untuk proses tukar nama di pejabat tanah. Tukar nama kepada tuan rumah yang baru.

Loan agreement adalah perjanjian dengan institusi kewangan ataupun dalam kes ini adalah dengan LPPSA. Macam mana nak buat penyelesaian awal, kalau lambat bayar macam mana dan sebagainya, semua ada dalam perjanjian ini. Kalau tak sign, memang pihak LPPSA tak akan berikan wang kepada penjual dan proses tidak dapat berjalan dengan lancar.

Dah sign kedua-dua dokumen ini, tunggulah sehingga semuanya selesai. 

Berbeza Dengan Kalau Refinance Rumah Loan LPPSA

Kalau refinance rumah loan kerajaan ini, prosesnya lebih mudah sedikit berbanding dengan kalau anda nak beli rumah. Sekarang ini, saya agak ramai juga yang nak buat pembiayaan semula rumah LPPSA untuk dapatkan cash dan sebagainya. Misalkata kalau anda beli rumah dengan loan kerajaan ini, dan kemudian nak buat pembiayaan semula nanti pun tiada masalah.

Sampai sini sahaja pengalaman beli rumah loan kerajaan. Untuk info, saya bukanlah kerja kerajaan dan coretan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri uruskan pembelian menggunakan loan LPPSA untuk rumah undercon, dan juga subsale. Saya masih tiada lagi pengalaman uruskan rumah lelong dengan pinjaman dari LPPSA kerana faktor risiko seperti yang saya sebutkan di atas.

Apapun, nak buat pinjaman untuk beli rumah sangatlah dibolehkan dan digalakkan. Kalau anda tak tahu proses yang terlibat macam mana, boleh klik je link yang kami berikan di atas untuk pihak kami bantu anda membuat proses pembelian tersebut.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest