Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Bayar Hutang Kereta

Boleh ke buat pengeluaran KWSP akaun 2 untuk bayar hutang kereta? Pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting kalau anda nak keluarkan wang KWSP anda untuk tujuan bayar balik hutang kereta. Apapun, tahniah diucapkan kerana anda berfikir untuk kurangkan hutang dan ini menunjukkan anda merupakan seorang yang celik kewangan.

Apabila nak bayar hutang kereta menggunakan wang KWSP akaun 2, timbul pula 2 persoalan utama iaitu?

Boleh ke buat pengeluaran untuk bayar hutang kereta?

Bagaimana nak buat pengeluaran?

Jangan risau, pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips untuk anda keluarkan wang dalam KWSP anda agar semua proses mudah dan anda boleh bayar dan habiskan hutang kereta anda dengan cepat dan berkesan.

Jangan lupa untuk baca sampai habis kerana ada beberapa tips yang bakal kami kongsikan untuk anda membuat pengeluaran bagi langaikan hutang kereta. Juga alternatif lain untuk anda tambah pendapatan anda bagi membantu untuk kurangkan jumlah hutang. Bila ada pendapatan lain, akan lagi mudahlah untuk anda kurangkan jumlah hutang anda.

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Bayar Hutang Kereta

Pengeluaran KWSP Untuk Kereta

Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi pengeluaran KWSP akaun 2 untuk bayar baki pinjaman kereta. Ya betul, tiada lagi, tetapi jangan bimbang kerana anda masih boleh memanfaatkan jenis pengeluaran lain sekaligus membolehkan anda untuk membayar baki hutang car loan anda. Konsepnya, manfaatkan pengluaran KWSP yang lain dan gunakan sebahagian kecil untuk bayar hutang kenderaan anda. Macam mana tu?

Jadi, apa pilihan yang ada untuk bayar balik baki hutang pinjaman kereta? Boleh ikuti satu persatu strategi yang anda boleh gunakan untuk bayar kembali baki hutang kereta anda. Yang penting adalah, anda tak perlu terbeban dengan jumlah pinjaman hutang kereta dan fokus kepada perkara lain seperti pelaburan hartanah ataupun perniagaan online. Apapun, ikuti strategi yang bakal kami kongsikan di bawah ini.

Alternatif Lain Untuk Keluarkan KWSP

Berikut adalah antara beberapa cara untuk membuat pengeluaran KWSP akaun 2. Ianya tidak secara khusus untuk bayar hutang kereta, tetapi dapat membantu untuk mengurangkan hutang kereta.

Pastikan anda tahu berapa jumlah baki hutang kereta anda dahulu dan kemudian cuba buat pengiraan. Cara nak periksa baki hutang boleh dilakukan dengan cuba menalifon pegawai bank yang memberikan pinjaman anda ataupun anda boleh periksa di dalam CCRIS report anda. 

I-Lestari untuk Coivd-19

Bersempena dengan Covid-19, KWSP membenarkan pengeluaran sebanyak RM500 sebulan bagi membiayai kos-kos yang berkaitan dengan perkara yang tidak dijangka semasa covid-19. Ada kemungkinan ramai yang akan dibuang kerja dan lain-lain. ILestari akan sedikit sebanyak membantu anda untuk meringankan beban yang ditanggung. Anda boleh buat pengeluaran i-Lestari ni dan bayar hutang kereta. 

Anda boleh membuat pengeluaran untuk i-Lestari sebanyak Rm500 maksimum sebulan. Manfaatkan pengeluaran ini untuk membayar hutang kereta anda.

Beli Rumah

Anda beli rumah dan sebagaimana yang anda tahu, anda boleh keluarkan wang dalam KWSP untuk tujuan pembiayaan rumah iaitu kos 10% dan juga kos guaman. Selain daripada pembelian rumah juga, anda masih boleh untuk keluarkan KWSP bagi tujuan mengurangkan pembiayaan pinjaman perumahan. Gunakan sebaiknya kedua-dua kelebihan ini dan tiada masalah juga kalau anda gunakan untuk membayar baki hutang kereta anda.

Bina Rumah Atas Tanah

Jika anda mempunyai tanah dan ingin membina rumah atas tanah, anda boleh membuat pengeluaran akaun 2 daripada KWSP. Jadi apa kaitan dengan kereta?

Anda boleh sahaja gunakan sedikit daripada jumlah tersebut untuk membuat pengeluaran bagi membayar baki hutang kereta anda. Gunakan sebaiknya kelebihan yang anda ada dan boleh juga ikuti beberapa langkah di bawah ini bagi membolehkan anda untuk membayar hutang kereta anda secepat mungkin.

TIngkatkan Simpanan Anda

Jangan lupa, sebelum anda cuba mencari teknik dan cara untuk melangsaikan hutang kereta anda, adalah lebih baik untuk anda tinggikan simpanan anda untuk  menghadapi ketidaktentuan dan hari yang mendatang. RM1000 adalah jumlah yang baik untuk anda bermula dan pastikan untuk anda mempunyai Rm1000 dalam akaun simpanan tabung haji.

Apabila sudah ada Rm1000, anda sudah boleh untuk tinggikan simpanan anda ataupun potong hutang lain yang tak berkaitan seperti hutang kad kredit dan lain-lain. Nak potong hutang kereta pun tiada masalah dengan menggunakan cara ini. Tidak terhad kepada kereta dan kad kredit, anda boleh juga menggunakan teknik yang kami sebutkan ini untuk membayar hutang PTPTN. 

Seterusnya apa yang anda boleh lakukan adalah untuk cuba tambah ataupun wujudkan pendapatan sampingan. Hasil daripada pendapatan sampingan ini, tiada masalah untuk anda gunakan bagi melangsaikan pinjaman kereta. Macam mana caranya? Boleh ikuti beberapa idea di bawah ini sebagai idea tambah pendapatan.

Tambah Pendapatan Dengan 2 Cara Ini

Tambah pendapatan dengan tips yang bakal saya berikan ini. Caranya adalah seperti di bawah;

Mula Bayar Hutang Kereta Dari Side Income Anda

Sekarang ini sudah ramai yang menggunakan perniagaan online sebagai model untuk tambah pendapatan. Ada banyak sebenarnya konsep perniagaan online yang anda perlu tahu dan daripada beberapa senarai ini, mana tahu ada yang sesuai dengan anda. Daripada menggunakan model dropship kepada menjadi seller di Shopee, semuanya ada. Tak minat dengan konsep menjual secara online ini, boleh juga kalau anda menjadi seorang youtuber.

Memang tidak dinafikan ada banyak cara untuk tambah side income. Harapnya, ianya menjadi alternatif untuk pengeluaran KWSP akaun 2 untuk bayar hutang kereta. Apapun berikut adalah antara idea perniagaan online yang anda perlu tahu;

Perniagaan online adalah antara lubuk untuk anda tambah income, sebagai contoh di Lazada. Berapa ramai pengunjung yang datang dan jika anda boleh jual produk anda di sana dan teknik marketing yang betul, memang tiada masalah untuk jadikan sebagai income tambahan.

Tanpa KWSP Pun Anda Boleh Bayar Hutang Kereta

Memang tanpa keluarkan wang dari Akaun 2 Kwsp pun anda dah boleh untuk bayar baki hutang kereta. Simpan duit untuk bayar baki hutang kereta ini dan kemudian boleh bayar secara penuh. 

Amalkan tips yang kami kongsikan ini dan harapnya ianya membantu anda untuk langsaikan hutang kenderaan anda. Semoga berjaya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest