Pengeluaran KWSP Untuk Covid 19 dan Rumah 2020

Kali ini kami ingin memberikan tips dan info terutama kepada anda yang ingin membuat pengeluaran KWSP untuk covid 19 dan juga pengeluaran untuk pinjaman perumahan. Memang anda boleh membuat pengeluaran daripada KWSP akaun 2 anda untuk tujuan pembelian rumah. Terkini, disebabkan oleh ramai yang sudah mula terkesan dengan Covid 19, kami tunjukkan beberapa tips penting untuk anda membuat pengeluaran menggunakan portal kwsp dan soalan lazim berkaitan.

Sama ada untuk membayar downpayment rumah ataupun untuk membayar yuran guaman untuk rumah anda. Selain daripada duit cash dan saving anda, anda boleh menggunakan akaun 2 kwsp ini. Kali ini, kami akan berikan beberapa info dan input berkenaan dengan hal ini.

Saya sebagai seorang agen hartanah di Johor Bahru sering melihat yang kebanyakan pelanggan saya tidak mempunyai saving yang tinggi. Untuk itu, KWSP akaun 2 adalah antara pilihan yang ada untuk membayar jumlah downpayment dan juga yuran guaman. Penting untuk gunakan akaun KWSP dengan sebaiknya agar anda dapat membeli rumah.

pengeluaran kwsp untuk rumah

Pengeleluaran Untuk Covid 19 – Artikel Khusus

Pihak kerajaan telahpun mengumumkan pengeluaran untuk Covid 19 dimana anda boleh mengeluarkan RM500 sehingga 6 bulan bergantung kepada jumlah baki semasa dalam akaun 2 KWSP anda.

Method untuk pengeluaran pinjaman KWSP pula ada 3 dan kami sangat rekemen untuk anda lakukan secara online sahaja.

Info lanjut berkenaan dengan pengeluaran i-lestari ini boleh rujuk link di SINI.

Jenis Pengeluaran KWSP Untuk Rumah

Memang ada beberapa jenis pengeluaran untuk rumah kalau anda menggunakan KWSP akaun 2 ini. Antara jenis-jenis pengeluaran yang ada adalah;

1 Pengeluaran Membeli Rumah
2 Pengeluaran Mengurangkan Baki Pinjaman Perumahan

Apa yang penting adalah item yang pertama iaitu pengeluaran membeli rumah. Daripada sini, anda boleh mendapatkan pilihan rumah yang anda inginkan. Jika anda masih belum membeli rumah, kalau boleh jangan sentuk akaun 2 KWSP anda untuk mendapatkan info lanjut.

Sebenarnya, ada banyak lagi jenis pengeluaran KWSP yang anda boleh lakukan dan semuanya ada di SINI. Dapatkan info lanjut di link ini.

Antara pengeluaran lain yang popular adalah pengeluaran untuk selesaikan baki pinjaman PTPTN. Untuk info, jika anda mempunyai masalah dengan PTPTN, anda juga boleh membuat pengeluaran di sini.

Cara Membuat Pengeluaran

Untuk pengeluaran membeli rumah, tidak susah untuk anda membuat pengeluaran. Yang penting adalah, loan anda sudah lulus dan perlu untuk menandatangani perjanjian jual beli rumah yang anda beli itu. Seterusnya adalah dokumen berkaitan dengan hartanah yang anda beli dan maklumat seperti IC dan lain-lain. Untuk detail, boleh lihat apa yang ada di SINI.

Sebelum pergi lebih jauh, apa yang anda perlukan adalah untuk mempunyai i-akaun kwsp. Apa fungsi i-akaun KWSP ini? Anda boleh membuat semakan penyata secara online sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pengeluaran membeli rumah, pengeluaran pendidikan dan lain-lain. Nak tahu lebih lanjut cara untuk daftar i akaun KWSP ini, boleh dapatkan INFO DI SINI.

Boleh ikutkan semua maklumat di SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pengeluaran KWSP.

Pelaburan Hartanah

Sekarang ini sudah ramai yang celik dan melabur dalam hartanah. Alang-alang anda datang ke laman ini dan inginkan info lanjut berkenaan dengan pengeluaran KWSP untuk rumah, kami galakkan untuk anda lihat beberapa artikel kami berkenaan dengan pelaburan hartanah untuk anda. Penting sebenarnya pelaburan hartanah ini terutama kalau anda inginkan “financial freedom” ataupun pasif income yang konsisten setiap bulan. Boleh baca artikel kami di SINI.

Kalau anda tidak biasa dengan urusan jual dan beli rumah pun tidak mengapa. Boleh tengok beberapa tips daripada kami untuk anda lihat cara yang paling bagus untuk membuat jualan dan pembelian rumah. Kalau anda tidak biasa dengan perkara ini, boleh mendapatkan khidmat agen hartanah untuk maklumat lanjut.

Jika anda berada di kawasan Johor Bahru dan ingin mendapakan khidmat refinance rumah ataupun jual dan beli rumah, boleh ke laman Facebook ini untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan hal ini.

Pilih Rumah Yang Berbaloi Untuk Anda Duduk

Yang penting adalah, pilih rumah yang sesuai dengan kemampuan anda. Ada banyak pilihan rumah yang berbaloi untuk anda dapatkan di pasaran sekarang ini. Pilih yang paling sesuai dengan anda dan gunakan KWSP akaun 2 ini sebaiknya untuk pembelian rumah tersebut. Adalah lebih baik jika anda mempunyai cash sebanyak 10% kerana jika anda tidak bergantung kepada KWSP, dan mempunyai simpanan sendiri, kemungkinan untuk pinjaman lulus lebih tinggi.

Kenapa tinggi? Kerana bank suka seseorang yang mempunyai simpanan terutama kalau ada 10% simpanan.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest