4 Ciri Pinjaman Perumahan Bank Rakyat – 2020

Kali ini kami ingin berikan info berkenaan dengan pinjaman perumahan bank Rakyat yang merupakan antara pakej pinjaman perumahan yang bagus untuk anda gunakan. Sedikit pengalaman saya gunakan khidmat pinjaman perumahan bank rakyat, ianya tidaklah fleksible berbanding dengan pakej pinjaman daripada bank lain seperti Public Bank, CImb, Bank Islam ataupun lain-lain, tetapi ianya mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Kali ini, kami ingin berikan info berkenaan dengan pinjaman bank rakyat ini dan perkara yang anda perlu tahu berkaitan dengan pinjaman ini. Harap anda dapat membuat keputusan yang betul dan jika ianya sesuai, bolehlah ambil pinjaman daripada bank ini. Lagipun, masih belum terlambat untuk anda mencuba pakej daripada bank lain juga.

Untuk dapatkan pakej pinjaman daripada bank lain, boleh KLIK di sini dan dapatkan info lanjut. Mereka akan hubungi anda dalam masa terdekat.

pinjaman perumahan bank rakyat

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pinjaman Bank Rakyat

Sebelum pergi kepada kelebihan dan kekurangan pinjaman ini, adalah lebih baik untuk anda tahu dokumen yang diperlukan. Dengan itu, lebih mudah dan cepat untuk anda mendapatkan pinjaman. Nak tahu dokumen yang diperlukan pula tidaklah susah, boleh tengok beberapa pilihan di bawah ini;

1 Salinan IC
2 Slip gaji 3 bulan (wajib ada cop majikan)
3 Bank statement 3 bulan
4 Employment Letter
5 Penyata KWSP
6 Geran Tanah / Sales Form

Ini adalah 6 item yang paling asas untuk memohon pinjaman daripada Bank Rakyat. Paling leceh adalah untuk item no 2 iaitu wajib kena ada cop majikan. Kalau tiada cop ataupun pengesahan majikan, memang tak boleh nak proceed dengan pinjaman perumahan ini.

Pengalaman saya untuk submit dengan Bank Rakyat, ini adalah antara perkara yang melecehkan dan kalau anda tak ada masalah dengan pengesahan majikan, boleh dapatkan pinjaman daripada mereka. Untuk info, pinjaman bank rakyat untuk housing loan ini adalah mesra sektor swasta.

Ada masa approval dengan mereka agak mudah, ada masa agak sukar, bergantung kepada keadaan semasa. Apapun, belum cuba belum tahu, boleh berhubung dengan mereka untuk dapatkan info lanjut.

Apa Yang Menarik Bank Rakyat Tawarkan

Berikut adalah antara beberapa perkara menarik yang Bank ini tawarkan untuk anda. Boleh lihat satu persatu.

#1 Pinjaman Bawah Rm100k

Ianya tidak banyak yang ditawarkan oleh pihak bank. Tetapi, bank rakyat tawarkan pinjaman di bawah RM100k dan kalau anda beli rumah murah dengan harga bawah RM100k, bank rakyat adalah antara tempat yang anda boleh pergi untuk dapatkan pinjaman perumahan.

Selain daripada bank rakyat, ada bank lain yang tawarkan khidmat pinjaman bawah RM100k ini, untuk info lanjut berkenaan dengan bank yang menawarkan khidmat pinjaman bawah RM100k ini, boleh ke link di atas yang saya perkatakan tadi. Pihak mereka akan membantu satu persatu berkenaan dengan pakej pinjaman yang terbaik yang boleh ditawarkan untuk anda.

#2 Tiada Lock In Period

Lock in period adalah tempoh untuk selesaikan pinjaman perumahan tersebut. Untuk detail boleh tengok sini. Disebabkan oleh pakej ini tidak mempunyai lock in period, anda boleh membuat pembayaran penuh tanpa dikenakan sebarang penalti. Ianya sangat bagus kalau anda ingin refinance rumah anda dalam masa terdekat.

#3 Komitmen Bulanan Tinggi Boleh Cuba

Kalau seseorang itu mempunyai komitmen yang tinggi pun masih boleh cuba. Antara perkara yang paling ketara dalam uruskan kes pinjaman perumaha adalah 2 hutang ini. Ianya adalah hutang PTPTN dan satu lagi hutang Kad Kredit.

Kecilkan komitmen bulanan dahulu untuk memudahkan anda mendapatkan pinjaman perumahan pada kadar yang terbaik dan menarik.

#4 Ada Pendapatan Sampingan

Ada pendapatan sampingan juga sangat membantu untuk lulus dengan mudah. Pendapatan sampingan menjurus kepada pendapatan hasil sewa, komisyen dan lain-lain. Kalau anda tiada pendapatan sampingan, jangan risau, berikut beberapa idea dari kami untuk anda tambah pendapatan. Agar lebih mudah pinjaman anda lulus dikemudian hari.

Yang Kurang Menarik Daripada Bank Rakyat – Setakat Artikel ini Di Tulis

#1 Bukan Pinjaman Fleksi ataupun Semi Fleksi

Disebabkan oleh pinjaman ini bukan pinjaman Fleksi, agak sukar untuk anda selesaikan pinjaman ini lebih awal. Untuk pinjaman fleksi ataupun semi fleksi, anda boleh selesaikan pinjaman lebih awal dengan membuat bayaran lebih sedikit setiap bulan.

Misalkata bayaran pinjaman bulanan anda adalah Rm1200 sebulan, dengan membuat bayaran RM1400 lebihan RM200, tempoh pembiayaan anda akan menjadi kurang sedikit dan anda dapat jimat dari segi bayaran interest kepada bank.

Bank Rakyat tidak mempunyai pakej ini dan ianya hanya menawarkan pembayaran penuh tanpa lock ini period.

Boleh KLIK dan tengok video di bawah untuk anda tahu dengan lebih jelas apa yang bank rakyat tawarkan untuk pakej pinjaman rumah mereka.

#2 Wajib Kena Isi Application Form

Application Form adalah item yang wajib di isi di sini. Bank lain tidak mewajibkan untuk anda isi application form dan ini memang memudahkan pelanggan dan menjimatkan masa anda.

#3 Approval Ambil Masa Sedikit

Approval memang ambil masa sedikit. Memang tidak dinafikan ada bank yang mempunyai approval yang lebih pantas dan ada yang ambil masa sedikit.

Apapun, pinjaman bukan jenis fleksi ataupun semi fleksi adalah kekurangan daripada bank rakyat. Apapun, kalau anda mahukan pinjaman yang lebih fleksible untuk rumah anda, bolehlah isi maklumat anda di borang ini dan pihak mereka akan hubungi anda dalam masa terdekat berkenaan dengan pakej pinjaman terbaik yang anda mahukan.

Cara Permohonan

Untuk memohon sama ada dengan tujuan untuk refinance rumah ataupun pinjaman rumah, boleh ke cawangan Bank Rakyat terdekat. Ataupun anda hubungi mereka dulu untuk dapatkan info lanjut. Khas kepada mereka yang nak refinance, boleh baca artikel kami di bawah untuk dapatkan info refinance rumah.

Semoga semuanya dipermudahkan. Jika artikel ini bermanfaat, mintak kongsikan kepada mereka yang berkenaan dengan menekan butang share di bawah. Terima kasih.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest