5 Trick Pinjaman Wang Berlesan – 2 Tips Sah

Ketika saya mula-mula bekerja dahulu sekitar tahun 2012, memang ada nampak banyak iklan di dinding, kereta yang menulis, pinjaman wang berlesen. Kalau dah iklan banyak macam tu, mestilah yang mencari pinjaman tu pun ramai betul tak? Kali ini kami ingin membongkat 5 teknik syarikat pinjaman wang sama ada yang berlesen ataupun tidak dan cara untuk membezakan mereka dengan Ah Long. Juga, 2 Tips untuk melihat sama ada mereka itu benar-benar wujud ataupun sebaliknya.

Walaupun telah digembar-gemburkan berkenaan dengan keganasan mereka yang pinjam dengan ceti haram ataupun mereka yang pinjam dengan Ah Long, tetapi masih banyak juga yang masih meminjam dengan mereka atas alasan kesempitan hidup. Antara sebab blog smartinvest101 ini ditubuhkan adalah untuk memberikan kesedaran dalam bentuk kewangan kepada rakyat Malaysia dan jika anda betul-betul terdesak, barulah cuba untuk dapatkan pinjaman daripada syarikat wang berlesen.

Pinjaman Susah Lulus, Apa Nak Buat?

Pengalaman kami menguruskan pinjaman perumahan memang sering berjumpa dengan masalah ini. Antara isu utama kenapa pinjaman tidak dapat diterima adalah disebabkan oleh isu CCRIS yang tidak cantik ataupun CCRIS yang kosong. Yang kosong pun bermasalah untuk dapatkan pinjaman. Komitmen yang terlalu tinggi dan juga gaji yang kecil menyebabkan masalah Debt Service Ratio yang rendah, akibatnya pinjaman terus ditolak mentah-mentah. Belum lagi isu gaji cash, kerja komisyen dan lain-lain memang menyebabkan pinjaman perumahan agak sukar untuk lulus.

Pinjaman peribadi pun boleh tahan juga kesukarannya. Ada sesetengah bank yang hanya menerima sektor tertentu seperti sektor swasta ataupun mereka yang bekerja dengan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan ataupun GLC. Kalau syarikat swasta nak apply pinjaman peribadi dengan mereka, memang susah. Jadi, apa sahaja pilihan yang ada?

Kalau betul-betul terdesak, memang tempat pinjaman wang inilah yang akan dicari untuk pendapatkan cash secara pantas. Mungkin atas faktor desakan hidup dan juga perlukan cash dengan cepat, apapun, kami ingin berikan beberapa tips penting kalau anda cari syarikat ini dan trick yang mereka gunakan untuk mendapatkan pelanggan. 

NO 1 Iklan di WeChat – Gambar Profile Perempuan Cantik

Ini adalah antara trick dan teknik yang mereka bagi mendapatkan pelanggan. Disebabkan wechat mempunyai fungsi “findnearme” memang mereka ada di sini dan anda boleh berhubung dengan mereka. Kami pernah cuba untuk berhubung dengan mereka dan mendapati mereka memang mempunyai servis yang pantas. Jadi kalau anda menggunakan WeChat dan lihat gambar profile perempuan cantik dan seksi yang menawarkan pinjaman ataupun personal loan, jaga-jaga kerana mereka sebenarnya adalah pihak dari syarikat pinjaman ini ataupun boleh jadi Ah Long.

No 2 Iklan di Facebook Group – Hampir Setiap Hari

Kalau anda ke group-group facebook ini, memang akan nampak iklan mereka hampir setiap hati. Mujur Facebook ads band iklan-iklan daripada syarikat pinjaman seperti ini, kalau tidak memang penuh dengan iklan mereka nanti. Kalau anda rajin dan scroll group-group Facebook, memang akan nampak iklan mereka terutama group yang popular dan mempunyai ramai pengunjung. Kalau memang niat untuk dapatkan pinjaman sama ada untuk anak naik sekolah, kecemasan, boleh berhubung dengan mereka tapi jangan tandatangan apa-apa dokumen. 

Boleh cuba berjumpa dengan mereka dahulu untuk mendapatkan info lanjut, semasa cuba cuba periksan nama organisasi dan alamat kedai kerana dari situ, anda dapat tahu ianya berdaftar ataupun sebaliknya.

No 3 Banner dan Flyers Mereka

Memang banner dan flyers mereka ada di mana-mana. Kadang-kadang kita cuma parking kereta 10 minit sahaja, dah nampak iklan mereka yang ditampat di depan cermin. Kalau parking motor ataupun berjalan di kedai-kedai pun sering berjumpa dengan iklan mereka, syarikat yang terlalu agresif ini adalah lebih baik untuk berjaga-jaga dengan mereka takut dikhuatiri ianya adalah pinjaman yang tidak sah.

Image may contain: 1 person, sitting, close-up and outdoor

No 4 Kedai Syarikat Pinjaman Berlesan – Sah Atau Tidak?

Seringkali lihat kedai-kedai seperti ini di mana-mana daerah, Jadi persoalannya adalah, ianya berlesen ataupun tidak? Macam mana nak tahu sesuatu syarikat ini berlesen ataupun sebaliknya. Boleh baca sehingga habis artikel dan kami akan berikan beberapa info yang anda perlu tahu berkenaan dengan hal ini. Timbul persoalan, syarikat pinjaman yang menawarkan pinjaman ini dengan banner di depan kedai mereka “Syarikat Pinjaman Wang Berlese” seperti ini, mereka berlesen ataupun mereka hanya menyamar semata-mata? 

No 5 Janji Tak Masuk Akal

Bila dah terdesak nak pakai duit, apapun boleh jadi. Terutama nampak iklan yang seperti ini yang menjanjikan macam-macam perkara “blacklist boleh”, “muflis boleh”, “kelulusan pantas”, “tak ada slip gaji boleh” dan macam-macam lagi janji bulan dan bintang. Kalau ada iklan yang tak masuk akal memang kena berjaga-jaga.

Betul ke terdesak? Mungkin atas banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terdesak antaranya adalah kesihatan, perlu menanggung bayaran rawatan perubatan dan lain-lain. Persekolahan anak, tuntutan mahkamah sehingga disaman beberapa ratus ribu. Ini adalah antara faktor yang menyebabkan seseorang itu terdesak. Jadi, kalau anda nampak iklan seperti ini dengan janji yang tak masuk akal, boleh kalau nak hubungi mereka tapi pastikan untuk anda jangan tandatangan dokumen tanpa periksa betul-betul.

Macam Mana Nak Tahu Ianya Sah #1

Apa yang membolehkan sesebuah syarikat pinjaman itu berlesen ataupun tidak? Kalau bank, perlu berdaftar dengan Bank Negara, tetapi jika pinjaman berlesen ini, ianya perlu berdaftar dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Anda boleh ke laman web eMaps untuk melihat sama ada syarikat tersebut berdaftar ataupun tidak. Jika tiada sebarang maklumat, memang ada kemungkinan ianya tidak berdaftar dan kemungkinan anda akan deal dengan Ah Long.

https://emaps.kpkt.gov.my/emaps/emaps/umum/cari_ppw.cfm

Boleh buat carian di URL atas.

Macam Mana Nak Tahu Ianya Sah #2

Anda juga perlu tahu yang pemberi pinjaman perlu berpegang dengan akta ini;

Akta Pemberi Pinjam Wang (1951)

Mengikut peraturan yang ditetapkan untuk pinjaman tak bercagar, mereka (syarikat pemberi pinjaman wang – PPW) hanya boleh mengenakan kadar faedah maksimum 18% setahun (p.a) manakala bagi pinjaman bercagar kadar faedah yang boleh dikenakan ialah tidak melebihi 12% setahun (p.a).

Pun begitu, seringkali syarikat yang mempunyai lesen mengabaikan akta ini dan mengenakan caj ataupun interest yang lebih tinggi. Jika syarikat kenakan interest lebih tinggi dari 18% setahun, cuba cari syarikat lain, anda mempunyai pilihan.

Amalkan Kewangan Berhemah dan Jangan Sesekali Terlibat dengan Ah Long

Apapun, anda masih boleh berurusan dengan mereka dan anda masih lagi boleh berurusan dengan mereka dan yang paling penting adalah, untuk anda survey dan dapatkan semua maklumat yang penting dahulu sebelum tandatangan apa-apa dokumen.

Jika terang-terang anda tahu syarikah tersebut adalah Ahlong ataupun Along, cuba elakkan daripada berurusan dengan mereka. Kami galakkan untuk anda juga baca 2 artikel yang pernah kami tulis tentang bagaimana untuk berurusan dengan AKPK dan juga Pengalaman Menjadi Muflis. Harap anda mendapat banyak info daripada perkongsian kali ini.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest