Macam mana nak port in CelcomDigi ni? Sekarang ini semua orang sudah tahu yang Celcom dan Digi dah bergabung membentuk entiti baru. Bagaimana dengan pelanggan Celcom dan Digi sebelum ini.
Artikel pada kali ini, bukan nak menjawab persoalan tersebut. Akan tetapi macam mana nak port in ke CelcomDigi ni. Apa alternatif lain yang anda ada untuk buat proses port in ini. Boleh baca artikel ini sampai habis.

CelcomDigi Mula Bergabung
Seperti yang semua sedia maklum, Celcom dan Digi sudah pun bergabung. Akan tetapi, masih tiada perincian lagi berkenaan dengan fasiliti dan pelan mereka. Setakat artikel ini ditulis, masih lagi simkad Digi dan Celcom dijual berasingan.
KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.com Bhd (Digi) selesai menggabungkan operasi telekomunikasi Celcom Axiata Bhd dan Digi.
Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Axiata menjelaskan pihaknya dan Telenor akan memegang pemilikan yang sama dalam Celcom Digi iaitu masing-masing sebanyak 33.1 peratus.
Setelah selesai, Axiata menerima saham Digi yang baru diterbitkan mewakili 33.1 peratus serta tunai berjumlah RM2.5 bilion yang dibiayai oleh Digi dan akan diambil alih oleh entiti gabungan (Celcom Digi).
Digi juga menerbitkan saham untuk Telenor bagi mencapai pemilikan yang sama susulan pembayaran Telenor sebanyak RM300 juta kepada Axiata. [sumber]
Alang-alang nak buat port in ke CelcomDigi, jom tengok apa yang Tune Talk boleh tawarkan kepada anda. Pasti berbaloi dan puas hati kan.
Memperkenalkan Tune Talk
Tune Talk adalah mobile virtual network operator (MVNO) kepada Celcom yang sekarang ini adalah CelcomDigi. Dengan erti kata mudah, Tune Talk menggunakan coverage Celcom untuk urusan mereka dan juga untuk penggunaan data pun menggunakan coverage Celcom. Ianya tak lagi jauh dengan apa yang dilakukan oleh pihak OneXOX.
Cuma, alang-alang nak port in ke CelcomDigi ini, apa kata kalau anda cuba consider Tune Talk atas beberapa sebab berikut. Boleh baca satu-satu di bawah ini.
Oh ya, sebelum itu, kalau nak dapatkan simkad Tune Talk ini, boleh cuba dapatkan di official kedai Shopee kami. Di link bawah ini.
Link di atas adalah kedai Shopee kami dan anda boleh terus membuat pembelian di kedai kami di atas. Ianya akan sangat membantu kami untuk terus menulis content seperti ini pada masa akan datang.
Ada Coverage 5G
Seperti mana pelan lain yang ada di pasaran buat masa ini, pelan daripada Tune Talk didatangkan dengan coverage 5G. Cuma kena ingat yang coverage 5G ini, tak semua telefon boleh dan cuma boleh dengan model telefon ataupun smartphone yang support 5G sahaja.
Satu lagi faktor kena lihat semula pada coverage network. Pada ketika artikel ini ditulis, coverage network 5G masih belum meluas lagi dan tak semua kawasan ada coverage 5G. Kalau kawasan anda ada coverage 5G, tak ada masalah kalau nak cuba.
Banyak Pilihan Pelan Murah
Ramai yang memilih menggunakan prepaid adalah sebab flexibility yang mereka tawarkan berbanding dengan pelan postpaid. Lagi, prepaid secara puratanya menawarkan penggunaan pelan yang lagi dan jauh lebih murah berbanding dengan postpaid.
Tune Talk ini datang dengan pelbagai pelan daripada pelbagai harga. Ada pelan bulana, mingguan, harian dan tahunan. Untuk bulanan pula, ada bermacam variasi pelan yang ada untuk kegunaan secara peribadi. Pilihan pelan ini memang sangat menarik dan nak beritahu awal-awal, pelan daripada Tune Talk ini bukan untuk mereka yang “heavy user”. Kalau penggunaan anda adalah lebih daripada 100GB sebulan, pelan Tune Talk ini bukan untuk anda.
Nak tahu pelan terkini yang ditawarkan, boleh tengok dan baca pelan dari Tune Talk Jimat INI.
Sekali lagi, berminat nak dapatkan pelan ini dan nak port in ke Tune Talk, boleh terus membeli simkad Tune Talk di kedai Shopee kami di SINI.
Coverage Celcom – Sekarang CelcomDigi
Sekali lagi nak ingatkan yang coverage Tune Talk adalah menggunakan Celcom ataupun sekarang CelcomDigi. Boleh dikatakan antara coverage 4G terluas di Malaysia. Untuk 5G masih belum ada pemenang lagi dan kita akan ketahui kemudian.
Percuma Khairat Kematian & Takaful Kemalangan
Antara kelebihan menggunakan simkad Tune Talk adalah, anda boleh dapat percuma khairat kematian dan takaful kemalangan. Ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Tak semua syarikat telekomunikasi menawarkan perkara ini. Hanya ada beberapa dan Tune Talk adalah antara syarikat yang menawarkan takaful kemalangan kepada pelanggan mereka. Alang-alang, boleh bertukar terus kepada Tune Talk.
App Tune Talk Mudah Guna
Buat proses port ini dalam app Tune Talk sahaja. Anda nak buat port in daripada no lama anda daripada syarikat telekomunikasi berbeza kepada Tune Talk, lakukan sahaja dalam app tune talk.
Macam mana nak buat? Kalau beli simkad dengan kami, kami akan berikan step by step macam mana nak buat proses ini. Anda pun boleh cuba google ataupun search di youtube (youtube lebih mudah) tentang macam mana proses nak port in daripada telco lain kepada Tune Talk. Kalau nak buat port in ke Celcom, ataupun CelcomDigi, anda boleh consider untuk bertukar ke Tune Talk. Ianya menggunakan coverage yang sama dengan manfaat yang lebih baik sedikit. Amacam? Nak cuba?
Nak dapatkan no baru pun anda boleh lakukan dalam app tune talk je sekarang ni. Terus boleh pilih nombor dan memang boleh dikatakan yang app Tune Talk ini adalah antara app yang sangat bagus dan serbaguna untuk anda gunakan.
Boleh Jadi Dealer
Anda boleh jadi seorang dealer dan boleh buat duit dengan simkad Tune Talk. Hanya dengan sekeping simkad, anda dah boleh buat duit dan jana pendapatan setiap bulan. Secara jujurnya, ini adalah antara sebab saya bertukar ke Tune Talk. Tak semua syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej menjadi seorang dealer.
Nak jadi dealer pun tak susah, tak ada KPI, hanya langgan validity sahaja. Info lanjut berkenaan dengan tips dan cara nak jadi dealer, anda boleh dapatkan di SINI.
Kalau anda berminat nak jadi dealer, boleh hubungi kami, insyaAllah strategi dan step by step teknik akan kami berikan dan tunjukkan kepada anda.
Berbaloi Ke CelcomDigi? Atau Pakai Je Tune Talk
Port in CelcomDigi berbaloi? Ianya terpulang kepada anda. Kalau memang anda dah nekad nak pakai CelcomDigi, tak ada masalah. Kalau anda masih ada ruang dan peluang nak cuba Tune Talk, boleh beli je simkad di link atas. Terus sampai ke rumah anda. Ada masalah pendaftaran, boleh terus hubungi kami dan kami akan cuba sedaya upaya menolong anda.