5 Proses Selepas Loan Rumah Lulus 2023

Apa dia proses selepas loan rumah lulus yang anda perlu tahu? Soalan ini memang kerap ditanya terutama yang tak biasa dengan selok belok dalam pembelian rumah. Seringkali tertanya-tanya apakah step by step dan berapa lama masa yang diambil untuk proses ini lengkap.

Sebenarnya apa yang berlaku selepas loan anda lulus dan proses nak dapat kunci ini agak rumit untuk diterangkan. Ianya bergantung kepada kes-kes dan ianya unik untuk setiap keadaan. Kes untuk rumah yang ada consent dari pihak berkuasa negeri agak berbeza dengan kes untuk rumah dah habis bayar dan lain-lain.

Apapun, pada artikel kali ini, kami akan cuba berikan penerangan agar mudah untuk anda memahami apa yang berlaku. Jika ada sebarang persoalan, pastinya, anda boleh merujuk kepada peguam yang anda sudah lantik.

proses selepas loan rumah lulus

Secara Ringkas, Anda Boleh Tengok Video Ini

Untuk penerangan yang tak jauh beza dan juga beberapa tips berkenaan dengan proses lepas loan rumah lulus, anda boleh tengok dalam video di bawah ini. Ianya menerangkan secara detail proses yang berlaku selepas loan rumah anda lulus dalam bentuk video. Jika anda persoalan pun boleh nyatakan dalam ruangan komen dan kami cuba tolong jawab yang termampu.

Selain itu, anda pun boleh teruskan bacaan anda sehingga habis artikel ini.

Tandatangan Dokumen Anda Dengan Pihak Bank

Selepas pinjaman perumahan anda lulus, tak kira sama ada untuk refinance, subsale, lelong dan lain-lain, perkara pertama adalah untuk anda periksa detail daripada pihak bank. Detail tersebut adalah;

  • Berapa jumlah yang lulus
  • Berapa lama tempoh pinjaman
  • Berapa Interest rate %
  • MRTT (insurance) dan lain-lain termasuk dalam pinjaman atau tidak dan sebagainya

Biasanya selepas pinjaman lulus, anda akan dapat semua detail ini daripada pihak bank. Jika anda tiada masalah dengan semua info dan detail ini, bolehlah cepat-cepat untuk sign letter offer dengan pihak bank. 

Letter offer ini menunjukkan yang anda sudah menerima offer daripada pihak bank dan setuju dengan jumlah yang diberikan. Jika tiada masalah, anda bolehlah sign letter offer secepat mungkin.

Urusan Dengan Peguam

Setelah anda tandatangan Letter Offer daripada pihak bank, proses seterusnya adalah untuk anda tanda tangan dengan pihak lawyer. Jika urusan anda adalah pembelian rumah subsale, anda perlu untuk tandatangan 2 dokumen berikut iaitu Sales Purchase Agreement dan Loan Agreement.

Jika urusan anda hanya untuk refinance rumah, anda hanya perlu untuk tanda tangan Loan Agreement sahaja. Apa beza antara Loan Agreement dan Sales Purchase Agreement tersebut?

Loan Agreement

Loan agreement adalah perjanjian dengan bank. Jika loan anda lulus dengan Bank islam sebagai contoh, anda perlu tandatangan perjanjian dengan Bank Islam. Semua maklumat berkaitan dengan proses jual dan beli, apa jadi jika tak bayar, interest rumah dan lain-lain ada dalam perjanjian tersebut. 

Sales Purchase Agreement

Perjanjian jual beli rumah dan salah satu tujuan adalah untuk tukar nama di geran tanah. Perjanjian ini sangat penting untuk proses jual beli rumah anda. Detail berkenaan dengan perjanjian ini anda boleh baca nanti selepas tanda tangan.

Semasa anda tanda tangan dengan pihak peguam, biasanya pihak peguam akan sediakan bill jumlah bayaran kos yang anda perlu bayar. Bil ini anda boleh minta semasa ataupun sebelum tanda tangan dengan pihak peguam. Tapi, anda juga boleh dapatkan tips untuk kurangkan bayaran bil oleh pihak peguam. Macam mana tu? Tips ini sangatlah bagus untuk anda jimatkan jumlah kos bayaran yang anda kena bayar dan tips tersebut ada dalam video di bawah ini.

Harapnya banyak info yang anda boleh dapat dalam video di atas ini.

Ada Apa-Apa Sekatan?

Rumah anda ada apa-apa sekatan? Nak tahu sekatan ni macam mana, ada dalam video di atas ini, kami sertakan beberapa contoh sekatan yang selalu ada dalam geran rumah dan geran tanah.

Kalau ada sekatan, memang nak atau tidak, ianya akan melambatkan sedikit proses selepas loan rumah anda lulus. Terutama sekali jika anda nak beli rumah yang ada sekatan, memang ianya akan memakan masa sedikit terutama untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.

Sekatan pula ada banyak jenis dan tidak dapat nak terangkan secara detail dalam artikel di sini. Adalah lebih baik untuk anda tanyakan kepada pihak peguam agar lebih jelas.

Tunggu Sehingga Semua Proses Selesai

Selepas anda tandatangan dengan pihak peguam, apa yang anda perlu lakukan adalah tunggu sahaja sehingga semua proses selesai. Pada masa ini, adalah lebih baik untuk anda cuba follow up peguam secara berkala, saya cadang seminggu sekali untuk tanya progress berkenaan dengan status refinance ataupun pembelian rumah anda. 

Penting untuk sentiasa follow up mereka untuk tahu status terkini dan biar pihak peguam tahu berkenaan dengan rumah anda. Terutama agar mereka terus berikan perhatian tentang perkembangan status pembiayaan anda.

Jangan Lupa Anda Boleh Keluarkan Duit KWSP

Kalau anda beli rumah subsale, anda dah boleh nak keluarkan duit KWSP. Walaupun anda dapat pinjaman 100% loan pun, anda masih boleh keluarkan duit daripada KWSP. Akan tetapi, hanya duit daripada akaun 2 sahaja yang anda boleh keluarkan untuk tujuan pembelian rumah anda. 

Duit yang anda keluarkan daripada akaun di KWSP akan terus masuk dalam akaun simpanan anda. Info lanjut secara detail berkenaan dengan cara nak keluarkan duit KWSP beli rumah, anda boleh tengok dalam video di bawah ini.

Apa Yang Anda Boleh Buat Sebelum Loan Rumah Lulus

Sebelum pinjaman rumah anda lulus, adalah lebih baik untuk anda dapatkan CCRIS rekod dan lihat rekod CCRIS anda. Cara paling mudah untuk dapatkan CCRIS rekod adalah, anda beli sahaja melalui Touch N Go E Wallet anda sahaja. Dalam Applikasi tersebut, cari sahaja bahagian CTOS dan beli sahaja 1 report kredit kewangan yang berharga RM20 ke RM25 untuk anda lihat status dan keadaan CCRIS rekod anda.

Dari situ anda sudah boleh rancang kewangan anda. Kalau ada yang tertunggak, boleh langsaikan hutang yang tertunggak dan kalau langsung tak ada apa-apa rekod dalam CCRIS, kalau boleh cuba buat 1 rekod CCRIS anda. Akan lebih mudah untuk anda dapatkan pinjaman apabila sudah ada rekod CCRIS. 

Sampai di sini sahaja artikel berkenaan dengan proses selepas loan rumah lulus. Mudah sahaja sebenarnya dan kami nak tekankan lagi yang kes dan keadaan untuk setiap orang agak berbeza. Dalam artikel ini cuma penerangan secara umum dan adalah lebih baik untuk anda tanya kepada peguam anda. Apapun, kalau terdapat sebarang persoalan, boleh juga tanyakan dalam ruangan komen di bawah ini.

Related Posts

2 thoughts on “5 Proses Selepas Loan Rumah Lulus 2023

  1. Dari situ anda sudah boleh rancang kewangan anda. Kalau ada yang tertunggak, boleh langsaikan hutang yang tertunggak dan kalau langsung tak ada apa-apa rekod dalam CCRIS, kalau boleh cuba buat 1 rekod CCRIS anda. Akan lebih mudah untuk anda dapatkan pinjaman apabila sudah ada rekod CCRIS.

    maaf ni maksudnya apa…tak berapa faham…tq

    1. kena ada hutang juga, kalau langsung tiada hutang deedngan bank, cuba buat hutang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest