Sekarang ini sudah ramai yang mula mencari pelaburan patuh syariah. Semuanya agar setiap pulangan yang anda dapat mendapat keberkatan dan diredhai. Sekarang ini, bukan sahaja dana unit amanah(link) yang mempunyai dana patuh syariah, saham patuh syariah pun sudah ada banyak di kaunter BSKL sekarang ini.
Persoalannya adalah sama ada anda mahu untuk melabur dalam dana tersebut ataupun sebaliknya. Seperti saya, memang sebolehnya untuk melabur dalam saham yang patuh syariah kerana ianya juga menjanjikan pulangan yang menguntungkan dan antara pilihan yang terbaik yang anda boleh dapatkan.

Macam Mana Nak Tahu Sesuatu Kaunter Ini Patuh Syariah
Ada dua cara untuk tahu dan salah satunya adalah melalui laman web Bursa Saham Kuala Lumpur. Dari situ memang ada senarai kaunter yang anda cari. Tidaklah terlalu sukar kerana anda sudah tahu apakah senarai kaunter yang islamik ini. Seterusnya terpulang kepada anda sama ada untuk teruskan melabur dalam kaunter ini ataupun sebaliknya.
Satu lagi cara adalah dengan melihat data daripada laman broker anda sendiri. Macam saya, saya menggunakan platform daripada RHB dan untuk platform ini, cara untuk tentukan dana yang patuh syariah adalah dengan melihat tanda bulat. Jiak ada tanda ini, memang anda selamat untuk melabur dalam dana yang anda inginkan. Boleh lihat sendiri melalui gambar di bawah ini.
Untuk info, saham yang patuh syariah ini telahpun mendapat persijilan daripada bank negara yang dikawal ketat oleh suruhanjaya sekuriti Malaysia. Ada beberapa kritiria yang perlu untuk dipatuhi bagi membolehkan sesuatu kaunter saham itu patuh syariah.
In 1995, the SC’s SAC established the methodology to undertake Shariah screening process for listed companies. The methodology comprises quantitative and qualitative assessments.In view of the current development and sophistication of the Islamic finance industry, the screening methodology has now been revised by adopting a two-tier approach to the quantitative assessment which applies the business activity benchmarks and the newly-introduced financial ratio benchmarks while at the same time maintaining the qualitative assessment.This revision is in line with the SC’s initiatives to further build scale in the Shariah-compliant equity and investment management segments as well as expand the Islamic capital market’s (ICM) international reach, as outlined in the Capital Market Masterplan (sumber : SC Malaysia)

Anda sudah tahu kaunter apa yang anda mahukan, seterusnya adalah bagaimana teknik untuk anda membuat pelaburan saham. Kalau anda langsung tiada asas, kami cadangkan untuk anda bermula dengan panduan pelaburan saham di SINI. Ianya adalah asas penting untuk sukses dalam pelaburan anda.
Saham memang menjanjikan pulangan yang baik untuk pelaburan anda. Tetapi ianya memerlukan teknik yang betul untuk pelaburan anda. Dengan teknik yang betul, barulah anda boleh sukses dalam pelaburan saham.
Untuk info lanjut dan penerangan lebih detail berkenaan dengan pelaburan saham patuh syariah ini, kami rekemen untuk anda tengok video di bawah ini bagi mendapatkan penjelasan yang lebih detail dan sedikit tips untuk membuat pelaburan saham.
Unit Amanah Patuh Syariah
Selain daripada saham, memang terdapat banyak pilihan unit trust yang patuh syariah. Banyak syarikat yang menawarkan Unit Amanah yang patuh syariah dan salah satunya adalah Public Mutual. Ianya adalah antara pilihan dana yang terbaik yang anda boleh pilih.
Apapun, tidak semua dana daripada Mutual Fund ini menjanjikan pulangan yang baik, yang penting adalah anda tahu dana apa yang anda mahukan dan cara untuk memilih dana yang terbaik agar anda tidak rugi. Untuk mendapatkan dan tips memilih dana yang mempunyai risiko yang rendah tetapi pada masa yang sama menjanjikan pulangan yang baik, anda boleh lihat di SINI. Sememangnya penting untuk anda memilih dana yang terbaik agar anda mendapat pulangan yang sepatutnya.
Lagi beberapa artikel terkini berkaitan dengan uni amanah pula, anda boleh tengok di bawah ini;
Pelaburan Untuk Persaraan – Lagi Awal Lagi Baik
Memang sudah sampai masanya untuk anda memulakan pelaburan untuk persaraan anda. Lagi awal anda bermula lagi bagus kerana anda mendapat banyak manfaat dan boleh mengambil risiko yang lebih lagi. Jika anda belum lagi terfikir untuk pelaburan persaraan anda, sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda fikirkan untuk persaraan anda. Boleh mulakan dengan mendapatkan info berkenaan dengan pelaburan yang sesuai untuk anda. Untuk persaraan, kami cadangkan anda untuk lihat pelaburan unit amanah dan saham sebagai permulaan.
Sekarang memang sudah tiada alasan lagi untuk mencari dana yang patuh syariah. Memang sebagai orang Islam adalah wajib untuk mendapatkan dana yang seperti ini untuk pelaburan yang selamat dunia dan akhirat. Sekali lagi, kami berikan beberapa tips dan sangat rekemen anda dapatkan tips dari panduan pelaburan saham.
FCPO – Alternatif Kepada Pelaburan Saham
FCPO adalah alternatif terbaik kepada pelaburan saham. Kerana ianya telahpun mendapat pengesahan patuh syariah dan yang paling kami suka adalah, ianya market 2 arah. Anda masih boleh mendapat ataupun buat keuntungan walaupun harga kelapa sawit ini jatuh. Ya, nama penuh ialah Futures Crude Palm Oil (FCPO). Kami ada ceritakan panjang lebar berkenaan dengan info ini di SINI.
Ini serba sedikit berkaitan dengan pelaburan saham dan harap anda mendapat manfaat daripada artikel ini. Jangan lupas sebarkan agar lebih ramai yang mendapat manfaat.
Boleh follow channel telegram kami di atas dan dapatkan ebook percuma 16 tips pelaburan di Malaysia.