Cara Semak Bantuan Zakat Selangor 2021

Macam mana cara semak bantuan zakat Selangor. Jika anda pernah memohon bantuan zakat daripada negeri Selangor, bolehlah buat semakan sama ada anda layak ataupun sebaliknya. Boleh baca artikel ini sehingga habis terutama jika anda memang terkesan dengan keadaan ekonomi buat masa ini.

Cara semak bantuan zakat Selangor ini tidak susah, dan boleh dilakukan secara online sahaja dari rumah. Tapi yang pentingnya adalah, kalau anda memang seorang yang layak menerima zakat, bolehlah memohon bantuan ini. Anda boleh baca artikel berkaitan dengan 8 asnaf ataupun penerima zakat di SINI. 

Tapi sebelum itu, kami nak berikan sedikit info berkaitan dengan apa itu zakat Selangor.

Apa itu bantuan zakat Selangor?

Bantuan zakat Selangor ini disalurkan khusus kepada rakyat negeri Selangor sahaja yang sangat memerlukan dan tergolong dalam golongan fakir miskin, asnaf, atau mualaf. 

Struktur Pendapatan Kumpulan Isi Rumah 2019

Data Laporan Survei Pendapat Isi Rumah dan Kemudahan Asas oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan had pendapatan bagi kumpulan B40 pada tahun 2019 yang merangkumi 2.91 juta isi rumah adalah RM 4,849. Had pendapatan kumpulan M40 yang melibatkan 2.91 juta isi rumah pula adalah di antara RM 4,850 hingga RM 10,959. 

Sementara itu, sebanyak 1.46 juta isi rumah berada di kumpulan T20 dengan pendapatan melebihi RM 10,960. Dari segi agihan pendapatan, T20 memiliki 46.8 peratus dari jumlah pendapatan isi rumah berbanding 46.2 peratus pada tahun 2016. Pada sisi lain kumpulan M40 memiliki 37.2 peratus, manakala B40 pula hanya menguasai 16.0 peratus dari jumlah pendapatan, berkurangan daripada 16.4 peratus pada 2016.

Apa yang perlu di beri perhatian lebih di sini adalah pada golongan B40 terutamanya. Kadar pertumbuhan manusia semakin meningkat, justeru meningkatkan lagi sara hidup kehidupan. Struktur ekonomi akan tercabar dek kerana kepesatan ini bukan sahaja kepesatan dalam pembangunan tetapi juga dalam merealisasikan sebuah negara maju yang kosong kemiskinan. 

Baru-baru ini Belanjawan 2021 yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberi satu perubahan peningkatan bantuan kepada golongan-golongan spesifik seperti golongan rentan, golongan orang kelainan upaya (OKU), warga emas, pesakit kronik, dan kanak-kanak keluarga miskin. Bukan itu sahaja, kajian Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Perangkaan mendapati Pendapatan Garis Kemiskinan atau PGK Nasional meningkat kepada RM 2,208 sebulan bagi setiap isi rumah.

Walaupun PGK Nasional menunjukkan sedikit peningkatan di situ tetapi usaha-usaha yang padu perlu terus dipergiatkan untuk membantu dan membela nasib golongan ini lebih-lebih lagi mereka juga sangat terjejas untuk mencari rezeki kerana pandemik Covid-19.

Jabatan Perangkaan Dedah Penduduk Malaysia Lebih Ramai Lelaki Berbanding Wanita 1

Boleh tengok informasi berkaitan dengan KWSP pada belanjawan 2021 di dalam video di bawah;

Semakan bantuan mudah dengan platform online

Bangun tidur, siapkan diri untuk keluar, pandu kereta dari rumah ke pejabat majlis agama, berurusan di kaunter, lepas urusan selesai kembali semula ke rumah. Eh, bukan setakat itu sahaja. Jika trafik sesak, anda perlu menghadap kesesakan lalu lintas sepanjang jalan apatah lagi jika lokasinya jauh dari rumah. Di tambah lagi dengan anda perlu menunggu nombor giliran untuk berurusan di kaunter. Menunggu dan terus menunggu. Masa anda habis dengan kerja asyik menunggu sahaja. Tidak praktikal langsung!

Tentu ada merasakan perkara yang samakan? Takkan lah kalau nak beli barang boleh picit-picit pakai jari tetapi kalau urusan seperti ini tidak boleh. 

Dengan kemudahan baru yang di perkenalkan oleh Zakat Selangor, anda boleh mendapatkan manfaat yang banyak.

1. Elektronik zakat online

“Banyaknya syarat-syarat bantuan ni! Ishh, peninglah nak faham.”

Buat apa susahkan diri baca dokumen-dokumen yang panjang kalau anda sendiri boleh semak sahaja dengan teknologi di hujung jari. Anda layak atau tidak sesebuah bantuan itu akan diberikan maklum balas dalam masa kurang dari seminit. 

Semakan Bantuan Zakat - Lembaga Zakat Selangor

Langkah 1: Layari https://ezo.zakatselangor.com.my/

Langkah 2: Daftarkan diri anda dalam link tersebut

Langkah 3: Semak status bantuan zakat anda

2. Online e-ZakatPay / Online Channel / Online Banking / e-wallet

“Lecehlah setiap kali nak bayar zakat kena pergi kaunter. Beratur dahlah panjang.”

Sabar dulu tuan dan puan semua. Sekarangkan zakat harta boleh di bayar secara online. Bukan satu kaedah, bukan dua kaedah tetapi empat kaedah anda boleh guna. Sama ada menggunakan online e-ZakatPay (Jom Pay & Touch n Go), online channel (Pos Malaysia & myeg), online banking di mana-mana bank yang berdaftar di Malaysia, atau e-wallet (Go Payz & Boost). 

Langkah 1: Layari https://fpx.zakatselangor.com.my/

Langkah 2: Daftarkan diri anda dalam link tersebut

Langkah 3: Isi maklumat bayaran

Langkah 4: Pilih kaedah bayaran

Langkah 5: Pilih bank yang anda hendak berurusan

Langkah 6: Anda boleh dapatkan resit bayaran zakat secara automatik

Mudahnya cara nak semak bantuan zakat Selangor ini.

1. Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi

Bantuan diberikan kepada pelajar-pelajar Selangor yang  telah di terima belajar atau yang telah belajar di peringkat institusi pengajian tinggi atau universiti yang boleh ditampung kos pengajiannya oleh pihak MAIS. Keutamaan akan di berikan kepada pelajar dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab manakala bidang-bidang yang berunsurkan industri hiburan tidak akan diterima.

Syarat-syarat bantuan:

  • Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  • Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  • Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT)

Cara membuat pemohonan:

Pemohon boleh membuat permohonan pada bahagian Bantuan > Permohonan dan Rekod Bantuan > Permohonan Baru dan langkah seterusnya boleh dirujuk di Manual Pengguna Pemohon di Portal Pendidikan. Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat dan lampiran dokumen yang diperlukan dengan betul setiap bahagian berikut sebelum menghantar permohonan:

  • Maklumat Pendidikan
  • Maklumat Bantuan
  • Lampiran Dokumen

Tempoh proses permohonan:

Jumlah Yuran Sepanjang PengajianKelulusan (Hari Bekerja)
RM 10,0006
RM 50,0008
RM 100,00010
RM 100,00016

2. Sumbangan Pendidikan Ipt Dalam Negara

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) ini merupakan inisiatif terbaru Lembaga Zakat Selangor yang bertujuan meringankan beban kos pengajian pelajar yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara di bawah peruntukkan asnaf fisabilillah.

Keutamaan sumbangan ini adalah kepada golongan berpendapatan pertengahan dengan menggunakan kaedah pengiraan Haddul Kifayah yang lebih adil dan menyeluruh.

Syarat-syarat bantuan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun. 
  • Permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA / IPTS) / SKM tahap dua (ILK / ILKS) dan ke atas sahaja. 
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Namun, jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM 5,000.

Kadar sumbangan:

  • RM 700 bagi setiap peringkat pengajian yang dinyatakan
  • Sumbangan di bawah peruntukan asnaf fisabilillah

Cara membuat permohonan:

Permohonan secara online di www.zakatselangor.com.my/spzas

3. Sumbangan Pendidikan Anak Selangor

Sumbangan ini dapat meringankan beban golongan berpendapatan pertengahan (B40) untuk mengurangkan kos pendidikan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah di negeri Selangor. Sumbangan hanya terbuka untuk tanggungan di peringkat pra sekolah / tadika, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama serta Sekolah Menengah. Setiap pelajar layak menerima bantuan di bawah asnaf fisabilillah berjumlah RM 200 bagi setiap sesi persekolahan.

Syarat-syarat bantuan:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang dari 3 tahun
  • Pendapatan seisi rumah melebihi daripada Haddul Kafiyah dengan julat tidak melebihi jumlah maksimim RM 3,000

Cara membuat permohonan:

Pemohon boleh secara online di https://www.zakatselangor.com.my/.

Kadar sumbangan:

Tahap PendidikanJumlah Sumbangan (Per Tanggungan)
Pra sekolah / tadikaRM 200
Sekolah Rendah KebangsaanRM 200
Sekolah Rendah AgamaRM 200
Sekolah MenengahRM 200

Di harapkan artikel cara semak bantuan zakat Selangor dapat menambahkan sedikit sebanyak pengetahuan baru kepada anda. Untuk maklumat lanjut tentang bantuan ini, jangan lupa layari website Lembaga Zakat Selangor. Anda perlu sentiasa berhubung dengan pegawai bertugas untuk memperoleh maklumat terkini bantuan. 

Jangan lupa untuk subscribe channel telegram kami bagi mendapatkan lebih banyak informasi berkaitan dengan dunia topik-topik kewangan dan pelaburan. Juga ebook percuma dari kami berkaitan dengan pelaburan selepas anda subscribe channel tersebut.

Gunakan sebahagian duit zakat untuk survival diri, apabila sudah cukup, mula mentaliti untuk membuat simpanan paling kurang Rm1000 dan selepas itu, mula untuk fikirkan perniagaan ataupun pelaburan yang anda boleh ceburi. Boleh tengok idea perniagaan online yang boleh diceburi di dalam artikel di SINI.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest