7 Syarat Refinance Rumah – Terkini 2020

Apa syarat refinance rumah yang anda perlu tahu? Sekarang ini ramai yang bercita-cita untuk refinance rumah mereka. Ada banyak sebab mengapa seseorang itu membuat pembiayaan semula rumah mereka. Antara sebab yang ketara adalah untuk dapatkan cashout dan juga ada banyak sebab lain lagi.

Taknak cerita banyak, artikel pada kali ini kami detailkan syarat untuk anda membuat pembiayaan semula rumah anda. Bila ada semua syarat ini, barulah pembiayaan semula rumah anda menjadi lebih mudah dan application untuk pinjaman pun akan jadi lebih cepat. Anda sebagai pelanggan gembira dan pegawai bank yang uruskan pembiayaan anda pun gembira kerana pembiayaan lulus dengan mudah dan cepat.

Bagi anda yang tidak tahu apa itu pembiayaan semula rumah, boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan topik ini di beberap artikel dalam blog kami. Boleh pergi ke akhir artikel bagi mendapatkan info lanjut kerana kalau anda yang membaca artikel ini, mesti anda tahu serba sedikit apa itu pembiayaan semula rumah.

syarat refinance rumah

Tujuan Jelas Selepas Cashout

Mengikut pengalaman saya sebagai seorang mortgage consultant dan juga Real Estate Negotiator, ada beberapa sebab mengapa seseorang itu nak refinance rumah mereka. Yang paling terkini adalah kerana perlukan cash kerana seseorang itu sedang sakit. Mungkin kerana tidak mengambil apa-apa pelan takaful perubatan dan perlukan duit untuk membiayai kos-kos perubatan.

Ada juga seorang rakan saya yang nak refinance sebab nak tukar kontrak pinjaman daripada konvensional kepada islamik. Mungkin sebab sebelum ini tak tahu akan wujudnya kontrak islamik jadi berazam untuk bertukar daripada konvensional kepada islamik.

Ada juga yang perlukan cash untuk tambah lagi pelaburan lain. Cash ini penting untuk membesarkan perniagaan, ataupun membuat pelaburan terutama pelaburan hartanah dan lain-lain. Tidak kurang juga yang nak buat refinance rumah sebab nak renovate rumah dan besarkan rumah. Apapun, terpulang kepada masing-masing dan harap anda mempunyai tujuan yang jelas untuk melakukan pembiayaan semula pinjaman perumahan anda. 

Mempunyai Rumah

Kalau nak buat pembiayaan semula rumah, antara syaratnya adalah untuk anda mempunyai rumah. Sama ada rumah tersebut masih dalam pinjaman ataupun dah habis bayar. Rumah yang bawah pinjaman LPPSA pun tak ada masalah untuk buat pembiayaan semula. Ini adalah antara fakta yang anda perlu tahu kalau anda nak buat pembiayaan semula rumah.

Ada yang bertanya, kalau nak buat pembiayaan semula tanah boleh ke? Ianya bergantung kepada bank dan secara jujurnya, saya tidak biasa dalam hal ehwal pembiayaan tanah. Banyak melakukan konsultansi untuk pembiayaan rumah sahaja. 

Kalau anda membeli rumah dengan tujuan untuk buat pembiayaan semula rumah pada masa akan datang pun tiada masalah. Ianya bergantung kepada kekuatan kewangan anda. Apapun, rancang kewangan anda untuk lakukan pembiayaan semula rumah.

Mempunyai Pendapatan

Antara syarat refinance rumah adalah untuk anda mempunyai pendapatan. Sama ada pendapatan melalui gaji yang diterima ataupun pendapatan melalui perniagaan. Daripada pendapatan ini, barulah pihak bank yakin yang anda mampu untuk membayar balik jumlah hutang yang dipinjamkan oleh pihak bank kepada anda.

Walaupun kebanyakan pelanggan saya adalah mereka yang “makan gaji” ada juga mereka yang bekerja sendiri dan mempunyai dokumen yang bagus untuk mendapatkan pembiayaan rumah. 

Kalau anda masih belum mempunyai pendapatan tetap ataupun baru bertukar kerja, lebih baik menunggu seketika sehingga anda mempunyai pendapatan yang stabil sebelum mencuba untuk membuat pembiayaan semula. 

Rekod CCRIS/CTOS Bersih

Rekod CCRIS dan CTOS menunjukkan sejarah pembayaran seseorang dengan bank ataupun institiusi kewangan di Malaysia. Bagi membolehkan pinjaman seseorang itu lulus pembiyaan semula pinjaman perumahan, penting untuk tunjukkan kepada bank “track record” yang baik agar tiada masalah untuk “apply” pinjaman perumahan bagi masa yang akan datang.

Pastikan juga tiada rekod yang tidak baik dalam CTOS rekod anda. Kalau ada, lebih baik selesaikan dahulu sebelum membuat apa-apa pinjaman termasuklah pinjaman perumahan. Cara untuk dapatkan rekod CCRIS/CTOS ini tidaklah susah, cara percuma anda boleh dapatkan di cawangan Bank Negara Malaysia berdekatan dengan anda. Ini adalah cara percuma.

Cara kedua, anda boleh dapatkan ataupun beli secara online sahaja melalui laman-laman web seperti MYCTOS ini. Biasanya, mereka akan caj sebanyak RM20 untuk 1 rekod CCRIS/CTOS. Tetapi, berbaloi dan jimat masa kerana anda tak perlu untuk ke cawangan Bank Negara berdekatan. Kalau nak buat pembiayaan semula, pastikan anda lihat semula sejarah transaksi kewangan anda dalam rekod CTOS ini.

Debt Service Ratio – Komitmen

Kalau boleh, jangan ada komitmen yang terlalu besar kalau nak refinance rumah anda. Sebelum nak refinance rumah anda tu, kalau boleh buang dahulu komitmen ataupun hutang-hutang jahat seperti personal loan dan kad kredit. Kalau pinjaman kereta dah nak habis, boleh habiskan bayar sebelum buat pembiayaan semula rumah. Komitmen yang rendah akan membolehkan Debt Service Ratio anda lebih baik dan ini adalah antara syarat refinance rumah yang utama. 

Sekali lagi, kurangkan komitmen anda sebanyak mungkin dan kalau seorang peminjam tidak boleh, boleh cuba untuk dapatkan penama kedua agar pinjaman anda lebih mudah untuk lulus. Contohnya adalah gabung nama untuk pasangan dan adik beradik.

Dokumen

Kalau nak refinance semula pinjaman perumahan anda, ini adalah antara set dokumen yang anda perlu sediakan. Bagi mereka yang makan gaji dan bekerja, mempunyai majikan, ini adalah set dokumen tersebut;

  • IC
  • Slip Gaji 3 bulan
  • Bank Statement 3 bulan
  • Penyata KWSP
  • Pengesahan Majikan
  • Geran Rumah

Bagi mereka yang bekerja sendiri pula, ini adalah set dokumen yang anda perlukan untuk pembiayaan rumah anda;

  • IC
  • SSM – Syarikat
  • Bank Statement Syarikat – 6 bulan
  • Cukai ataupun Income Tax syarikat

Mulai akhir tahun 2019, boleh saya katakan yang kalau anda nak buat pinjaman perumahan sama ada pembiayaan semula ataupun pinjaman rumah, anda perlu untuk membayar cukai ataupun income tax syarikat anda. Kalau tak bayar, memang peluang untuk mendapatkan pinjaman agak sukar.

Kalau anda nak buat ataupun lakukan pembiayaan semula rumah, boleh KLIK borang di bawah dan isikan detail anda, pihak kami akan lakukan sehabis baik bagi membolehkan proses refinance rumah anda berjalan lancar. Daripada urusan periksa harga pasaran sehingga ke proses aplikasi pinjamana rumah dan seterusnya.

Refinance Rumah Anda Sekarang

Jadi apa tunggu lagi. Kalau kesemua syarat refinance rumah ini anda dapat penuhi dan anda mempunyai rancangan sendiri selepas “cash out” pinjaman rumah nanti. Boleh sahaja terus buat pembiayaan semula rumah. Asalkan anda tahu tujuan dan kenapa anda mahu untuk buat pinjaman rumah, ianya akan lebih baik.

Apaun, berikut adalah antara beberapa artikel kami berkenaan dengan pinjaman rumah ataupun proses refinance rumah;

Leave a Reply

Pin It on Pinterest