8 Tips Murah Rezeki & Diberkati

Anda inginkan tips murah rezeki? Sebagai seorang Muslim, kita meyakini bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Kita harus bertawakkal dengan menaruhkan usaha dan doa untuk mendapatkan rezeki yang berkat. 

Pada masa kini, ramai yang mencari jalan untuk menambahkan rezeki apatah lagi dengan status ekonomi yang kian terjejas. Bagaimana cara untuk menambahkan rezeki? Pada artikel kali ini, kami kumpul 8 tips murah rezeki yang boleh anda amalkan dalam kehidupan anda.

Bangun Awal Pagi

Rezeki bermula di awal pagi. Mereka yang bangun awal pagi dapat merebut peluang lebih awal. Suasana di awal pagi juga dapat menyegarkan minda dan tubuh lantas memberi tenaga positif dan momentum untuk menjalankan pekerjaan sepanjang hari.

Kebanyakan orang hebat bangun pada awal pagi bagi memulakan aktiviti harian mereka. Bukan sahaja Nabi Muhammad bangun awal pagi bermunajad kepada Allah, tokoh-tokoh barat juga bangun awal pagi bagi memulakan hari mereka dan selesaikan tugasan pada hari tersebut. Bangun awal pagi memang memberikan banyak ruang dan peluang untuk menambah rezeki.

Mulakan hari dengan senyuman

Apabila kita tersenyum, kita akan memancarkan aura positif sejurus memberikan tenaga dan semangat untuk melakukan pekerjaan. Senyuman juga dapat menjemput rezeki apabila pelanggan berasa senang hati melihat wajah kita. Disebabkan inilah, senyuman disebutkan sebagai sedekah: kerana dapat melapangkan hati orang yang melihatnya. 

Teruskan tersenyum dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kita. Syukur adalah antara tips dan amalan untuk tambah rezeki.

Amalkan solat Dhuha

Solat sunat Dhuha adalah antara amalan yang baik untuk dilakukan di pagi hari. Nabi Muhammad SAW pernah bersadba bahawa “dua rakaat solat dhuha dapat menarik rezeki dan mengelak kefakiran.” Selain mengikuti sunnah, solat Dhuha juga mampu memberi kesegaran setelah memulakan kerja pada waktu pagi.

Jaga kebersihan

Ruang yang kotor dan sempit merendahkan motivasi untuk mengurus pekerjaan. Ia juga akan memberi kesan kepada kualiti kerja yang kita lakukan. Jadi, pastikan kebersihan terjaga setiap waktu supaya dapat menjemput rezeki melimpah ke dalam hidup anda.

Berbakti kepada ibu bapa

Untuk mendapatkan rezeki yang luas dan berkat, kita perlulah mendapatkan redha ibu bapa. Berbuat baiklah dan selalu menghubungi mereka agar dapat mengekalkan hubungan silaturrahim. Selain itu, kita juga dituntut untuk menunaikan hak kewajipan kepada ibu bapa dan keluarga kita agar hidup sentiasa diliputi rahmat dan diberikan rezeki yang tak terkira.

Perbanyakkan istighfar

Istighfar adalah antara senjata mukmin yang ampuh selain doa. Dengan sentiasa beristighfar, hati kita menjadi bersih daripada dosa dan terhindar daripada fikiran negatif. Apabila hati menjadi bersih, Allah akan mengangkat darjat kita lebih dekat di sisiNya dan doa kita akan mudah dimakbulkan.

Dalam Surah Nuh, Nabi Nuh a.s telah berdakwah kepada kaumnya untuk beristighfar:

“Aku katakan kepada kaumku: Beristighfarlah kamu kepada Tuhan, sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun. Jika kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai. ” ayat 10-12.

Ternyata dengan istighfar, Allah menjanjikan pelbagai nikmat dan kelebihan untuk kita.

Saling mendoakan

Allah sangat menyukai hamba-hambaNya yang berdoa kepadaNya. Doa menjadi senjata utama umat Islam. Doa yang ikhlas akan mudah dimakbulkan apatah lagi sekiranya kita menjadi orang yang berhati bersih dan dekat di sisiNya. 

Rasulullah SAW juga mengajarkan kita untuk saling mendoakan sesama Muslim. Dalam sebuah hadis, baginda menjanjikan bahawa dengan setiap kebaikan yang didoakan untuk orang lain, kebaikan itu akan sampai kepada si pendoa. 

Terdapat sebuah doa khas yang dibaca oleh Rasulullah kepada Anas bin Malik r.a supaya rezeki beliau dimurahkan rezeki. Doanya berbunyi:

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan, sila gantikan dhomir yang bersesuaian.

Selawat ke atas nabi

Dalam Al-Quran ada disebutkan bahawa “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56).

Ayat ini bermaksud jika kita sering berselawat ke atas Nabi, Allah dan para malaikat akan berselawat dengan menyebut nama kita dan mendoakan kebaikan kepada kita. Bukankah ianya menjadi suatu kelebihan apabila nama kita dikenali dan didoakan oleh para malaikat yang suci dan dekat kedudukan dengan Allah?

Anda juga boleh membaca selawat yang khusus yang pernah diajarkan Rasulullah untuk kita memohon diperluaskan rezeki dengannya.

BiCarA AddieN: Selawat Murah Rezeki

Wahai Allah rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah. Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami. Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya.

Setelah berusaha keras setiap hari, anda haruslah menanamkan sifat syukur dalam diri supaya dapat menikmati hasil rezeki yang anda kerjakan. Dengan sifat syukur, anda akan lebih menghargai rezeki yang ada di depan mata dan tidak mensia-siakan segala nikmat yang telah dikurniakan. Semoga tips ini dapat membantu anda untuk meluaskan lagi rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah.

Jangan lupa untuk amalkan tips murah rezeki di bawah ini;

Harapnya artikel tips murah rezeki ini memberikan anda jalan untuk sentiasa dimurahkan rezeki dunia dan akhirat. 

Jangan lupa untuk subscribe channel telegram Smartinvest kami di atas bagi mendapatkan lebih banyak tips-tips berkaitan dengan kewangan dan pelaburan dari kami.

Boleh juga baca artikel kami yang lain berkaitan dengan doa murah rezeki di SINI.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest