6 Langkah Tukar Nama Geran Tanah Si Mati

Antara topik popular dalam pembahagian harta pusaka ataupun kewangan islam adalah isu tukar nama geran tanah di mati. Si mati dah meninggal, tetapi macam mana proses tukar nama tu? Nak biar je ke nama si mati dalam geran tu ataupun buat sesuatu untuk tukar nama di geran tu? Terutama dalam keadaan yang, si mati tidak membuat wasiat ataupun hibah ataupun merancang berkenaan dengan isu harta pusaka ini. Ianya akan menjadi lebih sukar apapun, ini adalah antara solusi dan cadangan terutama dalam pembacaan dan pengalaman kami dalam isu harta pusaka dalam islam.

Ini adalah antara langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk uruskan proses pertukaran nama. Jika dokumen berkaitan adalah lengkap, urusan lagi cepat dan mudah dan kami juga akan berikan info berkaitan dengan proses pertukaran nama ini. Sebelum pergi lebih jauh, anda kena pastikan yang si mati, ketika hidup ada atau tidak membuat dokumen berkaitan dengan wasiat seperti dalam artikel ini. Ataupun ada ke membuat hibah bersyarat seperti dalam artikel kami di SINI. Kalau ada ianya akan menjadi jauh lebih mudah kerana tiada pertikaian yang akan mendatang. Tetapi kalau tiada, boleh ikuti langkah-langkah ini.

tukar nama geran tanah di mati

Rumah Atau Geran Tanah Si Mati Masih Ada Hutang Dengan Bank?

Kalau tiada hutang dengan bank ataupun mana-mana institiusi pinjaman akan menjadi lebih mudah kerana, anda boleh terus kepada proses pertukaran nama. Ini sering terjadi kerana sekarang ini ramai yang mendapatkan pinjaman perumahan untuk membeli rumah dan si mati masih ada hutang dengan bank. 

Jika masih ada hutang, kebiasannya jika seseorang membuat pinjaman dengan bank, bank akan attach sekali dengan insurans ataupun takaful nyawa yang berkaitan dengan pinjaman rumah tersebut. Ianya sama ada Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) ataupun Mortgage Level Term Takaful (MLTT). Kami akan cuba buat satu artikel lain berkenaan dengan perbezaan antara kedua-dua ini. Anda boleh menarik nafas lega sedikit jika si mati ada ambil takaful berkaitan ini kerana kalau tidak, proses pertukaran akan menjadi sedikit sukar tetapi tidak mustahil. Seseorang itu boleh menggunakan insurans ataupun takaful tersebut untuk membayar hutang si mati. Ini untuk mengelak waris daripada terbeban dengan pinjaman bank.

Jika si mati masih berhutang dengan bank dan tidak ada ambil apa-apa insurans ataupun takaful, proses pertukaran nama masih boleh dilakukan tetapi lebih baik merujuk kepada lawyer yang biasa dengan kes-kes seperti ini kerana jika berhutang dengan bank, geran rumah ataupun tanah masih di pegang oleh pihak bank. Kalau nak uruskan sendiri anda perlu ambil geran sementara di pejabat tanah. Di sesetengah negari, borang sementara ini hanya bertahan sebulan sahaja, jadi memang kena cepat.

Uruskan Sesegera Mungkin

Kalau boleh uruskan pembahagian harta pusaka ini secepat mungkin. Ini untuk mengelak daripada isu lain yang tidak diingini ataupun berlaku pertambahan waris. Sebagai contoh jika seseorang itu meninggal dan meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, 1 isteri, ibu dan ayah. Harta pusaka akan menjadi lebih mudah. Tetapi jika kemudian, ayah si mati pula meniggal, ianya akan menjadi lebih susah kerana ayah si mati juga mempunyai waris ataupun harta pusakanya sendiri.

Kalau boleh selepas pengebumian, adik beradik sepakat untuk segerakan proses pembahagian harta pusaka ni. Antara cara yang penting adalah jika si mati tidak mewasiatkan ataupun menghibahkan hartanya sebelum menginggal, pembahagian melalui faraid hendaklah dilakukan.

Surat Kuasa

Kami cadangkan untuk anda menukar nama si mati kepada nama waris dahulu sebelum pembahagian mengikut faraid. Caranya adalah dengan mendapatkan surat kuasa daripada dan waris boleh dapatkannya di pejabat tanah. Di dalam borang tersebut, waris perlu tulis dengan detail berkenaan dengan harta si mati termasuklah wang tunai, dana unit amanah, kwsp, ASB, tanah, rumah dan lain-lain lagi. Lepas itu bolehlah submit di pejabat pusaka kecil. Bagi yang baru pertama kali dengan apa itu pusaka kecil, ini adalah bidang tugas mereka.

DEFINISI HARTA PUSAKA KECIL

Harta Pusaka Kecil merupakan harta peninggalan si mati yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Si mati tidak meninggalkan wasiat (bagi si mati bukan beragama Islam)
  • Harta itu terdiri daripada:

Harta Tak Alih (Tanah) sahaja atau

Harta Tak Alih (Tanah) dan Harta Alih (wang tunai, saham, kenderaan dan sebagainya).

  • Jumlah nilaian harta keseluruhannya tidak melebihi RM2,000,000 pada tarikh permohonan di buat. (Sumber : UKM)

Submit di Pusaka Kecil dan Tunggu Perbicaraan

Lepas submit, tunggu dipanggil bicara. Untuk info, jika harta melebihi 5 juta, bicara adalah di mahkamah tinggi. Masa perbicaraan kena bawa sekali dokumen sokongan seperti geran tanah, bukti ataupun statement semua hendaklah difailkan, IC individu berkaitan pun kalau boleh bawa sekali. Jangan lupa untuk membawa saksi semasa perbicaraan.

Hakim akan tanya soalan yang agak sensatif, jadi bersedia fizikal dan mental ye terutama jika anda seorang isteri yang baru kematian suami.

Semoga Urusan Di Permudahkan

Urusan pertukaran nama pada geran tanah ataupun rumah di mati ini tidak susah pun, anda memang boleh lakukan sendiri cuma perlukan masa sahaja. Mungkin kena ambil cuti beberapa hari untuk urusan terutama yang berkaitan dengan pejabat tanah dan harta pusaka kecil. 

Kami rekemen anda tengok video di bawah ini kerana ianya sangat berkaitan!

Bagaimana Kalau Nilaian Harta Si Mati Lebih 2 Juta Ringgit?

Jika harta si mati kurang daripada RM2juta, perbicaraan adalah di pejabat harta pusaka kecil dan ianya tidaklah sukar untuk dilakukan terutama jika tiada sebarang tuntutan dari waris si mati seperti adik beradik dan lain-lain.

Kalau harta melebihi RM 2 juta, perbicaraan hendaklah dilakukan di mahkamah tinggi dan ianya menjadi satu lagi malapetaka apabila, tiada dokumen berkaitan dengan wasiat ditemui. Waris perlu melantik pentadbir bagi menguruskan harta tersebut. Seterusnya pentadbir yang dilantik itu perlu membawa 2 orang penjamin yang mempunyai harta yang sama banyak atau melebihi harta si mati. Sekiranya pentadbir mencarikan harta tersebut sama ada dalam kes muslim atau bukan muslim dan tidak mengagihkan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan, waris berhak mendapatkan ganti rugi daripada penjamin. 

Jadi, ada ke seseorang yang nak jadi penjamin dan sanggup tanggung risiko ini. Kedua, sanggup ke seseorang yang mempunyai kekayaan melebihi 5 juta yang sanggup membantu.

Yang sudah lepas itu biarlah berlalu, yang masih hidup, jom sama-sama merancang pembahagian harta pusaka sebaiknya untuk elak daripada perkara-perkara seperti ini terjadi.

Kami rekemen anda baca juga berkenaan dengan;

Artikel Lain Berkaitan Dengan Faraid

Kami juga mempunyai banyak lagi artikel lain berkaitan dengan harta pusaka dan wasiat. Berikut adalah antara beberapa artikel yang dapat membantu anda untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan isu harta pusaka dalam islam.

Terutama sekali isu ini menjadi lebih hangat dan diperkatan apabila melibatkan artis Malaysia yang meninggal dan balu kehilangan tempat bergantung.

Jangan Berhenti di Sini

Ilmu berkenaan dengan Faraid ini memang luas dan jangan berhenti di sini dan dapatkan juga bahan bacaan dari banyak sumber lain. Kami rekemen untuk anda teruskan dapatkan bacaan daripada sumber di bawah;

Teruskan pembacaan anda dan yang penting, kalau boleh kuasai bab pengurusan harta ini. Harap artikel tukar nama geran tanah di mati ini membantu anda untuk dapat info yang anda mahukan.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest