7 Perkara Wasiat Dalam Islam – Wajib Tahu

Mengurus dan merancang kewangan adalah perkara yang sangat penting bagi seorang islam. Bukan sahaja perancangan kewangan semasa hidup, juga perancangan semasa meninggalkan dunia ini agar waris-waris yang sepatutnya dapat harta terbela dan tiada pihak yang teraniaya. Apapun, topik pada kali ini adalah berkenaan dengan pembahagian dan kepentingan wasiat dalam islam. 

Hukum memberi wasiat ini boleh berbeza mengikut keadaan, ada masa ianya boleh menjadi wajib dan ada masa ianya boleh menjadi harus. Faktor-faktor ini ada diterangkan di dalam artikel ini. Juga info lain yang anda perlu tahu berkenaan dengan had wasiat dan lain-lain. 

apa itu wasiat

Dalil Berkaitan dengan Wasiat di dalam Hadis dan Al -Quran

Berikut adalah dalil yang berkaitan dengan wasiat;

“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah:180) 

Pada awal kedatangan islam, adalah diwajibkan untuk melaksanakan wasiat namun, selepas itu, ada beberapa ayat lain daripada al-quran yang menghapuskan amalan tersebut. 

**WASIAT DAN HIBAH: HUKUM DAN PROSEDUR Dr Akmal Hidayah Halim

Boleh rujuk berkenaan dengan hadis di bawah;

Daripada Saad bin Abi Waqqas RA, aku telah berkata: “Ya Rasulullah, Bolehkah aku mewasiatkan kesemua hartaku?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh”, Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan saparuh daripadanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh”, Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan satu pertiga daripadanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan warismu dalam keadaan kaya atau mencukupi, ia lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan (bantuan) manusia”.

Riwayat al-Bukhari (2742)

Hukum Berkaitan dengan Wasiat

  • Wajib apabila si mati diketahui ataupun diberitahu masih belum menunaikan haji, fidyah puasa, zakat dan mempunyai hutang yang belum dilunaskan (sama ada dengan manusia ataupun dengan institiusi pinjaman). 
  • Harus jika penerima wasiat adalah terdiri daripada mereka yang sudah kaya.
  • Makruh jika berikan harta ini kepada mereka yang fasik dan sering melakukan dosa.
  • Haram jika ingin diberikan untuk tujuan yang bercanggah dengan agama islam.

Pembahagian Wasiat

Berdasarkan kepada hadis yang kami sebutkan di atas, wasiat mempunyai had yang tersendiri iaitu tidak lebih daripada 1/3 daripada jumlah harta. Bagaimana dengan lagi 2/3 harta tersebut? Ianya wajib dibahagikan dengan ahli waris melalui faraid. Jadi, kepada siapa wasiat ini boleh diberikan?

Pemberian wasiat kepada institiusi zakat dan kepada yang bukan islam. Jika seseorang itu muallaf dan memeluk islam, anda dibolehkan untuk berikan wasiat kepada ibu bapa ataupun adik beradik yang bukan islam terutama yang susah. Sekiranya si mati tidak melakukan perkara ini, memang adik beradik yang bukan islam termasuk ibu bapa mereka tidak akan mendapat apa-apa daripada harta tersebut. Kepada mereka yang kenal kepada mana-mana individu yang baru memeluk islam, digalakkan untuk anda berikan ataupun peruntukan adik beradik ataupun ibu bapa yang masih belum islam dalam pemberian wasiat anda sebagai tanda terima kasih.

Boleh baca juga berkenaan dengan topik harta sepencarian di SINI.

Anda juga boleh berikan harta yang anda wasiatkan kepada institiusi kebajikan agar anda mempunyai saham yang berterusan di akhirat nanti. Terutama yang berkaitan dengan pembinaan sekolah, kubur dan lain-lain agar pahala yang seseorang itu berkekalan sehingga bertemu dengan tuhan yang maha Esa. 

Pemberian wasiat kepada ahli waris terutama kepada anak pula mempunyai 2 pendapat, ada pendapat yang kata boleh dan ada yang kata tak boleh.

  • Pendapat pertama: Wasiat yang ditinggalkan kepada ahli waris adalah batil secara mutlak walaupun mendapat kebenaran daripada seluruh ahli waris. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Malik, pendapat kedua dalam mazhab Imam asy-Syafi’e dan satu riwayat dalam mazhab Imam Ahmad. Rujuk Hasyiyah ad-Dusuki (4/427), Nihayah al-Muhtaj (6/48), al-Mughni ma’a Syarh al-Kabir (6/419).
  • Pendapat Kedua: Wasiat yang ditinggalkan kepada ahli waris adalah sah jika mendapat persetujuan daripada ahli waris lain selepas kematian orang yang meninggalkan wasiat. Jika mendapat persetujuan hanya sebahagian daripada ahli waris, maka wasiat yang ditinggalkan hanya sah mengikut kadar ahli waris yang membenarkannya. Ini adalah pendapat muktamad dalam mazhab Imam asy-Syafi’e, mazhab Imam Ahmad dan satu pendapat dalam mazhab Imam Malik. Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh asy-Syafi’e (4/561), al-Fiqh al-Manhaji (2/258), Hasyiyah ad-Dusuki (4/427), al-Mughni (6/419)

sumber artikel

Adakah Wasiat Boleh DItentang?

Waris yang tidak berpuas hati boleh menentang kehendak pewasiat dengan membawanya ke pejabat pesaka kecil ataupun mahkamah syariah. Kebiasannya kehendak wasiat itu boleh terbatal dan bergantung kepada keadaan setiap orang kerana ianya berbeza.

Hukum wasiat mulut (lisan) dalam Islam

Tidak digalakkan untuk membuat wasiat secara lisan kerana banyak faktor yang terlibat yang membolehkan wasiat itu terbatal. Jika tiada dokumentasi sama ada dengan syarikat amanah, memang harta si mati itu akan dibahagikan secara faraid. Jadi, adalah lebih baik untuk mereka yang masih hidup ini, jika ingin berwasiat sesuatu terutama dalam aspek kebajikan, dokumentasikan dengan lebih teratur agar tidak menjadi susah dikemudian hari.

Apa Yang Penting?

Berdasarkan kepada beberapa pendapat muktabar, adalah tiada masalah untuk mewasiatkan kepada waris tertentu tetapi tidak digalakkan untuk mengelak pertengkaran di antara ahli waris.

Dokumen berkaitan dengan wasiat ini adalah sebaiknya didokumentasikan terutama dengan syarikat perunding amanah yang sudah berada lama di Malaysia. Jika dilakukan secara lisan tidak dapat dibuktikan dan ianya bukan satu perkara yang “solid”.

Sangat digalakkan untuk anda memberikan wasiat ini kepada institiusi kebajikan dalam bentuk wang tunai dan tanah untuk mendapat saham akhirat yang berkekalan di alam barzakh.

Wasiat dan Hibah?

Ini merupakan antara topik hangat berkaitan dengan hibah dan apa bezanya dengan wasiat. Setelah diamani kelebihan dan kekurangan kedua-dua perkara ini, kami lebih rekemen anda untuk melakukan hibah berbanding dengan wasiat atas sebab berikut;

  • Wasiat terhad kepada 1/3 daripada jumlah harta tetapi tidak untuk hibah. Walaupun begitu, ada sesetengah harta yang memang diwajibkan untuk anda melakukan faraid.
  • Wasiat boleh dicabar lagi oleh ahli waris faraid manakala hibah tidak boleh dicabar kerana ianya merupakan satu bentuk hadiah.

Untuk anda tahu lebih detail berkaitan dengan hibah, kami rekemen anda bacak artikel kami berkaitan dengan 11 persoalan apa itu hibah terjawab INI dahulu dan tentukan kemudian.

Artikel kewangan islam berkaitan dengan zakat pendapatan di sini dan zakat simpanan di sini.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest