5 Info Zakat Simpanan ASB – Fatwa Terkini 2020

Kali ini kami ingin berikan info yang lebih tepat dan terkini berkenaan dengan zakat simpanan ASB. Ianya adalah berdasarkan pautan terkini daripada lembaga zakat Selangor dan juga dividen terkini berkenaan dengan zakat. Lebih-lebih lagi kalau isu zakat yang melibatkan ASB loan ataupun financing. 

Lebih-lebih lagi berkenaan dengan isu yang melibatkan dividen terkini ASB yang merupakan terendah sejak tahun 1990. DIsebabkan oleh itu, apa yang akan berlaku disebabkan dividen yang kecil dan pada masa yang sama, anda perlu untuk membayar hutang ataupun installment bulanan daripada pinjaman Amanah Saham Bumiputra. Boleh baca info berkenaan dengan info itu DI SINI

Isu utama adalah kalau dah terlibat dengan ASB loan dan ter”over” dengan trick-trick yang ada. Lagila kalau terlibat dengan teknik Thanos yang ada di SINI. Ramai kenalan yang sudah mula berfikir untuk “terminate” ASB financing, tapi, apa pilihan yang ada? Ramai juga yang masih bertahan dengan asb loan dan berharap tahun depan, nilai dividen menjadi lebih baik pada masa akan datang. Yang pasti, kalau dividen kekal berterusan begini, pinjaman untuk ASB tidak lagi akan menjadi sesuatu yang menarik.

Kalau sekadar simpanan ASB, tiada apa masalah dan isu pengiraan zakat pada kali ini adalah seperti berikut.

Pendapat Majlis Fatwa – Lembaga Zakat Selangor

Sebelum pergi lebih jauh, kita lihat apa fatwa terbaru dan terkini daripada Lembaga Zakat Selangor. 

Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, sesuai dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2019. Oleh itu, sila ambil pokok pelaburan di akhir tahun dan dicampurkan dengan pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) semasa, *72% bagi dividen tahun 2019 (rujuk jumlah peratusan terkini yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa).

Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

Contoh : Pokok + (pendapatan x *72% ) = ….. x2.5% = Zakat

Rujuk sini untuk artikel asal…

Faham ke? Jom kita tengok dengan ilustrasi yang lebih mudah. Sekali lagi formula yang penting adalah Pokok yang anda dapat. Pokok + (pendapatan x *72% ) = ….. x2.5% = Zakat. Dengan erti kata lain, dividen yang anda dapat, perlu didarabkan dengan 72% sebelum didarabkan dengan 2.5% yang merupakan syarat wajib zakat. Ianya adalah antara cara untuk bersihkan duit dividen ASB.

Cara Pengiraan Zakat Simpanan ASB

Ambil contoh simpanan sebanyak RM200k. Dividen pada tahun tersebut adalah 5.5% (terkini tahun 2019). Maka jumlah caruman adalah RM200k + 11k. Macam mana dapat RM11k ini adalah berdasarakan kepada dividen RM200k x 5.5% tu. Jadi, jumlah yang kena zakat berapa?( Rm200k + 11K x (72%)) x 2.5% = RM5198.

Ini adalah jumlah yang tepat berdasarkan kepada kiraan terkini dan majlis fatwa ngeri Selangor. Harap boleh manfaatkan kiraan ini.

Cara Pengiraan Zakat Simpanan ASB – Financing

Pengiraan untuk financing adalah tidak termasuk pokok. Jika jumlah financing adalah RM200k. Sebagai contoh dividen pada tahun tersebut adalah 5.5%. Jadi jumlah dividen adalah RM11k. Berapa jumlah yang kena zakat,RM11k x 72% (ikut majlis fatwa) x 2.5% = rm198. Jadi kalau anda ambil ASB loan, jumlahzakat simpanan yang kena bayar adalah RM198 sahaja. 

Dalil Berzakat

Dalil ataupun hadis yang mewajibkan berzakat dan nilai 2.5% itu didapati di dalam hadis ini.

Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w:

“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya lima dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu mata wang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Riwayat Abu Dawud dan al-Baihaqi)

Begitu juga sebuah hadis yang lain:

“Zakat perak, ialah seperempat puluh dari nilai harga perak itu” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Untuk makluman, nilai setengah dinar (0.5 dinar) itu adalah menyamai 2.5 peratus (atau 1/40 bahagian) ke atas keseluruhan 20 dinar atau 200 dirham berkenaan

Isu – isu Yang Melibatkan ASB

Memang terdapat fatwa yang mengharuskan pelaburan di ASB ini terutama daripada majlis fatwa kebangsaan dan fatwa yang mengharamkan pelaburan ASB ini disebabkan oleh majoriti saham ASB adalah dalam bidang-bidang yang tidak patuh syariah. Bagi kami, sejak Permodalan Nasional Berhad (PNB) melantik panel syariah, nampak ianya serius dan juga kami bersetuju ianya menjadi harus kerana panel syariah ini akan memerhati pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh pihak PNB. 

Hukum berzakat adalah wajib jika cukup haul zakat asb iaitu setahun bulan islam. Bulan islam ye, bukan bulan hijrah. Lebih mudah dan terbaik kalau anda membayar zakat ketika bulan ramadhan untuk menggandakan pahala zakat tersebut. Perlu diingatkan juga yang, hukum membayar zakat adalah wajib bagi orang Islam.

Kami terbuka kepada kiraan baru dan pandangan, jika ada mana-mana fakta yang tersilap boleh beritahu di ruangan komen dan jika anda ingin bertanyakan soalan, boleh ajukan di ruangan komen.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest