Pasaran saham Malaysia dan keadaan ekonomi Malaysia adalah sangat penting kepada pelabur-pelabur yang memang aktif dalam saham. Ianya menjadi penting kerana memang saham ini sangat dipengaruhi oleh keadaan dan faktor ekonomi sesebuah negara. Kepada pelabur saham di Malaysia, memanglah kena peka dengan perkembangan eknonomi yang berlaku di Malaysia bagi mereka untuk mengambil kesempatan atau keuntungan atas apa yang berlaku.

Cara yang paling baik untuk mengetahui keadaan pasaran saham di Malaysia sama ada dalam keadaan sihat ataupun tak sihat adalah dengan melihat kepada indeks di Bursa Saham. Indeks KLCI boleh dikatakan penting kerana ianya boleh dikatakan sebagai penanda aras bagi pasaran saham sama ada keadaan pada waktu ini sedang jatuh ataupun sedang dalam keadaan membangun.

pelaburan saham

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, apa itu indeks KLCI?

The FTSE Bursa Malaysia KLCI, also known as the FBM KLCI, is a capitalisation-weighted stock market index, composed of the 30 largest companies on the Bursa Malaysia by market capitalisation that meet the eligibility requirements of the FTSE Bursa Malaysia Index Ground Rules. The index is jointly operated by FTSE and Bursa Malaysia.

Sumber : Wikipedia

Bagaimana hendak membaca pergerakan Indeks?

Indeks dalam pasaran saham juga mempunyai pergerakan naik dan turun. Sangatlah penting untuk anda tahu membaca dan mengenalpasti sama ada keadaan indeks ketika anda membaca graf tersebut, indeks dalam keadaan menaik ataupun menurun. Anda boleh lebih agresif dalam keadaan indeks yang sedang menaik dan perlu lebih berhati-hati untuk membuat pelaburan ketika indeks dalam keadaan menurun.

Saya mula mendapat tahu tentang tips pelaburan mengikut arah indeks ini dalam ebook SISTEMSAHAM ini. Apa yang menarik berkenaan dengan ebook ini adalah, ianya sesuai untuk mereka yang baru bermula dan juga kepada meraka yang sudah pun membuat duit dengan saham ini. Ada banyak perkara baru yang saya pelajari dalam ebook tersebut antaranya adalah berkenaan dengan strategi pelaburan Indeks. Penulis ada mencaritakan tentang bagaimana tips untuk membuat pelaburan dengan indeks dan pada saya ianya adalah sangat berbaloi terutama kalau anda baru bermula.

Satu lagi ilmu yang saya dapat daripada panduan SISTEMSAHAM ini adalah, strategi pelaburan saham ikut Jerung. Jerung yang dimaksudakan dalam pasaran saham Malaysia adalah syarikat yang berkemampuan untuk melabur sehingga berbilion ringgit dalam pasaran saham. Contoh syarikat seperti ini adalah KWSP, KWAP, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad dan lain-lain lagi.

Pergerakan meraka boleh diramal dan apabila mereka mula membeli saham-saham, ada beberapa tanda-tanda yang anda boleh lihat. Kemudian, boleh terus masuk dan mula membeli saham yang sama sebagaimana Jerung ini membeli saham-saham tersbut. Ini membuatkan anda lebih selamat dan pada masa yang sama membuat sedikit keuntungan pelaburan saham.

Pasaran Saham Malaysia Yang Sentiasa Menarik

Pasaran saham Malaysia adalah sangat menarik dan pada saya merupakan pasaran yang mempunyai banyak potensi untuk terus maju. Juga peluang kepada pelabur-pelabur saham untuk sukses dan berjaya dalam pelaburan saham. Oh ya, sebelum terlupa, saya sarankan untuk anda dapatkan ebook candlestick signal PERCUMA di SINI ya.

Dengan candlestick tersebut, akan sedikit sebanyak memberikan anda informasi berguna dalam membaca pergerakan indeks KLCI sekaligus membaca pasaran saham di Malaysia. Bagi pelabur, kalau dapat membaca indeks ini, ianya adalah cara bermain saham Malaysia terbaik dan kalau kena dengan teknik yang betul, tiada masalah untuk membuat keuntungan dengan pelaburan saham.