Cara Daftar Affiliate TikTok Shop

Macam mana cara daftar affiliate Tiktok Shop? TikTok merupakan satu platform media social berasaskan video pendek yang sudah tak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ianya semakin mendapat populariti yang tidak sahaja untuk video yang tak berfaedah, video yang berfaedah yang menyentuh berkenaan dengan perihal ekonomi, sukan, kerja sambilan dan banyak lagi. Termasuklah juga berkenaan dengan parti politik.

Terkini, anda boleh membeli dan menjual dengan platform yang sama iaitu Tiktok. Boleh kata, sesiapa pun, asalkan ada akaun Tiktok dah boleh menjual dan boleh mempromosikan produk masing-masing. Promosi produk dalam bentuk video pendek yang kretif dan juga, melalui live di TikTok yang boleh mendapat tontonan, ratusan, ribuan malah puluh ribu penonton.

Jadi affilite ini menarik sebab anda tak perlu nak simpad barang, cuma promosi dan promosi secara konsisten sahaja.

Kali ini, kami nak cuba bawakan anda apa dan bagaimana cara untuk anda bermula sebagai seorang penjual ataupun affiliate di TikTok Shop.

Cara Daftar Affiliate TikTok

Cara Membeli Di Tiktok Shop

Kalau nak membeli di Tiktok ini tak susah pun, sama sahaja dengan anda membeli pelbagai barangan di Shopee dan Lazada tu. Cuma yang menarik adalah, ada banyak kali video memukau seperti video berkenaan dengan hacks bateri kereta, dan kemudian anda boleh terus membeli alatan yang dipromosikan kereta tersebut.

Anda pun boleh nampak banyak live di Tiktok ala-ala GoShop gitu dan anda boleh terus membeli daripada live tersebut. Perkara ini tiada di Lazada ataupun Shopee. Anda boleh cari sendiri fungsi kedai dalam Tiktok ini dan ianya antara yang berbaloi untuk anda cuba.

Kalau untuk pembelian kali pertama, memang banyak diskaun dan voucher yang anda boleh dapatkan. Bergantung kepada apa yang anda mahukan, boleh cuba membeli pelbagai barangan untuk kali pertama dan percayalah, ianya sangat berbaloi.

Yang membeli di Tiktok bukan sahaja Gen Z, malahan, ramai juga yang membeli di Tiktok ini mereka yang berada dalam umur pertengahan hingga mereka yang sudah warga emas. Kepada penjual, manfaatkan program ini sebaiknya.

Cara Daftar Tiktok Affiliate

Sebelum saya beritahu berkenaan dengan cara daftar Tiktok Shop ini, anda perlu tahu kenapa Tiktok dan bukan platform social media lain?

Pertama sekali, Tiktok kalau ikut trend jauh mengatasi social media lain seperti facebook, instagram dan juga youtube, boleh tengok trend di bawah ini. Sumber [google trend]

Berbaloi untuk anda ambil manfaat produk yang popular ini dan cuba menjual di sana nanti.

Kedua, anda boleh menjual di Tiktok Shop sama macam anda menjual di Shopee dan Lazada. Platform social media lain tak ada fungsi menjual seperti di Tiktok Shop dan ini membolehkan ramai peniaga mengambil peluang untuk berniaga. Ribuan produk dapat dijual dalam masa yang sangat singkat. Anda boleh menjual dengan bermacam-macam teknik dan kreativiti terutama dalam penghasilan video-video kreatif dan bermanfaat. Video yang tak bermanfaat pun kadangkala boleh viral, inilah dia penangan TikTok.

Apapun, berikut adalah step by step cara nak berdaftar dengan TikTok Shop. 

Tapi sebelum tu, kalau anda seorang yang serious nak buat dan bina perniagaan dalam TikTok Shop, boleh tengok tips di bawah ini.

Ketiga, anda perlu tahu syarat utama untuk anda buka akaun TikTok Shop.

  • Mempunyai akaun TikTok sama ada akaun creator ataupun akaun business.
  • Mempunyai follower lebih 1000, tak susah pun nak dapatkan 1000 follower ni.
  • Berumur 18 tahun ke atas. 

Ada ketiga-tiga syarat ini, anda bolehlah daftar Tiktok Shop dan mula menjual. Kalau memang anda ada barang nak jual, boleh manfaatkan. Kalau anda tak ada barang nak jual pun tak apa, boleh cuba teknik affiliate ataupun anda dapatkan tips dan teknik di butang atas untuk strategi manfaatkan TikTok Shop anda.

Cara Masukkan Produk TikTok Affiliate

CARA NAK JOIN AFFILIATE PRODUK ORANG LAIN (DROPSHIP TANPA POS N PEGANG BARANG).

  1. Wajib ada akaun tiktok dan daftar tiktok shop.
  2. Bukak profile korang tekan lambang beg tiktok shop dan akan nampak bahagian tiktok shop dan pilih ENTER.
  3. Selepas tu korang pilih ADD AFFILIATE PRODUCT.
    Macam gambar ke2 tu.
  4. Akan keluar bahgian search produk, dekat sini korang taip MADERYANA BEAUTY untuk cari kedai tiktokshop Yana.
  5. Dah search akan jumpa kedai Yana macam gambar no 4. Dekat situ akan nampak senarai semua produj yang Yana open untuk korang join. Boleh nampak jugak berapa komisyen bila korang jual 1 item.
    Then korang tekan add,
    Auto akan naik item tu dalam kedai tiktokshop
    Korang.
  6. Just promot macam biasa add link dekat video korang, if ada customer beli auto order tu akan masuk dekat Yana dan yana akan poskan.
    (Yana jalan postage hari hari dont worry servis kita cepat dan kita balut buble semua item)
  7. Korang tak perlu inform yana sebab semua dah ada dalam sistem. Commission pun tiktok yang auto bagi masuk akaun korang nanti. Tak perlu direct Yana pun. Sistem affiliate ni like macam dropship, Just promosi tak perlu pegang or uruskan barang.
  8. Bagus untuk sape tak suka labur modal or tak ada modal untuk pegang ready stock.
    Sistem ni sangat bagus dan sangat membantu [sumber]

Cara Jadi Dropship Di TikTok

Dah tahu step by step macam mana nak jadi Tiktok Shop seller kan. Seterusnya, anda boleh mencuba untuk menjadi seorang dropshipper dan jual di Tiktok. Masa ini anda kena ambil kira banyak perkara termasuklah berapa margin keuntungan anda.

Nak cari produk untuk dijual tak susah, dalam video di bawah ini saya ada tunjuk macam mana kalau anda nak jual tudung, anda boleh cari dropshiper ataupun pembekal seperti dalam video di bawah ini. Saya percaya, anda boleh gunakan untuk produk-produk lain dengan teknik yang sama yang saya tunjukkan dalam video di bawah ini.

Kalau tak nak pening kepala nak kena urus dropship dan lain-lain ni, boleh gunakan stail affiliate. Cuma promosi produk sahaja dan jika produk terjual, anda boleh dapat komisyen daripada produk tersebut. 

Di bawah ini adalah contoh bagaimana rakan saya seorang yang tegar menggunakan dan memanfaatkan sistem affiliate di Tiktok mendapat jualan konsisten sehingga RM4000 sebulan. Komisyen yang beliau dapat adalah dalam lingkungan RM300 sebulan. Siapa nak bagi kan RM300 sebulan, boleh lepas la buat belanja dapur sebulan dan belanja keperluan lain.

Terus Daftar TikTok Shop

Jangan berlengah lagi sebab saya dah tunjuk cara daftar TikTok Shop ni. Memang kalau kira alternatif lain untuk menjual, bolehlah kalau nak dibandingkan dengan Lazada dan Shopee. Tapi tak salah pun kalau misalkata anda menjual di Shopee dan pada masa yang sama anda menjual di TikTok Shop. Lagi banyak mata-mata manusia yang melihat produk anda, lagi tinggi kebarangkalian untuk produk anda dibeli. 

Kalau di Tiktok itu, anda boleh buat sendiri konten kretif dalam bentuk video yang membolehkan produk anda terjual dengan sangat laku keras. Tak pasti macam mana nak bermula, boleh tengok dalam butang di atas berkenaan dengan tips dan cara untuk anda bermula dan berniaga di Tiktok. Harap artikel ini membantu dan jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, boleh kongsikan kepada yang lain.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *