Carsome vs Mytukar – Mana Lebih Berbaloi?

Carsome vs Mytukar mana lebih berbaloi kalau anda nak jual kereta? Ataupun anda boleh cuba jual sendiri sahaja kereta tersebut di platform seperti mudah.my dan platform lain. Dahulu, kalau nak jual kereta, biasanya sama ada pergi ke kedai kereta terpakai dan jual di sana ataupun jual sendiri dalam platform seperti mudah.my.

Kereta terpakai ini pun menjual ataupun mengiklankan kereta mereka dalam platform seperti mudah.my. Tapi terkini, dengan teknologi dan inovasi, laman web yang khusus buat mereka yang nak menjual kereta terpakai.

Kami cuba sendiri menjual kereta Perodua Myvi dan cuba dapatkan harga yang terbaik yang ditawarkan oleh kedua-dua laman ini. Mana satu yang berbaloi, boleh baca artikel ini sampai habis untuk anda dapat gambaran kereta mana yang sesuai untuk anda jual dan mungkin kalau nak beli kereta baru pun tiada masalah.

carsome vs mytukar

Kereta Apa Yang Laku Terjual

Kalau anda nak jual kereta, tak ada masalah nak jual kereta, boleh sahaja terus ke laman web Carsome ini dan book appointment untuk jual kereta anda. 

Cuma sebelum jual tu, kalau boleh anda cuba survey dahulu, kereta yang sama, model lebih kurang sama, berapa harga kereta tersebut di tempat lain. Tempat yang saya maksudkan adalah di Carsome, di Mytukar dan mudah. Dari situ anda boleh nampak berapa anggaran harga pasaran yang sesuai untuk anda cuba jual kereta anda.

Jadi nanti kalau nak jual, taklah jual dengan harga yang terlalu tinggi dan juga taklah jual pada harga yang terlalu rendah.

Bagi yang nak membeli, kalau boleh beli jenama yang mudah untuk dijual semula. Ini terutama kalau anda ada rancangan nak jual semula, Ini kalau anda ada rancangan nak jual semula la, kalau tak ada rancangan, boleh sahaja pakai jenama kereta yang tak berapa popular. 

Jenama yang popular seperti Honda, Toyota, Perodua dan Proton akan memudahkan anda untuk dapatkan alat ganti kerana ada banyak kedai yang menjual alat ganti kereta seperti ini. Juga, selain daripada ianya mudah dijual dan sentiasa laku di pasaran.

Berdasarkan data daripada Carsome Insights 2020, Perodua merupakan antara jenama popular yang dijual kepada Carsome iaitu sebanyak 31% daripada keseluruhan jualan. Sama seperti tahun sebelumnya, jenama automotif tempatan mendominasi senarai kereta yang dijual kepada Carsome. Ia diikuti oleh Proton sebanyak 23%, Toyota (20%), Honda (18%) dan Nissan (18%). Anda boleh rujuk infografik yang disediakan di bawah untuk mengetahui jenama dan model kereta paling popular 2020 dengan lebih terperinci:

Selain itu, anda juga boleh melihat peratusan kereta paling popular dijual kepada Carsome mengikut model. Kedudukan tiga teratas model paling popular didominasi oleh Perodua Myvi (25%), Proton Saga (12%) dan Honda City (11%). Toyota Vios (10%) dan Perodua Alza (9%) pula menduduki kedudukan keempat dan kelima model kereta paling popular. Ia diikuti oleh Perodua Viva (8%), Honda Civic (7%), Proton Persona (7%), Perodua Axia dan Proton Exora dengan masing-masing sebanyak 6% dan 5%. [sumber]

Dah nampak kan kereta apa yang popular dan kereta apa yang tak popular. Membeli kereta yang popular akan memudahkan anda untuk menjual semula kereta tersebut dan satu lagi, membolehkan anda untuk mudah dapat spare part kereta kalau kereta tersebut rosak. Sekali lagi, nak beli kereta jenama apa dan kereta model apa? Pilihan di tangan anda.

Mytukar Vs Carsome, Mana Berbaloi?

Anda nak beli kereta, tak ada masalah nak lihat di Mytukar, kereta mana yang berbaloi untuk anda beli. Boleh lihat di Carsome dan Mytukar untuk survey kereta, mana tahu ada kereta yang berbaloi untuk anda beli. 

Cuma, kalau nak jual macam mana? Berbaloi jual di platform mana?

Sebelum jawab soalan ini, lebih baik tengok data dan statistik daripada kedua-dua laman web ini. Menurut similarweb, pengunjung di Mytukar adalah sekitar 471k pengunjung dalam masa sebulan (  Julai 2023) dan dibandingkan dengan Carsome adalah sebanyak 2.7 juta pengunjung pada Julai 2023. 

Carsome lebih ramai pengunjung jauh melebihi Mytukar. Kenapa data ini penting? Lebih ramai orang yang berkunjung ke suatu laman, lebih ramai yang akan melihat iklan anda dan lebih ramai yang berkemungkinan akan membeli kereta yang anda jualkan.  Kalau nak jual, sangatlah rugi kalau tak manfaatkan Carsome. Sekali lagi, untuk booking inspection percuma Carsome, boleh pergi ke butang bawah.

Dah alang-alang anda iklankan kereta yang anda nak jual di carsome, lebih baik iklankan sahaja kereta anda di Mytukar. Walaupun Carsome ada ramai pengunjung, mana tahu rezeki anda ada di Mytukar dan ada yang berminat untuk dapatkan kereta yang anda cuba jual.

Saranan sayam jual sahaja dikedua dua platform. Pengunjung Carsome memang dah ramai, tambah lagi pengunjung Mytukar, akan lebih ramai yang tengok iklan anda. Bila lebih ramai yang tengok iklan kereta anda, ada kemungkinan yang lebih mudah kereta anda untuk terjual. 

Boleh juga tengok di bawah ini perbandingan antara Carsome vs Mytukar, mana yang lebih berbaloi untuk anda beli dan jual kereta anda.

Apa Perlu Lakukan Sekarang

Untuk pembeli yang nak beli kereta, anda bebas nak lihat laman web mana pun, lebih banyak kereta yang anda nampak, lebih banyak pilihan yang anda ada. Mentaliti pembeli ini mudah, nak cari “good deal” ataupun kereta yang bagus pada harga yang berbaloi. Kereta mudah dan kualiti bagus adalah idaman para pembeli samalah seperti saya.

Pembeli cari kereta yang murah, penjual pula akan cuba jual kereta semahal mungkin. Kalau boleh jual kereta dengan harga 1 juta, memang dah jual pada harga itu. Akan tetapi, ada ke orang yang nak beli kereta dengan harga 1 juta ringgit. Anda nak jual kereta pada harga Rm1 juta, akan tetapi orang lain jual pada harga RM100,000, kan tak logik tu, pembeli akan beli pada harga Rm100,000 kerana ianya adalah harga pasaran yang berbaloi.

Untuk Carsome vs Mytukar, anda tak perlu berlawan mana yang terbaik mana yang paling bagus. Jual sahaja dan book inspection di kedua-dua platform ini. Kalau garaj inspection ada di tempat anda tinggal lagi baik kerana sekarang ini, garaj untuk inspection memang ada di bandar-bandar besar. Boleh lihat dahulu di platform masing-masing dan untuk info, pemeriksaan adalah percuma sahaja.

Related Posts

2 thoughts on “Carsome vs Mytukar – Mana Lebih Berbaloi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *