Keistimewaan Muflis – Bagus Sebenarnya

Kami nak lari sikit daripada topik pelaburan dan kali ini kami nak kongsikan kepada anda keistimewaan muflis. Ianya lebih kepada perancangan kewangan yang anda perlu tahu dan untuk anda yang datang ke dalam artikel ini mesti sedang dalam dilema. Apa yang anda perlu buat kalau muflis.

Apapun, harap artikel ini berikan info penting dan berguna kepada anda berkenaan keistimewaan dan keburukan muflis.

Ianya tidaklah terlalu teruk dan yang pastinya, anda boleh hadapi dengan tenang jika pada suatu hari, anda telahpun diishtiharkan muflis.

keistimewaan muflis

Bagaimana Seseorang Boleh Diisytiharkan Muflis

Pernah terjadi pada saya, di mana ada pemilik rumah yang nak menjual rumah. Ada satu rumah pusaka ada 6 orang pemilik. Semua pemilik bersetuju nak jual rumah tersebut. Setelah perjanjian ditanda tangani, ada satu masalah di mana, antara keenam-enam penama itu, ada seorang yang telahpun muflis. Jika ada yang muflis, memang tak boleh nak jual rumah.

Ini pengalaman saya sendiri sebagai seorang agen hartanah (perunding hartanah) di mana ada kes pihak penjual yang nak menjual rumah, tak dapat nak jual rumah akibar daripada salah seorang yang muflis. 

Apapun, macam mana situasi seseorang itu muflis?

Kes muflis di Malaysia dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun oleh Jabatan Insolvensi. Data dari 2017 hingga Jun 2021 menunjukkan peningkatan sebanyak 23.63% kes yang melibatkan golongan yang berumur di bawah 34 tahun.

Di Malaysia, sebahagian besar kes muflis bagi individu disebabkan oleh tunggakan atau kegagalan membayar hutang pinjaman kenderaan kereta, perumahan, peribadi, dan perniagaan.

Seorang individu yang menetap di Malaysia boleh diisytiharkan muflis jika gagal melangsaikan hutang melebihi RM100,000 dalam tempoh 6 bulan berturut-turut.

Oleh itu, langkah-langkah pencegahan sangat penting untuk memastikan individu tidak terjerat dalam masalah kewangan yang mengakibatkan mereka diisytiharkan muflis.

Kesan Akibat Muflis Anda Perlu Tahu

Sebelum saya nak cerita berkenaan dengan keistimewaan muflis, lebih baik saya ceritakan berkenaan dengan kesan dan apa yang anda perlu tahu jika anda bakal berhadapan dengan muflis.

  • Memang confirm tak boleh nak buat loan lagi dah. Kalau dah keluar daripada muflis pun akan ada pihak bank yang sangsi dan nak berikan pinjaman lagi. Ini adalah apa yang anda perlu tahu.
  • Aset akan disita dan dijual untuk mula membayar hutang. Ini termasuklah kereta, cash di tangan dan lain-lain. 
  • Nak jual rumah tak boleh, ya, memang tak boleh nak ual rumah kalau status anda adalah seorang yang bankrap ataupun muflis. Nak keluar negara pun dah tak boleh, ini termasuklah kalau anda nak tunaikan haji dan umrah pun dah tak boleh. 
  • Bagi individu, muflis boleh memberi kesan yang serius terhadap karier mereka. Mereka mungkin menghadapi kesulitan dalam mendapatkan pekerjaan atau peluang kerjaya yang lebih baik, terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan kewangan atau perniagaan.
  • Tak boleh buka akaun bank, ya betul dan ini mungkin perlukan akaun bank pasangan ataupun macam mana. 

Apa Keistimewaan Muflis

Sebenarnya taklah terlalu teruk dan anda boleh dapat banyak manfaat daripada status bankrap anda. Jika sebelum ini anda dapat banyak panggilan daripada agen kutip hutang, tentu anda merasakan hidup anda sudah terganggu dan terbeban. Jika status anda adalah muflis, anda akan merasakan ketengan sebentar dan daripada gangguan agen kutip hutang.

Ini adalah antara keistimewaan yang paling unik iaitu, anda akan dilindungi oleh Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah jabatan perdana menteri. Apa peranan JPH ini?

Tidak banyak yang menyedari bahawa salah satu tugas utama Jabatan Insolvensi (disingkat PPH) adalah melindungi individu yang bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa untuk menghalang pemiutang daripada terus menerus menekan, mencari, atau mengancam individu yang berhutang sepanjang proses kebankrapan berlangsung.

Pemiutang, tanpa mengira kedudukan mereka, tidak dibenarkan menyentuh individu yang berhutang selagi individu tersebut dan aset-asetnya berada di bawah pengurusan PPH. Inilah yang memberikan “keistimewaan” kepada individu yang bankrap. Menarik kan, ada ketenagan minda di sini.

Secara keseluruhannya, individu yang bankrap kini boleh dikatakan sebagai individu yang tidak boleh diganggu – mereka dilindungi oleh PPH. PPH mengakui bahawa semua orang pastinya ingin mengelakkan dari menjadi bankrap kerana tidak ada siapa pun yang ingin berada dalam keadaan muflis. Namun, pada masa yang sama, terdapat ketika di mana, walaupun segala usaha telah dilakukan, pengisytiharan bankrap tidak dapat dielakkan lagi dan harus dilaksanakan.

Dalam konteks ini, individu yang bankrap sepatutnya memandang positif terhadap peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepada mereka. PPH memerlukan kerjasama dari individu yang bankrap untuk memulakan proses penyelesaian hutang mereka dengan secepat mungkin.

Azam Untuk Keluar Daripada Status Bankrap

Hutang adalah wajib untuk dibayar kembali. Ini adalah asasnya dalam agama Islam. Apa yang bakal terjadi kalau hutang belum terlunas dan anda meninggal dunia? Waris ke yang nak kena selesaikan hutang piutang? Soalan ini saya biar anda sendiri menjawabnya.

Untuk selesaikan topik ini, saya rekemen 2 perkara.

Kerja Keras Dan Buat Income Tambahan

Mungkin anda terpaksa bekerja 2 kali sehari. Kalau terpaksa untuk jadi pak guard pada malam hari semata-mata nak lunaskan hutang, lakukan. Ataupun mungkin terpaksa buat “over time” ataupun jadi rider grab food dan lain-lain, boleh lakukan. Azam untuk bayar hutang tersebut.

Jangan lupa untuk pelajari selok beluk bidang jualan seperti Unit Trus, Takaful, hartanah dan lain-lain. Ianya adalah salah satu jalan untuk anda keluar daripada masalah hutang anda dengan lebih cepat. Lakukan ini secara konsisten dan terus dan semoga anda dipermudahkan urusan.

Jangan Lupa Teruskan Membaca

Jangan berhenti membaca dan ada banyak topik berkaitan dengan pengurusan kewangan yang sangat berbaloi untuk anda baca dan fahami. Untuk permulaan, saya rekemen anda cuba bahan bacaan di bawah ini.

Buku : Psychology Of Money

Ada juga buku-buku lain tapi saya rekemen anda untuk teruskan membaca kerana ada banyak manfaat dan idea baru yang anda boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian anda. 

Mereka yang memang terbukti sukses dalam kerjaya dan dalam hidup pun memang kerap membaca, kita tiru sahaja mereka. InsyaAllah kejayaan itu bakal datang nanti.

Muflis Bukan Pengakhiran

Betul, ianya bukan pengakhiran dan anda perlu rasionalkan pemikiran anda. Jika terpaksa hadapi sahajalah. Kemudian cuba bangkit semula daripada muflis dengan pelbagai cara dan saya yakin anda memang boleh bangkit semula dari muflis. 

Jika tidak boleh elak, muflis ini lebih baik untuk jangka masa panjang.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *