12 Info Personal Loan Kahwin – Pengantin

Perlu ke personal loan kahwin? Kepada anda bakal pengantin yang bakal berkahwin tak lama lagi dan nak survey untuk membuat pinjaman peribadi untuk kahwin, sangat digalakkan untuk anda membaca perkongsian artikel ini. Ianya adalah berkenaan dengan pengalaman saya sendiri dan juga beberapa rakan dan client yang terjebak dengan personal loan untuk kahwin.

Kalau nak buat personal loan boleh tapi anda kena tahu apa yang anda lakukan dan kesan-kesan jangka panjang yang akan berlaku di kemudian hari. Terutama sekali kepada pasangan lelaki dan perempuan. 

Dalam aspek perancangan kewangan juga, ekonomi rumah tangga sebelum perkahwinan, semasa perkahwinan dan selepas perkahwinan adalah sangat penting. Dengan berbekalkan ilmu dan tips-tips kewangan, ianya akan sedikit sebanyak membantu anda untuk merancang masa hadapan kerana sebagai manusia kita hanya merancang dan tuhan sahajala yang mampu mengawal segala-galanya.

personal loan kahwin

Kenapa Terpaksa Ambil Personal Loan

Pada akhir artikel nanti, kami akan terangkan apa itu “good debt” dan apa itu “bad debt”. Mengambil personal loan untuk tujuan perkahwinan secara asasnya adalah “bad debt” ataupun anda hanya membuat hutang jahat sahaja. Jadi timbul persoalan, kenapa sampai kena ambil pinjaman peribadi ini?

Setelah bertanya secara tidak rasmi kepada beberapa kenalan, berikut adalah antara beberapa sebab kenapa ramai yang terpaksa ambil pinjaman peribadi ini. Antara sebab yang biasa adalah seperti berikut;

Kos Perkahwinan Yang Tinggi

Antara sebab terpaksa ambil personal loan adalah untuk kos majlis perkahwinan yang tinggi terutama apabila terpaksa ambil catering. Biasa untuk kos catering adalah RM10/kepala. Kalau jemput 1000 orang datang dah kena bayar kos Rm10,000 untuk catering sahaja, memang akan ambil kos yang terlalu tinggi dan kalau duit tak cukup, memang terpaksa gunakan pinjaman peribadi.

Belum lagi kos-kos lain seperti pakaian pengantin 2 pasang, barangan hantaran 7 dibalas 9, cincin tunang dan cincin kahwin, pelamin, mak andam. Semuanya perlukan kos. Dianggarkan Rm20,000 adalah untuk kos-kos seperti ini yang anda perlu keluarkan. Kalau tak cukup cash, solusi paling mudah adalah untuk buat pembiayaan peribadi. Hari ini apply, esok dah boleh dapat cash. Mudah kan!

Disebabkan oleh Covid-19 yang melanda, senario majlis perkahwinan mungkin akan berubah dan dijangka untuk majlis perkahwinan, penganjur tak akan menjemput tetamu yang ramai.

Hantaran Yang Tinggi

Kebanyakan perempuan meletakkan nilai hantaran sebanyak Rm10,000 untuk kos hantaran sahaja. Ianya adalah antara norma baru masa kini, dan nilai yang kurang daripada jumlah tersebut adalah dianggap tidak berbaloi. Bagi pihak lelaki, kalau tak cukup duit dan nak kahwin, apa solusi termudah dan tercepat bagi mendapatakan jumlah RM10,000 dan kos-kos lain? Jawapan yang paling mudah adalah untuk buat personal loan.

Untuk perkara ini, seeloknya cuba ukur baju di badan sendiri dan kalau tak mampu, boleh cuba nego dengan keluarga pihak perempuan terutama perihal berkenaan dengan jumlah hantaran.

Biar Papa Asal Bergaya

“Malulah kalau orang kata” 

Biasa sebab nak capai expectation orang lain, fikirkan apa yang orang lain fikir. Perkara-perkara ini akan menyebabkan anda terpaksa ambil personal loan demi untuk memuaskan hati semua orang terutama ahli keluarga. Tak nak fikir panjang dan demi untuk memuaskan hati orang lain, terpaksalah ambil personal loan kahwin, dengan tempoh pinjaman sehingga ke 9 tahun.

Solusi Kepada Kos Tinggi – Cari Hantaran Murah

Cuba untuk jimatkan perbelanjaan perkahwinan. Antara solusi berkenaan dengan isu kos hantaran sama ada hantaran bagi pihak lelaki mahupun perempuan yang tinggi adalah cuba cari solusi yang lebih murah. Macam mana tu? Untuk topik ini, kami sudahpun tulis di dalam beberapa artikel di bawah. Untuk idea hantaran bajet dan berbaloi, boleh tengok beberapa pilihan dan idea terkini di bawah ini;

Boleh tengok beberapa artikel kami berkenaan dengan tips bajet untuk kenduri majlis perkahwinan anda.

Sebagai alternatif, anda boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan tempat beli barangan hantaran anda di laman INI. Ianya sangat berbaloi dan mungkin jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan beli di shopping mall. Apapun, saya rekemen anda baca dulu 2 artikel berkenaan dengan idea hantaran lelaki dan perempuan tu.

Kesan Ambil Personal Loan Jangka Panjang

Sekarang nampak semua perkara OK, tapi akan datang lagi 5 tahun, tiada siapa yang tahu apa yang akan jadi.

Perkara paling teruk yang anda perlu fikirkan adalah, apa yang bakal jadi kalau….. 

Selepas 5 tahun perkahwinan, berakhir dengan perceraian. Jadi macam mana dengan personal loan anda? Siapa yang akan bayar kesemua jumlah tersebut. Adakah nak buat tuntutan?

Ini adalah antara perkara yang anda perlu fikirkan kalau anda nak buat pinjaman peribadi. Kalau nak buat boleh tapi perkara-perkara ini adalah antara kemungkinan yang tak diingini yang mungkin boleh terjadi kepada anda.

Personal Loan Kahwin – Pinjaman Jahat

Ambil simulasi, kalau anda buat pinjaman peribadi sebanyak Rm10k, dan tempoh pembayaran semula adalah 9 tahun.

Ambil contoh interest rate adalah sebanyak 6% setahun.

Jumlah bayaran bulanan adalah = RM120

Jumlah pembayaran yang anda kena bayar dari awal sampai akhir – RM120 x 9 tahun = RM12,920

Sepanjang tempoh pinjaman, anda perlu membayar interest sebanyak hampir Rm3000. Ianya adalah satu jumlah yang agak banyak.

Simpan Duit, Biar Sikit Yang Penting Konsisten

Nak simpan duit, mulakan dari sekarang. Kalau ada duit gaji tu, boleh mulakan menyimpan duit anda. Boleh tengok video di bawah ini di mana kami berikan 6 pilihan tempat untuk anda simpan duit dengan dividen yang baik dan berganda.

Apapun, Boleh juga tengok beberapa artikel berkaitan dengan tips dan cara memanfaatkan simpanan anda. Kalau nak menyimpan tu, kena mula dari sekarang. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Tambah Pendapatan – Pengantin Baru

Antara tips untuk perbaiki kewangan seseorang adalah untuk tambah pendapatan dan pada masa yang sama untuk kurangkan expenses ataupun perbelanjaan. Untuk kurangkan perbelanjaan boleh tengok tips jimat belanja di link atas. Kalau nak tambah pendapatan pula, ada beberapa artikel yang pernah kami tulis yang anda boleh baca.

Tambah Income Secara Online

Nak tambah pendapatan secara online, kami rekemen anda untuk baca artikel kami seperti di bawah ini. Ianya adalah antara beberapa idea untuk tambah pendapatan yang anda boleh lakukan secara online di rumah sahaja.

Tambah Income Jadi Seller Shopee

Semasa PKP, antara tempat yang menjadi serbuan ramai orang bukannya pasar raya, tetapi platform ecommerce seperti Shopee dan Lazada. Apa kata kalau anda menjadi seller di sana? Macam mana caranya? Boleh tengok artikel berkaitan dengan cara untuk menjadi penjual di Shopee di SINI.

Tambah Income Dengan Saham

Anda pun boleh tambah pendapatan dengan menjadi seorang pedagang saham. Saham menjanjikan keuntungan yang baik dan ianya adalah antara pelaburan yang sangat berisiko. Tatapi ada cara untuk anda kurangkan risiko tersebut. Macam mana nak kurangkan risiko dalam pelaburan saham?

Boleh baca beberapa tips penting seperti di bawah ini;

Sebagai alternatif, boleh cuba tengok video di bawah ini penerangan kami berkenaan dengan pelaburan saham.

Fikir Dahulu Adakah Personal Loan Ini Berbaloi

Apapun lebih baik anda fikir dahulu adakah pinjaman peribadi ini berbaloi ataupun sebaliknya. Fikir masak-masak dan kalau anda rasakan anda terpaksa juga lakukan, memang kami tidak dapat nak kata apa. Kalau memang boleh elak, kalau boleh elakkan kerana memang ada banyak kesan negatif daripada kesan positif.

Akhir kata, jangan lupa untuk follow channel Telegram kami untuk lebih banyak info dan input berkaitan dengan kewangan.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest