7 Tips Cara Buka Akaun CDS – Terkini 2024

Macam mana cara buka akaun CDS ni? InsyaAllah artikel pada kali ini akan menerangkan tentang cara buka akaun CDS saham daripada beberapa pilihan bank terpilih dan kami juga akan rekemen bank pilihan kami untuk anda jadikan rujukan. Apapun, nak buka akaun ini tidak susah, anda ada semua dokumen berkaitan, boleh terus membuka akaun pelaburan anda. Kalaupun anda tiada cukup dokumen pun jangan risau, “dimana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Kami tunjukkan beberapa broker yang tak berapa “strict” dalam nak buat akaun.

Sebelum pergi lebih jauh, mesti anda nak tahu kan apa tu CDS? Betul tak? Haha, kalau ikut Bursa, ianya adalah;

CDS is an acronym for “Central Depository System”. The Central Depository System is a system that is fully owned and operated by Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (formerly known as Malaysian Central Depository Sdn Bhd), a wholly owned subsidiary of Bursa Malaysia Berhad.

Investors who wish to trade in securities listed on Bursa Malaysia must open CDS accounts with Authorised Depository Agents (ADAs), i.e. stockbroking companies. Securities bought will be credited into CDS accounts that the investors have opened. Likewise for securities sold, these securities will be debited from the CDS accounts.

Investors can use the Central Depository System to transfer securities from one CDS account to another, provided the transfers are within the reasons approved by Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. Other transactions that depositors can perform via the Central Depository System are registering of bank account information, updating of account particulars, reactivation of dormant CDS account, reactivation of inactive CDS account, deposit of share certificate, withdrawal of shares of delisted company and closing of CDS account.

cara buka akaun cds

Dalam erti kata lain, anda perlu untuk membuka akaun CDS ini untuk transaksi jual dan beli saham yang sah di Malaysia. Ini adalah apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan apa itu CDS, apapun, yang paling penting adalah….. Kalau melabur dalam saham, cukuplah anda tahu yang anda kena buka akaun CDS.

Akaun CDS Terbaik

Untuk akaun terbaik, anda perlu buka akaun dengan beberapa broker yang berdaftar di Bursa Malaysia. Macam mana nak tahu ianya terbaik, bagi saya ianya perlu kepada 3 kriteria ini.

  • Brokerage in / out murah. Lagi murah kos in dan out lagi bagus. Jimat duit anda untuk brokerage fee.
  • Teknologi berdasarkan kepada kehendak pasaran. Contoh broker yang mempunyai app, sama ada android, ataupun apple, juga mempunyai aplikasi windows sendiri. Semua teknologi ini akan memudahkan pelabur ataupun pedagang.
  • Support daripada broker yang terbaik. Ada support group dalam bentuk whatsapp dan telegram. Juga tips-tips dari mereka dan kaunter pilhan mereka.

Ada ketiga-tiga ini, memang anda dapat akaun terbaik.

Tetapi apakan daya…. Tiada yang sempurna di dunia ini.

Nak tahu kenapa?

Ada broker yang bagi murah, tetapi dari segi teknologi agak kurang, ada juga broker yang mahal sikit, tapi dari segi pembangunan teknologi “1st class”. Ada juga yang jenis, kalau nak buat akaun dengan mereka, macam nak apply loan rumah, siap slip gaji 6 bulan, kwsp, bank statement pun nak 6 bulan. Broker yang simple pun ada, nak ic dan transaksi bank 3 bulan dah cukup, ya betul… Macam-macam jenis kat luar sana. 

Apapun, cari yang anda selesa dan mulakan buka akaun. Semasa melabur anda boleh tanya investor lain platform yang mereka gunakan.

Terbaru CGS – CIMB membolehkan anda untuk membuka akaun CDS semuanya secara online sahaja. Tak perlu isi hard copy dan apa yang anda perlu lakukan adalah buka secara online. Memang menarik kerana caj yang dikenakan adalah tidak terlalu mahal dan bagi saya sangat berpatutan. Ditambah lagi dengan screener percuma memang membolehkan anda untuk sukses dalam trading anda.

Akaun CDS Patuh Syariah

Sekarang ini kebanyakan produk kewangan sudah ada yang patuh syariah, termasuklah akaun saham. Apa perbezaan antara produk yang patuh syariah dan yang tidak patuh adalah pelaburan dan kebiasaan, yang patuh syariah ini tiada “interest” yang dikenakan. Kalau ikutkan, ada banyak pilihan broker yang anda boleh pilih, ini adalah antara pilihan yang ada di Malaysia pada hari ini. Boleh tengok senarai pilihan di bawah; (sumber : Bursa Malaysia)

The following is the list of Participating Organisations which conduct stockbroking business in accordance with Shariah principles:

  • Affin Hwang Investment Bank Berhad (window)
  • AmInvestment Bank Berhad (window)
  • BIMB Securities Sdn Bhd (full-fledged)
  • CIMB Investment Bank Berhad (window)
  • Hong Leong Investment Bank (window)
  • Jupiter Securities Sdn Bhd (window)
  • Inter-Pacific Securities Sdn Bhd (window)
  • Kenanga Investment Bank Berhad (window)
  • Malacca Securities Sdn Bhd (window)
  • Maybank Investment Bank Berhad (window)
  • MIDF Amanah Investment Bank Berhad (window)
  • Public Investment Bank Berhad (window)
  • RHB Investment Bank Berhad (window)
  • TA Securities Holdings Berhad (window)
  • UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd (window)
  • KAF Seagroatt & Campbell Securities Sdn Bhd (window)

Ini adalah organisasi islamic broker terkini. 

Apapun boleh tengok video penerangan ringkas kami di bawah berkenaan dengan tips dan cara untuk buka akaun CDS saham.

Jadi, Kami Rekemen Yang Mana?

Sebelum kami bari rekemendasi, pastikal anda mempunyai 2 tools ini kerana ianya sangat membantu untuk anda berdagang dengan berjaya.

Saya gunakan item no 1 untuk analisa saham, dan item no 2 untuk jual dan beli saham melalui app. Nak tahu apa memang kena tengok alat yang kami rekemen ini.

Terkini, kalau nak analisa chart saham menggunakan teknikal analisis, saya cadangkan untuk anda gunakan Tradingview. Boleh daftar sahaja Tradingview ini secara percuma di SINI.

Pilihan pertama adalah Ada Banyak Pilihan

Kadar brokerage in dan out mereka tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu murah. Antaranya adalah Mplus, CGS,RHB dan lain-lain. Mereka juga mempunyai Android App dan juga Apple App. Saya suka masuk order pakai app kerana lebih mudah, nak cancel order pun tak susah. Setakat artikel ini ditulis, brokerage Rm8/0.1% boleh dikatakan murah juga la.

Anda boleh akses charting dengan menggunakan browser anda sahaja. Bererti anda boleh buka di mana-mana sahaja. Memang memudahkan.

InsyaAllah kalau anda baru ataupun yang dah lama dalam bidang ini, tiada masalah untuk bermula. Yang penting tetapkan langkah anda agar lebih sukses. Perlu diingatkan, melabur saham lebih sekadar buka akaun CDS. Ada banyak lagi teknik pembelajaran lain yang seseorang perlu lalui.

buka akaun cds saham

Cara Buka Akaun Saham Global

Nak main saham global, terutama market di United State? Sekarang semua boleh. Lepas anda buka akaun CDS tu, anda cuba tanya remiser anda. Remiser ini adalah orang yang anda boleh rujuk untuk isu teknikal dan lain-lain. Pasti mereka boleh membantu. Antara platform yang berikan anda untuk akses saham global adalah CIMB, RHB, Maybank dan lain-lain.

Cara Bermain Saham dengan modal kecil

Modal saya tak besar macam mana nak mula? Tak usah risau, nak mula kos untuk melabur saham ni taklah terlalu tinggi pun. Kami ada berikan satu artikel yang panjang lebar berkenaan dengan cara untuk bermula bagi mereka yang bermodal kecil. Boleh baca artikel tersebut di SINI. Jadi, memang tiada sebab untuk anda tidak bermula, memang langkah pertama adalah buka akaun dulu.

Alternatif Kepada Pelaburan Saham

Forex

Antara alternatif lain yang kami boleh rekemen adalah untuk melabur Forex. Ianya merupakan antara pelaburan yang popular dan memberikan pulangan yang baik. Tetapi, ada isu berkenaan dengan syariah dalam bab forex ini. Ada ustaz yang memberikan fatwa ianya boleh dan ada juga yang memberikan pandangan ianya haram. Masing-masing mempunyai pandangan yang tersendiri.

Seperti juga pelaburan ASB, ada yang bagi pandangan ianya harus, dan ada juga yang bagi pandagan ianya haram. Apapun, ianya sebagai satu alternatif terbaik. Kami akan cover topik ini nanti.

FCPO

FCPO pula telah mendapat pengesahan halal daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Memang boleh membuat pelaburan tanpa was-was. Yang menarik berkenaan dengan FCPO ini adalah, anda boleh buat duit sama ada market dalam keadaan menaik ataupun dalam keadaan menurun. Tapi…. Apa itu FCPO? Tak pernah dengar kan? Kalau tak nak tahu tak perlu KLIK LINK INI. Ianya adalah info dan semua yang anda perlu tahu berkenaan dengan FCPO.

Pasaran dibuka dari pukul 10.30 pagi sehingga 6 petang. Boleh mula tengok market yang ada dan chart market ini untuk bermula.

Panduan Untuk Bermula dalam Saham

Bukan akaun CDS tak susah, sekejap sahaja. Tetapi yang lebih sukar daripada itu adalah, bagaimana anda nak dapat income ataupun keuntungan yang konsisten dalam saham? Kami rekemen anda belajar dahulu melalui dua medium di bawah ini.

Ianya adalah antara pilihan yang anda ada untuk bermula, apapun, mulakan sekarang dan semoga sukses. Harap artikel cara buka akaun CDS ini membantu anda untuk bermula. Ingat, nak buka akaun tak susah, nak konsisten dapat profit dalam saham ini adalah pelajaran yang sebenar. Selagi tak mula, selagi tu tak tahu.

Akhir kata, minta follow Telegram Channel kami di bawah untuk lebih banyak info dan input berkenaan dengan tips kewangan.

Salam sukses dan semoga berjaya.

Related Posts

36 thoughts on “7 Tips Cara Buka Akaun CDS – Terkini 2024

  1. Walaupun Sis ni kurang faham dengan apa itu CDS tapi kalau dah namanya untuk simpanan masa depan, memang ianya bagus..mudah-mudahan perkongsian ini akan dapat membantu mereka yang mula berjinak dalam saham..Sis tak reti lagipun surirumah aje hehehe…

    1. mmg artikel ni khusus kepada mereka yang nak belajar saham. Thanks bagi komen.

    1. huhu, ok, take ur time utk dapatkan tempoh bertenang….

  2. saham.
    saya faham. but not so faham la 🙂
    bcoz saya more to pelaburan yg low risk.
    simpanan tetap. gitu gitu la.
    once invest dgn unit trust, withdrawn after 8 years.
    dpt balik hanya modal hu hu hu hu… tu yg no more dealing with saham, unit trust.
    biar sikit tapi terjamin.
    but, if bebetul mahir, boleh buat duit saham ni.

    1. kesiannya dengar pasal unit trust, huhu. Rasa memang ada dana yang macam tu, diorg kata long term.

      Apapun, saham ni memang blh buat duit, nak rugi duit pun boleh.

      1. Sis bab2 saham ni memang zero..tak tahu sangat, yg tahu ASB je..hehehe. Cuma baru2 ni try le masuk satu saham ni..saja suka2 nak mencuba, tak tahu le untung nasib dia. Tgok je le cam ne nanti..harap2 ok le.

        1. waaa… ok la tu langkah pertama nak mula. Semoga berjaya dalam saham ye sis.

  3. Terima kasih di atas perkongsian bab pelaburan. Padat dan berilmu. Banyak info yang Sis dapat dari perkongsian ni. Boleh guna jika suatu hari nanti Sis nak buat pelaburan.

    1. terima kasih datang. Apapun, kalau nak dapatkan ilmu pasal saham, boleh datang ke sini ya.

  4. Info bagus untuk mereka yang minat dalam mainan saham ni khususnya kaum lelaki.

    1. kaun perempuan pun tak ada masalah nak belajar saham. Salah seorang video yang saya rujuk masa awal2 dlu seorang perempuan.

  5. Terima kasih atas info yang amat padat. Serba sedikit membuka minda saya tentang dunia saham ni. Perkongsian yang bermanfaat

    1. sama-sama, semua pun bermula dengan langkah pertama nak belajar saham.

  6. I pun buka juga. Senang je kalau ada broker yang bagus. My broker service not bad juga. Great tips for those newbie!

    1. pakai broker apa? saya rekemen RHB not bad la.

  7. Alhamdulillah kita pun dah ada akaun CDS ini hehehe sebab company yang suruh buka lah wakakakak kalau tidak langsung tak tahu hehehe yer lah tak pandai main saham adalah sikit2 kan dalam akaun tu…. Yang penting selamat dan patuh syariah..

    1. dah ada akaun pun dah ok. Boleh dah kalau nak bermula.

    1. insyaAllah bakal ada banyak lagi entri menarik akan datang.

  8. Hmmm, ilmu baru ni. Tapi nak start invest dalam saham ni macam menakutkan sikit. Sebab tak ada ilmu kan. Nak kena gali lagi ni

    1. betul, memang ada ilmu baru boleh mula melabur. Macam blog juga, kena ada ilmu, kalau tak tak ada arah tuju nak buat apa. Hehe

  9. Owh baru faham tentang akaun CDS ni. Perlu buka ye. Bagus ilmu baru tentang saham. Tapi kena berani ambil risiko kan.

    1. haah, kena berani ambil risiko kalau tak tak perlu melabur di sini.

  10. Haritu nad pertama kali pergi seminar En Asri, ada sebut pasal CDS ni..masa tu pertam kali tau pasal saham ni..hehehe..memng syok dengar..rasa nak terus melabur je..hehhee..tapi tu la, belum ade keyakinan lagi

    1. Waaa dah join en Asri, ok la tu satu permulaan, lepas ni boleh la mula melabur lagi.

    1. terima kasih kerana datang, harap artikel ini membantu perjalanan dalam saham.

  11. Teringin nak melabur dlm saham mcm ni tapi takut.

    1. boleh je follow step by step, yang penting cuba dlu dan letak stop loss. tak cuba tak tahu.

  12. Sye bru2 ni nk bt akaun cds dengan rhb investment tp remiser ckp akaun sye tak bley buat sbb ade hutang tp bkn blacklist sbb sye ade bt installment ngan court mammot smpai 2022..adekah mmg xbley bt cds?

    1. rhb memang stirct sikit, tuan boleh cuba dengan remiser lain, ada remiser yang tak strict macam RHB. Ada banyak pilihan remiser sekarang ni boleh pilih.

  13. Oh ok.. Bley bg cadangan remiser mane yg x strict slaen rhb?

    1. alhamdulillah kalau dah ada tu bagus, kalau nak mula melabur kami sarankan anda cuba dalami ilmu teknikal analisis. Kat sini adalah antara ebook yang kami rekemen untuk mereka yang baru nak bermula. https://smartinvest101.com/sistemsaham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *