Saham Farm Fresh Berbaloi Ke Nak Beli?

Saham Farm Fresh ni berbaloi ke nak beli? Untuk info, anda tidak hanya boleh beli susu Farm Fresh di kedai berdekatan, anda juga sudah boleh beli saham Farm Fresh di Bursa Saham Malaysia. Kalau beli saham ini ada potensi kenaikan harga dan juga, ada potensi syarikat bagi dividen kepada pemegang saham.

Persoalannya, adakah saham Farm Fresh sentiasa naik dan tak turun? Memang adat dalam pelaburan saham ini, ada kenaikan dan ada penurunan. Tak seperti susu Farm Fresh yang anda boleh beli pada bila-bila masa, saham Farm Fresh perlukan strategi in dan out serta pengetahuan dalam fundamental analisis dan teknikal analisis untuk berdagang secara efektif. 

saham farm fresh

Teknikal Analisis Saham Farm Fresh

Berdasarkan kepada carta di atas, anda boleh nampak sendiri yang saham Farm Fresh sedang mengalami kejatuhan. Punca kejatuahan ada kaitan dengan isu yang dihadapi oleh Farm Fresh dan pembekal yang akan kami cuba huraikan dalam artikel ini.

Carta di atas juga adalah ihsan dari Tradingview, tools untuk berdagang yang sangat membantu dalam mendapatkan “real time” data. Oh ya, anda boleh claim 30 day free Tradingview dalam link di bawah ini.

Tradingview adalah charting platform yang paling banyak digunakan oleh pelabur profesional. Bukan setakat saham Farm Fresh, saham seperti TNB, Telekom mahupaun saham global anda boleh dapatkan info lanjut. Juga instrumen pelaburan lain seperti FCPO dan Bitcoin yang anda boleh dapatkan info lanjut.

Saham Farm Fresh mengalami kejatuahan sekitar akhir bulan Julai 2023 dan awal bulan Jun 2023. Setakat ini masih belum nampak ada tanda-tanda pasaran dan pergerakan harga saham Farm Fresh akan meningkat. Mungkin juga faktor sentimen memainkan peranan iaitu pasaran global yang lembab, faktor ekonomi China dan lain-lain lagi.

Berikut adalah mengapa saham Farm Fresh merudum dan harap anda dapat nampak gambaran secara “big picture” sebelum buat apa-apa keputusan pelaburan.

KUALA LUMPUR: Penyusutan dalam pengeluaran susu ladang di Australia memberi kesan ke atas Farm Fresh Bhd tetapi syarikat itu percaya, kesannya agak minimum berbanding Bega Group.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia berhubung pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA), selepas sahamnya mencecah paras terendah sepanjang masa semalam, Farm Fresh berkata berdasarkan pengumuman baru-baru ini oleh Bega Group mengenai persaingan sengit bagi susu mentah, pembelian bahan susu daripada petani pihak ketiga di Australia dijangka menyumbang kira-kira 14 peratus daripada jumlah ramuan susunya bersamaan dengan lebih 100 juta liter pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

Selain itu, 70 peratus daripada susu mentah yang digunakan oleh Farm Fresh berasal dari ladangnya sendiri di Malaysia dan Australia, katanya.

Bagaimanapun, kumpulan itu akan terus mengambil kira pelbagai faktor dalam menentukan pelaburan dalam operasi huluan, pertengahan dan hilirannya, kos input termasuk variasi yang berlaku dari semasa ke semasa.[sumber]

Berbaloi Ke Beli Saham Farm Fresh

Ianya bergantung kepada keadaan semasa ketika anda membaca artikel ini. Pada masa artikel ini ditulis, memang berbaloi, akan tetapi, pada ketika anda sedang membaca artikel ini, anda perlukan lebih banyak kajian terutama dalam aspek teknikal analisis dan fundamental analisis untuk membuat keputusan pelaburan anda.

Kalau tak pasti dengan teknikal analisis dan fundamental analisis dalam pelaburan saham, boleh cuba dapatkan info dan tips panduan pelaburan saham di bawah.

Ianya adalah satu perkongsian secara umum macam mana nak pilih saham berkualiti dan tidak semestinya saham Farm Fresh. Ada lebih daripada 1000 lebih kaunter saham yang anda boleh beli di Bursa Malaysia dan perkongsian di atas adalah tips untuk meminimakan saham-saham berkualiti yang anda boleh pilih.

Ataupun alternatif lain, boleh tengok video di bawah untuk tips dan strategi melabur saham.

Alternatif Saham Lain Selain Farm Fresh

Memang ada lebih daipada 1000 saham berkualiti yang ada di Bursa Saham Malaysia. Kalau nak pilih saham berkualiit, boleh ikut beberapa kriteria ini.

  • Pilih saham yang mempunyai volume dan transaksi yang baik. Ianya menunjukkan minat pelabur terhadap saham tersebut dan memudahkan anda untuk menjual dan membeli saham tersebut. Saham yang tiada transaksi akan menyukarkan anda untuk menjual dan membeli saham tersebut.
  • Elakkan daripada membeli saham yang bermasalah terutama saham yang termasuk dalam senarai PN17 ataupun saham yang sedang menghadapi masalah seperti saham yang dikaitan dengan ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa. Ada banyak saham lain dan elakkan daripada saham-saham seperti ini.
  • Investasi Jangka Panjang: Saham cenderung menghasilkan hasil yang lebih baik jika dipegang dalam jangka panjang. Hindari perdagangan sering jika Anda tidak berpengalaman.
  • Gunakan Stop Loss: Pertimbangkan penggunaan “stop-loss orders” untuk melindungi modal Anda dari kerugian besar.
  • Perhatikan Dividen: Jika Anda mencari pendapatan pasif, pertimbangkan saham dengan dividen yang stabil dan tinggi.
  • Analisis Fundamental: Pelajari bagaimana menganalisis laporan keuangan sebuah perusahaan. Perhatikan rasio-rasio seperti Price-to-Earnings (P/E), Price-to-Sales (P/S), dan Return on Equity (ROE) untuk membantu menilai kesehatan finansial perusahaan.
  • Analisis Teknikal: Pelajari analisis teknikal untuk memahami pola harga dan tren saham. Anda dapat menggunakan grafik dan alat teknikal lainnya untuk membantu dalam pengambilan keputusan.

Sebagai alternatif kepada saham, saya cuba berikan anda idea kelas aset selain daripada saham yang anda boleh dapatkan info lanjut untuk membuat pelaburan. Aset tersebut adalah selain daripada Forex kerana ada beberapa isu berkaitan dengan syariah dalam Forex yang kami tak galakkan untuk anda terlibat. Apapun, ada banyak kelas aset lain yang anda boleh cuba melabur. Berikut adalah antara beberapa aset tersebut;

Ianya adalah antara alternatif yang baik selain daripada saham yang anda sendiri boleh cuba untuk melabur dalam aset ini. Boleh tengok dahulu untuk anda dapatkan info lanjut berkenaan dengan aset ini.

Kekuatan Saham Farm Fresh 

Kenapa kena beli saham Farm Fresh dan bukan saham lain?

Persoalan ini anda kena jawab sendiri dan lihat sama ada berbaloi atau tidak untuk beli saham dari kaunter ini atau ada pilihan lain yang lebih berbaloi. 

Sebagai pelabur, objektif utama adalah untuk buat untung dan jangan sesekali jatuh cinta dengan mana-mana kaunter saham kerana ianya hanya akan menyebabkan anda membuat keputusan yang tidak rasional. Hanya kerana anda jatuh cinta dengan Farm Fresh, anda telah abaikan peluang tidak melabur dalam kaunter lain yang lebih berpotensi.

Pilihan pelaburan di tangan anda dan buatlah satu keputusan yang bijak mengambil kira banyak faktor luaran dan dalaman. Apapun, selamat melabur saham.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *