5 Tips Belajar Teknikal Analisis Saham 2024

Kali ini saya nak kongsi dan tunjuk bagaimana untuk belajar teknikal analisis saham. Dengan teknik yang betul, ianya dapat membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham yang anda sedang ceburi dan kejayaan itu insyaAllah anda boleh raih.

Analisa secara teknikal ini sudah lama ada dan juga merupakan sebagai asas kepada pelaburan saham, FCPO dan Forex. Juga sebagai salah satu daripada pelbagai teknik dan analisa dalam mana-mana pasaran yang menggunakan chart sebagai cara untuk analisa.

Apapun, pada kali ini, kami berikan beberapa teknik dan asas dalam membuat analisa berkaitan dengan pelaburan saham. Harap ianya dapat memberikan anda gambaran awal untuk terus sukses dalam pelaburan yang anda lakukan.

Belajar Teknikal Analisis Saham

2 Jenis Chart Yang Perlu Anda Fahami

Untuk belajar asas teknikal analisis dalam saham, anda perlu memilih untuk menggunakan jenis ‘chart’. Terdapat 2 jenis chart yang popular iaitu Japanese Candlestick dan satu lagi Bar Chart. Apakah perbezaan kedua-dua jenis ‘chart’ tersebut?

Japanese candlestick chart dipopularkan oleh pelabur dari Jepun dan Bar chart dipopularkan dan digunakan secara meluar oleh Pelabur barat. Terdapat beberapa kelebihan Japanese Candlestick chart berbanding bar chart. Antaranya adalah, Japanese candlestick membolehkan anda untuk melihat psikologi dibelakang carta tersebut. Tidak pada bar chart.

Di bawah ini adalah contoh kepada candlestick chart untuk saham TNB.

Di atas ini adalah chart untuk kaunter saham TNB daily chart. Anda boleh membuat analisa berdasarkan kepada chart tersebut. Sumber chart adalah tradingview yang merupakan antara platform chart terbaik yang pernah saya gunakan. Boleh daftar akaun di link atas.

Tetapi, ada seorang pelabur dari Amerika yang telah memperkenalkan Japanese Candlestick chart ini di dunia barat dan menggabungkan teknik dan kelebihan Japanese Candlestick bersama dengan bar chart.

Sebagai alternatif, kami ada buat video berkaitan dengan asas kepada teknik candlestick reversal pattern dan beberapa indikator untuk trade saham, boleh tengok video di bawah bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan dengan teknik dan tips tersebut di video di bawah.

Apa lagi faktor yang penting untuk mempelajari Teknikal Analisis dalam pelaburan Saham?

Antara faktor lain selain menggunakan jenis chart adalah, anda dapat mengintepretasi chart yang anda gunakan. Perkara ini memerlukan pembelajaran dan saya cadangkan Panduan Pelaburan Saham ini bagi anda yang nak bermula untuk memahami apa itu pelaburan saham.  Juga jenis-jenis chart yang ada di dalam panduan tersebut. Bukan itu sahaja, ada lagi beberapa maklumat yang saya perolehi berkenaan dengan panduan tersebut seperti nature palabur-pelabur besar seperti KWSP, ASB di dalam pasaran saham BSKL.

Pelabur besar seperti Fund Manager mempunyai gaya pelaburan tersendiri dan tidak sama seperti pelabur runcit seperti kita. Panduan tersebut memberikan sedikit tips untuk pelabur runcit mengikut sahaja pergerakan pelabur-pelabur besar atau lebih dinamakan ‘big fish’ tersebut. Disebabkan oleh perkara ini, penulis ebook mendapat keuntungan yang lumayan dalam pelaburan saham.

Untuk saham, penting kalau anda pilih kaunter yang mempunyai liquidity yang tinggi ataupun kaunter yang aktif. Mudah untuk proses jual dan beli. Kalau kaunter aktif ini, banyak mazhab teknikal analisis yang biasanya boleh menjadi dan senang jadi berbanding dengan kaunter yang tak aktif. Pemilihan kaunter adalah antara faktor yang penting dalam saham.

Di akhir artikel ini kami akan berikan beberapa alternatif lain selain saham yang mempunyai liquidity yang tinggi bagi membolehkan penjualan dan pembelian berlaku.

Faktor Indikator

Ada terlalu banyak indikator dalam technical analysis, dan yang paling penting, anda tidak perlu menggunakan semua indikator tersebut. Gunakan beberapa Indikator yang paling anda gemari dan percaya dan gabungkan dengan Japanese Candlestick chart untuk mendapatkan entry pelaburan yang terbaik.

Antara indikator yang saya sering gunakan dalam pelaburan FCPO saya adalah seperti berikut. FCPO tu apa? Boleh baca artikel sampai habis.

  • RSI – Wajib
  • MACD – Kena Ada
  • Awesome Ossilator – Untuk mudah kira Elliott Wave

InsyaAllah penerangan berkaitan dengan kesemua indikator ini akan kami lakukan dari masa ke semasa. Anda pun boleh tengo beberapa video di bawah bagi mendapatkan gambaran jelas berkenaan dengan tips penting dalam analisis saham.

Indikator pilihan + Japanese Candlestick Chart = Winning Trade

Inilah salah satu teknik untuk berjaya dalam pelaburan saham. Untuk anda yang nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan signal dalam pelaburan saham, boleh dapatkan di SINI. Ianya adalah antara tips dan winning trade terbaik untuk tahu lebih lanjut berkenaan dengan saham.

Selain daripada indikator dan candlestick, adalah lebih penting untuk anda mempunyai mindset yang betul. Cuba bina confident dengan mendapatkan small win dahulu dan kemudian boleh tambah dana anda dalam saham. Nampak mudah, anda boleh cuba untuk memulakan langkah dari masa ke semasa.

Alternatif Kepada Saham

Kami berikan 2 alternatif selain daripada pelaburan saham yang memberikan liquidity yang tinggi. Harapnya daripada 2 alternatif ini membolehkan anda untuk sukses dalam pelaburan anda.

Pelaburan Pasaran Hadapan FCPO

Ianya merupakan antara alternatif kepada saham dan mempunyai mereka yang aktif berdagang dalam Forex. Apa yang menarik adalah, ianya merupakan suatu pelaburan yang patuh syariah yang ada di Malaysia. Saya antara mereka yang aktif berdagang di FCPO ini kerana ianya merupakan pasaran 2 arah. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan FCPO boleh baca artikel kami di bawah ini;

Forex – Tips Penting Untuk Berjaya

Salah satu pasaran yang menjanjikan pulangan yang tinggi tetapi awas, ianya sangat berisiko. Cuba untuk berdagang secara paper trade dahulu dan kalau sukses, boleh cuba secara real untuk dapatkan pengalaman. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan Forex boleh baca 2 artikel di bawah ini.

Mulakan sekarang dan dalami lagi dunia teknikal analisis sampai sukses.

Semoga berjaya dengan pelaburan anda.