Apa Bank Terbaik Untuk Refinance Rumah?

Dalam artikel ini, saya nak berikan info bank terbaik untuk refinance rumah berdasarkan kepada pengalaman saya beberapa tahun mengendalikan kes refinance rumah yang ada di Malaysia. Saya cuba nukilkan pengalaman tersebut seringkas yang mungkin dalam artikel di sini dan harap dapat bantu anda untuk buat pembiayaan semula rumah anda.

Apa yang anda perlu tahu kalau anda nak buat pembiayaan semula rumah? Harap artikel ini dapat menjawab persoalan anda berkenaan dengan kenapa nak buat refinance rumah. Kalau ada terdetik, percayalah yang anda datang ke dalam artikel yang betul dan saya cuba yang terbaik untuk bantu anda buat refinance rumah.

Bank Terbaik Untuk Refinance Rumah

Kenapa Perlu Refinance Rumah?

Refinance rumah adalah proses di mana pemilik hartanah menukar pinjaman sedia ada dengan pinjaman yang baharu, biasanya dengan terma dan syarat yang berbeza. Ianya biasanya dengan bank yang berbeza, contoh sekarang ada pinjaman dengan LPPSA, nak refinance ke bank BSN contohnya. Kadangkala boleh jadi juga dengan bank yang sama tapi tak semua bank blh buat refinance dengan bank sama. Kenapa orang refinance rumah? Ada beberapa sebab utama:

Cashback dari Kenaikan Nilai Hartanah

Anda boleh mendapatkan wang tunai selepas beberapa tahun dengan memanfaatkan kenaikan nilai hartanah. Contohnya, jika nilai hartanah anda meningkat daripada harga belian semula, anda boleh memperoleh cashback selepas refinance.

Memendekkan Tempoh Pinjaman

Dengan refinance, anda boleh memendekkan tempoh pinjaman. Ini membantu anda menjimatkan kos faedah dalam jangka masa panjang.

Kadar Faedah yang Lebih Rendah 

Refinance membolehkan anda mendapatkan kadar faedah pinjaman yang lebih baik daripada bank baru atau bank sedia ada. Jadi, jika anda ingin memperoleh cashback, memendekkan tempoh pinjaman, atau mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah.

Refinance Untuk Satukan Hutang

Ramai yang tak tahu sekarang ini ada pakej terbaru iaitu penyatuan hutang. Ada client saya yang pernah jimatkan Rm800 komitmen bulanan dengan menggunakan teknik ini. Kalau nak ceritakan tentang satukan hutang ini, ianya akan ambil masa yang panjang dan mungkin kena ada satu artikel khusus berkenaan dengan topik ini. 

Refinance untuk menyatukan hutang adalah proses di mana kita menggabungkan semua hutang yang kita miliki menjadi satu. Jadi, kita hanya perlu membayar satu ansuran bulanan. Biasanya, kadar faedah juga disatukan dan mungkin lebih rendah. Jadi, lebih mudah dan efisien untuk mengurus hutang kita. Apapun, kalau anda nak dapatkan info lanjut berkenaan dengan pakej satukan hutang atau dalam istilah yang asal, “debt consolidation” ini, anda boleh dapatkan dan baca lebih lanjut dalam refinance sini.

Bank Terbaik Untuk Refinance Rumah Ada Ke?

Sepertimana yang saya nyatakan dalam video di bawah ini, anda boleh tengok video tersebut untuk dapatkan info lanjut.

Ada ke istilah bank terbaik untuk refinance rumah?

Jawapan kepada persoalan ini mungkin akan mengecewakan anda, ya tiada kerana setiap bank akan tawarkan pakej yang berbeza-beza.

Ada bank yang tawarkan pakej loan consolidate, iaitu pakej satukan hutang, dan ada bank yang langsung tak tawarkan pakej ini. Hanyalah cash back biasa sahaja. 

Bank yang tawarkan pakej loan consolidate ini pula, mungkin tak sesuai ataupun tak boleh nak buat refinance kalau anda adalah seorang askar ataupun bekerja sendiri. 

Kalau anda mempunyai masalah CTOS, pun lain ceritanya. Ada bank yang tak boleh nak proses bila ada masalah CTOS. CTOS ini untuk pengetahuan anda yang membaca, ada tunggakan seperti Cuckoo, Coway, internet dan sebagainya. Jadi memang kena selesaikan baru kemudian boleh teruskan. Akan tetapi, ada bank yang boleh proses masalah CTOS anda tersebut.

Apapun, nak tahu bank mana yang paling sesuai berdasarkan kepada profile kewangan dan pekerjaan anda, saya cuba bantu sehabis boleh dengan mengisi borang di bawah ini.

Kami hanya perlukan sedikit sahaja info untuk kami hubungi anda dan kemudian boleh berbincang untuk proses refinance seterusnya.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Dengan Refinance Rumah

Refinance ini satu perkara yang saya tak berapa suka, proses nak dapatkan cash itu memang akan ambil masa yang agak panjang. Sebab saya ada banyak pengalaman uruskan jual dan beli rumah, proses ini memang akan ambil masa yang agak lama. Ianya tak jauh beza sangat, kalau dari segi masa itu jika nak dibandingkan dengan proses jual beli rumah.

Kalau ada client tanya,

“En, bila biasanya proses akan selesai?”

Biasanya saya akan menjawab, dalam 4 ke 5 bulan biasanya akan selesai kalau tak ada masalah. 

Lama tak 4 ke 5 bulan tu? Bagi saya memang lama. Kalau anda terdesak nak cash cepat, memang tak sesuai kalau nak gunakan cara ini. Kalau nak cash cepat, cari cara lain selain daripada refinance rumah.

Berapa Kos Refinance Rumah Anda?

Kalau bab kos ini ianya adalah sangat subjektif. Antara 3 kos yang anda perlu ambil kira kalau nak buat refinance rumah adalah, kos penilaian hartanah, kos takaful rumah MRTT dan yang paling akhir kos guaman yang anda perlu bayar.

Kebanyakan bank sekarang ini berikan pakej untuk masukkan ketiga-tiga kos ini dalam pinjaman. Maksudnya, anda tak perlu nak keluarkan cash untuk bayar, anggaplah ianya adalah pinjaman dalam bentuk lain. Kebanyakan pakej yang ditawarkan dalam SJKP iaitu pinjaman 100% pun lebih kurang sama sahaja.

Tapi suka saya nak ingatkan di sini, bayaran takaful akan jadi lebih mahal kerana faktor umur. Formula senang sahaja, umur makin meningkat, bayaran takaful akan jadi lebih mahal. Itu memang satu formula mudah yang semua orang patut tahu.

Jika beli rumah dahulu umur 30 tahun, contohnya. Sekarang nak refinance, umur dah 36 tahun, pembayaran takaful memang akan meningkat. Ya pasti sekali. Ianya adalah sesuatu yang anda perlu untuk fikirkan kalau memang anda nak buat pembiayaan semula rumah anda sama ada berbaloi ataupun sebaliknya.

Jom Refinance Rumah Anda

Tak nak cakap banyak, kalau nak buat pembiayaan semula rumah, boleh isikan borang di bawah ini dan kami akan hubungi anda dalam 24 jam.

Sekali lagi, ada ke bank terbaik untuk refinance rumah? Jawapan saya tidak kerana setiap orang unik. Boleh isikan borang di atas dan kami akan bagi konsultasi percuma berkenaan dengan pembiayaan semula rumah. Ianya percuma dan tiada kos yang tersembunyi.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *