9 Tips Hibah Takaful Terbaik 2023

Macam mana nak dapat info pasal hibah takaful terbaik? Sebelum pergi kepada pemilihan hibah takaful yang terbaik adalah lebih penting untuk anda sendiri tahu apa itu hibah dan bagaimana bagaimana anda boleh memanfaatkan konsep ini sebagai salah satu daripada alat kewangan anda. Ianya memang berguna terutama sebagai salah satu tinggalan kepada waris.

Apapun hibah takaful ini merupakan satu term yang telah dipopularkan oleh ramai agen-agen takaful di seluruh Malaysia. Disebabkan oleh apa yang mereka kongsikan di media sosial, ramai yang mula mengambil tahu perihal berkenaan dengan hibah yang akan kami kongsikan pada kali ini.

Juga, sedikit info berkaitan dengan pengurusan harta pusaka agar anda boleh mendapat banyak manfaat daripada pengisian artikel ini. Antaranya adalah berkaitan dengan hukum faraid dan sedikit tips penting berkaitan dengan takaful.

hibah takaful terbaik

Info Berkaitan Dengan Faraid

Sebelum pergi lebih jauh, adalah penting untuk tahu berkenaan dengan hukum berkaitan dengan Faraid. Faraid merupakan ilmu pengurusan harta pusaka yang sangat digalakkan untuk setiap orang islam mengambil tahu berkenaan dengan ilmu ini.

Untuk info lebih lanjut berkenaan dengan hukum Faraid, boleh baca artikel kami di sini yang lebih komprehensif. Boleh baca artikel kami yang lepas di SINI.

Apa Itu Hibah Takaful

Hibah takaful merupakan satu konsep baru dan sangat digalakkan untuk anda manfaatkan sebagai salah satu tips penting untuk pengurusan harta pusaka. Ianya merupakan satu pelan pengagihan secara HIBAH atau dengan kata lain, duit pampasan akibat daripada kematian tersebut akan diagihkan kepada penama yang diletakkan dan tidak tertakluk kepada undang-undang Faraid keluarga islam.

Jika si mati menamakan isteri sebagai penama hibah, isteri akan mendapat 100% harta daripada hibah takaful tersebut tanpa terikat dengan undang-undang Faraid.

Harta lain yang tidak dihibahkan ataupun diwasiatkan, akan tertakluk kepada undang-undang faraid. Bermaksud perlu dijual, dicairkan dan dihibahkan mengikut kepada undang-undang Faraid.

Baca Juga Artikel Berkaitan Dengan Hibah

Untuk info berkaitan dengan Hibah secara umum, kami rekemen untuk anda baca artikel ini dengan lebih lanjut bagi mendapatkan gambaran secara umum apa itu hibah dan bagaimana anda boleh memanfaatkan hibah.

Kelebihan Dan Manfaat Hibah Takaful Ini

Bakal memperolehi duit yang diberikan dalam tempoh yang cepat, kebiasaannya dalam tempoh 14 hari ataupun 2 minggu selepas kematian sebagai salah satu cara untuk memberikan ketenangan kepada waris. Ianya jauh lebih baik berbanding dengan pengurusan harta pusaka yang mengambil masa sehingga beberapa bulan. Ternyata memang cepat kan.

Sekali lagi saya nak ulang, yang hibah tidak tertakluk kepada undang-undang Faraid. Tetapi jangan lupa untuk letak sebahagian kecil harta dalam hibah ini kepada ibu bapa kerana bagi seorang anak terutama anak lelaki, syurga itu adalah di bawah tapak kaki ibu.

Duit takaful ini boleh digunakan sebagai salah satu kelebihan kewangan agar waris boleh terus survive ketika ketiadaan si mati. Kalau si mati menghibahkan RM1juta kepada waris, bolehlah waris gunakan duit itu untuk terus survive dan teruskan kehidupan seperti biasa.

Boleh tengok video di bawah ini bagi mendapatkan info lebih lanjut perihal hibah.

Keburukan Hibah Takaful

Selepas waris mendapat hibah, sebagai contoh RM1juta, apakah garenti yang waris akan gunakan wang yang didapati itu untuk membayar hutang-hutang si mati? Ianya adalah hadiah kepada waris, jadi apa perlunya gunakan hadiah untuk membayar hutang?

Jika waris telah mendapat RM1juta daripada si mati, berapa lama waris akan belanjakan wang tersebut secara berhemah? Sedangkan kebanyakan penerima KWSP pun habiskan wang mereka dalam tempoh 3 tahun. Sedangkan duit hibah ini perlu untuk digunakan untuk satu jangka masa panjang.

Jangan namakan penama bawah umut 18 tahun. Jika bawah umur 18 tahun, penama perlu tunggu sehingga umurnya 18 tahun untuk menguluarkan wang tersebut. Jadi, perlu namakan mereka yang di atas umur 18 tahun.

Hibah Takaful Terbaik

Macam mana nak cari hibah takaful yang terbaik yang ada di pasaran? Semua syarikat takaful memang mempunyai produk dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Tiada cashback lebih murah

Jika anda buat caruman hibah takaful sehingga umur 70 tahun. Ditakdirkan tidak berlaku apa-apa sepanjang caruman, dan tamat tempoh, anda tidak akan mendapat apa-apa cashback daripada caruman anda tersebut. Pelan sebegini biasanya jauh lebih murah daripada pelan yang mempunyai cashback.

Ada cashback – mahal sedikit

Jika anda membuat carumah hibah takaful sehingga umur 70 tahun dan sekali lagi ditakdurkan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang tempoh caruman. Anda akan mendapat sedikit cashback daripada caruman tersebut. Biasanya caruman jenis ini mempunyai harga yang agak mahal sedikit daripada caruman yang tiada cashback.

Mana yang lebih baik? Ianya bergantung kepda keperluan anda. Kalau anda mampu untuk membeli produk yang mempunyai cashback pun tiada masalah. Sekali lagi, anda perlu merujuk kepada agen takaful untuk memberikan penerangan produk mana yang terbaik. Kebanyakan agen takaful akan “pitch” dan cuba memberikan penerangan yang produk mereka adalah yang terbaik untuk mencapai objektif jualan mereka. Jadi, buat pilihan dan tentukan sendiri sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya.

Boleh Gunakan Konsep Hibah Sebagai Takaful Rumah – MLTT

Hibah daripada takaful ini juga boleh digunakan sebagai satu produk untuk MLTT. MLTT adalah mortgage level term takaful yang menggunakan konsep hibah sebagai medium untuk membayar hutang daripada pinjaman perumahan. 

Kebiasannya, kalau membuat pinjaman rumah, takaful rumah akan terbahagi kepada 2 iaitu MLTT dan MRTT. Kami akan cuba keluarkan artikel berkaitan dengan perbezaan MLTT dan MRTT ini dalam masa terdekat bagi memberikan kefahaman yang komprehensif kepada anda untuk mendapat lebih banyak ilmu dan tips penting yang menarik.

1 Keluarga 1 Hibah Takaful

Seperti juga slogan 1 keluarga 1 rumah, perkara yang sama boleh ditekankan dalam pemilikan takaful keluarga sebagai salah satu konsep dalam perancangan kewangan. Tiada masalah untuk menjadikan dan melanggan produk hibah ini selain daripada untuk waris si mati, ianya juga sebagai satu produk penting sebagai satu medium untuk membantu yang lain. 

Macam mana mencarum takaful boleh membantu yang lain? Sebahagian daripada dana takaful ini akan pergi ke tabung tabarru. Apa tu? Ianya adalah tabung yang dikumpulkan atas dasar bantu membantu ahli yang lain yang mencarum sama bagi meringankan bebanan mereka. Ianya sama seperti tabung khairat kematian yang diamalkan di kampung-kampung.

Artikel Berkaitan Dengan Faraid

Jangan berhenti untuk belajar untuk dapat lebih banyak ilmu berkaitan dengan pengurusan harta pusaka dan juga ilmu berkaitan dengan pengurusan takaful ini. 

Boleh rujuk 2 buku ini sebagai salah satu permulaan yang baik untuk bermula dan mengambil tahu perihal pengurusan harta pusaka ini.

Related Posts

3 thoughts on “9 Tips Hibah Takaful Terbaik 2023

  1. insyaallah dengan melanggan hibah takaful, boleh mengurangkan masalah pusaka terbeku dimalaysia yang kini hampir 90billion pusaka terbeku dek kurangnya kesedaran merancang kewangan harta

    1. betul tu, saya setuju. terima kasih atas komenna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *