8 Aplikasi Cari Jodoh Yang Popular di Malaysia 2024

Apa aplikasi cari jodoh yang bagus untuk anda mula mencari jodoh? Dah sampai masanya untuk anda menamatkan zaman bujang dan pergi ke alam perkahwinan. Kita hanya berikhtiar sahaja dan seterusnya terpulang kepada takdir yang menantukan.

Perkahwinan adalah satu fasa baru yang lebih matang dalam proses kehidupan seseorang sama ada lelaki atau perempuan. Seiringnya perkembangan teknologi, hari ini anda boleh mencari jodoh secara dalam talian sahaja. Artikel ini akan berkongsi kepada anda tentang 8 aplikasi cari jodoh yang popular di Malaysia pada tahun 2022.

Baca sampai habis kerana kesemua applikasi ini adalah aplikasi yang bagus terutama aplikasi yang ke 8. Bukan sahaja percuma, malah ada banyak testimoni dan anda patut boleh cuba cara ini.

aplikasi cari jodoh

Bercinta untuk kahwin atau suka-suka?

Isu ini agak rumit untuk dibahaskan kerana ia terlalu subjektif yang melibatkan hati dan perasaan seseorang. Sama ada seseorang itu bercinta untuk berkahwin atau sekadar suka-suka untuk mengisi masa terluang ia hanya boleh dijawab oleh individu tersebut sahaja.

Namun begitu, menurut kaji selidik “dating” yang telah dilakukan oleh sebuah syarikat dating Malaysia iaitu Lunch Actully pada tahun 2019 menunjukkan bahawa seramai 91 peratus rakyat Malaysia berminat untuk bercinta demi sebuah perkahwinan.

Semakin ramai Malaysia sertai portal cari jodoh sejak PKP

Tidak dinafikan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu sedikit sebanyak ada mengubah landskap kehidupan masyarakat Malaysia. Tidak terkecuali dengan faktor seperti mencari jodoh atau pasangan. 

Dikatakan kemungkinan besar tempoh sepanjang PKP ini memberikan mereka waktu terluang yang cukup untuk berfikir tentang masa depan. 

Hukum mencari pasangan melalui aplikasi atau portal cari jodoh

Manusia diciptakan berpasang-pasangan tidak kira lelaki atau wanita, masing-masing telah ditentukan pasangan mereka dari jantina yang berlawanan. Dr. Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya menyatakan tujuan penciptaan manusia adalah berpasang-pasangan sehingga melahirkan zuriat dan membentuk keluarga.

Bagi hukum asal mencari pasangan menggunakan laman sesawang adalah harus. Namun begitu, tujuan dan tatacara penggunaannya haruslah diperhatikan dengan lebih terperinci untuk mengelakkan ia menjadi haram. 

Mana tahu mungkin ikhtiar daripada aplikasi ini membolehkan anda untuk mendapat jodoh yang sesuai dan terus ke proses seterusnya iatu hantaran dan tunang.

Baitul Muslim.com

Baitul Muslim.com sudah terkenal di Malaysia sejak tahun 2006 lagi. Perkataan Baitul Muslim adalah perkataan Arab yang membawa maksud sangat baik. “Baitul” beerti rumah manakala “Muslim” bermaksud orang Islam.

Dua perkataan ini apabila dicantum menjadi sebuah persatuan pelajar dan organisasi Islam yang bertanggungjawab sebagai biro atau unit mencari jodoh. Mengambil simbolik kepada ucapan seperti, “bila nak berbaitul muslim”, dan “selamat membina baitul muslim” sebagai sebuah perkhidmatan mencari jodoh untuk semua Muslim di Malaysia ini.

Memberi tumpuan yang khusus kepada pengguna bujang, duda, dan janda, hanya warganegara Malaysia dan penganut agama Islam sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

Aplikasi ini juga mewajibkan individu yang ingin mencari jodoh untuk mendaftar atas nama sendiri. Namun, bagi yang malu untuk mendaftar sendiri, ia juga menyediakan satu platform di dalam aplikasi di mana seorang wakil atau orang tengah boleh dipilih dan mendaftar bagi pihak seseorang yang ingin mencari jodoh. Orang tengah ini juga haruslah orang yang dipercayai dan terdekat seperti ibu bapa, ahli keluarga, dan seumpanya.

Ada beberapa ketegori harga Baitul Muslim.com seperti:

1) Ahli biasa (percuma): cuma boleh tengok senarai calon, info basic dan sampaikan salam.
2) Ahli premium 2 bulan (RM80): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.
3) Ahli premium 1 tahun (RM120): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej.
4) Ahli premium 2 tahun (RM180): boleh tengok senarai calon, info lebih detail, dan balas mesej

Anda boleh menggunakan Baitul Muslim.com dengan dua cara iaitu sama ada dengan portal Baitul Muslim.com atau aplikasi Baitul Muslim.com yang boleh dimuat turun secara percuma terus ke telifon anda dari Google Play Store atau Apps Store.  

Nak tahu lebih detail macam mana nak manfaatkan tips dan strategi senang cari jodoh, boleh tengok video di bawah sampai habis. InsyaAllah ada rezeki ada la tu.

Omi Chat

Boleh dikatakan setiap hari iklan Omi Chat terpapar di skrin telefon anda. Hampir 10 juta muat turun dengan 3.7 stars, melayakkan aplikasi ini mendapat tempat di Google Store. Omi Chat membolehkan anda mengenali seseorang dari beberapa quiz mudah yang disediakan iaitu seperti love style test, zodiak, dating quiz, dan sebagainya.

Ia membawa konsep telapati iaitu kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dengan saling menukar informasi antara satu sama lain tanpa menggunakan apa-apa indera tubuh.

Malah, anda boleh bertukar-tukar kepada tahap premium bagi membuat pencarian yang lebih tepat berpandukan ciri-ciri jodoh yang anda mahukan. 

Namun begitu, syarat-syarat yang perlu anda patuhi sebelum menggunakannya adalah seperti:

  • Perlu memasukkan nama sebenar
  • Memuat naik gambar sendiri yang menampakkan muka sebenar dan jelas
  • Hanya dibenarkan bagi pengguna berumur 17 tahun ke atas

Omi Chat boleh digunakan dengan memuat turun sahaja secara percuma ke dalam telifon bimbit anda menggunakan link ini melalui Google Play Store atau Apps Store

Kalau gunakan applikasi Omichat, juga Wechat dan sebagainya untuk cari jodoh, kena hati-hati kerana ada banyak scammer di sana. Untuk elak ditipu akibat daripada aktiviti “love scam” boleh berjaga-jaga dengan baca artikel di SINI.

Tilljannah.my

Till Jannah membawa konsep yang agak sama dengan Baitul Muslim. Yang mana ia masih mengekalkan ciri-ciri islamik yang ada. Namun masih ada perbezaan dengan aplikasi yang satu lagi itu.

Untuk Tilljannah.com anda boleh menikmati fungsi cari calon melalui kategori calon popular. Jika Baitul Muslim.com tidak membenarkan pengguna melihat wajah pengguna lain sebelum  melakukan upgrade pakej, Tilljannah.com pula membolehkan pengguna melihat wajah calon lain tanpa bayaran.

Harga untuk naik taraf akaun ada dua pilihan iaitu setahun atau dua tahun sahaja. Tetapi Tilljannah.my ini mungkin antara yang murah pakejnya hanya sekitar RM 98 untuk setahun dan RM 159 untuk dua tahun.

Anda boleh menggunakan Tilljannah.com dengan dua cara iaitu sama ada dengan portal Tilljannah.com atau aplikasi Tilljannah.com yang boleh dimuat turun secara percuma terus ke telifon anda dari Google Play Store atau Apps Store.  

My Jodoh

My Jodoh adalah portal carian jodoh yang pertama kali dibuat di Malaysia sekitar November 2002. Tidak sampai beberapa tahun ditubuhkan oleh Dynamic Digital Design, ia berjaya menyatukan pasangan pengantin pertama. 

Sejak hari itu, ramai pengguna tertarik untuk berdaftar dengan My Jodoh. Majoriti pengguna My Jodoh adalah pengguna nusantara yang boleh berbahasa Melayu dan berasal dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. 96% pengguna My Jodoh terdiri daripada golongan yang telah bekerja atau mempunyai sumber pendapatan sendiri. 

Banyak kejayaan pasangan melalui My Jodoh telah dipaparkan di dada-dada akhbar untuk memotivasikan pasangan lain. Ia berfungsi dengan 4 kaedah utama iaitu daftar, carian, komunikasi, dan ikatan.

Anda boleh menggunakan My Jodoh.net dengan dua cara iaitu sama ada dengan portal My Jodoh atau aplikasi My Jodoh yang boleh dimuat turun secara percuma terus ke telifon anda dari Google Play Store

Hawaya

Hawaya menawarkan perkhidmatan temu janji untuk tujuan memudahkan proses mencari jodoh melalui rangkaian komunikasi elektronik. Aplikasi yang dibangunkan oleh negara Mesir ini turut mendapat sambutan oleh masyarakat Malaysia. 

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan pada tahun 2017, seramai tiga daripada 10 rakyat Malaysia adalah pengguna aktif aplikasi mencari jodoh.

Antara ciri unik yang ada pada Hawaya adalah seperti:

  • Sangat menitikberatkan dan menghormati budaya negara dan tradisi agama Islam
  • Mempunyai soalan mengenai pendidikan, pekerjaan, hobi, dan minat yang perlu dijawab oleh pengguna
  • Mementingkan keselamatan pengguna
  • Setiap profil perlu disahkan melalui proses pengesahan
  • Mempunyai fungsi penjaga untuk melibatkan orang tengah
  • Menyediakan pilihan untuk mengaburkan gambar yang sudah dimuat naik

Anda boleh menggunakan Hawaya dengan dua cara iaitu sama ada dengan portal hawaya.com atau aplikasi Hawaya yang boleh dimuat turun secara percuma terus ke telifon anda dari Google Play Store atau Apps Store

MuzMeet

Muzmeet juga merupakan aplikasi cari jodoh yang dibina oleh syarikat luar negara itu dari Czech Republic. Anda yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini akan mendapat akses percuma, menyeronokkan, dan mempunyai ciri islamik yang tertentu.

Anda boleh menggunakan aplikasi Muzmeet yang boleh dimuat turun secara percuma terus ke telifon anda dari Google Play Store.

Baitul Jannah

Antara banyak-banyak portal atau aplikasi jodoh islamik di Malaysia yang paling ramai pengguna adalah Baitul Jannah. Lebih 10 ribu pasangan sudah berjaya melangsungkan perkahwinan melalui Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh Muslim yang membuka peluang untuk bertemu calon pasangan sejati.

Apabila anda berdaftar dengan mereka, anda sudah boleh untuk melihat paparan senarai calon yang diberikan. Isi maklumat diri anda dengan lengkap, kemudian anda akan diberikan peluang sampaikan 50 salam kepada sesiapa sahaja untuk hari tersebut.

Manakala untuk menghantar mesej pula 3 calon sahaja dibenarkan untuk sesuatu masa. Untuk mendapatkan peluang yang lebih besar, anda boleh membeli rubi iaitu kredit untuk berhubung dengan portal ini. 

Anda boleh menggunakan Baitul Jannah dengan dua cara iaitu sama ada dengan portal baituljannah.com atau aplikasi Baitul Jannah yang boleh dimuat turun secara percuma terus ke telefon anda dari Google Play Store.

Twitter TwtMyJodoh

Ini adalah antara cara terkini yang sesuai untuk anda cari johoh melalui platform Twitter. Ianya lengkap dengan testimoni sebelum dan selepas juga mereka yang mencari pasangan dari pelbagai negeri.

Mana tahu jodoh anda ada di Twitter. Apapun, macam mana aplikasi ini berfungsi agak mudah sahaja, dan lebih mudah jika anda pergi sendiri ke laman Twitter tersebut di SINI.

Diharapkan artikel berkenaan dengan aplikasi cari jodoh ini dapat memudahkan urusan pencarian pasangan untuk melengkapkan lagi kehidupan anda. Sekali lagi, kita hanya ikhtiar dan tak salah mencuba. Jika artikel ini membantu, boleh komen di bawah dan kongsikan kepada yang lain.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *