11 Cara Simpan Duit Kahwin 12,000

Tip kali ini kami akan kongsi cara simpan duit kahwin untuk mereka yang ada niat untuk berkahwin. Antara cabaran kewangan anak muda adalah cabaran nak kahwin. Cabaran yang dimaksudkan mestilah datang dalam aspek kewangan. Terutama tentang macam mana nak cukupkan duit kahwin.

Selain daripada hantaran untuk pihak lelaki, nak fikir juga untuk barang hantaran. Kalau boleh yang tak membebankan dan urusan mudah dan lancar. Apapun kena disiplin dalam menyimpan, dengan itu barulah boleh capai target yang anda nak capai. Apapun, faktor kewangan ini adalah antara perkara yang sangat penting. Sebelum kahwin dan selepas kahwin. Jom lihat beberapa tips penting untuk anda simpan duit kahwin Rm12,000 dalam masa hanya 6 bulan.

cara simpan duit kahwin

Pengalaman Simpan Duit Kahwin

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Saya sendiri disebabkan bekerja sendiri dalam sektor hartanah. Baca lebih lanjut agen hartanah. Saya perlu untuk close beberapa rumah untuk capai target simpanan untuk kahwin. Tinggal di Johor Bahru ini walaupun mempunyai kos hidup yang tinggi, tetapi masih OK untuk membuat simpanan. 

Konsisten dalam jana pendapatan dan seterusnya, amalkan tips penjimatan untuk cukupkan wang kahwin. Untuk hantaran dan juga untuk belanja kahwin. Yang paling kritikal adalah untuk lelaki kerana perlu untuk cukupkan hantaran ini dan satu lagi, untuk dana barangan kahwin. 

Tiada Penekanan Dalam Kursus Kahwin

Faktor kewangan adalah perkara yang sangat penting untuk pasangan muda yang baru berkahwin ataupun pasangan yang baru nak kahwin. Menurut statistik, faktor kewangan adalah antara faktor ramai pasangan bercerai di Malaysia tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Semasa dalam kursus kahwin yang saya ikuti tersebut, ianya memang bagus. Penceramah bagi penekanan dalam aspek ibadah, adab, dan lain-lain, tetapi pada masa saya pergi tu, aspek kewangan tidak ditekankan. 

Memang ada slot berkaitan dengan kewangan tapi, tidak diberi penekanan dan slot itu ditukar dengan penceramah menyebut perkara lain. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan hal ini boleh baca artikel yang saya maksudkan di bawah. Ianya sedikit review berkenaan dengan kursus kahwin di negeri Johor.

Cara Simpan Duit Kahwin Dalam Masa 6 bulan

Berikut adalah antara beberapa cara yang efektif untuk anda mula menyimpan duit agar cukup untuk anda buat persediaan. Sama ada hantaran ataupun barangan hantaran juga majlis perkahwinan.

Tetapkan Matlamat Dan Jumlah – Berapa Dan Bila

Yang paling penting adalah untuk anda target berapa dan bila anda nak capai jumlah yang anda inginkan. Sebagai contoh, anda nak capai RM10k dalam masa 6 bulan. Boleh ke? Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah, lagilah kalau anda yakin boleh buat, insyaAllah akan dipermudahkan.

Juga, jumlah yang anda target itu adalah jumlah yang boleh dicapai ye, bukan jumlah yang sangatlah tidak munasabah. Saya yakin, anda mesti tahu jumlah yang munasabah dan tidak munasabah untuk anda capai.

Senaraikan Dan Tulis Berapa Pendapatan Anda Sekarang

Apa pekerjaan anda sekarang dan macam mana anda menyara kehidupan sekarang. Ada yang makan gaji dan juga ada yang makan komisyen. Kalau makan gaji berapa pendapatan anda sekarang, kalau makan komisyen pula, berapa pendapatan anda. Contoh pekerjaan yang memerlukan anda untuk gaji berdasarkan kepada komisyen adalah seperti agen hartanah.

Anda senaraikan income anda sekarang ini. Kalau makan gaji, lebih baik tulis, kalau ada income lain seperti income online pun boleh tulis. Apabila tulis, lebih mudah untuk anda capai apa yang anda mahukan.

Sebagai alternatif anda boleh tengok video di bawah bagi mendapatkan info lanjut dan tips cara simpan duit kahwin di bawah ini;

Berapa Perbelanjaan Bulanan Anda – Senaraikan Satu-Satu dan Tulis

Apa perbelanjaan anda sekarang untuk teruskan kehidupan. Sebagai contoh, PTPTN, loan kereta dan lain-lain. Kalau ada bil telefon pun boleh senaraikan satu persatu dan tulis atas kertas yang sama seperti di atas. Jangan lupa masukkan berapa jumlah yang anda gunakan untuk makan, dan keperluan lain.

Daripada jumlah tersebut mana yang boleh anda gunakan untuk pengurangan agar matlamat anda tercapai. Mungkin sebelum ini anda gunakan RM70 untuk bil telefon, tetapi, sebenarnya anda boleh je gunakan RM40 untuk pakej yang lebih kurang sama daripada telco yang berbeza. 

Untuk tips penjimatan ini, boleh tengok artikel saya di bawah bagi mendapatkan gambaran yang lebih baik untuk berjimat agak tidak berbelanja melebihi keperluan.

Tips Jimat Duit Untuk Kahwin

Penting untuk anda berjimat dan kali ini kami nak kongsikan cara untuk anda berjimat tahun ini. Ianya releven walaupun anda nak gunakan untuk berkahwin. Boleh tengok satu persatu tips dan perkongsian yang saya telah tulis dan harapnya anda boleh ambil iktibar daripada perkongsian tersebut.

Harap anda boleh praktikkan secepat mungkin. Daripada penjimatan yang anda lakukan itu, mana tahu boleh percepatkan lagi jumlah simpanan untuk kahwin. Ini adalah antara cara simpan duit kahwin yang efektif untuk anda lakukan.

Ataupun alternatif lain, boleh baca tips cara simpan duit agak poket tidak bocor di video bawah;

Cara Tambah Pendapatan – Tips Moderate

Setakat menyimpan tak cukup, penting juga kalau anda ada skill untuk tambah pendapatan anda yang sedia ada. Macam mana nak buat. Kami berikan beberapa tips untuk anda tambah pendapatan anda yang sedia ada. Kami mulakan dengan tips yang tak berapa agresif bagi membolehkan anda untuk buat duit secara part time ataupun full time.

Shopee – Jadi Penjual

Ianya murah dan berbaloi. Anda menjadi seorang penjual di Shopee, tapi… Mesti anda akan tanya balik kan, nak jual apa di sana? Jangan risau, anda boleh jual bermacam produk dan yang penting produk tersebut ada perminataan. Modal untuk berniaga cara ini, kami cadangkan dalam RM500 ke Rm1000 untuk bermula. Modal termasuk pelaburan ilmu ya, jangan kedekut untuk dapatkan tips yang betul

shopee

Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan tips dan panduan Shopee, boleh baca artikel kami di SINI.

Terbaru, anda boleh dapatkan training percuma cara menjadi seorang penjual di Shopee di SINI. Anda bakal akan dapat akses percuma menjadi seorang penjual di SHopee.

Dropship

Salah satu cara untuk tambah pendapatan dengan modal yang minima adalah dengan menggunakan konsep dropship. Nak tahu lebih lanjut, kami ada buat artikel khusus berkenaan dengan apa itu dropship dan teknik konsisten buat duit dengan dropship. Boleh baca dan mana tau kena dengan apa yang anda nak. Boleh la simpan duit kahwin lebih sikit.

Blog – Step By Step Guide

Anda boleh buat duit dengan blog, seperti blog saya ini. Ianya sangat pasif tetapi menjanjikan pulangan yang konsisten. Kalau anda minat menulis artikel boleh cuba cara untuk blogging. Untuk blog boleh baca artikel ini untuk dapatkan pendedahan berkenaan dengan cara untuk konsisten dengan blog.

Tudung – Boleh Mula Dengan Modal Kecil dan Besar

Minat bidang fesyen, tak salah cuba untuk berniaga tudung kan. Daripada bermula dengan cara dropship kemudian boleh ada jenama sendiri. Semua boleh buat asalkan anda konsisten untuk dapatkan profit secara perlahan-lahan. Oh ya, anda juga boleh lakukan ini secara part time dan full time. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan tips ini, boleh baca artikel bisnes tudung ini.

Cara Tambah Pendapatan – Agresif Untung Cepat

Cara yang disenaraikan di sini agak agresif. Anda boleh untung dan pada masa yang sama, anda boleh rugi. Sila dapatkan info lebih lanjut dengan mereka yang pakar.

Saham

Anda boleh dapat pendapatan konsisten dengan saham. Memang boleh dan ramai yang dah berjaya. Tetapi proses pembelajaran tidak terhenti setakat itu sahaja, kena terus belajar dan belajar. Untuk bermula boleh dapatkan info berkenaan dengan cara melabur saham di dua artikel di bawah;

Forex

Anda pun boleh dapat untung konsisten dengan Forex. Forex lebih menarik kerana keuntungan adalah 2 hala. Pasaran naik pun boleh untung, pasaran turun pun boleh untung. Nak tahu cara bermula dengan forex boleh baca 2 artikel di bawah ini.

Buat Personal Loan Kahwin – Berbaloi Ke?

Kami tidak galakkan untuk anda buat personal loan untuk kahwin. Kenapa?

Sebagai contoh, anda buat personal loan selama 5 tahun. Bayar setiap bulan selama 5 tahun. Tetapi apa garenti anda yang perkahwinan akan kekal selepas 5 tahun. Saya bukan nak melemahkan semangat tetapi ianya boleh berlaku dan pernah berlaku. Bayar personal loan tak habis lagi, dah bercerai. 

Kami galakkan untuk gunakan duit yang ada dan elakkan guna personal loan. Kalau rasa tak boleh nak capai, boleh extend lagi masa untuk kahwin. Kalau jumlah yang anda nak itu boleh dicapai, amalkan tips yang saya berikan ini dan juga tips simpan duit, insyaAllah jumlah yang anda mahukan itu boleh di capai.

Mula Menyimpan Sekarang

Baca juga perkongsian di bawah berkenaan dengan tempat simpan duit terbaik. Dah alang-alang menyimpan tu, biarlah tempat kira simpan berikan dividen yang bagus.

Mula amalkan semua tips yang kami berikan ini insyaAllah dipermudahkan. Jangan lupa juga faktor doa dan tawakal. Lepas usaha, kita tawakal sahaja semoga dipermudahkan. Kadangkala tu, rezeki datang dari arah yang tak disangka-sangka. Oh ya, jangan lupa juga amalkan tips dan doa murah rezeki ini ya.

Jangan lupa follow channel telegram kami;

Semoga anda dapat menyimpan secara konsisten.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *