7 Tips Cara Menjual Di Shopee – 2024

Kali ini kami nak berikan sedikit tips cara menjual di Shopee. Tapi sebelum pergi jauh, kenapa Shopee bukan platform lain? Kalau anda bukak kedai, berapa banyak kos yang nak dikeluarkan dan barapa ramai yang datang. Apapun, kali ini kami akan tunjukkan statistik bagi mereka yang ingin berniaga di Shopee dan kebaikan yang anda bakal dapat daripada apa yang anda lakukan.

Apa yang menarik, dengan Shopee, anda boleh jadikan sebagai sumber pandapatan kedua. Anda boleh cuba bermodal dengan RM500 untuk bermula dan dari situ, anda akan tahu selok belok macam mana nak berniaga di Shopee. Yang penting kena bermula dan elakkan berteori. Boleh cuba jual beberapa item yang anda biasa berdasarkan kepada minat anda. Itu merupakan satu permulaan yang baik.

Bermula 2024, kami ingin berikan akses kepada training cara menjadi seorang penjual di Shopee secara percuma. Ramai yang terkesan dengan keadaan ekonomi yang tak menentu dan daripada kelas percuma ini, anda pasti sudah boleh setup kedai sendiri, tau produk apa nak jual, cara nak dapatkan pembekal, tips marketing untuk kedai anda. Semuanya adalah Percuma. Nak akses, boleh dapatkan link di akhir artikel ini.

cara menjual di shopee

Nak jual apa di shopee?

Saya ada seorang kenalan yang merupakan seorang Engineer di Johor. Apa yang menarik daripada kenalan saya ini adalah, walaupun bergaji besar, sekitar Rm7k sebulan, beliau berniaga di Shopee. Nak tahu apa yang beliau jual di Shopee. Beliau jual barangan mainan yang menjadi kegilaan satu masa dulu dan juga sekarang. Ianya adalah….

Bayblade….

Beliau menjual Bayblade dan mendapat keuntungan sehingga RM5k sebulan secara part time. Saya yakin anda juga boleh lakukan perkara yang sama dan dapat keuntungan sebanyak itu. Ada banyak item yang anda boleh jual dan Bayblade merupakan salah satu daripada item yang laris pada masa kini. Ianya mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Jadi berbalik kepada persoalan nak jual apa di Shopee, tanya ada yang anda minat. Minat outdoor, jual khemah. Minat gadjet, jual gadjet, minat buku jual buku. Semua anda boleh cuba jual dan ianya tidak terhad yang penting cara untuk bermula sahaja.

Kalau anda kekeringan idea, boleh dapatkan 200 produk ataupun idea barangan untuk anda jual barang di Shopee. Boleh tengok di bawah ini.

Saya juga ada rakan yang menjual set bersalin dan mendapat keuntungan bersih sehingga RM3k – RM4k sebulan. Banyak lagi sebenarnya idea dan ini adalah antara beberapa idea yang kami boleh rekemen. Boleh tengok butang di atas untuk mendapatkan lebih banyak idea dan tips untuk sukses berniaga di Shopee.

Sekadar idea, anda nak jual duit lama, pun boleh, barangan di Mr DIY, pun boleh, dan banyak lagi.

Terbaru, kami berikan kepada ada 14 idea barangan laris yang anda boleh jual di Shopee. Nak tahu apa dia 14 barangan tu, boleh rujuk artikel di bawah.

Pengalaman Berniaga di Shopee

Nak berniaga di Shoppe ini tak susah. Ya betul senang je dan anda boleh upload barangan yang anda jual. Selepas saya tunjuk cara untuk upload barang di Shopee ini, saya tunjuk pulak kenapa Shopee.

Yang penting adalah… Anda buka satu akaun dengan Shopee. Dari situ dah boleh upload barangan yang anda boleh jual di Shopee. Mudah je kan. Saya lebih suka upload barang dengan laptop berbanding dengan smartphone untuk memudahkan dokumentasi.

Kalau nak serious dapatkan 1 laptop di SINI sebelum bermula. Kalau setakat bawah 5 barang tu, boleh lagi la dengan smartphone, kalau lebih 10 tu, kami cadangkan dapatkan satu laptop. Boleh tengok banyak pilihan murah dan terbaik.

Terkini, saya telahpun membuka kedai Shopee saya sendiri dan antara produk yang saya jual adalah simkad Tune Talk. Ianya adalah antara produk yang laris dan setakat artikel ini ditulis, sudah 1600 keping simkad yang telahpun di jual. Boleh tengok kedai Shopee kami di SINI.

Kalau saya pun boleh menjual, saya pasti anda pun boleh lakukan. Tips dan strategi dalam perkongsian bro Ini memang sangat membantu saya pada awal-awal jualan sehinggalah sekarang.

Buka Akaun di Shopee

Oh ya, di atas ini adalah kedai Shopee saya.

Dah ada akaun, pergi ke bahagian seller centre tu, kat situ anda boleh mula menjual barangan di Shopee. Tips cara menjual di Shopee, inilah salah satunya untuk bermula.

Saya lebih suka kalau anda kendalikan akaun shopee anda menggunakan laptop berbanding kalau anda gunakan smartphone. Laptop lebih mudah dan senang dan edit gambar, edit setting dan description dan lain-lain. Untuk permulaan tidak mengapa kalau anda nak gunakan smartphone, tetapi bila anda sudah mempunyai kedai yang besar dan produk yang banyak, laptop adalah wajib.

Nak gunakan terus dari awal pun tidak mengapa. Pilihan laptop murah pun anda boleh dapatkan di bawah ini.

Login Username dan Password

login shopee akaun

login akaun anda dan masukkan username dan password.

Masukkan Listing Produk

listing produk shopee

Anda dah mula masukkan produk apa yang anda nak jual di Shopee ini. Klik je pada butang add new product seperti di atas.

Pilih Kategori dan Gambar

kategori produk shopee

Masukkan detail produk yang anda nak jual. Gambar juga memainkan peranan penting untuk tentukan sama ada barangan yang anda nak jual tu laku ataupun sebaliknya. Cuba belajar di Youtube cara untuk ambil gambar yang menarik dan basic editing untuk cantikkan gambar. Sebab itu, kami sangat rekemen untuk anda menggunakan laptop untuk kerja-kerja seperti ini.

Cara Pos Barang di Shopee

Macam mana nak pos barang? Lepas anda upload gambar akan ada bahagian shipping seperti di bawah ini.

cara pos barang di shopee

Pastikan anda isikan maklumat berat dan lain-lain. Untuk ini anda perlukan detail yang lebih. Kos shipping perlu masukkan sekali atau pun tidak. Apa promosi terkini dari Shopee dan pilihan mereka untuk syarikat penghantaran. Seperti yang kami ulangkan, cuba dulu upload 1 atau 2 barang untuk anda tengok keberkesanan.

Kenapa Shopee?

Shopee mempunyai pengunjung yang ramai. Dianggarkan sehingga 21 juta pengunjung sebulan dan bersamaan dengan 700,000 sehari. Itu hanya estimate daripada laman web tapi statistik sebenar, biasanya lebih ramai dan kadangkala boleh mencecah 1 juta sehari. Cuba anda beritahu saya, shopping mall mana di Malaysia yang ada pengunjung sehingga 1juta sehari. Ataupun 100,000 pengunjung sehari. Kalau ada beritahu ye, saya nak tahu.

Disebabkan oleh pengunjung yang ramai, maka kebarangkalian untuk sesuatu barangan itu terjual adalah lebih mudah dan cepat. Asalkan barangan anda mempunyai keunikan yang tersendiri, harga pun OK dan menarik, memang laju je. 

Shopee ini lebih kepada anda main”volume”. Kuantiti yang banyak. Biar untuk sikit, yang penting produk habis dan cepat terjual. Kalau anda baru bermula, boleh cuba 1 atau 2 produk dulu untuk tahu selok belok dan modalkan RM500 untuk mencuba. Saya juga rekemen untuk anda modalkan ilmu untuk dapat tips di SINI. Ianya Sangat, sangat penting untuk bermula.

Untuk cara menjual di Shopee versi video, kami rekemen anda tengok video di bawah ini sampai habis. Pada akhir video kami sertakan 2 tips untuk membuatkan kedai anda sama ada di Shopee ataupun lazada lebih menyerlah berbanding pesaing lain. Saksikan video di bawah ye.

Cara Menjadi Dropship di Shopee Malaysia

Mesti anda terfikir nak buat dropship kan untuk pasarkan produk Shopee di Malaysia. Tahu tak apa itu Dropship? InsyaAllah akan kami berikan lebih banyak tips berkenaan dengan Dropship ini nanti. Apapun kalau nak buat dropship ini ada 2 cara, satu untuk anda pasarkan produk dropship dari Malaysia dan satu lagi dari China.

Kalau dari Malaysia, kami rekemen untuk anda pasarkan produk dari Kumoten. Kalau produk dari Malaysia ini, proses penghantaran akan jadi lebih cepat berbanding dengan kalau dropship dari China. 

Kalau nak dropship dari China pula, boleh tengok laman web Aliexpress. Ianya menawarkan pelbagai barangan murah dengan kuantiti yang kecil untuk anda cuba jual semula di Shopee

Apapun, terus nantikan artikel lain berkenaan dengan dropship ini nanti. Ianya lebih kepada idea untuk anda dapatkan lebih banyak info. Kami rekemen untuk terus bermula, lebih baik anda cuba beli beberapa barang di Mr DIY atau Toys Shop dan cuba cara menjual di Shopee tips yang kami berikan. Ianya memang anda kena bermula dengan beberapa item penting.

Info terkini berkenaan dengan Dropship anda boleh baca artikel kami di SINI.

Cara Naikkan sale di Shopee

Dah jual, tapi macam mana nak naikkan sales barangan anda? Berikut adalah antara beberapa cara untuk naikkan sales ataupun jualan anda. Ianya boleh jadi teknik free dan berbayar bergantung kepada bajet anda.

Untuk naikkan produk, anda kena dapatkan lebih banyak exposure produk anda. Macam mana nak biar lebih ramai orang yang tengok produk anda berbanding pesaing lain. Caranya adalah dengan membuat marketing sama ada di media social ataupun medium lain. 

Youtube

Buat satu channel di Youtube memaparkan produk anda. Unboxing video adalah salah satu tips di youtube. Link kan produk tersebut ke page jualan anda agar lebih ramai yang berminat dengan produk yang anda jual. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan youtube boleh tengok artikel kami di SINI.

Gunakan semua medium pengiklanan yang anda bagi memudahkan anda untuk lebih ramai orang yang tengok iklan anda. Dengan itu, semuanya akan jadi lebih mudah.

Blog

Anda buat blog berkenaan dengan topik tertentu. Sebagai contoh topik parenting dan jual produk anda di blog tersebut. Cara ini ramai yang dah guna terutama seller di US dan UK yang menggunakan platform Amazon. Ramai yang berjaya menggunakan teknik ini dan di Malaysia masih belum ramai yang gunakan teknik ini. Ada banyak topik yang anda boleh buat di blog dan ini adalah salah satu idea yang anda boleh gunakan. Untuk step by step cara nak buat blog pula anda boleh tengok di SINI.

Lagi ramai pengunjung ke blog anda, lagi banyak yang akan klik ke sales jualan anda. Begitu juga mereka yang pergi ke Shopee akan lebih nampak jualan anda. Dari situ pastinya jualan anda akan naik sedikit demi sedikit.

Facebook

Buat Facebook page dan promote iklan anda di situ. Untuk info, Facebook algorithm sekarang ini lebih menyukai anda buat iklan dengan mereka untuk mendapat capaian yang tinggi. Jadi, untuk menggunakan teknik ini, anda mungkin perlu untuk membuat iklan dengan Facebook.

Shopee Ads

Shopee juga mempunyai medium pengiklanan mereka yang tersendiri. Anda buat iklan dengan mereka, lagi banyak produk anda yang akan terjual. Boleh cuba.

Apapun ini adalah sedikit sebanyak tips untuk cara menjual di Shopee. Yang penting mulakan langkah pertama untuk upload listing. Dapatkan tips berkaitan dengan Shoppe di SINI dan teruskan menimba ilmu. Ramai yang sudah sukses dengan Shopee dan anda juga boleh lakukan perkara yang sama untuk sukses dalam bidang ini.

FAQ – Soalan Yang Sering Ditanya

Macam mana nak jual barang di Shopee?

Boleh baca artikel ini untuk jual barang, ada 5 step untuk jual.

Boleh Ke Mula Tanpa Modal?

Kami rekemen untuk anda mula dengan RM500 hingga ke RM1000. Anda masih perlukan modal untuk bermula.

Nak Jual Apa di Shopee?

Di blog ini kami ada berikan beberapa idea untuk barangan di Shopee.

Kenapa Shopee Bukan Tempat Lain

Ada lebih 700ribu pengunjung sehari di Shopee, sila baca artikel ini untuk info lebih lanjut.

Seperti yang dijanjikan, anda boleh dapatkan akses kelas percuma Shopee di link bawah ini.

Daripada kelas ini, harapnya anda sudah boleh bermula sekarang. Apapun, saya rekemen anda bina networking sendiri terutamanya networking dengan pembekal untuk terus sukses dalam perniagaan anda.

Related Posts

34 thoughts on “7 Tips Cara Menjual Di Shopee – 2024

  1. Nice sharing, indeed mmg betul point2 yg di share tu hehe. Qeela mmg setiap hari berkunjung ke Shopee, dan ada jugak sambil2 tu menjual tp mostly preloved item. Untuk suka2 je pon ok heheh.

    1. wah dah nampak seller shopee komen, terbaik. Semoga sukses.

  2. Wow! This is a great sharing about shopee and the opportunities where one can earn extra income and ways to earn more doing it the right way.

  3. Good sharing !! Boleh la cuba untuk buat part time bisnes lepasni setelah ada tips2 berguna ni !! I share ye !!

    1. silakan share, memang tujuan saya nak lebih ramai rakyat malaysia ada pendapatan sampingan sendiri.

    1. betul, shopee memang terbaik, lagi satu lazada pun antara alternatif yang baik.

    1. thanks, i try my best to deliver best content to my readers.

  4. Yaa Sis pun ada pengalaman menjual di Shoppee, cuma dah tak menjual dah sekarang di sebabkan stok produk dah takde. Memang masyukk habis, hari-hari ada jualan..tapi kena banyak belajar tps dan panduannya..
    Thanks for sharing..

    1. wow satu lagi seller di shopee, memang terbaik…

  5. Wow, thank u so much for sharing! Saya mmg suka berbisnes, tapi tak tau cara untuk berniaga di Shopee ni. Artikel ni sangat helpful!

    1. semoga artikel ini bagi manfaat dan guide untuk bermula dengan shopee. Terbaik.

  6. Terima kasih atas perkongsian. Sis ada acc Shopee, dulu ada jugak jual barang tapi lama dah stop, tak ingat dan cam mana nak bukak balik acc tu. Nanti nak start balik lah menjual kat Shopee..asyik membeli je, baik menjual jugak kan..:D

    1. betul, kalau menjual dapat la sikit income sebagai pendapatan tambahan.

  7. Ramai yang berniaga di shopee ni untung kan. Kalau saya da produk nak dijual pun saya akan guna platform shopee ni sebab mudah saja nak jual produk.

    1. kalau tak ada produk pun tak apa, ada banyak cara nak jual termasuklah panduan yang kami kongsi tu.

  8. Suami pon ada partime bisness kt shopee. So i follow jela. Hehe.. Memang sangat membantula. Yela ena sendiri pon hari2 nk jugak tgk kt shoppe. Senang dan banyak pilihan.

    1. alhamdulillah ramai yang ada pendapatan sampingan di Shopee ni. Memang terbaik.

  9. Thanks sharing. I pernah sekali jual di shopee. Lepastu banyak beli je haha

    1. tahniah, ada nampak ni satu lagi seller shopee. Apapun semoga sukses.

  10. Ok.. Nice tips.. Saya mmg ada account seller di shopee.. Tpi just list kan barang2 preloved ja.. Lpas ni ingat nak serious skit letak brg2 kt shopee sebab tgk potential dia lain mciam skit kan

    1. tulah, perasan jugak, saya pun mungkin lepas ni boleh cuba2 jual beberapa item.

  11. terima kasih atas perkongsian. shopee sekarang ni memang dan jadi yang paling top berbanding pesaing2nya. artikel yg sangat sesuai untuk mereka yang nak berniaga di shopee.

    1. betul, ada pesaing dengan lazada jugak. Mana yang terbaik tu yang akan terus hidup.

    1. sama-sama, harap boleh share artikel ini untuk bagi manfaat kepada yang lain.

  12. Menarik info ni. Rasa macam nak mula berniaga di Shopee. Terima kasih yer.

  13. Salam, tuan,kenapa lepas add produk dan submit,sy tak nampak button now atau add cart?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *