6 Cara Jual Tanah Anda Dengan Betul

Macam mana cara jual tanah yang betul? Pada artikel kali ini, kami berikan beberapa tips penting bagi anda kalau anda bercadang nak jual tanah milik anda sendiri ataupun milik pusaka. Selain dari mempunyai rumah sendiri, pasti ada antara anda yang memasang impian untuk mempunyai tanah sendiri. 

Ramai antara anda di luar sana sanggup mengumpul duit selama bertahun-tahun kerana mahu membeli sebidang tanah. Tetapi ada juga yang dapat tanah pusaka dari keluarga mereka sendiri. Tidak kiralah sama ada tanah pusaka atau anda beli dengan hasil titik peluh anda sendiri, setiap daripada anda pasti akan menjadikan tanah anda sebagai salah satu aset. 

Ini kerana, semakin lama harga tanah akan menjadi semakin mahal. Disebabkan itu, ada yang menjual tanah mereka apabila mereka berada dalam keadaan terdesak. Kali ini kamu rungkaikan beberapa sebab utama dan juga tips dan cara yang betul untuk anda mula menjual tanah milik anda.

cara jual tanah

Macam Mana Hendak Menjual Tanah Dengan Cara Yang Betul?

Ada juga yang terpaksa menjual tanah mereka kerana kesempitan hidup. Ini kerana, harga tanah yang semakin mahal dan sentiasa mendapat permintaan memudahkan mereka untuk mendapat sumber kewangan bagi menampung kehidupan seharian mereka. 

Tetapi timbul pula persoalan bagi mereka yang baru pertama kali hendak menjual tanah, apa cara yang betul untuk menjual tanah mereka? Adakah boleh mereka jual tanah mereka begitu sahaja tanpa mengikut sebarang proses undang-undang? Jom baca jawapannya di bawah ini:

Semak Dahulu Harga Pasaran Tanah Anda

Sebelum anda hendak menjual tanah anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan menyemak terlebih dahulu berapa harga pasaran untuk tanah anda. Anda boleh survey harga pasaran tanah anda melalui di internet. Ia supaya dapat mengelakkan daripada anda tertipu ketika hendak menjual tanah anda dan anda dapat menjual tanah anda mengikut harga yang betul.

Kalau anda mempunyai kenalan agen hartanah ataupun penilai akan sangat membantu untuk anda cuba menjual tanah anda. Penilai dapat memberikan harga yang lebih tepat untuk tanah anda. Kalau anda tidak mempunyai kenalan penilai, boleh cuba untuk anda survey sendiri di internet sebagaimana yang saya sarankan sebelum ini.

Cari Pembeli Yang Berminat

Setelah anda sudah dapat mengenal pasti harga pasaran untuk tanah anda, Langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah dengan mencari pembeli yang berminat untuk membeli tanah anda. Cara dia sangat mudah, anda cuma perlu iklankan sahaja tanah anda untuk di jual di platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Selain media social, anda juga boleh menggunakan platform lain seperti mudah.my akaun berbayar. Juga platform lain seperti carousell dan lain-lain.

Apabila ada pembeli yang berminat untuk membeli tanah anda, biasanya dia akan datang lihat dahulu tanah anda sama ada tanah anda strategik ke tidak dan adakah harga yang anda tawarkan itu sesuai dengan lokasi tanah anda. Pastikan juga anda filter kelayakan pinjaman pembeli dan juga sama ada pembeli mempunyai cash ataupun sebaliknya.

Ianya sama sahaja dengan proses jual beli rumah yang pernah kami tulis dalam artikel di sini.

Sediakan Dokumen Pindah Hak Milik

Apabila pembeli bersetuju untuk membeli tanah anda, biasanya mereka akan buat bayaran deposit sebagai tanda jadi. Dengan Duit deposit inilah anda boleh gunakan untuk membayar proses seterusnya dan khidmat guaman sekiranya anda menggunakan khidmat perguaman. Setelah, pembeli membuat bayaran deposit, anda perlulah menyediakan beberapa dokumen ini untuk proses tukar hak milik. Dokumen tersebut ialah:

1.    Dokumen hakmilik/geran asal

2.    Resit terkini cukai tanah tahun semasa

3.    Resit terkini cukai pintu/taksiran tahun semasa

4.    Salinan kad pengenalan penjual

5.    Salinan kad pengenalan pembeli

Isi Dan Lengkapkan Borang Pindah Hak Milik

Selepas anda menyediakan ke semua dokumen di atas ini, proses seterusnya yang perlu anda lakukan ialah dengan mendapatkan borang pindah hak milik. Selepas itu, Langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah melengkapkan segala maklumat yang di minta dalam borang tersebut.

Bayar Duti Setem

Setelah selesai ke semua perkara di atas, Langkah terakhir yang perlu anda lakukan ialah dengan membuat bayaran duti setem ke atas transaksi pindah milik tanah anda. Proses pembayaran duti setem ini boleh dilakukan di pejabat duti setem Lembaga Hasil Dalam Negeri berhampiran anda. Biasanya, Pada waktu ini pembeli akan membayar baki jumlah bayaran beli tanah yang telah di persetujui.

Kalau tak biasa, proses no 3, 4 dan 5 ini anda boleh serahkan kepada peguam ataupun agen hartanah yang dah biasa dengan pindah milik tanah. Kalau anda baru pertama kali buat, lebih baik diserahkan kepada mereka yang pakar terutama peguam. Ianya agar, segala proses pindah milik dapat dijalankan dengan cepat dan betul.

Boleh juga anda lihat ringkasan proses jual dan beli rumah di bawah;

Anda Boleh Minta Khidmat Nasihat Mereka Yang Berpengalaman Dalam Jual Beli Tanah

Jika anda tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menjual tanah, anda boleh minta khidmat nasihat kepada mereka yang lebih berpengalaman. Jika anda, mahu melantik wakil/ejen untuk menjualkan tanah anda, pastikan orang tersebut berdaftar dan dipercayai. 

Dalam soal menjual tanah ini jangan mudah percaya sebarangan orang. Sebaliknya, siasat dahulu latar belakang orang tersebut dan lihat sama ada dia boleh di percayai atau tidak. ia bagi mengelakkan dari anda di tipu. Apapun, harap artikel cara jual tanah ini membantu anda sedikit sebanyak dalam proses penjualan dan pembelian tanah.

Anda juga boleh baca artikel yang berkaitan iaitu cara bina rumah atas tanah sendiri di SINI.

2 Comments

    • smartinvest101

Leave a Reply

Pin It on Pinterest