Saya dapat banyak pertanyaan berkenaan dengan bina rumah atas tanah sendiri. Walaupun sebagai perunding hartanah yang banyak uruskan kes pembiayaan membeli rumah yang dah siap, tetapi ramai yang bertanya berkenaan dengan topik bina rumah ini. Jadi saya terpanggil untuk berikan beberapa tips terutama adalah cara untuk mendapatkan pinjaman untuk bina rumah anda sendiri.
Kalau dalam aspek teknikal pun akan kami cover sedikit untuk dapatkan gambaran awal cara dan apa yang anda perlukan. Kos yang terlibat dalam membina rumah sendiri. Dah ada matlamat, lebih mudah dan murah untuk anda capai apa yang anda mahukan.
Beli Rumah Dan Siap Ataupun Atas Tanah Sendiri?
Tiba kepada satu keadaan di mana anda perlu pilih sama ada anda perlu bina atas tanah sendiri ataupun nak beli sahaja yang dah siap. Setaip orang mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan pada kali ini, kami berikan beberapa sebab penting.
Ada sesetengah tu yang dah ada tanah pusaka. Nak buat apa atas tanah tu? Mestilah nak buat rumah. Kalau yang belum ada tanah tu, saya rekemen untuk anda beli je rumah yang dah siap.
Beli Rumah Yang Dah Siap
Saya banyak menjual rumah yang dah siap. Kenapa? Nak dapatkan pinjaman tu tak susah. Bank pula boleh bagi sehingga 90% daripada nilai harga pasaran rumah. Faktor mudah mendapat pinjaman ini adalah kenapa kami lebih rekemen untuk anda dapatkan rumah yang macam ini.
Lokasi pun anda boleh buat pilihan untuk anda dapatkan info lanjut. Anda tengok dulu rumah yang anda nak beli, berapa bilik yang anda nak, pilih lokasi dan terus buat pembelian. Lepas tu boleh la submit permohonan pinjaman rumah. Pinjaman anda lulus, anda boleh tunggu sehingga urusan tukar nama selesai dan boleh duduk di situ.
Bina Rumah Sendiri Atas Tanah Anda
Pertama sekali anda kena ada tanah. Kalau tak ada tanah kena beli. Pinjaman untuk beli tanah ini tidaklah mudah, biasanya pinjaman untuk tanah ini adalah sehingga 60% daripada harga pasaran rumah. Terkini memang ada bank yang menawarkan sehingga 90% daripada harga pasaran tanah.
Dah ada tanah pula, kena ada modal untuk naikkan rumah sendiri. Macam mana nak dapat modal? Akan dibincangkan dengan detail pada artikel ini. Harap anda yang membaca ini boleh membaca sampai habis.
Kalau ada rumah atas tanah sendiri ni, akan lebih mudah untuk anda design ikut apa yang anda mahukan. Saya ada kenal sorang pakcik yang mempunyai anak ramai, dia bina rumah atas tanah kepunyaan anda sendiri supaya ada bilik yang banyak atas rumah tersebut. Apapun, anda mempunyai kelebihan untuk design sendiri rumah yang macam mana yang anda nak.
Anda juga boleh membina beberapa biji rumah mini, satu biji rumah itu ada 2 atau 3 bilik dan sewakan. Dah sewakan, akan lebih mudah dan murah untuk anda dapatkan pulangan dalam bentuk sewa. Apapun, sekali lagi, ianya terpulang kepada keperluan anda.
Pinjaman Bank Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
Anda tidak mempunyai banyak pilihan untuk membina rumah sendiri atas tanah anda. Antara pilihan yang ada adalah pinjaman dari LPPSA. Link berkaitan dengan pinjaman dan detail info ini ada di ruangan bahagian paling bawah artikel ini. Baca sehingga habis ye. Kalau anda bekerja dalam sektor kerajaan tiada masalah untuk mendapatkan pembiayaan dari LPPSA ini.
Jadi apa pilihan yang lain?
Dapatkan Modal Dengan Refinance Rumah Anda Sendiri
Anda ada rumah sendiri, cuba refinance rumah tersebut untuk dapatkan modal dan gunakannya untuk buat rumah atas tanah kepunyaan anda sendiri. Ianya adalah antara pilihan yang ada lagilah kalau anda nak buat rumah sewa atas tanah tersebut. Kalau anda nak tahu lebih detail berkenaan dengan cara untuk refinance rumah ini, boleh baca artikel di bawah ini untuk anda dapatkan info lanjut.
Ianya merupakan pengalaman saya refinance rumah. Anda juga boleh lakukan perkara yang sama.
Gunakan Khidmat SPNB
SPNB ini apa? Ianya merupakan Skim Perumahan Negara Berhad dimana anda boleh membuat ataupun mendapatkan pinjaman untuk membina rumah atas tanah sendiri. Apapun, memang ianya bergantung kepada terma dan syarat pinjaman tersebut. Anda boleh tengok video di bawah ini untuk info dan maklumat lanjut berkenaan dengan SPNB.
Untuk maklumat lanjut dan risalah berkaitan dengan SPNB ini, anda boleh merujuk kepada link di akhir artikel.
Buat Personal Loan
Buat personal loan untuk buat rumah. Ada banyak bank yang bagi pilihan untuk personal loan kalau betul-betul terpaksa. Antaranya adalah AEON, BSN dan lain-lain. Boleh cuba pergi ke kaunter berdekatan dan tanya dengan mereka.
Jual Rumah Anda
Anda boleh cuba jual rumah anda dan keuntungan daripada penjualan tersebut, boleh gunakan untuk bina rumah di tempat lain. Saya ada pelanggan yang lakukan perkara ini. Dia menjual rumahnya di Pulai Indah Johor dan keuntungan daripada rumah tersebut, dia gunakan untuk bina rumah di Kota Tinggi.
Apapun, ini adalah antara cetusan idea untuk anda dapatkan modal untuk bermula. Ada banyak cara untuk tambah modal dan seterusnya, bina rumah idaman anda.
Gunakan Wang Pencen Dan KWSP
Pun antara pilihan yang anda untuk modal bermula bina rumah. Pastikan anda mempunyai wang yang cukup untuk menyara kehidupan selepas bersara.
Idea Lain Untuk Tambah Modal
Ada banyak cara untuk tambah modal. Semua supaya anda mempunyai modal untuk bina rumah. Ni beberapa lagi tambahan idea bagi membantu merealisasikan impian anda.
Trade Forex
Ada yang berdagang mata wang dan dapat sehingga RM10k sebulan. Kalau lebih agresif, lagi banyak yang seseorang tu boleh dapat. Tak nak cakap banyak, kalau anda nak tahu macam mana, boleh tengok dan baca perkongsian di bawah ini.
Jadi Agen Hartanah – Jual Beli Rumah
Jadi agen dan jual beli rumah pun membolehkan anda untuk menambah pendapatan anda. Bayangkan kalau anda dapat menjual sehingga 1 biji rumah sebulan, ianya boleh menambah modal anda untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Nak tahu lebih lanjut, boleh dapatkan info di Artikel bawah.
Bina Rumah Sendiri – Ini Pilihan Yang Ada
Faktor kewangan adalah antara perkara yang terpenting. Tetapi tak dilupakan juga faktor-faktor lain yang anda perlu ambil kira. Berikut adalah antara faktor lain selain daripada kewangan yang anda perlu untuk masukkan dalam senarai.
Status Tanah
Ada yang kata tidak boleh buat rumah atas tanah pertanian. Tetapi kalau anda pergi ke kampung-kampung, kebanyakkan tanah di sana adalah tanah pertanian. Dan mereka membina rumah atas tanah pertanian. Jadi, betul ke anda perlu tukar tanah dan langsung tak boleh bina rumah kalau status tanah tu masih lagi pertanian? Anda perlu jawab sendiri soalan ini.
Design Rumah – Perlu Ke Ada Pelan?
Bergantung kepada di mana anda nak bina rumah tersebut. Kalau anda ada rancangan untuk jual semula tanah dan rumah tersebut, ada proper pelan daripada arkitek dan majlis lagi baik. Kalau tidak pun, anda masih boleh lakukan perkara ini kemudian. Tiada masalah pun.
Kontraktor dan Pembekal
Kontraktor dan pembekal memang memainkan peranan yang penting untuk anda buat rumah. Kalau boleh perlu monitor pekerjaan mereka dan sentiasa ada. Untuk senarai pembekal pula, ada banyak barang yang anda perlu dapatkan senarai pembekal. Anda tidak boleh beli barangan untuk buat rumah DI SINI.
Cari pembekal yang tawarkan harga murah adalah pilihan yang ada. Bergantung kepada kawasan tempat anda tinggal dan juga senarai pembekal yang ada.
Mula Dari Sekarang
Harap artikel ini dapat membantu anda untuk bermula dari sekarang. Yang penting ambil langkah dan seterusnya dapatkan tips penting untuk bermula. Yang penting mula sekarang untuk terus sukses.
- Link Berkaitan – LPPSA Pembiayaan
- Link SPNB – SINI