15 Cara Jadi Part Time Penghantar Barang Shopee

Jana pendapatan RM 5K sebulan dengan menjadi runner part time penghantar barang Shopee. Anda ingin sebuah pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu kerja dan masa yang lebih fleksibal tetapi memberi pulangan 2 kali ganda dari gaji bulanan anda? Artikel ini sangat bermanfaat kepada mereka yang dalam situasi ini. Artikel pada kali ini akan membincangkan tentang cara-cara bagaimana membuat part time penghantar barang di Shopee.

Pastinya banyak tips yang bakal kami kongsikan pada kali ini untuk anda dan diharapkan anda bakal mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. Juga beberapa alternatif lain untuk tambah pendapatan selain menjadi penghantar barang ataupun makanan.

part time penghantar barang shopee

Kerja rider makanan vs Kerja rider barang

Di musim norma baru ini masyarakat lebih gemar membeli semuanya secara atas talian. Untuk mengelakkan dan mendedahkan diri dari risiko virus di luar, cara pembelian online lebih mendapat perhatian semua generasi. Anda pasti tidak asing lagi dengan kerja rider makanan seperti Grab Food, Foodpanda dan Dah Makan. 

Bahkan kerana terlalu banyak permintaan, syarikat servis penghantaran makanan juga semakin berkembang dan timbul nama-nama baru seperti Airasia Food, Bungkusit, Honey Bee, Running Man Delivery, Deliver Eat, Mamman Delivery, Food Time, Go Eat, dan banyak lagi.

Keperluan masyarakat memastikan mereka mendapat makanan setiap hari sama pentingnya dengan mereka ingin menghantar dan menerima barang-barang yang dipesan di laman-laman web membeli-belah. 

Syarikat logistik sedia ada di Malaysia seperti Pos Malaysia, Ninja Van, DHL, J&T Express, SkyNet, dan lain-lain tampaknya semakin tidak terdaya melayan pesanan pelanggan yang terlalu banyak kerana faktor kekurangan pekerja dan peraturan PKP yang menghadkan waktu penghantaran. Jadi kerana itu ramai masyarakat sudah mula membuka mata kepada pekerjaan menjadi rider barang. Jadi tidak pelik jika rider yang akan muncul di hadapan rumah anda bukan hanya motosikal sahaja, malah kereta, lori, dan van sekolah persendirian juga ada.

Syarat kelayakan Shopee Express

Untuk mendaftar menjadi rider kepada Shopee Express, beberapa kriteria perlu dipenuhi:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Jantina lelaki diberi kelebihan
  • Fasih dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
  • Mempunyai motorsikal sendiri
  • Mempunyai lesen kenderaan yang sah, insurans kenderaan
  • Mempunyai telefon pintar (sertakan dengan power bank)
  • Mempunyai pengalaman kerja minimum kurang daripada setahun
  • Terbuka bermula daripada peringkat lepasan SPM.
  • Bersikap positif dan ada friendly attitude
  • Minimum gaji adalah RM2000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan
  • Manfaat lain : Gaji pokok + EPF dan SOCSO + Insurans + Komisen

Cara-cara menjadi rider Shopee

Langkah 1: Layari laman web https://careers.shopee.com.my/

Langkah 2: Tekan butang SEARCH JOB

Langkah 3: Pada ruang Enter keywords, masukkan Shopee Express.

Langkah 4: Untuk search result, sekiranya ada peluang kerja yang tertera berkaitan dengan rider untuk Shopee Express, tekan jawatan tersebut. Buat masa ini kami dapati belum ada peluang pekerjaan sebagai rider yang ditawarkan tetapi anda boleh mengikuti perkembangan dan pengumumannya dari masa ke semasa.

Langkah 5: Apabila anda klik pada iklan pekerjaan yang anda berminat itu, ia akan memaparkan perincian maklumat tentang kerjaya ini seperti Job Description dan Requirements. Maklumat ini sangat berguna supaya anda jelas dan faham apa job scope anda sebenarnya, dan adakah ia sesuai dengan kelayakan anda sebelum ini.

Langkah 6: Setelah anda baca dan faham segala perincian yang terkandung di laman tersebut, tekan butang Apply Now.

Langkah 7: Seterusnya, anda akan di bawa pada paparan Application Form. Anda perlu mengisi beberapa butiran untuk melengkapkan permohonan anda. 

Langkah 8: Pada First Name, masukkan nama anda.Pada Last Name (Surname), masukkan nama keluarga anda. (First Name dan Last Name ini adalah untuk anda yang bukan beragama Islam. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan gabungan nama anda dan nama bapa anda untuk First Name dan Last Name. Misalnya, Hana Johari. Hana untuk nama anda, manakala Johari untuk nama bapa anda)

Langkah 9: Pada ruang My Location, masukkan lokasi anda berada untuk menjalankan servis Shopee Express. Sama ada lokasi tempat tinggal anda atau tempat anda menetap sekarang.

Langkah 10: Pada ruangan Highest Education, masukkan pencapaian akademik tertinggi anda.

Langkah 11: Pada ruangan LinkedIn Profile URL, masukkan URL profil LinkedIn anda yang boleh didapati di LinkedIn. LinkedIn sangat penting untuk memberikan gambaran dan perspektif yang baik kepada syarikat yang menawarkan pekerjaan untuk anda. 

Terkini untuk tahun 2023, cara di atas ini adalah cara untuk menjadi pekerja di Shopee dan bukan rider di Shopee. Terkini, cara nak jadi rider di Shopee Express simple sahaja, saya ada tunjuk dalam video di bawah ini. Serious nak jadi rider, ikut step dalam video di bawah ini, simple sahaja.

Cara lain Tambah Income Di Shopee

Selain daripada menjadi seorang runner, cara lain untuk tambah income di Shopee adalah dengan menjadi seorang penjual di Shopee. Pada kami, menjadi penjual adalah salah satu cara untuk tambah pendapatan yang unik dan lumayan. Selain daripada menjadi penjual di Shopee, anda pun boleh tengok 2 lagi idea tambah pendapatan melalui platform Shopee melalui video di bawah ini;

Apapun, untuk menjadi seorang penjual di Shopee, ada beberapa tips yang anda perlu lalui. Melalui blog ini, anda boleh akses training percuma macam mana nak jadi seorang penjual yang berjaya di Shopee. Macam mana tu, boleh akses training di bawah ini;

Tips di atas ini akan sedikti sebanyak memberikan anda tips dan peluang untuk tambah pendapatan dengan menjadi seorang penjual di Shopee.

Mula Jadi Part Time Penghantar Barang Shopee Sekarang

Diharapkan artikel berkenaan cara bagaimana buat part time penghantar barang shopee ini memberikan anda informasi dan maklumat yang berguna terutamanya kepada mereka yang hendak menjinakkan diri dalam servis penghantaran logistik.

Apapun, kerjaya sebagai penghantar barang terutama di Shopee ini memang berbaloi dan anda memang patut cuba yang terbaik untuk dapat kerja di sini. Apapun, kalau nak cari tips dan peluang lain untuk tambah pendapatan, boleh tengok banyak info dan perkongsian dalam blog kami di smartinvest101.

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami di atas bagi mendapatkan ebook percuma berkenaan dengan pelaburan di Malaysia dan tips-tips lain berkaitan dengan kewangan. 

Related Posts

42 thoughts on “15 Cara Jadi Part Time Penghantar Barang Shopee

      1. Mencari kerja part time perhantar brg shope ada tak utk part time gan kereta sendri.

        1. nak jadi Rider shopee separuh masa.bagaimana dan perlukan ape2 modal tak?

        2. Saya ada encik boleh I dapat kerja part time ni?

      2. mencari kerja part time menghantar barang shopee Guna kereta sendiri..ada Tak?Macam mana cara nya?

  1. Please assist on how to be Shopee partime driver for delivery of goods?

  2. Terima kasih tuan Faiz atas perkongsian ilmunya..
    جزاكم الله خيرا كثيرا

    1. Saya ingin menjadi runner part time penghantar barang shopee

  3. Hello sir im ilangko here…i have my own trucks….please let me know the way to apply for lorry contractor in shopee

  4. saya ingin bekerja part time menghantar barang shopee.tolong tunjuk ajar

    1. Mencari kerja part time perhantar brg shope ada tak utk part time gan kereta sendri.

      1. Saya ade Encik,Sya tengah cari part time kerja shopee.

      2. Saya ade Encik..saya tengah cari kerja part time..

  5. Hi ” macam mane nk register hantar Barang itu Pakai kereta I sendiri

  6. saya nak buat partime hantar barang dengan kereta sendiri. macam mana ya ?

  7. saya nak buat partime hantar barang dengan kereta sendiri. macam mana ya ?

  8. Boleh saya apply for rider or driver shopee dengan kereta saya sendiri? Thank you.

  9. Saya ingin penghantar brg shopee part time. Kereta sendiri.Shah Alam. 0139222352

  10. saya ingin jadi penghatar barang shopper parti times.kereta sendiri kuala Terengganu
    0102081726

  11. Shopee Ada Nak Guna 4X4 Tak? Saya Baru Keluar Ford Ranger..Terima kasih

  12. saya nk penghantar part time shopee saya ada kereta sendiri

  13. Nak jadi Part time penghantar shopee rider ada kereta sendiri

    whatsapp/call:0126199446

  14. nak jadi delivery partner shoppee. ada kereta sendiri. part time.

  15. nak jadi delivery partner shoppee. ada kereta sendiri. part time. boleh whatsapp sy terus 01139424979. area penang. pulau atau mainland

  16. Kalau saya ingin menjadi Penghantaran Barang .. tetapi kenderaan saya rosak buat sementara ni untuk mendapatkan modal . Ada ke kenderaan syarikat yang boleh untuk saya menghantar barang.

  17. Sy nak jadi pengantar brg shopee,ada kereta sendiri,part time,boleh col atau whatsapp Sy terus 0122958696,area Jasin melaka,

  18. Assalamualaikum . Macam mna saya nk jadi penghantar barang shopee pakai kereta sendiri ??

  19. saya nak jadi pehantar barang shopee part time,area sungai buluh & subang.guna kereta sendiri.Tapi saya lesen,Boleh tolong.

  20. Saya hendak jadi penghantar barang Shopee part time dengan kereta sendiri.
    Sila Whatsapp 0196023363.
    Saya di kawasan Cheras.
    Terima kasih.

  21. Saya hendak jadi Penghantar barangan Shopee part time dengan kenderaan sendiri. Sila wassap 0105221543. Saya di kawasan Pontian, Johor

  22. Saya berminat menjadi penghantar barangan Shopee dengan kenderaan sendiri secara part time.
    Sila Call @ Whatsapp – 0108315579.
    Kawasan Alor Setar, Kedah
    Terima kasih.

  23. Bang, iklan yang kata buat sarung tangan dekat rumah tu, bagaimana nak buat ?

  24. Saya nak jadi penghantar barangan shoppe menggunakan kereta sendiri.bagaimana nak mohon?area Teluk Intan perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *