7 Cara Beli Emas Public Gold – 2023

Macam mana cara beli emas Public Gold? Pada artikel kali ini, ada beberapa info yang anda perlu tahu berkenaan dengan tips dan cara untuk beli emas di Public Gold. Public Gold merupakan satu nama yang tak asing lagi bagi mereka yang ingin memiliki emas terutamanya emas fizikal. 

Kumpul emas dan kumpul duit, mana satu pilihan yang terbaik untuk jangka masa panjang? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini sehingga ke penghujungnya. Artikel pada kali ini, kami akan membincangkan tentang cara-cara membeli emas public gold. 

cara beli emas public gold

Apa itu Public Gold?

Public Gold adalah syarikat emas fizikal yang terbesar dan terkemuka di Malaysia berfungsi menjual dan membeli emas dan perak fizikal untuk pelaburan sama ada dalam bentuk online atau offline paling murah yang diiktiraf dunia. Syarikat ini mempunyai cop London Bullion Market Association (LBMA) dan dikecualikan dari cukai gst. 

Mengapa anda perlu simpan emas?

Bercerita mengenai simpan emas dan simpan duit seringkali menjadi topik hangat perbualan masyarakat. Generasi muda berpandangan lebih baik simpan duit dan buat pelaburan, generasi lama pula beranggapan emas membawa manfaat yang banyak. Sebenarnya yang mana satu menguntangkan dan menjadi pilihan yang bijak? 

Kami bertanya kepada anda, antara duit dan emas mana satu yang mudah disimpan? Pasti jawapannya duit. Soalan kedua, antara duit dan emas pula mana satu yang senang dihabiskan? Sudah tentu duit kerana transaksi kini lebih mudah dengan menggunakan mata wang.

Untuk pengetahuan anda, emas adalah bentuk simpanan yang kalis inflasi dan ia kekal menjadi kuasa beli dalam jangka masa yang panjang. Dalam majalah bisnes The Times, seorang pakar kewangan menyebut, “bila anda melabur dalam intrumen pelaburan kewangan di bank, apa yang berlaku sebenarnya ialah anda meletakkan kekayaan anda dalam poket orang lain dan menunggu satu tempoh masa.

Bila sudah sampai masanya, anda akan ambil balik bersama pulangan yang dijanjikan. Dalam tempoh masa tersebut, kekayaan itu bukan jadi milik anda sepenuhnya.”

Berbeza dengan pelaburan emas, yang mana setelah anda menukarkan duit kepada emas kekayaan itu masih sepenuhnya menjadi milik anda. 

Mengapa Memilih Emas Public Gold?

  • Syarikat emas yang kukuh kerana telah bertapak di Malaysia lebih 8 tahun dan merupakan market leader dalam industri jual beli jongkong dan dinar emas di Malaysia.
  • Spread yang rendah sekitar 6% hingga 9% sahaja berbanding dengan syarikat emas yang lain.
  • Cawangan di seluruh Malaysia dengan lebih 15 outlet. 
  • 24 jam perkhidmatan order emas
  • Sistem jual beli emas yang patuh syariah yang mana individu yang berkuasa memantau syariah emas syarikat ini adalah penasihat syariah dari Bank negara Malaysia.
  • Minimum pembelian emas serendah RM100
  • Mempunyai design yang sangat cantik, menarik, dan unik. 

Pembelian emas di PG Mall

PG Mall Malaysia Online Shopping merupakan pusat beli belah online terbesar di bawah satu bumbung dengan syarikat Public Gold. Ia yang mempamerkan pelbagai kategori produk antarabangsa dan tempatan dalam kategori fesyen dan aksesori, elektronik, telefon bimbit dan tablet, peralatan rumah, rumah & kehidupan, kesihatan & kecantikan, kanak-kanak & bayi, barangan runcit dan sebagainya. 

Kami paling suka membeli dengan cara ini kerana ianya lebih mudah berbanding dengan cara lain. Boleh terus beli dan sampai ke rumah.

Langkah 1: Layari https://pgmall.my dan klik SIGN UP jika anda pembeli baru dan LOGIN jika anda pernah membeli di laman web ini.

Langkah 2: Pilih emas yang anda ingin beli dan klik pada ADD TO CART.

Langkah 3: Anda boleh memilih cara pembayaran sama ada dengan c-wallet, FPX, kredit kad, GrabPay, Boost, Maybank QRPAY, Touch n Go, atau MCash. 

Langkah 4: Kemudian, klik place order

Langkah 5: Pembelian anda telah berjaya. Untuk melihat kembali ringkasan pembelian anda, klik pada MY ORDER.

Ataupun sebagai alternatif anda boleh tengok video di bawah berkenaan dengan cara beli emas Public Gold.

Dengan bantuan dealer Public Gold

Langkah 1: Dapatkan nombor Authorised Master Dealer PG yang sah di carian public gold Malaysia

Langkah 2: Whatapps kepada dealer nama penuh anda, nombor kad pengenalan, alamat, nombor handphone, emel, jenis emas yang mahu dibeli dan cawangan public gold terdekat anda untuk ambil stok emas anda tersebut.

Langkah 3: Anda akan didaftarkan menjadi ahli PG

Boleh PM kami bagi memudahkan anda untuk membeli dengan bantuan Dealer.

Pembelian emas di cawangan Public Gold

Langkah 1: Kunjungi outlet PG di seluruh Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Kini public gold mempunyai 19 cawangan seluruh negeri dalam Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Langkah 2: Jika anda mempunyai dealer sendiri, beritahu kepada staff yang anda berurusan nama dealer anda. Manfaat mempunyai dealer ada sangat banyak kerana anda akan mendapat bimbingan dalam pelaburan emas PG.

Langkah 3: Pilih emas yang anda inginkan dan buat pembayaran.

Melalui Ansuran Patuh Syariah (EPP)

Langkah 1: Daftar Sebagai Customer Public Gold

Langkah 2: Bagi yang sudah mempunyai “PG Code”, terus LOGIN website http://www.publicgold.com.my > ORDER > PLACE ORDER. Setelah memilih item yang hendak dibeli, pilih “Easy Payment Purchase (EPP)”, bukan “Full Payment”, pada bahagian Payment Option.

Langkah 3: Kemudian jika anda bersetuju dengan jadual bayaran yang dipaparkan itu, barulah klik “CONFIRM ORDER”

Langkah 4: Buat Bayaran & Ambil Emas. Bila anda sudah klik Confirm Order, cek email Invoice yang diterima daripada Public Gold. Kemudian terus buat bayaran kepada Public Gold mengikut jadual yang ditetapkan, dan emailkan slip bayaran ke payment@publicgold.com.my berserta no. Proforma Invoice

Langkah 5: Anda hanya boleh datang mengambil emas anda di cawangan Public Gold terdekat sekiranya anda telah menjelaskan bayaran penuh.

Membeli Emas Paling Mudah

Paling mudah adalah membeli emas melalui PG Mall terutama emas fizikal. Yang pastinya anda boleh jadikan emas tersebut sebagai satu pelaburan ataupun simpanan. Emas sebagai satu simpanan alternatif bagi mengatasi inflasi adalah antara perkara yang sesuai untuk anda lakukan jangka masa panjang.

Apapun, anda boleh baca beberapa artikel kami berkaitan dengan pelaburan emas di bawah ini;

Ini adalah antara beberapa teknik dan cara untuk membuat pelaburan dalam bentuk emas.

Mulakan Pelaburan Emas Anda Sekarang

Harap anda boleh memulakan pelaburan Emas anda sekarang juga. Ada banyak teknik yang anda boleh gunakan sebagai satu bentuk pelaburan ataupun simpanan emas.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi di https://www.publicgold.com.my/. Di harapkan artikel cara beli emas Public Gold ini boleh memberikan anda sedikit sebanyak informasi yang berguna tentang pembelian emas. 

Jangan lupa untuk anda subscribe Channel Telegram kami bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tips penting pelaburan dan cara tambah income. Apapun, beli emas untuk anda rasai manfaat hidup yang panjang.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *