12 Info Pajak Gadai Ar Rahnu 2023

Kali ini kami ingin bercerita berkenaan dengan pajak gadai ar rahnu. Ar Rahnu ini merupakan satu sistem pajak gadai islam yang patuh syariah yang ada di Malaysia dan ianya merupakan satu alternatif kepada sistem konvensional yang ada. Ianya mempunyai sejarah yang tersendiri dan kalau anda nak tahu berkenaan dengan sistem ini, memang anda datang ke tempat yang betul.

Blog ini memang khusus membincangkan berkaitan dengan topik-topik kewangan anak muda. Pelaburan adalah antara topik hangat selain daripada tips untuk kerjaya dan cara buat duit secara online ataupun offline. Emas merupakan antara topik hangat dan mendapat sambutan. Jadi, kami terpanggil untuk membuat satu artikel khusus berkenaan dengan cara anda untuk memanfaatkan Ar Rahnu dan apa yang anda boleh lakukan untuk memaksimumkan pelaburan anda.

Topik berkaitan dengan emas memang mendapat sambutan dan emas mempunyai nilai dan peminatnya yang tersendiri. Ada yang jadikan ianya sebagai satu barang kemas dan juga ada yang jadikan dia sebagai salah satu medium pelaburan utama. Apapun, jangan berhenti di sini dan terus menimba ilmu dalam dalam banyak pelaburan, emas adalah antara pelaburan yang penting.

Ada Emas Fizikal – Boleh Pajak Bila-Bila Masa

pajak gadai ar rahnu

Salah satu cara penting dalam pelaburan emas adalah simpan emas fizikal. Walaupun ada akaun simpanan emas seperti dalam artikel INI, emas fizikal pun memainkan peranan yang penting dalam aspek palaburan emas. Antara kelebihan mempunyai emas fizikal adalah, boleh pajak pada bila-bila masa sahaja terutama kalau terdesak nak guna duit dan kalau nak kembangkan perniagaan.

Emas fizikal yang saya maksudkan adalah barang kemas yang dipakai kebiasannya oleh orang perempuan ataupun syiling emas. Antara syiling emas yang popular adalah Dinar Kelantan, Emas Public Gold, Kijang Emas dan lain-lain lagi. 

Sebab itu kalau anda tengok, ramai makcik-makcik terutamanya di Kelantan yang mempunyai emas yang banyak di tangan. Penuh emas sambil berniaga di pasar Siti Khadijah. Antara kegunaan adalah, boleh dipajak pada bila-bila masa ketika diperlukan. Terutama nak pusing modal berniaga.

Kalau nak pakai duit sekejap, emas yang ada di tangan tu tak perlu dijual. Boleh sahaja pajak di pajak gadai. Dah dapat untung balik, boleh tebus balik emas yang dijual tersebut. Ianya lebih berbaloi.

Nak Pajak Emas Di Mana?

Boleh pajak di pajak gadai dan juga Ar Rahnu. Untuk mereka yang beragama islam, lebih baik pajak di Ar Rahnu kerana ianya patuh syariah. Mereka yang bukan islam pun tiada masalah untuk pajak di Ar Rahnu. 

Apa Itu Ar Rahnu dan Kenapa?

Ada 2 hadis tentang bagaimana ulamak masa kini mengambil ibrah dari hadis tersebut yang menyebabkan tertubuhnya sistem Ar Rahnu. Ianya adalah berdasarkan kepada hadis di bawah.

  • Dalam Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abu Syahmi atas pinjamannya sebanyak 30 sha gandum untuk keluarganya.”
  • Dalam Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang di hutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”

Di atas apa yang telah berlaku, sistem Ar Rahnu ditubuhkan sebagai satu alternatif kepada sistem pajak gadai yang sedia ada. 

Sistem yang dinamakan Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini sebenarnya dilahirkan sehubungan dengan Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 di bawah Seksyen 46. Ia juga merupakan rentetan daripada perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983. Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu. 

Memandangkan skim ini berdaya maju dan memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri telah mula menceburkan diri. Kerajaan Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan Pajak Gadai Islam pada Januari 1997. Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN). (sumber : usahawan)

Kelebihan Ar Rahnu Yang Unik

Sistem pajak gadai cara Islam ini mempunyai kelebihan yang unik atas sistem pajak gadai yang sedia ada. Selain daripada ianya patuh syariah dan dikawal selia oleh bank negara, berikut adalah antara kelebihan sistem ini berbanding lainnya;

  • Tak seperti pinjaman perumahan yang memerlukan slip gaji, bank statement dan lain-lain, asalkan ada emas tulen dan dokumen pengenalan diri sudah cukup untuk membuat proses gadaian. Ianya cepat dan mudah.
  • Tempoh masa sehingga 6 bulan untuk tebus semula, jika tak boleh, tiada masalah untuk panjangkan lagi tempoh tebusan.
  • Jika tidak mampu untuk tebus semula, pihak gadaian akan melelong emas yang dipajak setelah diberi 3 kali notis. Pembiasa hanya akan ambil upah simpan dan sebarang hasil dari lelongan akan diberikan kepada peminjam. 
  • Semua proses di kawal selia oleh bank dan bank adalah bawah seliaan bank negara. InsyaAllah tiada kes penipuan akan berlaku sepanjang urusniaga.

Apa Yang Perlu DI Bawa Untuk Proses Pajakan?

Anda hanya perlu membawa emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian. Dokumen pengenalan diri juga penting.

Nak Tahu Hukum Berkaitan Jual Beli Di Ar Rahnu?

Berapa Pinjaman Yang Bakal Di Beri?

Bergantung kepada pihak pemegang gadaian, kebiasannya minimum adalah 65% dah maksimum adalah 70%. Untuk info, nilai emas bukan bergantung kepada mana-mana pihak tetapi bergantung kepada pihak ar rahnu itu sendiri. Jadi, sebelum pergi ke sana, lebih baik telefon dahulu untuk dapatkan nilai semasa kerana kebiasannya, nilai semasa emas tiada ditulis dalam laman web. 

Berat emas adalah ditentukan oleh densimeter pihak ar rahnu. Jika tidak tepat, boleh cuba untuk timbang ar rahnu cawangan lain.

Bolehkah Jual Emas di Ar Rahnu?

Pajak gadai islam adalah tempat untuk pajak gadai dan tidak digalakkan untuk menjual di sini. Untuk menjual emas, anda boleh ke kedai emas berhampiran untuk cuba menjual emas milik anda.

Upah Simpan Ar Rahnu Paling Murah

Ar Rahnu mengenakan upah simpan kepada mereka yang menggunakan khidmat mereka. Upah simpan secara umumnya adalah RM0.7 sebulan atas setiap RM100 nilai yang dipajak. Untuk dapatkan harga yang berbaloi, boleh cuba telefon Ar Rahnu di bawah untuk nilaian yang murah;

  • Ar Rahnu Yapeim
  • Ar Rahnu Exchange – Bank Rakyat
  • Ar Rahnu AgroBank
ar rahnu

Berapa Lama Tempoh Pinjaman?

Tempoh biasa adalah 6 bulan dan boleh dipanjangkan lagi sehingga 9 ke 12 bulan. Habis tempoh apa nak buat? Memang anda kena tebus balik ataupun emas itu akan dilelong. Kalau nak sambung pajakan pula kena renew surat pajak.

Bagaimana Cara Manipulasi Pajak Gadai Ar Rahnu?

Apabila harga emas murah, anda cuba pajak di Ar Rahnu, hasil pajakan itu anda beli emas lagi. Emas itu dipajak dan beli lagi sehingga beberapa kali. Akhirnya pajakan itu anda akan memperolehi emas yang anda mahukan dan sedikit keuntungan. 

Tak digalakkan untuk anda gunakan cara ini melainkan anda memang tahu apa yang anda buat dan juga memang pasti harga emas akan naik. Apapun, ini hanyalah pandangan sahaja dan terpulang jika anda ingin lakukan perkara ini. 

Apapun, anda boleh baca artikel di bawah ini berkaitan dengan info dan cara untuk invest dalam emas;

Alternatif Pelaburan Emas

Untuk dapatkan info dan alternatif lain pelaburan emas dan pajak gadai ar rahnu, berikut adalah antara info yang anda boleh dapatkan.

Ini adalah antara beberapa alternatif lain untuk sistem pajak gadai islam. Apapun harap artikel ini membantu anda untuk dapatkan info yang anda cari.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *