Ramai yang mencari teknik pelaburan emas yang menguntungkan. Persoalannya, ada ke teknik pelaburan yang berasaskan emas yang menguntungkan semua pihak? Anda datang ke tempat yang betul dan pada kali ini kami akan kongsikan beberapa teknik menarik cara untuk memaksimumkan keuntungan daripada emas anda.
Berikut saya kongsikan beberapa tips sebagai panduan untuk mendapatkan satu cara pelaburan yang menguntungkan. Cara ini sesuai digunakan walaupun anda seorang pelabur baru ataupun pelabur yang telah melabur lama dalam emas ini.
Apapun, cara untuk memanfaatkan pelaburan emas adalah dengan cuba melabur untuk jangka masa panjang. Salah satu fungsi emas yang unik yang tiada pada pelaburan lain adalah sifatnya yang mempunyai nilai estestika yang tinggi. Walaupun emas sudah berada lama sejak beratus tahun dahulu, ianya tetap mempunyai nilai yang tersendiri dan kalis kepada inflasi.
Emas Pun Ada Turun & Naik
Tidak dinafikan yang emas juga turut dipengarufi oleh faktor turun dan naik indeks emas. Ianya tidak semudah, jika indeks emas dalam keadaan menurun, maka boleh membeli. Jika indeks emas dalam keadaan menaik, maka, anda boleh menjual.
Ramai penjual yang mensarankan untuk membeli emas ketika harga masih lagi rendah, kerana ianya akan naik tak lama lagi. Ketika harga tinggi pun, penjual-penjual emas menyarankan untuk membeli emas kerana harga tetap akan naik. Ketika harga emas rendah pun beli, ketika harga emas tinggi pun beli, bila pula nak jual?
Dapatkan ilmu berkaitan dengan gold investment yang betul dan jangan terperangkap dengan mainan penjual-penjual emas.
Emas merupakan satu pelaburan jangka panjang
Betul, emas merupakan satu pelaburan jangka masa panjang. Jika anda mengharapkan keuntungan daripada pelaburan emas selepas 2 atau 3 bulan, makan ianya tidak sesuai untuk anda. Mungkin ianya merupakan skim-skim sontot yang banyak terdapat di luar sana.
Anda juga boleh berdagang emas sama seperti anda berdagang saham, tetapi yang menjadi masalah adalah, pelaburan seperti itu masih lagi tidak patuh syariah. Tetapi jangan bimbang, di akhir artikel ini kami akan cadangkan beberapa alternatif terkini dan terbaik untuk melabur dalam emas.
Teknik adalah beli dan simpan sama ada dalam bentuk barangan kemas ataupun dalam bentuk coin. Mana-mana pilihan pun boleh. Tetapi kami lebih rekmemen dalam bentuk coin ataupun syiling kerana mudah dijual semula ataupun dipajak.
Ikut Trend Terkini
Pelaburan yang berasaskan kepada emas yang berdasarkan kepada trend terkini. Ianya sangat penting kerana anda mudah untuk menjual dan membeli emas kerana orang lain pun memiliki koleksi yang sama. Apapun, cuba kumpul emas dan anda boleh bermula dengan syiling daripada beberapa pengeluar produk. Antara yang kami rekemen adalah dari public gold.
Kalau ekomomi gawat, apa yang kebanyakan orang akan buat adalah untuk beli gold ini. Apabila kegawatan ekonomi, wang kertas susut nilainya dan pada waktu itu, apa yang lebih laku adalah simpanan dalam bentuk emas. Selain di Malaysia, anda boleh gunakan di tempat lain dan kadar nilai adalah tak jauh berbeza.
Teknik ar rahnu
Satu teknik yang tidak asing lagi bagi mereka yang melabur dalam emas. Jika anda ingin menggunakan teknik ar rahnu dalam pelaburan anda, hati-hati kerana ianya tidaklah semudah yang disangka. Banyakan membaca dan mengulangkaji topik-topik berkenaan dengan teknik ar rahnu ini dan dapatkan panduan yang betul untuk berjaya.
Kami akan ulas teknik ini pada artikel akan datang dan bagaimana anda boleh memanfaatkan Ar Rahnu ataupun pajakan islam ini sesuai dengan apa yang anda mahukan. Ianya memerlukan beberapa teknik terkini dan cara yang betul untuk memanfaatkan teknik ini. Apapun, nantikan artikel dari kami untuk info lanjut.
Akaun Simpanan Emas
Jika anda ingin bermula untuk melabur dalam emas, salah satu alternatif yang bagus adalah memulakan pelaburan anda dengan instrumen ini. Iaitu akaun emas. Pastikan patuh syariah ye kerana ada juga akaun yang tak patuh syariah. Ada banyak alternatik untuk akaun simpanan emas di Malaysia dan untuk maklumat lanjut berkenaan dengan akaun seperti ini, boleh rujuk artikel SINI.
Jangan lupa dapatkan maklumat dari Bank Negara untuk maklumat lanjut berkenaan dengan status akaun anda. Kami juga akan berikan dan ceritakan teknik secara detail berkenaan dengan akaun simpanan ini pada masa akan datang. Boleh tunggu artikel ini bagi mendapatkan info lanjut.
Ingin Mempelajari Teknik Melabur Dalam Emas?
Smartinvest101 ingin membawakan kepada anda beberapa tips dan teknik berguna terutama jika anda ingin berjaya dalam pelaburan emas.
Jika anda ingin berjaya dalam gold investment ini, dapatkan tips dan panduan ini untuk anda berjaya dalam pelaburan anda. Yang penting, jangan berhenti belajar. Boleh tengok panduan yang saya maksudkan di bawah ini.
Alternatif Kepada Emas
Kami bawakan juga beberapa artikel terkini berkenaan dengan alternatif terbaik untuk anda membuat pelaburan. Ianya antara beberapa tips penting dan alternatif terbaik di Malaysia. Boleh tengok beberapa pilhan artikel kami di bawah ini.
- Pernah Dengar Robo-Invest – Kalau Tak Pernah Baca di SINI
- Pernah Dengar Pasaran Hadapan Kelapa Sawit? Tengok SINI
- Ada ustaz yang kata Forex tu halal? Boleh Baca SINI
Ini adalah antara 3 alternatif terbaik dari kami. Baca, manfaatkan dan hadam. Yang penting, cuba target apakah pelaburan yang anda ingin lakukan dalam tahun ini. Boleh jadi antara 3 artikel di atas, boleh jadi pelaburan lain.