6 Info Hukum Forex Dalam Islam – 2023

Topik pelaburan kali ini akan membincangkan berkenaan dengan hukum forex dalam islam. Forex ataupun foreign exchange atau dalam bahasa Melayu adalah pertukaran mata wang merupakan satu perkara yang tidak asing lagi dalam dunia pelaburan. Ianya merupakan satu pelaburan yang sangat agresif bagi mendapatkan keuntungan. Anda boleh untung RM1000, dan boleh juga rugi RM1000 dalam sekelip mata. 

Ianya memerlukan teknikal analisis yang betul dan strategi yang konsisten. Saya sendiri kenal dengan beberapa individu yang mendapat pendapatan konsisten.

Suka diingatkan yang saya bukan trader forex. Saya merupakan seorang intraday trader FCPO yang merupakan satu alternatif yang baik kepada forex. Nanti di akhir artikel saya kongsikan apa itu FCPO. Topik pada kali ini adalah hasil cetusan idea kerana ramai kenalan yang merupakan trader forex, juga ada beberapa ustaz yang saya percaya memberikan pandangan yang tersendiri berkaitan dengan isu ini.

Hukum forex dalam islam

Apapun, artikel ini bukan tujuan menghukum, saya berikan pandangan ustaz yang kata forex haram dan pandagangan yang kata forex halal. Selepas itu, anda buat keputusan sendiri sama ada nak teruskan trade ataupun sebaliknya. Di akhir juga saya berikan beberapa alternatif terbaik untuk pasaran yang mempunyai “volume” yang tinggi dan anda boleh long ataupun short bergantung kepada analisa anda.

Mengapa Forex Haram?

Saya mulakan dengan mengapa forex ini haram mengikut beberapa pandangan daripada ustaz dan mufti berkalibar di Malaysia. Yang pertama adalah pandangan yang dipetik daripada majlis fatwa kebangsaan;

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan

KEPUTUSAN :

Mesyuarat menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:

Syarat-syarat umum jual beli:

Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud);

Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;

Item belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;

Sighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat-syarat khusus Bay al-Sarf:

Berlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad;

Jual beli matawang hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan

Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-Syart.

Selain memenuhi syarat-syarat tersebut, Mesyuarat juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.

Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Mesyuarat mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.

Mesyuarat juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia. (sumber : pejabat mufti pahang)

hukum forex dalam islam

Daripada majlis fatwa berkenaan, trading forex secara online adalah tidak dibolehkan secara individu kerana pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.

Pandangan Dari Dr Aznan Hassan – Syariah Community Maybank Islamic

Pandangan Dr Aznan sangat detail berkaitan dengan hujah dan sebab-sebab yang konkrit. Kalau anda nak tahu mengapa trade forex ini haram mengikut pandangan beliau, boleh tengok video di bawah yang berdurasi 12 minit sampai habis. Tengok sampai habis ye, penjelasan beliau memang agak ilmiah dan sesuai mengikut situasi rakyat Malaysia.

Ini hanya ringkasan daripada video yang berdurasi 12 minit ini. Adalah lebih baik anda melihat kandungan video yang berdurasi 12 minit ini sebelum membaca ringkasan yang kami tulis ini.

  • Pertukaran mata wang dalam bentuk MYR ke USD, ianya hendaklah berlaku secara spot dan bukan tertangguh. Tidak boleh berlaku sebarang penangguhan. Adakah transaksi online yang berlaku sekarang ini secara spot?
  • Transaksi yang dilakukan institiusi kewangan yang menggunakan volume yang besar mempunyai hukum yang berbeza kerana di kawal oleh penasihat syariah.
  • Transaksi secara pasaran hadapan kewangan dan option forex adalah tidak syariah.

Transaksi Online Forex

  • Kebanyakan broker bukan di Malaysia – tidak tahu ada transaksi ataupun sebaliknya.
  • Isu broker, adakah ianya real atau hanya spekulasi.
  • Transaksi bertangguh ataupun spot. Jika bertangguh tidak dibolehkan.
  • Isu leverage, tidak boleh leverage kerana tidak patuh syariah dan tidak dibenarkan syarak. Pendetailan berkaitan dengan leverage anda boleh dengar sendiri di video kerana ianya membabitkan isu term dalam bahasa arab yang sangat teknikal.

Penafian : Ringkasan ini adalah pemahaman saya berdasarkan kepada video di atas. Jika terdapat kesilapan adalah disebabkan oleh pemahaman ilmu saya yang cetek dan anda perlu merujuk dan mendengar video tersebut sampai habis. Jika ada kekhilafan, boleh berhubung dengan Dr Aznan sendiri.

Pendapat Ustaz Zaharudin

Boleh tengok juga video di atas untuk penjelasan yang lebih detail agar tiada kefahaman yang tersilap.

  • Forex trading haram tak kira ianya dijalankan sama ada oleh institiusi-institiusi kewangan ataupun secara individu.
  • Forex terbahagi kepada 2 iaitu Foreign Exchange. Ianya seperti pengurup wang berlesan.
  • Satu lagi, Forex online trading, ianya sebagai barang dagangan. Tidak boleh berdagang atau membeli barang dagangan. Dalil berkaitan boleh tengok di video di atas.

Pendapat Daripada Mufti Brunei

Berikut adalah pendapat daripada Mufti Brunei berkenaan dengan Hukum Forex. Kenapa Brunei? kerana ramai yang mengatakan Forex mengikut hukum daripada Mufti Brunei adalah dibolehkan. Apapun, berikut adalah petikan daripada blog saudara Afyan.

Bagi menjawab persoalan tuan, berdasarkan Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam siri 18/2021 bertajuk “PERDAGANGAN PERTUKARAN MATAWANG ASING SECARA LANI (INDIVIDUAL FOREX)”:

“Adalah jelas bahawa aktiviti perdagangan individual spot forex dalam talian mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan prinsip-prinsip mu’amalat islam. Secara umumnya, kegiatan berkenaan melibatkan urusniaga yang tidak sah menurut hukum syara’. mu’amalat berunsurkan riba dan aktiviti spekulasi.

Ini jawapan ringkas berkenaan dengan hukum Forex daripada Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam

Mengapa Forex Halal? – Dalil Berkaitan

Dah tiba masanya saya memberikan dalil kepada ustaz yang memberikan pandangan forex itu halal. Terdapat 2 sumber yang saya dapat secara online. Yang pertama adalah daripada pandangan Ustaz Dusuki.

Pendapat Ustaz Dusuki

  • Forex trading sama seperti forex exchange di airport dan sebagainya. Hukum harus.
  • Perlu ada margin.
  • Tak dibolehkan ada unsur-unsur riba dan judi. Macam mana judi? Anda masuk bukan berdasarkan kepada analisis.
  • Bukan masuk berdasarkan kepada judi, tetapi dengan ilmu seperti teknikal analisis dan fundemantal analisis untuk berdagang.

Komen saya : Pendapat ustaz Dusuki sangat ringkas dan perlukan pendetailan.

Ustaz AA – Nak tahu siapa perlu PM saya

Ini adalah perbualan saya dengan ustaz tersebut. Pendetailan perlu bertanya dengan ustaz tersebut. Ianya berkaitan denga hukum forex dalam islam.

halal dan haram forex

Syarat untuk forex trading tu dibolehkan ada 3;

  • Kena spot, tak boleh bertangguh.
  • Jangan amik option leverage, kena full margin.
  • Pair dengan currency sahaja, tak boleh selain currency.

Ada 3 syarat ini, anda sudah boleh trade forex menurut ustaz kenalan saya ini. Tetapi anda kena cari broker yang tawarkan kesemua ini. Saya pun tak explore lagi broker terlibat dan broker yang membolehkan kesemua ini kerana buat masa ini saya lebih selesa trade Futures Crude Palm Oil kerana ianya halal dan direstui oleh panel syariah suruhanjaya sekuriti Malaysia.

Jangan tanya saya ye broker yang tawarkan 3 syarat ini. Kalau pembaca ada broker yang tawarkan 3 syarat ini, saya mohon beritahu di ruangan komen agar mereka yang ingin berdagang forex boleh dapatkan info lanjut.

Jika ada pandangan berkaitan dengan hukum berkaitan forex ini, boleh beritahu di ruangan komen ataupun hubungi saya secara personal untuk saya ubah mana-mana bahagian dalam artikel ini.

Boleh juga tengok video di bawah ini berkaitan dengan penerangan ringkah dan sedikit tips berkaitan dengan Forex.

Apa Pendapat Anda Berkaitan Hukum Forex Dalam Islam

Saya dah cuba sehabis baik untuk berikan pandangan mereka yang berkata ianya haram, dan mereka yang berkata ianya harus ataupun halal. Sekarang terpulang kepada anda untuk tentukan sendiri berdasarkan kepada pendapat yang ada. Kalau anda rasa haram jangan trade. Kalau anda rasa harus, boleh teruskan. Ianya terpulang.

Apapun, saya nak berikan alternatif lain untuk anda trade forex. Anda boleh long dan short sama seperti forex dan lebih menarik adalah ianya patuh syariah.

Apa Alternatif Lain?

Saya berikan idea untuk anda dapatkan info berkaitan dengan info ini. Alternatif yang ada adalah berdasarkan kepada pasaran di Malaysia dan luar negara. 

Saham Malaysia – Hidden Gems

Saham saya letak pada pilihan pertama kerana ianya sangat berbaloi dan bnyak peluang yang anda boleh manfaatkan. Walaupun dalam keadaan pasaran yang tak menentu, ada sahaja saham yang memberikan impak yang sangat berbaloi.

Anda boleh cuba sendiri untuk melabur dalam saham. Nak buka akaun dan dapatkan input dari kami, boleh ke link di bawah, insyaAllah kami bantu anda untuk sama-sama sukses dalam pasaran saham.

Futures Crude Palm Oil – Pasaran Hadapan Malaysia

Pertama adalah FCPO dan ianya adalah patuh syariah berdasarakan kepada suruhanjaya sekuriti di Malaysia. Ianya adalah pasaran hadapan kelapa sawit, sebenarnya apa yang anda dagangkan adalah kelapa sawit. Ianya menunjukkan turun dan naik kelapa sawit di Malaysia.

Average daily volume untuk FCPO adalah sekitar 20k sehingga 30k transaksi sehari. Memang banyak tu dan jika anda seorang pelabur runcit, memang tiada masalah untuk order anda match. Pilihan broker juga ada banyak, saya ada tulis broker pilihan saya di SINI.

FCPO mempunyai fizikal delivery. Jika anda tidak “close position”, anda perlu ambil kelapa sawit secara fizikal di Pelabuhan Klang. 

Analisa Chart Saham dan Lain-lain

Kalau nak buat analisa saham tu, anda boleh gunakan platform Tradingview. Dengan TradingView, anda boleh analisa tak terhad kepada Forex, saham dan crypto pun tak ada masalah untuk anda buat analisa. Mana tahu terdetik nak trade Bitcoin pula lepas ni.

Kalau nak daftar Tradingview tu, boleh daftar percuma di SINI.

Futures Crude Oil dan Soy Bean Oil – Pasaran Hadapan Luar Negara

Tiada official statement yang mengatakan WTI Crude Oil dan Soy Bean Oil ini halal. Tetapi berdasarkan kepada ustaz yang saya rujuk tadi, mengambil pendapat yang sama dengan Pasaran Hadapan Kelapa Sawit dan hadis berkaitan, ustaz tersebut merumuskan dibolehkan untuk anda trade WTI Crude Oil dan juga Soy Bean Oil.

Salah satu sebab mengapa dibolehkan adalah WTI Crude Oil dan Soy Bean Oil ini mempunya physical delivery. Untuk product yang tidak mempunyai physical delivery seperti QM (E Mini Crude Oil Futures), ianya tidak dibolehkan. 

Cukuplah sudah penjelasan saya berkenaan dengan itu ini, jika terdapat sebarang persoalan berkaitan artikel hukum forex dalam islam ini, boleh berikan info lanjut di bahagian komen. Kami akan cuba sehabis baik untuk berikan jawapan kepada setiap persoalan.

Info : Saya merupakan seorang intraday futures trader FCPO. Saya tidak trade forex buat masa ini kerana saya masih belum jumpa lagi broker yang bagi 3 syarat ini.

  • Kena spot, tak boleh bertangguh.
  • Jangan amik option leverage, kena full margin.
  • Pair dengan currency sahaja, tak boleh selain currency.

Kalau anda jumpa, memang tersangat membantu anda berikan komen di ruangan bawah.

Jangan lupa untuk follow Telegram Channel kami untuk lebih banyak info berkaitan dengan topik kewangan dan pelaburan.

Artikel Berkaitan

Boleh baca artikel kami yang lain berkaitan dengan forex di bawah’

Related Posts

25 thoughts on “6 Info Hukum Forex Dalam Islam – 2023

  1. Bagaimana pula dengan hukum bitcoin, iaitu app seperti luno?

    1. topik berkaitan dengan hukum bitcoin akan kami ulas dalam masa terdekat.

  2. Syarat forex dari Ustaz AA tu,

    Kena spot, tak boleh bertangguh.
    Jangan amik option leverage, kena full margin.
    Pair dengan currency sahaja, tak boleh selain currency.

    Tuan boleh explain tak lebih lanjut. Saya perlu faham. Dan jika boleh, tuan cadangkan broker yang islamik utk trade forex. PM saya.

    1. saya akan cuba explain 3 syarat tu dalam masa terdekat.

      Untuk rekemen broker saya tak kaji lagi buat masa ini kerana lebih fokus untuk trade futures berbanding kontrak. Kalau tuan ada rekemen broker yang mempunyai syarat di atas bolehlah beritahu di ruangan komen ini.

      1. Tuan boleh cuba etoro.com, ada option utk leverage x1 (nisbah tiada leverage).

  3. Assalam,cuba tuan tengok broker xm global.Pada pandangan saya,ia memenuhi 3 syarat di atas.

  4. Terima kasih. Tapi pada saya lebih baik ambil pandangan jumhur ulama. Yang menyatakan halal tu hanya 2 orang, berbanding ‘fatwa kebangsaan’ yang terdiri daripada ramai ulama.

  5. assalamualaikum,

    Stakat kajian sy di internet, forex haram kerana melibatkan leverage dan CFD.
    1. Leverage – setel dgn penggunaan 1:1 (tapi perlukan modal yg besar utk untung yang berbaloi).
    2. CFD – boleh kata semua platform broker menggunakan CFD. CFD ni lebih kepada berjudi. Forex trader hanya betting sesama sendiri pada server broker. Tidak ada langsung order yang keluar daripada server broker melainkan zero sum game (betting). Guna akaun ECN boleh mengatasi masalah ini.
    3. Lain2 hal – Mengikut penerangan Dr Mohd Daud Bakar, forex tidak haram. Masih lg hukumnya harus (termasuk online trading) tetapi perlu elakkan cfd & leverage.

    1. terima kasih atas feedback dan perkongsian daripada tuan.

    1. dari segi hukum tiada masalah nak trade oil.

      untuk cara trade pula, ada banyak sumber, kalau saya lebih kepada menggunkaan teknikal analisis.

        1. dari segi kontrak memang jauh berbeza.

          Tapi kalau strategi, teknikal analisis dan lain-lain tu tak jauh beza.

  6. Tuan..bukankah trade oil…oil tu kita x miliki jugak..kan… hanya trade nilai je kan…bila masa kita pergi pegang atau pikul oil..tq

    1. oil berbeza sebab ada physical delivery, jadi hukum agak berbeza dengan forex yang tiada apa2 nilai fizikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *