9 Tips Cara Main Forex – Terkini 2020

Macam mana cara main forex yang betul? Artikel kali ini adalah berkenaan dengan cara dan tips bermain forex dengan betul bagi mendapat gambaran kasar untuk mendapat untung secara konsisten dengan forex. Boleh ke buat untung secara konsisten dengan forex? Jawapannya boleh dan pada artikel kali ini, kami tunjuk beberapa tips yang kami gunakan untuk anda sukses dalam bidang ini.

Sebelum pergi lebih jauh, adalah digalakkan untuk anda clear dan tahu hukum forex ini. Ada yang kata ianya halal dan ada juga yang kata ianya haram. Saya bukan penghukum, tetapi saya ada berikan solusi berkenaan dengan perbandingan hujah antara ustaz yang kata ianya haram dan yang kata ianya halal. Boleh tengok artikel saya yang panjang lebar berkenaan dengan topik tersebut di SINI.

cara main forex

Yang paling penting, harap artikel ini dapat berikan gambaran kasar cara & tips main forex yang betul dan anda buat konsisten profit dengan perdagangan mata wang ini.

Pengalaman Main Forex

Di dalam artikel di atas, suka saya katakan yang saya bukanlah seorang trader forex. Saya merupakan seorang intraday futures trader FCPO. Nak tahu apa itu, kena tengok dan baca artikel di atas sampai habis. Di situ kami ada tulis dengan detail berkenaan dengan apa itu pelaburan FCPO dan bagaimana untuk jana pendapatan yang konsisten.

Disebabkan oleh forex dan FCPO tidak jauh berbeza dari segi analisa teknikal, kami ingin kongsikan beberapa tips untuk anda jana pendapatan secara konsisten dengan menggunakan teknikal analisis yang betul. Di FCPO, anda boleh long dan short dan ianya juga sama seperti FOREX yang merupakan market 2 arah. Naik pun anda boleh buat untung, turun pun boleh buat untung.

Cara Analisis Graf Forex

Kita bermula dengan cara dan tips untuk analisa graf forex. Tentu sekali kalau nak buat analisa tu dengan menggunakan teknikal analisis yang betul. Teknikal analisis adalah asas yang penting untuk trade Forex dan semakin lama anda trade, semakin banyak pengalaman yang anda bakal dapat dan makin tak takut dengan market.

Trade menggunakan forex adalah berdasarkan kepada sistem yang anda bina sendiri. Kebanyakan full time trader yang saya kenal dan ada lama dalam teknikal analisis ini, mereke mempunyai setup yang mereka dah biasa. Mereka akan strict dan follow kesemua setup tersebut sebelum bermula. Ianya adalah antara setup yang penting untuk bermula. Apapun, sebelum pergi jauh, saya rekemen anda mempunyai beberapa alatan penting untuk jana pendapatan konsisten dalam forex.

Alatan Untuk Berdagang Forex

Kalau nak trade forex secara serious, kami rekemen anda invest dalam beberapa alatan untuk membantu membuat analisa terutama analisa secara teknikal. Dengan adanya alat ini, akan memudahkan anda untuk membuat analisa dan key in order dengan tenang. Alat yang saya maksudkan adalah di bawah.

Untuk charting memang kami rekemen tradingview. Mudah untuk anda akses sama ada dengan laptop, tablet ataupun smartphone. Setakat pengalaman saya trading, platform Tradingview adalah antara yang berikan pilihan terbaik untuk analisa secara teknikal. Ada bermacam indikator yang membantu anda untuk sukses dalam trading. Yang paling penting adalah, follow kepada teknik ataupun setup pilihan anda untuk sukses.

Cara Main Forex Dengan Betul – Teknikal Analisis

Ada bermacam cara untuk sukses dalam teknikal analisis. Ada yang suka guna moving average, ada yang gunakan naked chart, ada yang gunakan bolinger band. Daripada banyak-banyak teknik dan teknikal analisis ini, memang kena ikut kepada teknik yang anda selesa dan jangan berhenti sampai jumpa teknik yang sesuai.

Apapun, kesemua teknik dari teknikal analisis ini memerlukan anda untuk memahami candlestick chart, falsafah disebalik candlestick tersebut. Untuk teknik japanese candlestick chart, lebih baik anda cuba memahami dan mendapatkan panduan yang sesuai untuk bermula. Nak tahu lebih lanjut, boleh ke LINK INI bagi pemahaman yang lebih detail berkenaan dengan analisa teknikal menggunakan candlestick ini.

Jangan berhenti setakat itu sahaja, kalau anda gunakan teknik candlestick chart ini sahaja, ianya memang tidak mencukupi untuk sukses dan mendapat pendapatan konsisten dengan forex. Anda perlukan lebih daripada itu untuk sukses dalam bidang ini. Oleh itu pemahaman lain juga penting bagi membolehkan anda untuk terus sukses dan menjana pendapatan secara konsisten.

Oleh itu, kami rekemen anda dapatkan panduan daripada seorang yang sangat mahir dengan teknikal analisis iaitu buku panduan Technical Analysis Of The Financial Market by John J Murphy. Anda pasti terkejut dengan harga panduan ini.

Jangan berhenti dan teruskan mempelajari selok belok dalam analisa teknikal analisis ini. Ianya penting untuk anda sukses dalam forex.

Fundemantal Analisis Dalam Forex – Boleh Percaya Ke?

Kalau dalam saham, fundemantal analisis adalah salah satu elemen penting untuk sukses. Anda perlu lihat laporan kewangan, dividen yang diberikan dalam tempoh setahun, adakah profit setiap tahun bertambah, siapa pemilik syarikat tersebut, semua anda kena ambil kira. Sama seperti analisa saya dalam saham Telekom Malaysia ini. 

Untuk Forex, adakah anda perlukan strategi yang sama untuk sukses? Berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri, lebih baik ambil kira juga faktor seperti “news” ataupun berita yang tak dijangka. Antara berita yang menyebabkan pergerakan mata wang adalah serangan pengganas ke atas telaga minyak dan lain-lain. Berita seperti ini memang membarikan kesan kepada pergerakan Forex dan juga komoditi lain seperti minyak dan FCPO.

Nasihat saya, anda close positon Jumaat dan tidak hold sampai isnin kerana ditakuti faktor-faktor seperti ini akan berlaku. Apapun, ianya bergantung kepada strategi dan teknik pelaburan yang anda gunakan.

Faktor Psikologi

Berikut adalah beberapa persediaan mental kalau anda nak trade forex. Ini penting untuk anda terus sukses dalam bidang ini dan menjana pendapatan secara konsisten.

Tak Nak Rugi

Rugi tu biasa dalam forex. Tiada setup yang betul-betul perfect dalam forex ataupun FCPO. Trader yang konsisten dalam buat profit pun kadang-kadang tersilap, kalau newbie apatah lagi. Jadi kena tanam awal-awal bahawa anda perlu buang mentatili ini.

Cepat Putus Asa & Panik

Kalau nak trade forex ataupun pasaran yang ada demand dan supply ini, perlu untuk anda buang rasa cepat putus asa. Sebagai newbie, memang ada masa anda akan alami satu “loss” yang teruk dan sukar untuk bangkit balik. Ada masa apa yang anda belajar langsung tidak berguna. Masa tu memang kena tarik nafas dan cuba lagi, asalkan jangan putus asa.

Anggap Skim Cepat Kaya 

Jangan anggap trading ini seperti skim cepat kaya. Ianya bukan skim seperti itu dan ada kemungkinan anda akan loss, ada kemungkinan anda akan dapat untung. Banyak cerita manis yang kita dengar, trader forex travel satu dunia, sambil trade forex. Hidup penuh ceria sambil travel seluruh dunia. Memang ada yang seperti ini dan anda boleh jadikan inspirasi dan tidak terikut-ikut.

Terus Sukses dan Terus Bermula

Harap anda boleh terus sukses dalam pelbagai bidang yang anda ceburi. Harapnya, artikel berkenaan dengan cara bermain forex ini sedikit sebanyak membantu anda untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Suka saya akhiri artikel ini dengan alternatif lain terbaik untuk forex yang anda boleh dapatkan.

Nak tahu alternatif lain untuk forex, boleh tengok artikel berkenaan dengan FCPO ini.

Semoga anda sukses ya, kalau bermanfaat, kongsikan artikel ini, memang niat kami untuk membantu rakyat Malaysia mempunyai pendapatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada income makan gaji.

Artikel Berkaitan

Boleh baca artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Forex dan pelaburan saham di bawah ini;

Leave a Reply

Pin It on Pinterest