7 Sebab Saham Telekom Malaysia Terbaik – 2023

Saham Telekom Malaysia adalah antara saham yang popular dan mendapat sambutan di Malaysia. Saham TM Menawarkan keunikan yang tersendiri dan juga antara saham yang memberikan pulangan dalam bentuk dividen kepada sesiapa pelabur. Anda boleh melabur dalam bentuk runcit dengan kuantiti sederhana ataupun dalam kuantiti yang banyak. Kali ini, kami akan berikan beberapa sebab kenapa saham daripada Telekom Malaysia ini terbaik dan boleh anda beli untuk jangka masa panjang.

Untuk info, Telekom merupakan syarikat gergasi dalam penyediaan telefon dari rumah ke rumah. Ianya bermula dengan telefon rumah kemudian mereka mengorak langkah menawarkan servis streamyx dan sekarang ini mereka menawarkan pula pakej unifi pada harga bawah RM100.

Tawaran demi tawaran yang mereka lakukan ini ternyata menarik minat pembeli membeli produk mereka dan yang lebih penting, menampakkan kesan kenaikan yang positif kepada saham milik mereka.

saham telekom malaysia

Produk yang Pihak Telekom Tawarkan Adalah Sangat Kompetatif

Pihak Telekom mengorak langkah dengan menawarkan beberapa produk mereka yang di bawah harga pasaran. Ianya permulaan Unifi pada harga RM89 untuk pelanggan baru dan RM69 untuk pelanggan lama. Perkara ini bertujuan untuk mengembalikan semula “market share” mereka.

Pengumuman ini merupakan sesuatu yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang memang menantikan harga pelan internet bawah RM100 pada kelajuan yang munasabah. Juga, beberapa promosi mereka yang lain menyebabkan mereka menawarkan pelbagai pelan pada harga yang menarik dan terbaik. 

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) hari ini mengumumkan pengguna Streamyx bakal menikmati Internet berkelajuan sehingga RM8Mbps dengan tawaran harga serendah RM89 sebulan manakala pelanggan sedia ada menikmati tawaran itu serendah RM69 bermula September ini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Kumpulan TM, Rosli Man sebagai penyelesaian kepada gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang meminta syarikat telekomunikasi itu menyelesaikan pelbagai aduan rakyat berhubung perkhidmatan Internet termasuk tidak menepati kelajuan memuaskan selain harga terlalu tinggi.

Rosli berkata, pihaknya hari ini menyerahkan pelan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu 934,000 pengguna Streamyx di seluruh negara memperluas liputan dan kualiti Internet. (sumber : hmetro)

Jika anda belum melanggan lagi, kami saran untuk anda terus melanggan dengan mereka dan mendapatkan pakej menarik dari TM. Berita baik juga, anda boleh membuat langganan secara dalam talian.

Teknikal Analisis Saham TM

Untuk info, saya merupakan seorang pengguna tegar teknikal analisis untuk analisa saham ataupun medium pelaburan yang saya ceburi. Teknikal analisis ini sangat sesuai untuk pasaran saham yang bersifat agresif dan saya sering gunakan teknikal analisis ketika berdagang Futures Crude Palm Oil ataupun FCPO. 

FCPO merupakan pasaran hadapan kelapa sawit yang membolehkan pelabur runcit membeli dan menjual di sana. Ianya sangat aktof dan mempunyai volume yang tinggi. Saya tak mahu cerita panjang berkenan dengan FCPO, anda boleh baca artikel saya di SINI.

Kalau nak analisa teknikal analisis ini, saya sangat tak galakkan untuk anda gunakan smartphone. Paling kurang anda perlukan alat di bawah ini untuk analisa secara teknikal. Ianya memerlukan beberapa indicator bagi membantu anda untuk membuat keputusan sama ada perlu membeli sekarang ataupun sebaliknya. Boleh tengok alat yang saya maksudkan di bawah.

Saham Telekom Malaysia membuat satu permulaan yang baik dan berada dalam keadaan uptrend setelah mengalami satu kejatuhan yang teruk pada tahun 2018. 2020 pula menunjukkan satu permulaan yang baik ini disokong oleh faktor dalaman seperti promosi yang mereka lakukan untuk mendapatkan balik pelanggan. 

Macam mana saya analisa ianya dalam keadaan menaik? 

No photo description available.

Analisa adalah menggunakan Tradingview – platform terbaik untuk analisa teknikal analisis.

Ianya adalah berdasarkan kepada analisa harga di atas EMA 144 dan EMA169 untuk chart daily. Apapun ianya bergantung kepada keadaan pasaran saham pada ketika anda membuat analisa. 

Beberapa indikator lain juga menunjukkan ianya berada dalam keadaan menarik seperti Relative Strength Index dan juga Awesome Ossilator. Apapun, perlu diingat yang ini adalah berdasarkan pendangan peribadi dan anda perlu trade berdasarkan kepada keadaan samasa. (Trade at your own risk)

Boleh tengok buku berkaitan dengan teknikal analisis untuk mendalami teknik ini di bawah.

Fundemantal Analisis Saham Telekom

Kalau anda nak buat pelaburan jangka masa sederhana dan panjang, memang kena tengok fundemantal analisis. Ianya melibatkan keadaan pasaran dan rekod kewangan saham tersebut. Bagi TM ianya menunjukkan penurunan dari segi revenue dan peningkatan dalam aspek keuntungan berbanding tahun-tahun sebelum ini. 

Asas kewangan yang kukuh memang membolehkan anda untuk melabur jangka masa panjang. Apapun, teknik fundemantal analisis ini perlukan seni yang tersendiri dan Warren Buffet yang merupakan seorang pelabur billionaire merupakan pendokong kepada fundemantal analisis ini. Kalau anda nak mendokong fundemantal analisis ini, saya rekemen anda tengok buku beliau di bawah.

Kalau nak analisa saham ini secara fundemantal, boleh ke laman web KLSE Screener ini untuk mendapatkan gambaran besar sama ada ianya berbaloi untuk anda masuk dan melabur ataupun sebaliknya. 

Gabungan Teknikal Analisis Dan Fundemantal Analisis

Saya suka kalau anda gabungkan kedua-dua mazhab saham ini. Disebakan oleh Bursa Malaysia mempunyai beribu-ribu saham yang diperdagangkan setiap hari termasuklah Telekom Malaysia ini, adalah lebih baik untuk anda gabungkan kedua-kedua teknik ini. Maksud saya begini.

Gunakan fundemantal analisis untuk mencari kaunter saham yang sesuai berdasarkan kekuatan kewangan semasa, dividen, dan lain-lain. Dah jumpa saham sesuai kan, habis tu macam mana nak masuk?

Nak masuk kami rekemen untuk gunakan teknikal analisis. Masuk ketika harga berada di support, kalau anda nak “peram” lama pun terpulang, tiada masalah yang penting anda tahu apa yang anda buat dan tak terikut dengan orang lain.

Yang penting…. Melabur dalam ilmu dahulu dan kedua-dua ebook yang kami rekemen ini adalah antara pilihan yang terbaik anda boleh dapatkan untuk bermula. Terus belajar dan belajar sampai anda jumpa teknik yang sesuai dengan anda ye.

Saham Bagi Dividen – Sesuai Untuk Jangka Masa Panjang

Beli saham bukan setakat nak “buy low, sell high” ataupun “buy high, sell even higher” sahaja. Ada juga faktor dividen untuk menarik ramai membeli saham milik mereka.

Telekom pun menawarkan dividen dan yang menarik, ianya ditawarakan setahun paling banyak 2 kali dividen yang mereka keluarkan dan paling sedikit mereka akan ishtiharkan dividen sebanyak sekali.

Dan memang ada yang membeli saham disebabkan oleh dividen pun! Pada saya, dividen ini macam bonus. 

Kalau anda jumpa saham yang mempunyai fundemantal analisis yang bagus, teknikal analisis pada support dan tawarkan dividen, memang terbaik. Sekali lagi, buat analisa betul-betul dan trade at your own risk.

Pemegang Saham Terbesar TM

Khazanah Nasional Berhad mempunyai pegangan saham sebanyak 33.1% diikuti Permodalan Nasional Berhad 27.2% dan KWSP 20% pegangan saham. Disebabkan oleh nama-nama besar ini adalah pemilik kepada syarikat Telek0m Malaysia, anda boleh lega sikit untuk hold position jangka masa panjang. (sumber : BursaMarketPlace)

Image may contain: text

Akan datang, dengan pengenalan teknologi 5G, bakal membawa Telekom ke depan untuk beberapa tahun akan datang. Boleh tengok video di bawah ini.

Terus Bermula

Lengkapkan diri dengan ilmu berkaitan dengan saham sama ada teknikal analisis ataupun fundemantal analisis. Jika tak tahu boleh mulakan bacaan. Buku yang kami rekemen di atas adalah antara beberapa platform terbaik untuk bermula.

Untuk bermula berdagang saham anda perlukan akaun CDS. Dalam LINK ini kami juga rekemen kenapa kami pilih RHB untuk berdagang. Selamat berdagang dan semoga berjaya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *