5 Tips Tudung Jenama Sendiri – 2020

Nak tahu macam mana nak hasilkan tudung jenama sendiri yang cantik dan menarik? Ramai yang nak hasilkan tudung yang mempunyai jenama sendiri tetapi tak tahu macam mana nak bermula. Dalam artikel kali ini, kami berikan beberapa tips penting untuk anda bermula dan kos yang terlibat untuk anda mempunyai jenama sendiri.

Untuk info, salah satu tips yang penting dalam perancangan kewangan di Smartinvest101 adalah untuk menambah pendapatan dan membina empayer perniagaan sendiri. Salah satu cara untuk anda sukses dengan perniagaan dan minat dalam bidang fesyen dengan membina perniagaan tudung. Ramai yang berjaya dan anda juga boleh melakukannya.

Dalam artikel pada kali ini, kami akan berikan beberapa info terkini, kenapa tudung, tempat untuk anda dapatkan pembekal, tempat untuk marketing dan lain-lain lagi. Apapun, ianya bermula dengan tips dan ilmu pengetahuan dan kemahuan yang mendalam.

tudung jenama sendiri

Kenapa Tudung Bukan Perniagaan Lain?

Menutup aurat merupakan satu tuntutan dalam islam dan ianya wajib. Bagi seorang perempuan beragama islam, wajib untuk menutup aurat. Tudung hanyalah alat untuk tutup aurat sahaja. Tak ada tudung, anda boleh guna cara lain untuk tutup aurat, antaranya adalah dengan gunakan telekung agar tak nampak bahagian rambut dan kalau ikut syariah menutup dada.

Tak ada siapa nak guna telekung ke tempat kerja….

Jadi, cara paling mudah adalah dengan tudung. Ianya simple dan mempunyai banyak corak.

Permintaan tudung pula adalah sangat tinggi, daripada kanak-kanak, remaja, warga universiti, mereka yang bekerja dan makcik-makcik.

Lagilah kalau waktu perayaan, memang permintaan tudung ini menigkat naik. Di mana ada permintaan, disitu penjual datang. Yang penting adalah untuk berada ke depan daripada pesaing lain dan mempunyai keunikan tersendiri untuk produk yang anda nak jual. 

Boleh dikatakan hampir setiap bulan, terutama wanita berkerjaya akan membeli tudung baru. Waktu puncak adalah akhir bulan semasa dapat gaji. Biasanya waktu seperti ini, banyak iklan berkaitan tudung akan keluar dan pengiklan akan mengeluarkan wang yang banyak untuk iklan pada waktu-waktu ini.

tudung jenama sendiri

Cara Nak Buat Bisnes Tudung Sendiri – Fokus Pada Niche

Tudung merupakan satu niche muslimat yang sangat banyak konsep. Kalau anda fikir ianya dah terlalu banyak dan ramai yang menjual tudung, anda silap. Apa yang kami rekemen anda untuk anda fokus kepada satu jenis tudung.

Kami tak rekemen untuk anda jual semua jenis tudung untuk permulaan. Kenali target anda nak jual tudung konsep dan target siapa, ini adalah antara tips untuk sukses. Antara idea adalah;

  • Fokus kepada tudung kanak-kanak – konsep mudah sarung.
  • Tudung untuk remaja – ada fesyen dan saiz kena
  • Tudung untuk mereka berkerjaya – nampak style.
  • Tudung labuh untuk muslimah – trend tudung jenis ini pun sedang meningkat.
  • Tudung untuk makcik-makcik, apa taste mereka ya.
  • Tudung mahal – apa yang dah sukses.

Dengan fokus kepada satu jenis niche sahaja untuk permulaan, akan membolehkan anda untuk sukses. Persoalannya anda nak buat macam mana.

Tips ini adalah idea yang saya dapat daripada Puan Madihah Mustafa yang merupakan pemilik kepada Madihah Scarf. Boleh baca macam mana Puan Madihah sukses dalam empayer perniagaannya.

[Baca] Perkongsian Pengalaman Perniagaan Bisnes Tudung Pn Madiha

Kalau anda fikir perniagaan tudung ni dah “saturated” ataupun tepu, pastinya perkongsian Puan Mahiha ini akan sangat membantu.

Apa Yang Anda Perlukan Untuk Bermula?

Saya tahu anda tak sabar nak bermula, tapi sebelum itu, sebelum bermula, anda kena tahu kos yang terlibat untuk bermula. 

Untuk buat jenama sendiri, anda perlu dapatkan tudung pada kauntiti yang banyak, lagi banyak, lagi murah kos yang anda bakal keluarkan. Bukan setakat kos, anda perlu juga laburkan pada label dan marketing untuk pasarkan produk anda. Ianya bukan murah, tetapi moda permulaan RM15,000 adalah satu jumlah yang sesuai untuk bermula.

bisnes tudung

Tapi… Kalau Tak Ada Modal Bagaimana?

Kalau anda tidak ada modal sebanyak itu, lebih baik anda mulakan dengan cara dropship. Untuk dropship, modal yang perlu dikeluarkan adalah lebih minima, dalam anggaran sehingga RM1k sudah cukup untuk bermula. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan dropship boleh baca 2 artikel kami di bawah ini;

Puan Madiha pun ada kongsikan tips bagaimana untuk bermula tanpa modal yang besar. Boleh tengok perkongsian beliau sekali lagi.

Boleh Tengok Bagaimana Untuk Bermula di bawah 

Anda search di Facebook, Dropship Tudung, filter by group. Anda akan dapat keputusan yang sama seperti di bawah.

dropship tudung

Join group seperti ini untuk bermula dan menjana income. Anda bermula dengan perniagaan seperti ini dan membuat jenama sendiri tudung. Tapi kalau anda sudah mempunyai modal ataupun sudah mula membuat keuntungan, boleh terus fokus kepada bina jenama sendiri. 

Lubuk Bisnes Tudung – Bagaimana Bermula

Berikut adalah antara beberapa perkara yang anda perlu fikirkan untuk bermula. Terutama kalau anda sudah mempunyai modal yang tersendiri.

Modal 

Modal adalah isu yang penting untuk bermula. Anggaran modal RM15k adalah sesuai untuk bermula tetapi bergantung kepada jenis tudung apa yang anda nak jual. Kalau tudung kanak-kanak, tak perlukan modal yang besar. 

Kos marketing pun kena ambil kira termasuk dalam modal. Ianya lebih kepada marketing strategy. Jangan lupa juga untuk kos dapatkan agen baru untuk mereka memasarkan produk anda ye.

Konsep

Nak jual tudung kanak-kanak, tudung makcik-makcik, ataupun tudung muslimah. Anda fikirkan sendiri. Kami rekemen anda fikirkan satu konsep yang tiada pada perniagaan lain untuk bermula dan serlahkan keunikan anda. 

Dari segi design pula, anda boleh upah ataupun anda nak design sendiri. Penting design ini agar ikut trend semasa. Ataupun anda boleh beli tudung yang evergreen khusus untuk makcik-makcik ataupun kanak-kanak.

Kain Atau Fabrik

Pilih jenis kain yang sesuai. Tak terlalu panas dan berkualiti. Yang penting harga berpatutan dengan sesuai dengan target pelanggan anda. Kalau anda target mereka yang berada, boleh dapatkan fabrik yang sesuai.

Supplier

Ini adalah antara faktor yang penting kerana lagi murah barangan yang anda dapat, lagi besar keuntungan anda. Juga boleh salurkan keuntungan kepada kos-kos lain seperti staff dan marketing. 

Supplier juga yang membekalkan jenis kain dan merupakan faktor terpenting. Kalau dah ada pembekal kain, macam mana nak jahit, anda ada pekerja untuk jahit baju sendiri? Kalau ada lagi bagus, kalau tiada, apa yang anda kena lakukan. Dapatkan supplier di Vietnam.

Kalau ikutkan apa yang Puan Madiha Kongsikan…..

BAB 3 : SUPPLIER

Hah! Ini RAHSIA BESAR  di dalam ebook ini!

Saya bongkarkan 5 pembekal tudung yang saya gunakan sewaktu memulakan bisnes tudung!

Bukan sekadar nama sahaja! Tetapi complete saya berikan sekali dengan nombor contact serta alamat mereka. Anda boleh borong terus dengan mereka. Kualiti tudung yang mereka bekalkan, memang tiptop!

Satu perkara yang anda perlu tahu! Bila kita nak buat bisnes tudung ni.. kita tak boleh bergantung hanya kepada 1 pembekal sahaja. perlu ada 2-3 pembekal sebagai backup!

Dengan adanya 2-3 pembekal, insyallah anda takkan mengalami masalah tudung kehabisan stok dan sebagainya!

Menarik kan… (Sumber : Perkongsian Puan Madihah DI SINI)

Buka SSM dan Akaun Bank

Semua transaksi dilakukan bukan dengan akaun peribadi, tetapi dengan akaun syarikat agar nampak lebih profesional. Cara nak buka SSM tak susah. Kalau anda nak pergi jauh, ini adalah antara perkara yang kami rekemen untuk anda lakukan.

Marketing – Nak Jual Di Mana?

Anda boleh listkan produk anda di Shopee ataupun Lazada. Boleh baca cara nak listkan produk anda di Shopee di SINI.

Jual beli di Shopee lebih mudah kerana tak perlu ber”whatsapp” dengan pelanggan. Tau ada order masuk dan terus buat penghantaran. 

Youtube pun antara cara nak viralkan jenama anda. Kata nak nampak menarik kan. Untuk Facebook page pun kena setup siap-siap. Nampak macam banyak, tapi anda boleh lakukan sedikit demi sedikit terutama bab marketing.

Gambar

Sekarang ni gambar pun memainkan peranan penting untuk menjual produk lagilah tudung. Anda mungkin tak perlukan DSLR untuk gambar yang cantik, gunakan alat INI PUN BOLEH BUAT gambar cantik dan menarik. Semuanya boleh dilakukan sekarang dan perlu juga kena ada teknik edit gambar yang basic.

Boleh juga tengok video di bawah ini berkenaan dengan penerangan ringkas bagi tips untuk menjalankan perniagaan tudung anda sendiri.

Mula Menjual

Dah boleh terus menjual, semua anda dah ada, apa tunggu lagi. Tapi sebelum itu, kami rekemen untuk anda membuat pelaburan ilmu untuk terus sukses. Ilmu yang kami maksudkan adalah perkongsian daripada Puan Madihah tentang bagaimana beliau berjaya sukses menjual tudung dari mula. Seterusnya membina jenama sendiri

Ini adalah antara beberapa tips yang beliau kongsikan kepada anda. Untuk lebih lanjut dan kalau memang serious untuk bermula dengan perniagaan tudung, boleh dapatkan info lanjut di laman web beliau. 

Semoga sukses dalam perniagaan anda dan kami di smartinvest101 berbesar hati agar perkongsian ini memberikan anda input ataupun idea baru untuk tambah pendapatan. Kami suka mereka yang “take action” dan diharapkan anda dapat kongsikan artikel ini kepada mereka yang berkenaan.

Akhir kata, jangan lupa untuk follow channel Telegram kami untuk info kewangan dan cara buat duit terkini.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest