6 Tips Cara Jual Barang Dropship di Shopee

Kali ini kami nak berikan sedikit tips cara jual barang dropship di Shopee. Sebenarnya nak jual barang di Shopee ni tak susah, lagilah sekarang ni sudah ada konsep dropship. Sebenarnya lagi mudah untuk anda berniaga secara online sahaja. Bolehlah mendapat pendapatan sehingga 4 angka seminggu.

Nak berniaga di Shopee, anda boleh lakukan dengan menggunakan telefon pintar, ianya sudah memadai untuk mula menjual pelbagai barangan di Shopee. Tetapi, kalau nak lebih serious dan lebih banyak barangan yang ingin anda jual, kami rekemen untuk anda gunakan laptop dan mula menjual. Apapun, kali ini, kami ingin berikan beberapa tips penting untuk anda bermula dan sukses menjual secara online di Shopee.

Mulai Januari 2021, kami memberikan akses kelas Shopee secara percuma. Macam mana nak dapatkan akses tersebut, anda boleh dapatkan pada akhir artikel ini. Tujuan kami hanya ingin berkongsi dan diharap anda dapat lepas daripada ketidaktentuan ekonomi ini.

dropship shopee

Cara Menjadi Dropship di Shopee

Sebelum pergi lebih jauh berkenaan dengan cara untuk menjadi dropship, kami rekemen anda fahamkan dulu apa itu dropship. Ianya merupakan satu konsep perniagaan yang anda tidak perlukan barang pun, cuma fokus kepada marketing dan menjual. 

Disebabkan oleh itu, kadar keuntungan untuk setiap barangan yang terjual agak terhad. Lebih baik untuk mereka yang nak gunakan konsep ini menjual secara banyak. Fokus kepada kuantiti barangan yang anda nak jual. Jika satu barang anda dapat untung sebanyak RM10, cuba jual 10 ataupun 20 barangan. Barulah berbaloi. Untuk tahu berkenaan dengan konsep ini, kami ada tulis satu artikel khusus berkenaan dengan topik ini.

[Baca] Konsep & Maksud Dropship

Semua berkenaan dengan produk dropship ada di artikel di atas ini.

Pengalaman Dropship Shopee

Kalau ikutkan pengalaman saya, kenapa saya pilih Shopee dan bukan platform lain macam Facebook dan Instagram ke, adalah sebab berikut;

  • Shopee sudah popular – 700,000 pengunjung sehari!
  • Tak perlu simpan stok
  • Tak perlu pos ke pejabat pos
  • Tak perlu layan kerenah pembeli di Whatsapp

Semua ini anda boleh lakukan kalau menggunakan platform Shopee ini. Lagilah kalau anda menggunakan konsep dropship. Apapun, kalau anda sudah mempunyai modal sendiri, kami rekemen untuk anda cuba simpan stok dan cuba menjual sendiri. Kerana profit margin lebih besar jika anda lakukan seperti itu.

Bagaimana Menjadi Dropship di Shopee

Macam mana nak buat, kami tunjukkan 3 cara berbeza untuk anda lakukan.

Daftar dengan laman Web Dropshipper

Ada banyak laman web Dropshipper sama ada di Malaysia ataupun di China. Apa bezanya? Kalau di Malaysia penghantaran cepat tetapi harga mahal sikit. Kalau anda gunakan konsep dropship dari China pula, mungkin harga murah sedikit tetapi waktu penghantaran lebih lama dari yang ada di Malaysia. Kalau dropshipper dari China mungkin ambil masa sehingga 2 minggu untuk barangan itu sampai ke rumah pembeli. 

Kalau dari Malaysia, kami rekemen untuk anda tengok apa yang Kumoten offer untuk anda dapatkan pelbagai barangan dan idea untuk dropship.

Kalau laman web dari China pula, cuba tengok-tengok barang apa yang Aliexpress tawarkan. Ada banyak lagi sebenarnya laman web dropshipper di Malaysia ini, ini adalah antara yang kami rekemen untuk anda dapatkan maklumat.

Boleh tengok video kami di bawah khusus berkenaan dengan tips penting untuk sukses dalam Dropship.

Beli Melalui Seller Lain di Shopee

Anda boleh beli barangan melalui penjual lain di Shopee. Tak percaya kan? Tapi ramai yang buat dan lakukan.

Penjual A jual dengan harga RM10, anda boleh jual barangan dari penjual A dengan harga Rm15. Untung RM15 di situ.

Kalau nak gunakan teknik ini, anda kena lebihkan dari segi marketing biar iklan anda pembeli nampak. Mungkin kena improve gambar dan juga teknik copywriting pun kena power. 

Caranya anda kena chat dengan barangan yang anda dah target dan bertanya tentang perkara ini, boleh atau tak untuk menjual semula barangan tersebut. Jika boleh biasanya tiada masalah.

Teknik ini ada diceritakan oleh bro John Jenin dalam perkongsian di bawah ini.

Sebagai alternatif kepada perkongsian Bro John Jenin di atas ini, kami rekemen kalau anda nak buat Dropship, terus target negara yang mempunyai kuasa beli dan mata wang yang jauh lebih besar dari Ringgit. Caranya adalah Dropship di US dengan pendapatan dalam Dollar Amerika. Info lanjut macam mana nak buat Dropship itu, anda boleh tengok perkognsian bro Herman di bawah;

Dapatkan Senarai Barangan Yang Anda Nak Jual Di Facebook Group

Kami ada terangkan teknik ini di ARTIKEL INI. 

Tak susah pun, sebab RAMAI….. Yang mencari agen untuk pasarkan produk mereka. Agen yang saya maksudkan di sini adalah agen dropship. 

Boleh search di Facebook dan “filter by group” anda akan nampak group Facebook yang memberikan banyak input berkenaan dengan info ini. Mereka mencari agen untuk menjual produk mereka. Anda boleh cuba join group tersebut dan cuba berkenalan dengan mereka. Mana tahu satu hari nanti, anda boleh menjadi seperti mereka.

Tengok screenshot kami di bawah ini untuk info lanjut.

Siapa Yang Dah Berjaya Menjual Dan Sukses Dengan Cara Ini?

Mesti anda nak tahu kan, siapa yang dah sukses dengan cara ini dan apa bukti pendapatan mereka. Yelah… kalau setakat cakap kosong, siapa nak percaya. Untuk anda tahu dan dapatkan kepastian kisah kejayaan mereka yang menjual dengan cara ini boleh baca kisah Bro Mohd Fahmi @ Jenin. Beliau mendapat 4 angka jualan seminggu di Shopee menggunakan pelbagai teknik dan salah satunya adalah dengan teknik Dropship ini. Boleh baca kisah beliau di bawah.

Ada ramai lagi yang sukses dan mereka senyap-senyap sahaja. Saya juga secara peribadi ada kenal seorang yang sukses dalam menjual barang di Shopee. Beliau merupakan seorang engineer dan berjaya menjual di Shopee. Nak tahu apa yang beliau jual?

Nak tahu kan….

Beliau jual bayblade!

Saya ada tulis kisah bagaimana beliau bermula di ARTIKEL INI.

Anda boleh tengok dan kami juga berikan sedikit idea untuk anda bermula di Shopee.

Info Lain Yang Anda Perlu Tahu

Barangan yang pembeli beli daripada penjual di Shopee adalah selamat. Mengapa selamat, sebab Shopee akan “hold” dulu duit yang pembeli dah bayar dan apabila barang sampai, baru duit tersebut akan diberikan kepada penjual. Konsep ini membolahkan;

  • Transaksi di Shopee selamat. Cuma jangan whatsapp di Shopee dan buat pembayaran tidak melalui Shopee. Ianya bahaya dan boleh menyebabkan penipuan.
  • Disebabkan oleh itu, segala transaksi adalah perlukan modal. Anda perlukan duit anda dahulu untuk bermula.

Untuk bermula, RM500 adalah jumlah yang baik kalau anda nak gunakan konsep ini. Kalau anda boleh simpan stok, profit margin akan menjadi lebih tinggi dan lebih berbaloi untuk jangka masa panjang.

Saya Tak Sabar Nak Mula Ni – Apa Yang Saya Perlu Buat?

Baguslah kalau tak sabar, apapun kalau nak bermula, saya sangat rekemen kalau anda cuba buat pelaburan ilmu. Semua teknik dan idea untuk menjual ada di situ. Bukan setakat dropship, anda boleh juga mendapat info pembekal lain yang berbaloi di Shopee. Juga teknik lain untuk lariskan jualan ataupun listing produk anda. 

Saya rekemen untuk anda lihat cara untuk menjual di Shopee seperti dalam video di bawah ini. Pastikan untuk anda tengok video di bawah ini sampai habis kerana pada akhir artikel, kami berikan 2 tips penting bagi membolehkan kedai Shopee anda lebih menyerlang berbanding pesaing anda yang lain.

Apapun, teruskan bermula. Kalau nak jual barangan Dropship anda, kami memang rekemen untuk anda mulakan segera dan mula menjual di Shopee. Shopee adalah antara tempat yang paling berbaloi untuk anda jual produk fizikal anda.

Macam mana nak jual produk tanpa pesaing?

Saudara John ada teknik rahsia untuk dapatkan produk yang berkualiti dan ramai pembeli tetapi persaingan sangat kurang.

Macam Mana Nak Dapat Supplier Dropship?

Boleh baca lebih lanjut di dalam artikel ini, kami ada berikan detail untuk anda rujuk.

Macam mana nak promosi secara percuma?

Kalau nak baca promosi percuma dengan Youtube dan Blog, ada artikel kami ni haaa.

Macam Mana Nak Kurangkan Kos? Boleh Ke?

Semuanya boleh dilakukan tanpa kos. Tengok apa yang ada dalam panduan Shopee ini.

Nak tahu teknik promosi percuma;

Sekali lagi, kalau anda nak tahu lebih lanjut, cuba tengok apa yang bro John Jenin ni offer.

[Dapatkan Tips] Pengalaman Bro John Jenin

Juga sambil tu anda tengok-tengok offer daripada Bro Herman tentang pengalaman beliau untuk Dropship di SINI.

Jika berbaloi jangan berlengah lagi. Lagi lambat anda “take action” lagi lambat result yang anda bakal dapat ye. Semenatara tengah semangat ini, teruslah mula jangan malu jangan segan. Harap artikel cara jual barang dropship di Shopee ini membantu anda untuk bermula.

Seperti yang dijanjikan, kelas ataupun akses Shopee dan tips untuk menjadi penjual di Shopee ini anda boleh dapatkan di butang atas. Semoga berjaya dan salam sukses.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *