5 Maksud Dropship – Tips Bermula 2023

Apa maksud dropship? Mesti anda pernah dengar di mana-mana kan pasal dropship ini dan cuba cari info berkenaan dengan cara buat duit ini. Percayalah, bukan anda seorang sahaja yang nak dapatkan duit tambahan, ramai lagi. Apapun, business cara dropship ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa dan tidak ada banyak modal. Kalau ada banyak modal pun tak salah nak gunakan konsep dropship ini.

Bagi mereka yang beru berjinak dengan perniagaan online, konsep ini adalah sangat sesuai. Cuma kalau nak pergi jauh, memang kena amalkan teknik marketing untuk terus sukses dalam bidang ini. Apapun, kali ini, kami nak berikan tips, maksud dan cara penting untuk sukses dalam bidang ini.

maksud dropship

Apa Itu Dropship dan Cara Kerjanya?

Anda tidak perlu simpan barang dan menjadikan kos operasi anda lebih murah sikit kerana tidak perlu simpan stok. Macam mana cara pekerjaan ini adalah,ada pembekal yang menjual harga barang pada harga kilang. Jika anda seorang agen dropship, anda boleh dapatkan maklumat dan gambar barangan yang anda jual itu dari dropshipper. 

Agen dropship akan iklankan produk tersebut di media social, facebook, instagram, mudah.my, lazada dan juga Shopee. Apabila ada pembeli nak beli barang, anda hubungi dropshipper dan dropshipper akan hantar barangan yang dibeli kepada pelanggan. Jadi, anda tak perlu nak simpan stok barangan pun dan boleh fokus kepada marketing. Menarik kan konsep ni.

Ianya boleh digambarkan dengan diagram di bawah ini.

konsep dropship

Wujud 3 elemen, agen dropship, dropshipper dan pembeli.

Keuntungan & Kelebihan Dropship

Gunakan konsep ini boleh buat untung ke? Ya, boleh, tapi dengan syarat, anda kena jual dalam kuantiti yang banyak. Baru boleh dapat untuk berganda-ganda. Dalam istilah lain, anda kena fokuskan kepada “volume” produk. 

Contoh anda pasarkan produk kurus jenama A. Produk tersebut dijual pada harga RM40 termasuk shipping. Jadi sebagai agen, anda kena jual pada harga paling kurang RM45 ataupun RM50 untuk mendapat keuntungan. Kalau anda berjaya jual RM50, boleh la dapat untung RM10 untuk satu produk. Boleh pasang target iaitu sehari 10 barang. Ianya bergantung kepada produk yang anda jual. 

Jadi, apa yang anda perlu tahu adalah;

  • Tidak perlu simpan barang.
  • Fokus kepada marketing

Inilah kelebihan dropship yang anda perlu tahu.

Keburukan & Kekurangan Dropship

Di akhir artikel ini, kami berikan beberapa tips untuk atasi kekurangan ini. Harap anda boleh ambil tips yang akan kami sarankan ini.

  • Tak tahu nak buat marketing macam mana.
  • Profit margin kecil
  • Tak ada masa nak promote jualan.
  • Kena layan whatsapp terutama kalau anda nak jual produk di Facebook.

Ini adalah apa yang anda perlu tahu kalau nak buat dropship ini. Jangan bimbang, di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kami tunjukkan beberapa tips untuk anda atasi semua masalah ini. 

Pembekal Dropship dari China & Malaysia

Nak buat business dropship ini, apa yang anda perlukan adalah untuk mencari pembekal dan barangan yang anda nak jual. Jadi, persoalan utama adalah, di mana nak dapatkan semua pembekal ini? 

Pembekal Malaysia

Kalau nak dapatkan pembekal di Malaysia, kami sarankan untuk anda dapatkan info daripada Kumoten. Ianya adalah laman web untuk dapatkan dropshipper terbaik di Malaysia. 

Pembekal Dari China

Kalau nak cari pembekal dari China, antara tempat yang kami paling rekemen adalah AliExpress. Ada pelbagai barangan yang anda boleh jual dari sini ke Malaysia. Tetapi, perlu untuk anda ambil kira, tempoh penghantaran akan ambil masa yang lama. Jadi, perlu untuk anda ambil kira semua faktor ini sebelum mula menjual. 

Boleh Buat Carian di Google Dan Facebook

Anda boleh dapatkan pembekal di facebook dan google. Ini adalah permulaan untuk anda dapatkan tempat untuk bermula. Kalau di Facebook, anda boleh join group berkaitan, taip dropship dan filter by group, di sana ada akan nampak banyak pilihan mereka yang memerlukan agen. Ada cuba join group ini untuk bermula ya.

cara mencari dropship di facebook

Apapun, kalau anda masih tak tahu macam mana nak bermula, boleh tengok perkongsian daripada bro Mohd Fahmi @ Jenin tentang macam mana beliau dapatkan produk yang sesuai secara dropship dan pada masa yang sama mula menjual di Shopee. Beliau juga telah konsisten mendapat 4 angka seminggu. Banyak tu….

Dari situ anda boleh mendapat sedikit sebanyak tips dan teknik tentang bagaimana untuk bermula.

Boleh juga tengok di bawah berkenaan dengan step by step bagaimana nak sukses dengan model perniagaan Dropship.

Apa Itu Dropship Shopee?

Anda menjadi agen dropship kepada mana-mana tempat, contoh seperti ubat kurus, dan lain-lain dan seterusnya, anda iklankan produk tersebut di Shopee. Kenapa shopee? Kerana anda tidak perlu kos marketing yang tinggi jika mengiklankan produk anda di Shopee.

Juga, tidak perlu melayan whatsapp kerana semua info ada di produk info. Mungkin kena la layan chat box jika ada pelanggan yang bertanya. Lagi satu ianya mempunyai jumlah pengunjung yang ramai pada setiap hari. Kira-kira 700 ribu sehingga 800 ribu pengunjung sehari. Ramai tuu!

Kami juga ada tulis tips untuk berniaga di Shopee di SINI. Boleh baca dan dapatkan panduan untuk terus dapatkan ilmu dan tips dari kami.

Cara Letakkan Produk Anda di Shopee

Macam mana nak letakkan produk anda di Shopee. Produk dropship anda tu, anda letakkan di Shopee. Caranya, anda boleh tengok video di bawah ini. Pastikan anda tengok sehingga habis kerana di akhir video, kami berikan 2 tips penting cara untuk membuatkan produk Shopee anda lebih menyerlah berbanding pesaing lain.

Dropship Tanpa Modal?

Ini adalah antara salah faham maksud dropship yang ketara. Untuk business ini, anda masih perlu untuk keluarkan modal sedikit untuk kos marketing. Biasanya kos yang diperlukan adalah dalam sekitar RM500 hingga ke RM1000 untuk bermula. Apapun, disebabkan kos yang tak terlalu tinggi ini, anda boleh terus mencuba. Kalau dahulu ramai yang menggunakan medium Facebook Ads, tetapi disebabkan oleh Facebook Algorithm yang semakin berubah, kos Fb Ads juga semakin tinggi.

produk dari china

Kami rekemen untuk anda terus bermula dengan Shopee sebagai salah satu medium pengiklanan yang baik untuk anda terus mendapat keuntungan. Tetapi kena tengok kos-kos terlibat dari segi shipping dan lain-lain yang terlibat. Sebab itu, kami rekmen untuk anda terus bermula dengan panduan ini untuk sukses dalam bidang ini.

Sekali lagi, kalau nak bermula, kami rekemen untuk anda dapatkan info berkaitan dengan Shopee di SINI.

Sebagai alternatif kepada Shopee dan anda nak terus berniaga Dropship dengan pendapatan sehingga mencecah 5 angka sebulan. Boleh tengok perkongsian saudara Herman di SINI.

Apapun, ini adalah antara maksud dropship yang anda perlu tahu dan harap anda boleh terus bermula dengan modal yang kecil. Jangan lupa untuk follow channel Telegram kami di bawah ini bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tips tambah income yang lain.

Related Posts

3 thoughts on “5 Maksud Dropship – Tips Bermula 2023

  1. Saya nampak banyak kat FB cakap nak cari agen dropship… Sekarang saya telah faham buss model dah…

    1. alhamdulillah harap artikel ini dapat membantu.

  2. Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui tentang program agent dropship Malaysia Kumpulan Rimbunan dengan lebih lanjut!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *