3 Cara Dropship Tanpa Modal 2023

Ada ke perniagaan dropship tanpa modal? Jawapan kepada persoalan ini bergantung tetapi ianya agak lambat berbanding kalau anda keluarkan modal yang minima terutama untuk kos marketing. Pada saya dropship merupakan antara perniagaan yang tak perlu kos yang terlalu besar dan sesuai untuk mereka yang nak mula dengan modal yang minima.

Apapun, pada kali ini, kami nak share beberapa strategi yang anda sendiri boleh gunakan untuk perniagaan Dropship anda. Ianya memang boleh dilakukan dan yang paling penting sekali adalah untuk anda lakukan secara konsisten.

Jadi, betul ke tanpa modal? Boleh baca sampai habis.

dropship tanpa modal

Barang Dropship Paling Laku

Sebelum pergi lebih jauh, adalah penting untuk lihat semual barang Dropship yang paling laku keras. Logiknya mudah sahaja, barang yang laku ini, memang mendapat permintaan tinggi. Apabila permintaan tinggi, senang la anda nak mula menjual nanti. Apapun, kalau anda belum tahu dan nak tahu apa itu Drophsip boleh ke SINI.

Macam mana nak cari barang dropship paling laku ini? Paling mudah dan simple adalah dengan buat analisa pelbagai barangan di Shopee.

Shopee merupakan antara marketplace ataupun tempat menjual yang mempunyai ramai pengunjung. Anda pun jangan tinggalkan Lazada juga, di situ pun banyak penjual dan boleh analisa pelbagai barangan yang senang nak laku keras.

Sedikit tips untuk analisa barang yang laku keras, boleh tengok;

  • Jualan sekitar 50 ke atas, ya di Shopee, anda boleh nampak berapa banyak produk yang terjual.
  • Rating seller melebihi ataupun 4 star ke atas. Elakkan bawah 3 star
  • Kena tengok harga yang penjual tu jual? Kalau murah masih boleh lagi nak jual semula barang tersebut sebagai dropship.

Kalau ikutkan semarai di atas ini, memang ada banyak barangan yang boleh dimasukkan dalam kategori ini. Apapun, ini sedikit kategori barangan yang anda boleh cuba masuk ataupun buat analisa.

  • Barangan bayi, berkaitan dengan susu ibu pun boleh.
  • Pakaian 
  • Alatan deko rumah

Kalau anda ikut perkongsian daripada Bro John Jenin, elakkan niche yang dah terlalu tepu terutama jika anda baru bermula. Niche yang saya maksudkan adalah smartphone dan yang seangkatan dengannya. Kalau dah lama boleh, kalau baru mula memang susah. Banyak juga yang saya dapat dari perkongsian bro John Jenin tu, boleh tengok di bawah;

Dah cukup buat analisa? Dah jumpa niche yang sesuai? Tak jumpa lagi pun tak apa, boleh pergi ke step seterusnya. Tapi anda masih kena lakukan analisa dahulu ya.

Boleh tengok video di bawah ini juga ya.

Agen dropship diperlukan

Jika anda dah jumpa barangan yang anda boleh jual, tak susah pun, anda boleh jual barangan tersebut di Shopee juga.

Untuk supplier, anda boleh dapatkan supplier di Shopee ataupun buat carian di google dan Facebook. Contoh carian adalah seperti berikut.

Untuk Facebook, taip sahaja pada ruangan carian “dropship tudung”, lepas tu filter by group. Lihat group-group yang memang mencari dropshipper. Ini untuk tudung, anda pun boleh gunakan ataupun buat carian berdasarkan barangan yang anda cari + dropship.

Di google pun anda boleh lakukan perkara yang sama. Buat carian untuk barangan yang anda cari + perkataan dropship. Kalau tak faham tak apa, boleh tengok video di bawah saya ada explain method ini.

Tengok video ini, insyaAllah akan membantu anda untuk mencari pembekal dropship yang bagus.

Dropship Shopee Tanpa Modal

Dah jumpa pembekal? Strategi untuk jual tanpa modal adalah dengan iklankan produk anda di Shopee dan juga Lazada. Untuk pengetahuan anda, iklankan produk anda di Shopee dan Lazada adalah TANPA MODAL. Mudah kan!

Saya pernah beritahu kenapa Shopee ini unik di SINI. Sekali lagi, anda perlukan strategi lain untuk tingkatkan jualan di kedai Shopee anda. Antaranya strategi FREE Shipping dan lain-lain lagi. Untuk strategi tersebut, saya sangat galakkan untuk anda apply je tips yang bro John Jenin tunjuk.

Boleh tengok dalam link di atas, memang ianya akan sedikit sebanyak membantu anda untuk mendapatkan strategi lain untuk jual produk anda. 

Strategi Dropship Tanpa Modal – Jual Kepada Kenalan

Ini lebih kepada strategi pemasaran yang sesuai untuk anda. Apa yang anda boleh lakukan adalah untuk menjual kepada semua kenalan anda. Macam mana? Gunakan medium Whatsapp pun dah ok.

Gunakan Whatsapp status dan kerapkan iklan di situ, menarik kan. Daripada Whatsapp Status ini, banyak produk yang anda boleh jual secara konsisten. 

Strategi lain tapi masih lagi menggunakan medium Whatsapp juga, anda boleh buat link whatsapp untuk jualan seperti di SINI. Kemudian gunakan tools yang agak powerful seperti Waboost untuk blast kepada kenalan anda berkenaan dengan perniagaan ataupun produk yang anda boleh offer. 

Penting untuk ada database client, untuk itu, boleh gunakan tools seperti Whatsapp Waboost ini untuk bina sendiri database anda. Nak bina 3000 database menggunakan Waboost ini tidaklah sukar dan ianya agak mudah. Cuba menjual di Whatsapp pun tiada masalah. Ataupun jika pelanggan nak membeli, berikan sahaja link Shopee kedai anda. Terpulang kepada strategi anda.

Ini juga adalah antara strategi dropship tanpa modal, dan kalau ada modal pun, pada saya agak minima.

Facebook – Lubuk Dropship Terbaik

Strategi dropship tanpa modal seterusnya adalah dengan menggunakan medium seperti di Facebook. Seperti yang anda tahu, facebook ads adalah sangat mahal dan perlukan setting yang sesuai untuk jimatkan kos. Anda mungkin perlu untuk ambil kelas khusus berkenaan dengan strategi Facebook ads marketing.

Cara FREE, anda join Facebook Group berdekatan dengan anda dan postkan iklan jualan dalam group tersebut. Cuba konsisten post dalam group. Antaranya adalah 50 group dalam masa sehari ataupun terpulang. Lagi konsisten anda lagi bagus.

Ini adalah cara free, kalau tak larat nak post sebanyak 50 group dalam masa sehari, boleh guna strategi lain. Guna FBOOM ini, saya pun guna. Perisian ini membolehkan anda untuk post secara automatik ke group Facebook yang anda dah join. Nak post 50 group sehari, memang boleh dan tiada masalah. Boleh tengok apa yang FBOOM offer di SINI.

Berbaloi? Memang sangat berbaloi! Nanti saya akan cuba berikan review berkenaan dengan Fboom pada masa akan datang.

Boleh baca juga

3 Strategi Untuk Anda

Apa yang anda perlukan adalah untuk study barangan yang anda boleh jual secara dropship. Dah jumpa barangan yang anda nak jual, seterusnya, mula menjual. Dalam artikel di sini kami share 3 strategi untuk menjual produk dropship tanpa modal. 

  • Platform Shopee
  • Whatsapp – Manual dan Auto
  • Facebook – manual dan auto

Cukup 3 strategi ini dan daripada 3 strategi ini memang anda sudah boleh bermula dan boleh menjual. Apapun, harap artikel dropship tanpa modal ini membantu anda dan jika anda rasakan ianya bermanfaat, minta kongsikan artikel ini di Facebook atau mana sahaja yang bersesuain. 

Related Posts

One thought on “3 Cara Dropship Tanpa Modal 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *