Tips Dropship Untuk Beginner

Kali ini kami nak kongsikan tips dropship untuk beginner. Dropship merupakan satu model business yang tak asing lagi dan telah ramai yang berjaya dalam perniagaan dropship milik mereka. Kali ini, kami nak kongsikan beberapa info dan input untuk bagaimana nak berjaya dalam perniagaan dropship ini.

Setelah berkecimpung dalam perniagaan secara dropship selama lebih 5 tahun, ini antara beberapa perkongsian penting untuk anda cepat belajar dan berjaya. Dalam dunia dropship ini kalau boleh memang kita nak dapat cepat. Dah nampak result cepat baru semangat nak teruskan usaha dan pelbagaikan strategi anda.

Kepada anda yang baru sampai di sini, pasti anda ingin terus dapatkan info dan input berkenaan dengan perniagaan Dropship. Kali ini kami nak tunjuk sedikit demi sedikit macam mana nak sukses, jika saya boleh, anda pun pasti tiada masalah.

tips dropship beginner

Kalau Anda Baru Bermula – Belajar Dari Mereka Yang Lebih Pandai

Dalam pelbagai perkara, ada mentor adalah sangat penting untuk percepatkan perjalanan perniagaan anda dan juga elakkan daripada anda lakukan kesilapan yang sama. Ada mentor, memang akan sangat membantu anda untuk sukses.

Sekarang ini, mentor tak semestinya kena face to face. Zaman sekarang ni, nak sukses tak semestinya mentor secara fizikal, boleh sahaja mentor secara online pun tiada masalah. Berrgantung kepada situasi, keadaan dan niche tertentu. Jika anda meminati dropship tudung, anda boleh tonton video di bawah ini.

Dah tengok sampai habis? Dalam video di atas ini, kami ada tunjuk sedikit macam mana nak cari dropshiper daripada Facebook dan juga Google. Berbaloi juga untuk anda dapatkan ilmu baru. Apapun, nak dapatkan tips dan mentoring dari Pn Madihah, boleh ke SINI.

Ini mentoring untuk Malaysia. Kalau anda nak dapatkan info dan tips untuk buat dropship luar negara pun tiada masalah. Macam mana nak buat drophsip untuk pasaran di US ataupun di mana sahaja di dunia ini, anda boleh dapatkan info lanjut dalam artikel di SINI

Apapun, teruskan bacaan anda kerana banyak lagi info dan tips dropship untuk begineer yang bakal anda dapat untuk perniagaan anda.

Pilih Niche Dan Produk Anda

Kalau perempuan, boleh cuba dahulu strategi perniagaan dropship tudung. Ianya lebih dekat dan lebih mudah. Kalau lelaki, mungkin boleh gunakan model dropship luar negara seperti yang kami kongsikan di atas tadi. Ya, saya sendiri dah membeli produk Rahsia Shopify ini dan ternyata ianya sangatlah berbaloi. Nak tahu ada apa dalam kandungan Rahsia Shopify ini, boleh tengok dalam video di bawah ini.

Apapun, untuk permulaan, adalah lebih baik untuk memilih niche yang bersesuaian dengan minat anda. Sebagai contoh, jika anda minat memancing, mungkin boleh cuba menjual produk memancing sama ada memancing di Malaysia ataupun di luar negara. 

Memang ada banyak niche yang anda boleh explore, apapun, kalau tak tahu nak jual apa, mungkin boleh dapatkan idea nak jual apa di Shopee ini sebagai satu permulaan untuk anda mendapatkan idea untuk perniagaan dropship anda.

Pilih Yang Dah Proven Dan Berjenama – Mudah Kerja Anda

Nak pilih produk, pilihlah yang berjenama ataupun yang sudah ada nama. Mudahlah kerja anda kerana sebagai salah satu strategi untuk berjaya dalam perniagaan dropship ini adalah, strategi marketing. 

Apabila sesuatu produk itu sudah ada jenama dan team marketing yang kukuh, mudahlah kerja anda untuk mula menjual. Mungkin beberapa jenama yang ada ini membolehkan anda untuk buat pemilihan.

Saya suka guna google trend untuk lihat sendiri trend terkini jenama-jenama yang ada dan meningkat naik di Malaysia. Tak percaya, boleh tengok di bawah ini.

Banyak lagi jenama lain yang ada di pasaran. Apapun, tak salah untuk mencuba jika anda mempunyai minat yang tersendiri. Selain daripada minat memancing, minat dekorasi rumah ataupun minat memasak memang membantu untuk berjaya dalam bidang dropship.

Macam Mana Nak Cari Supplier / Pembekal?

Salah satu cara adalah, anda cari pembekal di Facebook dan google. Macam mana nak cari? Saya ada ceritakan berkenaan dengan info ini dalam video di atas. Video berkenaan dengan tips memulakan business tudung sendiri. Di situ ada info berkenaan dengan ini.

Apapun, selain daripada itu, artikel ini juga mungkin membantu anda untuk mendapatkan supplier di Shopee. Boleh tengok 2 sumber di bawah ini ya;

Sumber daripada Facebook dan google untuk mendapatkan pembekal barangan Dropship, juga, tips dari Bro Jenin dan lubuk supplier dropship ini, memang sedikit sebanyak membantu anda untuk bermula. Dah ada niche, dah ada produk, teruskan sahaja. Seterusnya adalah untuk anda fokus kepada teknik marketing yang berkesan untuk naikkan jualan anda. 

Teknik & Strategi Marketing Anda

Sebelum anda pergi kepada teknik markting, pastikan dan kalau boleh anda dah tahu apa yang anda buat. Maksudnya, anda dah ada produk nak jual, dah tahu nak jual produk apa dan seterusnya barulah fokus kepada marketing. 

Jika belum ada, tak mengapa, kerana anda masih boleh teruskan bacaan kerana dari situ anda boleh tahu teknik dan strategi marketing apa yang bakal kami kongsikan kepada anda. 

Tak dinafikan, ada banyak cara untuk strategi marketing ini. Daripada strategi menggunakan blog, youtube dan terkini menggunakan whatsapp dan juga Facebook.

Platform berbayar seperti Facebook ads memang menelan kos dan belanja yang agak besar. Lagilah kalau anda baru nak bermula. Untuk itu, kami akan sedaya upaya berkongsi teknik dan strategi untuk anda kurangkan kos.

Strategi Marketing Jimat Kos 

Strategi marketing pada kali ini, kami cuba fokus menggunakan 2 platform sahaja. Ianya jimat kos kerana untuk menggunakan strategi ini, anda cuma perlukan modal yang minima sahaja. Ya, anda memang masih perlu untuk keluarkan modal tapi saya jamin, ianya sangat minima.

Strategi Whatsapp

Strategi ini mudah sahaja kerana sekarang pun, Whatsapp sudah boleh untuk blast kepada banyak nombor dengan mudah dengan bantuan perisian Waboost. 

Timbul persoalan, macam mana nak blast kalau tak ada database? Tak perlu risau, kerana dengan waboost ini, anda boleh bina database anda sendiri dan kemudian blast database anda dengan ayat jualan yang sesuai. Tak nak cakap banyak, boleh dapatkan info lanjut review waboost di SINI.

Strategi Fboom

Waboost pada saya agak hebat dan powerful, tetapi kalau gabung dengan Fboom pun memang bagus dan berguna. Macam mana tu? 

Fungsi Fboom yang saya paling suka adalah, Facebook Autopost. Ianya membolehkan anda untuk post secara automatik kepada banyak group-group Facebook yang anda telahpun sertai. Ianya jimat kos dan pada masa yang sama memang sangat powerful.

Untuk Fboom, boleh ke SINI.

Boleh Bermula Sekarang

Ini adalah tips dropship untuk beginner. Baca dan fahami dan tiada masalah untuk anda kongiskan kepada mereka yang lain yang ingin mendapatkan info lanjut untuk sukses dalam dropship. 

Dah ada produk, dah tau nak masuk niche apa, boleh terus mula. Pening tak tahu nak piliih niche, boleh dengar perkongsian Bro Jenin, Pn Madihah untuk dapatkan niche killer yang sesuai.

Related Posts

17 thoughts on “Tips Dropship Untuk Beginner

    1. welcome, hope this help in dropshipping journey.

  1. Rawlins dulu berjinak dengan bisnes pun mula dengan dropship. Bebudak sekarang lagi senang nak buat dropship sebab no modal dan ada banyak pilihan.

    1. betul dan sangat setuju. Ada banyak sangat pilihan yang ada sekarang ni.

  2. Thanks so much for sharing this informative about dropshipping, learn much more about it now with your tips shared. Cheers Siennylovesdrawing

  3. bagus info esp dalam
    mencari nivhe dan tips pemasaran. membantu mrk yg nak start mulakan perniagaan

    1. terima kasih. Harap dapat membantu mereka yang nak sukses dalam hidup.

  4. Tips yang sangat berguna, dulu pernah jd dropship, memang banyak juga baca sama dengan tips ni.. thanks sharing..

    1. terima kasih, kami dan team cuba menulis yang terbaik.

  5. Bebrbaloi sangat bila ada sistem dropship ni… orang yang takde modal atau modal kecil dapat peluang berniaga… tq atas tips yang sangat membantu ni

    1. betul tu, mereka yang ada modal minima sangat sesuai

  6. nice sharing, banyak info dan tips berguna yang boleh jadikan rujukan untuk tambah pendapatan . terima kasih

    1. sama-sama, harap bermanfaat dan boleh kongsikan kepada yang lain.

  7. Great information for me yang tengah planning nak setup something new especially on the application yang boleh memudahkan cara marketing kan.. boleh explore apps ni nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *