11 Lubuk Supplier Dropship Shopee 2021

Macam mana nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan supplier dropship Shopee? Hampir semua orang tahu dan kenal apa itu Shopee. Selalunya anda masuk dalam aplikasi Shopee untuk apa? Beli barang sahaja atau menjual barang? Artikel pada kali ini akan memberikan anda info bagaimana menjana pendapatan dengan mencari supplier dropship di Shopee dan lubuk-lubuk emas yang boleh anda cuba. 

Dalam perniagaan ini, pembekal adalah sangat penting untuk kelangsungan perniagaan. Memang perlu ada networking dengan pembekal. Apapun boleh tengok beberapa senarai pembekal ini kalau anda nak bermula. Juga pada artikel ini, saya nak sertakan beberapa pembekal yang anda boleh dapatkan maklumat lanjut.

supplier dropship shopee

9 Dari 10 Punca Rezeki Ada Pada Berniaga

Dengan keadaan covid-19 ini, rata-rata rakyat Malaysia juga mengeluh kerana pekerjaannya terjejas. Ada yang diberhentikan secara tiba-tiba kerana syarikat tidak mampu mengajikan ramai pekerja. Jika dahulu mungkin kita berfikir bahawa orang yang bekerja dalam sektor kerajaan, maka masa depan dan kewangan lebih terjamin, tetapi kini tidak lagi.

Kini, ekonomi sering berubah-ubah dan anda perlu peka untuk menyesuaikan diri dengan apa jua jenis pekerjaan walaupun berlainan bidang. Berniaga adalah salah satu sumber rezeki yang terbukti menjanjikan kekayaan. 

Manfaat menjadi supplier dropshipper di Shopee

  • Kurang terdedah dengan scammer-scammer di luar sana untuk menipu pelanggan
  • Tidak perlu runsing dan pening kepala untuk closing barang
  • Mempunyai iklan dan kempen yang sangat-sangat murah
  • Segalanya transaksi, promosi, iklan, dan bayaran semudah di hujung jari dimana anda boleh lakukan sepenuhnya secara dalam talian

1. Supplier dropshipmurah.

Dropshipmurah ini, adalah system auto sync. Ini bermaksud, semua produk di dalam dropshipmurah ini anda boleh muat naik ke kedai shopee anda dengan beberapa klik sahaja. Apabila ada pesanan masuk ke kedai shopee anda, dropshipmurah juga dapat menerima notifikasi pesanan itu, dan ia akan bantu anda ambil, bungkus, dan hantar produk itu kepada pelanggan, tanpa anda perlu buat apa-apa. 

Supplier ini sangat sesuai jika anda menumpukan perhatian kepada produk-produk kelengkapan dan hiasan rumah seperti cadar, rak, perkakas dapur, dan tekstil. 

2. Savevalue2u

Sama seperti dropshipmurah, savevalue2u ini juga merupakan system auto sync. Perbezaan yang paling besar adalah produk yang dijual dalam kedua-dua platform ini adalah berbeza. Savelavu2u pula tidak mengkhusukan mana-mana jenis produk malah membuka luas segala pasaran produk untuk kegunaan semua generasi dari keluarga, dewasa, kanak-kanak, orang tua, dan haiwan peliharaan.

3. Facebook 

Anda juga boleh mencari penjual atau mana-mana jenama produk atau produk yang membuka peluang sebagai dropship. Facebook adalah medium terbaik yang anda boleh dapatkan dimana ia mempunyai pelbagai kemudahan untuk mana-mana perniaga. Apa yang anda perlu buat adalah, pergi ke search bar Facebook, dan taip keyword dibawah:

  • Dropship diperlukan
  • Dropship wanted
  • Program dropship
  • Agent dropship
  • Ejen dropship
  • Dropship Agent
  • Dropship Agent Malaysia
  • Lubuk Supplier Dropship

Lepas anda tekan sahaja keyword ini di ruangan search, anda akan dapat lihat pelbagai pilihan produk dan jenama yang mencari dropshipper untuk meluaskan pasarannya. 

Dropship Wanted Facebook

Pilih sahaja mana-mana produk yang anda rasakan berkenan dan sesuai dengan niche area perniagaan anda di Shopee lalu mulakan jualan. Nak atau tidak, anda boleh mendapat supplier dropship Shopee melalui Facebook dengan mudah.

4. Tips Dari Bro JohnJenin

Bro John Jenin ada kongsikan tips berkenaan dengan lubuk supplier yang ideal. Ini sangat penting terutama kalau anda serious nak majukan kedai Shopee anda. Kebanyakan yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah antara tempat yang diketahui ramai orang dan kalau anda nak tahu ataupun dapatkan info berkenaan dengan tempat ataupun lubuk pembekal yang tak ramai tahu, boleh tengok sharing bro John Jenin.

Alang-alang tu, boleh dapatkan sekali tips dan perkongisian daripada mereka yang dah lama sukses dalam bidang ini. Bagi saya, ini adalah tips killer untuk dapatkan senarai pembekal ataupun supplier Dropship Shopee.

5. Google

Google Chrome adalah sebuah search engine yang sangat lazim pada semua orang. Selain melayari internet, anda juga boleh mencari lubuk-lubuk emas di sini dengan hanya memasukkan keyword di ruangan search. Antara keyword yang anda boleh key in adalah:

  • Dropship Malaysia
  • Dropship Diperlukan
  • Dropship Wanted
  • Program Dropship Malaysia
  • Dropship Agent Malaysia
  • Dropship Agent
  • Supplier Dropship
  • Lubuk Supplier Dropship
Dropship Malaysia Google

Konsep carian di Google dan Facebook tampak sama tetapi sebenarnya berbeza. Di Google anda akan menjumpai bermacam-macam jenis page yang bersifat international dan dalam konsep produk yang terbuku serta tidak terhad. 

6. Kumoten

Kumoten adalah sebuah marketplace supplier dropship yang dicipta khusus untuk semua dropshipper di Malaysia untuk produk sistem automasi. Contohnya seperti aksesori kereta, aksesori motor, dan lampu. Selain itu, Kumoten juga ada menjual pelbagai produk yang sangat berguna dalam ahli keluarga baik untuk golongan lelaki mahupun golongan wanita. 

 Disini apa yang perlu anda buat adalah membuka sahaja akaun Kumoten secara percuma, dan anda boleh terus mulakan promosi produk tersebut. Kumoten ini agak menarik sebab mereka sudah sediakan gambar-gambar, dan huraian produk secara terperinci bagi membantu anda melakukan promosi. Oleh itu, kerja anda bertambah mudah dengan untuk lebih rajin melayan pelanggan sahaja. 

7. MR DIY

Selain kedai RM 2 atau Eco Shop, kami rasakan ini juga merupakan salah satu kedai yang membuat ramai orang rambang mata untuk membeli produk-produk di sini. Syarikat peruncit barangan rumah ini mula-mula bertapak di Malaysia pada 2005. Ini merupakan perniagaan dari Malaysia sendiri. Ramai yang menyangka Mr.Diy merupakan syarikat pelaburan luar negara kerana konsep yang dibawa tampak sangat mesra pelanggan.

Dengan mempunyai outlet sebanyak 750 buah di seluruh Asia, Mr. Diy hadir dengan 16,600 pelbagai produk setiap hari dengan membawa nama sebagai jenama Mr. Diy. 10 kategori yang ada pada keseluruhan kedai ini adalah kelengkapan seperti hardware, barang rumah, elektrik, aksesori kerata, permainan kanak-kanak. Gadjet, dan lain-lain.

8. Dropship direct dari china

Ada dua lubuk  supplier yang anda boleh dapat dari China iaitu Aliexpress dan DHgate.com. Mengapa ramai peniaga sudah mula berminat dengan produk China berbanding untuk menjual produk tempatan sendiri? Ada beberapa faktor antaranya seperti lambakan produk-produk tempatan yang dijual sehingga membawa kepada persaingan yang sengit apatah lagi jika 10 orang perniaga berniaga satu produk yang sama dalam satu tempat. 

Selain itu, faktor lain seperti  harganya yang jauh lebih murah, dan minat pembeli kepada barangan China juga memainkan peranan yang penting. Tidak semua barangan bertulis “Made In China” itu tidak berkualiti. 

Aliexpress adalah sebuah marketplace atau lubuk supplier dropship antarabangsa yang dipunyai oleh Ali Baba Group. Siapa yang tidak kenal dengan Jack Ma, pengasas kepada Ali Baba Company. Marketplace yang menempatkan jutaan produk buatan China ini, tidak terlalu melampau jika kami katakan bahawa apa sahaja yang anda mahukan anda boleh dapatkan dari Aliexpress. 

Mengapa ramai orang gemar menggunakan Aliexpress? Ini disebabkan kerana anda masih boleh mendapatkan harga yang sangat murah walaupun dengan satu unit pesanan sahaja. Malah barang yang dipesan juga mampu di hantar ke seluruh dunia dan kos penghantaran yang dicas juga tidak terlalu tinggi.

Satu lagi supplier dari China yang anda boleh berurusan adalah  DHgate.com. Dhgate.com menjual pelbagai jenis barangan seperti Lazada dan Shopee juga tetapi syarikat ini menjamin barang yang anda beli akan sampai pada tangan anda dalam masa tiga hari.

Untuk info lanjut berkenaan dengan tips dapatkan pembekal dari China, boleh dapatkan info lanjut di SINI.

9. Whizet

Whizet membawa tagline “All in one dropship platform” yang mana memang jelas ia penggunaan dan transaksinya sangat mesra kepada dropshipper di luar sana. Marketplace ini mengkhususkan kepada fesyen-fesyen terkini dari pakaian, gadget, jam tangan, kasut, dan lain-lain. Syarikat yang terbina di Penang, Malaysia ini juga sesuai jika anda mencari pakaian-pakaian untuk muslimah.

10. Ecube Store

Ecube Store di bawah syarikat E Cube Trading (M) Sdn Bhd yang menawarkan pelbagai jenis peranti, gadget, drone, barangan elektrik, aksesori kereta, dan telifon. Segala produk yang berasaskan automotif dan elektronik anda boleh dapatkan di sini. Ini produk tempatan yang anda boleh dapatkan direct dari pembekal sendiri. Satu perkara yang menarik di Ecube adalah anda boleh membuat pembelian secara bundle atau combo bagi produk-produk tertentu dibawah jenama yang terkenal.

11. Lelong

Lelong.my juga antara web yang boleh dipercayai untuk anda cari supplier dropship. Bagi pengguna yang suka membeli barangan online, marketplace ini sangat tidak asing lagi bagi mereka kerana sebelum wujudnya Lazada dan Shopee, di sini syurga membeli-belah secara dala, talian yang terkemuka sekali. Kebanyakan pembekal di Lelong sudah lama berniaga dan dipercayai. Untuk mencari supplier-supplier ini, anda hanya perlu search sahaja ikut nama produk anda. Yang seronoknya, anda boleh mendapatkan harga yang sangat berpatutan dan kadangkala anda juga akan diberikan diskaun.

Diharapkan artikel supplier Dropship Shopee ini dapat memberikan info yang berguna kepada dropshipper Shopee di luar sana untuk mengembangkan lagi perniagaan anda lalu meraih ramai pelanggan dan pendapatan yang lumayan. Tak kenal maka tak cinta. Jangan takut untuk mencuba lubuk supplier baru kerana lubuk emas tiada peta untuk anda tentukan. Seorang perniaga yang berjaya perlu berani mengambil pelbagai risiko. 

Sebagai bonus kepada anda, jemput ke akses percuma training dan tips cara menjadi seorang penjual di Shopee dengan KLIK butang di atas ini. Akses percuma dan semoga berjaya dalam perniagaan anda. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest