10 Info Apa Itu Raiz Invest – 2021

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi info tentang apa itu Raiz Invest. Menurut Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), hampir 2 daripada 10 orang (18%) orang dewasa yang bekerja di Malaysia tidak membuat simpanan. Jika anda pernah terdengar di akhbar, media sosial atau berita di kaca televisyen tentang sebuah pelaburan mikro terbaik di Malaysia, inilah artikel yang sesuai untuk anda.

Banyak info yang bakal kami kongsikan pada artikel kali ini dan pastikan untuk anda baca sampai habis. Juga beberapa alternatif lain yang anda boleh explore selain daripada Raiz Invest di Malaysia ini.

apa itu raiz invest

Latar Belakang 

Raiz Invest adalah berasaskan syarikat teknologi kewangan Australia yang beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Syarikat ini tersenarai di Bursa Saham Australia yang bernilai lebih dari 50 juta Dollar. Pelaburan ini baru sahaja memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2020 sebagai sebuah usaha sama antara syarikat induknya di Australia dan Jewel Digital Ventures yang merupakan salah satu dari syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Bagaimana Pelaburan Ini Berlaku?

Pertama, masukkan kad debit Maybank anda ke Raiz. Kedua, anda mula berbelanja dengan kad debit Maybank anda. Jadi setiap pembelian anda ke Ringgit yang berikutnya baki akan dibundarkan lalu duit baki tersebut akan dilaburkan dalam akaun pelaburan Raiz anda.

Sebagai alternatif, kami akan kongiskan apa itu Raiz invest ini dalam bentuk video. Boleh baca artikel ini sampai habis.

1. Pelaburan Mikro Terbaik

Selalu bila anda berbelanja, pasti anda akan terima baki duit-duit syiling dari peniaga. Apa yang anda buat dengan duit syiling itu? Pasti beberapa hari kemudian, anda akan jumpa kembali duit syiling itu di dalam longkang, tersekat di mesin basuh, di atas jalan, atau mungkin anda seorang yang tidak mengambil baki duit syiling dari peniaga.

Pernahkah anda dengar tentang pepatah, sedikit lama-lama menjadi bukit? Duit syiling yang anda dapat dari baki transaksi itu jika dikumpulkan, jangan terkejut jika anda boleh beli sebuah kereta. Masih anda ingat tentang pasangan suami isteri, Ahmad Rasidi dan isterinya, Amidah dari Banyunwangi, Indonesia yang membeli sebuah motosikal dengan menggunakan duit syiling seberat 43 kilogram?

Pelaburan ini mengajak anda untuk menyimpan dari duit baki anda. Mungkin susah bagi anda menyimpan syiling secara manual sebab lumrah manusia, kadang-kadang anda mengambil perkara itu sambil lewa atau anda terlupa. Jadi dengan pelaburan ini anda dibantu untuk menyimpan duit dari jumlah yang sedikit sehingga yang banyak.

2. Melabur Dengan 5 Sen

Melabur dengan 5 Sen? Anda boleh melabur dalam jenama pelaburan ini dalam jumlah wang yang sangat sedikit iaitu dengan hanya kurang dari RM 1 sahaja. Prosesnya adalah konsep pelaburan ini menghubungkan aplikasi yang anda telah miliki dengan akuan anda. Jadi setiap kali anda berbelanja, amaun itu akan dibundarkan dalam Ringgit terdekat kemudian di laburkan.

Contohnya, Ali membeli donut dengan harga sebanyak RM 5.50. Apabila dia bayar menggunakan kad debit, caj akan dikenakan sebanyak RM 6.00. Di mana RM 5.50 adalah jumlah harga donut itu dan 50 sen lagi akan dimasukkan automatik ke Raiz invest.

Ini adalah cara yang paling bijak untuk menarik semua golongan masyarakat terutamanya golongan millennial untuk mendidik mereka melabur secara perlahan-lahan.

3. Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro Pertama Malaysia

Pengguna Android mahupun pengguna IOS, anda boleh mengakses bentuk pelaburan ini semudah di hujung jari sahaja. Hanya dengan tekan dan scroll segala maklumat, urusan, dan khidmat yang ditawarkan kepada anda boleh dilakukan dengan sangat fleksibal walau di mana pun anda berada.

4. No Cash Money 

Kebanyakkan masyarakat zaman kini lebih suka untuk melakukan urusan pembayaran dan transaksi menggunakan secara dalam talian berbanding menggunakan wang tunai seperti menggunakan E-wallet, online banking, dan bermacam lagi. Tetapi adakalanya mereka ini terpaksa berbalik semula menggunakan tunai apabila ingin melakukan transaksi yang berbentuk pelaburan. 

Usah risau, anda kini boleh melabur tanpa bebanan kerana semuanya secara automatik. Ini bermakna, anda tidak perlu untuk mendepositkan wang anda secara manual atau melaraskan deposit secara berjadual. Anda hanya mengumpulkan duit baki sahaja melaui berbelanja. Apabila duit baki terkumpul sudah mencecah sekurang-kurangnya RM 5, Raiz akan mengambil jumlah tersebut dari bank anda dan dilaburkan.

5. Milik Penuh Oleh PNB

Pelaburan ini dibawah Jewel Digital Venture yang merupakan anak syarikat milik penuh PNB. Jadi secara automatik PNB berkepentingan penuh pada pelaburan ini. Anda boleh lihat juga buat masa ini, dua syarikat ini telah melancarkan beberapa produk bersama rakan kongsi mereka kerana mereka terikat dengan kontrak eksklusif untuk satu-satu tempoh. Jadi tidak terkejutlah jika semua produk pelaburan di aplikasi ini hanya terbatas dengan dana yang dimiliki PNB.

6. Memiliki Tiga Dana Utama

ASN Equity Fund, ASN Sara Fund, dan ASN Imbang Fund adalah tiga dana utama di bawah pelaburan ini. Apabila bercakap tentang ASN sudah pasti anda sendiri makum bahawa kadar pasaran sahamnya akan berubah-rubah setiap hari tidak seperti ASB. Tetapi turun dan naik kadar keuntungan anda itu tidaklah menjadi masalah untuk satu masa yang singkat apatah lagi anda yang baru sebulan dua berkecimpung dalam dunia pelaburan ini. 

Sebagai seorang pelabur, anda perlu berfikir untuk 5 atau 10 tahun akan datang apa yang akan berlaku. ASN Equity Fund adalah satu konsep dana yang memfokuskan pada pertumbuhan jangka masa yang panjang dan penumpuan tinggi kepada ekuiti yang mewakili 80% daripada portfolio di dalamnya. 

ASN Sara Fund pula lebih bersifat konservatif kerana tumpuannya dalam persaraan manakala ASB Imbang Fund terletak di tengah-tengah di antara dua dana lagi. Adunan tiga jenis dana ini akan memberikan hasil dan keberkesanan yang sangat baik kepada pelaburnya. 

7. Tiga Pilihan Pelaburan

Anda boleh menentukan pelaburan anda berdasarkan kadar risiko yang anda pilih sama ada konservatif, sederhana, atau agresif. Bagi anda yang sudah terbiasa kepada pelaburan dan sukakan cabaran. Anda pasti akan memilih tahap agresif dalam pelaburan ini. Apa jua pilihan anda, pastikan anda mengukur kemampuan di baju sendiri. 

8. Caj Bayaran Serendah RM 1.50 Sebulan

Pada setiap bulan, jika baki akuan anda kurang dari RM 6000, anda akan dikenakan bayaran hanya serendah RM 1.50 sebulan. Manakala jika baki anda lebih dari nilai itu, anda cuma akan dikenakan cas sebanyak 0.025% sebulan.

9. Sistem Keselamatan Yang Sangat Ketat

Dari segi keselamatan, aplikasi pelaburan ini tidak perlu diragukan lagi kerana ia dilengkapi dengan pelbagi peranti kesalamatan untuk menjaga data-data sulit anda terutamanya melibatkan data maklumat diri, transaksi perbankan, dan akuan perbankan. 

10. Status Hukum Harus Dalam Islam

Pelaburan ini masih belum diberikan status patuh syariah  oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tetapi diputuskan hukumnya sebagai “harus” oleh Majlis Agama Islam peringkat negeri dan persekutuan.

Sebagai alternatif, anda boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan apa itu Raiz Invest ini di dalam video di bawah;

Untuk mendaftar Raiz Invest ini, anda boleh KLIK butang di bawah. Melalui butang ini anda boleh mendapat Rm5 sebagai bonus.

Alternatif Kepada Raiz Invest di Malaysia

Berikut adalah antara beberapa alternatif kepada Raiz Invest di Malaysia ini. Ada banyak alternatif lain tetapi kami rekemen beberapa pilihan pelaburan di bawah ini.

Di harapkan artikel berkaitan dengan Raiz invest akan memberikan ada pengetahun yang berguna untuk anda merancang kewangan pada masa akan datang. Ingat setiap sen pun sangat berharga jika anda terdesak. Lebih baik anda bersiap sedia dari sekarang agar anda boleh memiliki kehidupan yang terbaik bersama orang yang tersayang.

Akhir kata, jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami bagi mendapatkan info lanjut terkini berkaitan dengan topik-topik kewangan terbaik dari channel kami.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest