11 Tips Unit Trust Terbaik Terkini 2020

Macam mana nak melabur dalam unit trust terbaik di Malaysia? Pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda tentang cara dan teknik untuk membuat pelaburan dan pemilihan unit trust ataupun dana amanah terbaik. Macam mana nak buat pemilihan itu, bergantung kepada beberapa kriteria utama dan pada kali ini, kami akan berikan satu persatu tentang cara dan tips untuk maksimumkan dana pelaburan anda.

Juga beberapa info yang anda perlu tahu sebagai seorang pelabur untuk tentukan bagaimana pelaburan ini berfungsi. Harapnya, semua informasi ini boleh memberikan anda sedikit gambaran berkenaan dengan tips dan cara untuk membuat pelaburan dengan Unit Trust dan apa yang anda perlu tahu.

unit trust terbaik

Apa Itu Unit Trust?

Sebelum pergi lebih jauh, adalah lebih baik untuk anda tahu apa itu unit amanah / trust ini. Berikut adalah maksud unit trust mengikut wikipedia;

A unit trust is an unincorporated mutual fund structure that allows funds to hold assets and provide profits that go straight to individual unit owners instead of reinvesting them back into the fund. The investment fund is set up under a trust deed. The investor is effectively the beneficiary under the trust.

Sumber : Investopedia

Maksud yang lebih mudah adalah, akan ada pihak ketiga yang akan kumpulkan dana pelabur-pelabur. Lebih banyak dana yang dikumpulkan, lebih banyak risiko dan peluang pelaburan yang boleh diambil. Sebagai contoh, dana tersebut akan dilaburkan pada pasaran saham ataupun business untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.

Antara contoh badan ataupun pihak ketiga yang telah diberikan lesen oleh Bank Negara untuk kumpulkan wang dan dilaburkan semula adalah Permodalan Nasional Berhad, Public Mutual dan lain-lain lagi. Kami akan kupas berkenaan dengan badan-badan ini pada tajuk di bawah, boleh baca artikel ini sampai habis.

Pelaburan Terbaik? Betul Ke?

Definisi pelaburan terbaik itu sangat berbeza mengikut keperluan seseorang pelabur. Kalau anda mempunyai masa untuk mempelajari teknikal analisis untuk analisa pelaburan saham, forex, maka anda tidak perlukan unti trust ini. Saham membolehkan anda untuk mendapatkan keuntungan pelaburan sehingga 20% jika anda tahu teknik dan cara pelaburan yang betul.

Kalau anda tidak mempunyai masa untuk membuat analisa pergerakan saham, juga mencari ruang dan peluang untuk menambah portfolio pelaburan anda, unit trust ini adalah antara tempat yang bagus untuk anda fikirkan bagi menambah peluang pelaburan yang ada. 

Nak tahu keperluan dan pelaburan terbaik, boleh berbincang dengan pakar pelaburan di sekitar anda dan teruskan pembacaan anda kerana kami akan cadangkan beberapa investment yang boleh memberikan peluang pelaburan tinggi sedikit berbanding dengan unit trust.

Hukum Unit Trust

Ini adalah antara topik hangat dan jika anda beragama islam dan seorang muslim, wajib untuk mencari yang halal. Sebenarnya tiada masalah untuk melabur dalam unit dana amanah asalkan dana yang anda laburkan itu adalah patuh syariah. Jika dana tersebut patuh syariah, maka tiada masalah untuk anda melabur di situ.

Untuk info, Amanah Saham Bumiputra juga sudah mempunyai panel syariah yang tersendiri. Apapun, untuk memudahkan anda, berikut adalah antara dana-dana patuh syariah yang memberikan pulangan yang tinggi secara konsisten untuk 5 tahun. Boleh kaji dana-dana itu dan jika berbaloi, boleh terus hubungi agen bagi dana tersebut untuk membuat pelaburan.

Sekali lagi kami nak tekankan, jika dana yang anda ingin laburkan tersebut adalah patuh syariah, tiada masalah untuk anda membuat pelaburan dalam dana tersebut.

Sebelum Bermula, Apa Yang Anda Perlu Lakukan?

Sebelum anda menghubungi mana-mana agen ataupun konsultant unit trust untuk memilih ataupun melaburkan duit anda, berikut adalah antara perkara penting yang anda perlu lakukan. Dalam apa juga keadaan, berikut adalah antara perkara penting yang anda perlu sediakan sebelum membuat apa-apa jenis pelaburan.

Cuba untuk membuat simpanan, paling kurang anda kena ada Rm1000 dalam bank. Kalau langsung tiada Rm1000, cuba untuk dapatkan dahulu. Kalau anda tiada Rm1000, kenapa nak buat pelaburan, kan lebih baik menyimpan dahulu.

Kalau dah ada Rm1000, boleh cuba untuk membuat pelaburan. Kalau nak buat pelaburan hartanah, paling kurang anda kena ada simpanan Rm10,000 dalam akaun bank. Lain-lain kos itu anda boleh gunakan wang dari KWSP akaun 2. Apabila sudah ada Rm1000 ataupun simpanan yang mencukupi, barulah boleh untuk memulakan ataupun membuat pelaburan. Untuk dapatkan tips dan cara untuk membuat simpanan, boleh baca artikel kami di SINI.

Kriteria Pilih Dana Terbaik – Ini Dia

Ada 2 kriteria untuk memilih dana bagi memilih dana Unit Trust terbaik. Nak tahu apa? Berikut adalah 2 kriteria yang kami senaraikan.

Lihat Pada Syarikat

Tengok syarikat dan pilih syarikat yang diyakini dan yang penting sekali mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia. Ada syarikat yang besar dan dikenali, tapi dari segi performance dana, tak semestinya bagus berbanding dengan syarikat lainnya. Apapun buat kajian dan teruskan kepada kriteria yang kedua untuk pemilihan dana.

Tengok Keuntungan Tahunan

Tengok “performance” dana dalam tempoh 10 tahun ataupun paling singkat 5 tahun. Dari situ anda boleh buat keputusan untuk pilih dana yang mana. 

Unit Trust ini adalah dana untuk kita memaksimumkan pelaburan dalam tempoh masa yang singkat. Kalau dana hanya menyamai ASB dan Tabung Haji, kenapa nak laburkan dalam unit amanah! Jadi, dana yang anda pilih haruslah melebihi keuntungan yang diperolehi oleh Tabung Haji dan juga ASB.

Boleh rujuk laman web morningstar untuk dapatkan pilihan dana unit amanah terbaik di sana. Nak manfaatkan pelaburan di Morningstar ni, tengok tips pelaburan Unit Trust di bawah;

Alternatif Selain Daripada Unit Trust

Berikut adalah antara beberapa alternatif lain yang pada kami antara pilihan terbaik untuk anda melaburkan duit anda. Kami rekemen anda pergi ke setiap link di bawah satu persatu dan lihat yang mana yang paling sesuai dengan kehendak profail pelaburan anda. Dengan pembacaan seperti ini membolehkan anda untuk lebih mengenali dan melihat ruang dan peluang untuk menambah pelaburan.

Wahed Invest

Wahed invest ni macam unit amanah cuma bezanya tiada kos agen fee lebih murah sebab tiada agen yang diperlukan, hanyalah App. Robo Advisor yang akan memantau pergerakan pelaburan anda di beberapa pasaran di Malaysia dan dunia. Anda hanya perlu monitor pelaburan anda daripada smartphone anda sahaja. Paling menarik adalah, modal permulaan untuk pelaburan ini hanyalah RM100.

Jika pelaburan anda terus berkembang, boleh teruskan penambahan dana pelaburan anda. Apapun, untuk info lebih lanjut berkenaan dengan dana pelaburan ini, anda boleh pergi ke link di bawah ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih baik berkenaan dengan pelaburan ini. Nak cari tempat untuk memperbanyakan ruang dan peluang pelaburan, boleh cuba Wahed Invest.

Pelaburan Saham

Ramai yang sudah pasti tahu dengan pasaran saham. Beli harga rendah dan jual kembali pada harga tinggi. Ataupun beli harga tinggi dan jual lagi pada harga lebih tinggi. Itulah saham. Nampak mudah tetapi sebenarnya, ianya memerlukan analisa teknikal dan fundemantal untuk menilai kaunter pelaburan terbaik yang ada.

Ianya agak berisiko dan jika anda inginkan tips penting berkenaan dengan cara untuk membuat pelaburan saham ini, boleh baca artikel kami di bawah ini.

Pelaburan FCPO

Singkatan adalah Futures Crude Palm Oil ataupun dalam bahasa Melayu adalah pasaran hadapan Kelapa Sawit.

Berbeza dengan saham, ianya merupakan satu bentuk pelaburan 2 arah. Anda boleh membuat untung dalam keadaan pasaran saham menaik dan boleh juga untuk buat untung dalam keadaan pasaran saham menurun. Yang lebih penting dari itu adalah, ianya merupakan satu bentuk peaburan yang patuh syariah.

Untuk info lanjut berkenaan dengan pelaburan FCPO ini, boleh rujuk link di bawah bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

Pelaburan Forex

Ianya merupakan satu bentuk pelaburan 2 arah seperti juga FCPO. Yang lebih menarik adalah, waktu untuk trading hour Forex adalah 24 jam sehari, 5 hari seminggu manakala FCPO hanya terhad pada pukul 10.30 pagi sehingga 6 petang.

Ramai pemain international yang bermain Forex ini dan untuk rujukan, kami galakkan untuk anda baca dulu beberapa artikel kami di bawah bagi membolehkan anda untuk mendapat gambaran besar berkenaan dengan Forex.

Jangan Berlengah dan Mula Hari Ini

Harapnya artikel berkenaan dengan Unit Trust terbaik ini memberikan gambaran kepada anda untuk mula melabur. Ada banyak pilihan dana dan juga yang lebih penting adalah alternatif kepada dana amanah ini. Kalau memang anda mencari pelaburan yang pasif seperti unit amanah ini, memang boleh mencuba, kalau tak, ada lagi beberapa pilihan lain yang terbaik yang anda boleh fikirkan.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest